Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 30 April 2009

EsKayS Undi

Hari guru akan menjelma tidak lama lagi... biasalah setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini. Jadi dek kerana hari guru tersebut. Saya diminta untuk mewujudkan satu blog untuk murid-murid mengundi calon-calon guru mengikut kriteria yang telah ditentukan. Jadi blog ini sedang dalam proses pembikinan... tapi murid dah boleh mengundi calon-calon pilihan o.k.....

Apapun nak diingatkan blog ini diwujudkan untuk memurid EsKayS sahaja.... cikgu2 dan ibubapa takyah ler nak gatal tangan pulak yer.....

Katogeri yang terdapat dalam blog tersebut adalah :
1. Guru Lelaki dan Wanita Paling Garang
2. Guru Lelaki dan Wanita Paling Kelakar
3. Guru Lelaki dan Wanita Paling Kemas dan Bergaya
4. Guru Lelaki dan Wanita Paling Sempoi@Mesra

Keempat-empat katogeri tersebut akan dipertandingkan... kemudian 5 nama yang mendapat undian tertinggi akan bersaing dalam senarai top 5 dan akan dicalonkan pula untuk katogeri Guru Lelaki dan Wanita Paling Popular di SK Setiawangsa bagi sesi pagi dan petang.....

Kepada memurid EsKayS sumer... "SELAMAT MENGUNDI"

Klik Blog EsKayS Undi

Karnival Kerjaya Zon Keramat

Sekitar pagi tadi telah pun berlangsung Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya peringkat zon keramat di SK Danau Kota 2. Tema pertandingan kali ini adalah "Sains & Teknologi Keutuhan Ekonomi Negara" yang merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling JPWP. Murid-murid EsKayS turut terlibat menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan termasuklah Model Kerjaya, Kuiz Kerjaya, Folio Kerjaya, Melukis Poster dan mewarna poster...

Keputusan yang berjaya dicapai oleh EsKayS adalah mendapat tempat ketiga bagi pertandingan folio kerjaya dan kuiz kerjaya... manakala saguhati bagi acara yang lain.. ini pun cik athiffah yang maklumkan...

Apapun tahniahlah diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada yang menang atau kalah.. yang penting anda dah buat yang terbaik untuk EsKayS... tahniah

6 Pemain Eskays Fireball wakil MSSMKL

sejak hari semalam dan hari ini, beberapa orang pemain sofbol EsKayS telah terlibat dengan sesi pemilihan di SK Wangsa Jaya a.k.a Waja Raiders... pemilihan telah melibatkan 9 orang murid dari EsKayS.... mereka yang berjaya dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti di Batu Pahat ialah:

1. Adis 6 Jaya
2. Afiq Fakhri 6 Usaha


3. Aleena 6 Bistari


4. Nadia 5 Jaya
5. Sh. Izlin Natasha 6 Cerdas


6. Alisya 5 Harapan


Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dipilih. Walaupun telah terpilih dan sudah pasti akan sibuk berlatih nanti.. jangan pula diabaikan pelajaran. Lagipun peperiksaan dah semakin hampir..

Rabu, 29 April 2009

Persaingan murid zaman moden

Dalam menghadapi dunia persekolahan pada zaman moden yang serba mencabar ini murid dilihat perlu bersikap agresif dan bijak merebut peluang yang ada di depan mata. Zaman dah moden dunia dah berubah... Kita seharusnya lebih celik dan sedar bahawa murid pada zaman ini bukan lagi datang ke sekolah untuk akademik semata-mata... tetapi lebih dari itu. Hal ini kerana persaingan yang berlaku dalam akademik... yerlah kalau nak diikutkan akademik sahaja ramai yang boleh berjaya.. oleh itu murid perlu bijak mencuri peluang yang halal untuk memastikan mereka berjaya menempatkan diri dalam kelompok persaing yang baik.

Apa yang saya maksudkan adalah penyertaan murid yang aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah termasuklah mewakili sekolah di peringkat sama ada zon, negeri atau kebangsaan. Peluang sebegini bukanlah mudah untuk diperolehi... so kalau ada pemilihan untuk mewakili sekolah seharusnya peluang itu direbut. Antara aktiviti yang melibatkan murid untuk mewakili sekolah ada banyak... bukan sahaja dalam bidang sukan... bahkan bidang lain juga termasuklah tilawah, hafazan, azan, sajak, boria, pidato, coral speaking, public speaking, theater, orchestra dan banyak lagi.

Sekiranya murid berjaya menempatkan diri di dalam mana-mana bidang selain akademik... murid ini berada di dalam kelompok persaingan yang sebenar. Namun persaingan ini memerlukan dorongan dan dokongan daripada pelbagai pihak termasuklah, ibubapa dan guru... kalau tidak sukar untuk murid mengecapi kejayaan.

Walaubagaimanapun untuk terus berada dalam kelompok persaing yang terbaik seharusnya murid tidak lari dari landasan sebenar iaitu fokus terhadap pelajaran atau akademik. Ini kerana murid yang hebat adalah mereka yang bagus dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum.. manakala agama atau moral pula tidak diketepikan.

