Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru Buat Guru2ku dan Guru2mu



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
Terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
Terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
Terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
Terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
Terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

Terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
Terima kasih guru muqaddam
Terima kasih guru tadika
Terima kasih cikgu sekolah
Terima kasih pensyarah
Terima kasih guru sejati

Kepada murid2 yang berguru denganku,
teruskan usaha menimba ilmu,
jangan putus asa dan berasa jemu,
kena marah biasala buat jer tak tahu,
nama pun cikgu, marah2 memang hobiku,
tanda sayang dan kasihku padamu.

Tanpa kamu siapalah cikgu,
tanpa cikgu siapalah kamu,
kamu dan cikgu perlu bersatu,
barulah berkat segala ilmu,
boleh diguna sebagai lampu,
penyuluh kegelapan masa nak lalu.

Bertanyalah selalu kalau tak tahu,
janganlah segan dan juga malu
InsyaAllah cikgu akan membantu,
lagipun ilmu itu bukanlah milik cikgu,
ilmu itu milik yang SATU,
perantaranya adalah kau punya cikgu,
cikgu tu pula termasuklah aku, hehehe.. huhuhu.

Kalau cikgu kedekut ilmu,
samalah cikgu macam hantu,
ada sesuatu yang cikgu nak bagitahu,
cikgu peminat Chelsea bukannya Man U,
sungguhpun begitu cikgu tetap cikgu,
walaupun kau tak suka dengan caraku,
peduli apa aku tetap begitu.
apapun I Love all of U n Hope U all love Me too.