Dek kerana persaingan murid untuk menyertai pelbagai aktiviti untuk mewakili sekolah, sudah tentunya mereka terpaksa meninggalkan kelas untuk sesi latihan dan pertandingan. Semakin tinggi peringkat yang diikuti semakin banyak kelas yang akan ditinggalkan. Oleh itu kerjasama ibubapa sangatlah penting dalam menguruskan masa anak-anak untuk memastikan mereka sentiasa berada dilandasan yang betul. Ibubapa yang baik adalah ibubapa yang banyak memberi sokongan dan motivasi kepada anaknya dalam melakukan sesuatu yang baik dan sentiasa ingin melihat anaknya berjaya.

Banyak kelebihan akan diperolehi mereka yang aktif sewaktu dibangku sekolah ini termasuklah pengalaman dan secara langsung akan belajar cara mengurus diri sendiri iaitu berdikari yang bermaksud berdiri di atas kaki sendiri.

P/S : Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah, sedang dan akan mewakili sekolah di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.. jangan abaikan pelajaran..Cikgu-cikgu akan sentiasa memberi sokongan dari belakang... seterusnya andalah penentu kejayaan untuk diri sendiri...

Selasa, 28 April 2009

Separuh Ahir Pertama Liga Juara-juara Eropah

Malam ini peminat-peminat bola sepak pastinya tak akan terlepas menyaksikan perlawanan Bola Sepak Liga Juara-juara Eropah yang akan berlangsung awal pagi esok..

perlawanan separuh akhir pertama ini akan menyaksikan pertembungan

dddddVSdddd
Barcelona dddddChelsea

Sebagai penyokong pasukan Chelsea pastinya saya akan menyaksikan perlawanan tersebut awal pagi nanti... kalau boleh nak tengok Chelsea menang atau seri dengan jaringan di tempat lawan. Chelsea mungkin agak malang sedikit apabila Asley Cole digantung perlawanan... namun perjuangan tetap akan diteruskan..

Satu lagi perlawanan akan berlangsung pada hari khamis iaitu

Isnin, 27 April 2009

Petua dapatkan cavorage handphone

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!! (salah satu sebab RM 2 tidak dicetak lagi )

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak..
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg gunakan tips ni..

Tertekan

Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti tidak dapat lari dari merasa tertekan.. tekanan yang dirasakan itu pastinya berbeza tahapnya.. ada yang menerima tekanan yang sedikit dan ada pula yang lebih daripada itu.. sebenarnya tekanan juga mampu memberi kebaikan kepada kita untuk melakukan sesuatu yang terbaik.. ada juga tekanan yang akan memberi kesan buruk kepada kehidupan kita...

Apapun janganlah terlampau tertekan.. sebab akan menjejaskan kesihatan kita nanti... kalau nak tahu tahap tekanan kita... bolehlah tengok gambar kat bawah nie... kalau pergerakannya nampak laju maksudnya anda mempunyai tekanan yang agak tinggi... So... cuba pastikan pergerakan gambar tersebut adalah perlahan...


Sabtu, 25 April 2009

Boria Ketiga Negeri

Tahniah diucapkan kepada pasukan boria sekolah yang telah berjaya membawa pulang satu lagi kejayaan dalam pertandingan peringkat negeri yang berlangsung sekitar pagi tadi. dengan hasil kerja jeras guru-guru boria... SK Setiawangsa akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut...

Tahniah diucapkan.. semoga tahun depan dapat mencapai keputusan yang lebih baik lagi..

Rabu, 22 April 2009

Rahsia 5A

Kalau dilihat pada tajuk... mungkin ada yang menganggap 5 Amanah mempunyai rahsia yang ingin dibongkarkan... sebenarnya tak ada kaitan dengan 5 Amanah pun... sekarang nie nak menceritakan rahsia bagaimana cara mendapat 5A...

Rahsia ini telah pun dibongkarkan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Shahbudin Al Ustaz Mun pada program motivasi dan kaunseling khas bagi murid-murid EsKayS tahun 5.. Banyak rahsia yang telah dibongkarkan oleh beliau di antaranya termasuklah bagaimana cara untuk mengenalpasti orang yang boleh mendapat 5A dalam peperiksaan, Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan untuk mendapat 5A dan banyak lagi.

Ceramah yang diberi oleh beliau boleh saya letakkan tarafnya pada 5 bintang... tip top... kerana mampu menarik minat murid sejak awal hingga akhir ceramahnya.. bukan itu sahaja.. setiap rahsia yang dibongkar disertakan dengan bukti menyebabkan bukan sahaja murid yang tertarik dengan ceramah beliau bahkan guru-guru juga... sehingga ramai yang menitiskan air mata.. bagi saya pun sama jugak tapi tahan jer.... mana taknya terkenangkan arwah mak dan janji saya masa arwah masih hidup... saya juga teringatkan pengorbanan guru sewaktu belajar dulu... memanglah tanpa ibu, ayah dan guru siapalah saya..

Selain itu ceramah beliau tadi turut menyentuh tentang pemakanan... pemakanan merupakan salah satu faktor otak menjadi lemah... makanan yang tidak seharunya dimakan termasuklah makanan ringan, mee segera, air yang bergas dan lain-lain... manakala yang seeloknya dimakan dan dijadikan amalan setiap hari adalah memakan kurma, kismis (bagi anak yang lemah atau lembab perlu diberi kismis bersaiz besar), roti dan madu..

Salah satu lagi punca otak lemah atau lemah dalam pelajaran adalah berpunca dari tidak bersarapan pagi... untuk pengetahuan semua sarapan pagi adalah sangat penting... oleh itu ibubapa kenalah pastikan anak-anak sentiasa bersarapan untuk memastikan mereka sentiasa bertenaga dan dapat memberi tumpuan sewaktu belajar disekolah.

Kalau nak diceritakan... sebenarnya banyak lagi rahsianya tapi cukuplah sekadar ini sahaja... kalau nak tahu lagi rahsia yang lain untuk mendapat 5A bolehlah hubungi penggubal soalan atau yang bersekutu denganya... kih...kih...kih

Selasa, 21 April 2009

Juara Ketiga.. Tahniah Terima Kasih



Tahniah diucapkan kepada warga SK Setiawangsa kerana kita telah berjaya membawa pulang 2 lagi kejayaan hari ini dari padang SMK Taman Bukit Maluri di mana berlangsungnya kejohanan Sofbol MSSMKL. Dalam pertandingan sebentar tadi pasukan Eskays Fireball telah berjaya menjadi juara bagi pasukan perempuan.. manakala tempat ketiga bagi pasukan lelaki..

Kejayaan yang diperolehi hari ini amat bermakna bagi mereka yang telah mewakili sekolah sama ada menjadi pemain utama atau simpanan... Namun berjaya menjadi juara pada tahun ini merupakan suatu kenangan indah yang pasti tidak dapat dilupakan..

(EsKayS Fireball Girls Team)


(EsKayS Fireball Boys Team)

Apapun kejayaan ini pastinya tidak akan hadir tanpa usaha, oleh itu diucapkan terima kasih kepada pemain-pemain sofbol yang telah penat lelah berusaha untuk membawa kemenangan kepada SK Setiawangsa.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Setiawangsa iaitu Tn. Hj. Ruslan Madon kerana memberi sokongan dan dorongan kepada pasukan Eskays serta belanja makan petang tadi... MC D tue. Kepada barisan penolong kanan Pn. Hjh. Siti Rokiah, Pn. Saadiah dan Pn. Hjh Hasmah juga yang memberi kerjasama penuh secara langsung dan tidak langsung telah membantu memantapkan lagi pasukan SK Setiawangsa... terima kasih kepada Semua guru dan murid SKS yang turut memberi sokongan secara tidak langsung...

Tidak lupa juga diucapkan Tahniah dan terima kasih kepada GPK Kokurikulum... En. Sukardi yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan dokongan sejak awal lagi dan menaruh harapan dan kepercayaan bahawa pasukan sofbol Eskays mampu menyerlah. Di bawah kepimpinan beliau sebagai GPK Kokurikulum nampaknya banyak kejayaan yang telah dicapai dan ini adalah hadiah untuk beliau dari kami pasukan eskays. Beliau yang telah berkesempatan untuk hadir sama menyaksikan perlawanan pagi tadi telah menambahkan lagi semangat pasukan Eskays... jadi terima kasih sekali lagi

Paling tidak dilupakan terima kasih dan tahniah kepada ibubapa pemain-pemain sofbol yang memberi kerjasama penuh kepada kami terutamanya kerana telah membenarkan anak-anak untuk mewakili sekolah.. kepada pengurus Pasukan En. Zaidi dan Pn. Ruzi yang turut menjalankan tugas dengan baik sepanjang perjalanan pertandingan juga diucapkan terima kasih.

Beberapa orang murid yang berjaya menampilkan kehebatan mereka dalam sukan ini sepanjang perlawanan berlangsung akan dipilih untuk mewakili MSSMKL untuk ke peringkat kebangsaan pula... kepada mereka yang terpilih nanti diucapkan tahniah.

Diharapkan banyak lagi kejayaan lain yang akan dicapai oleh SK Setiawangsa dalam mencapai visinya iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang 2012.

P/S : Untuk melihat lebih banyak gambar yang berkaitan. Sila klik Gambar-gambar EsKays MSSMKL

Download

Isnin, 20 April 2009

Hitam Berjaya

Hitam semua kulit akibat berjemur di tengah panas.... aperpun berbaloi sebab cuaca yang panas bukan sahaja berjaya menghitamkan kulit wajah... tetapi juga memberi kejayaan kepada pasukan EsKayS apabila menang dalam kedua-dua game sofbol lelaki dan perempuan bawah 12 yang berlangsung sejak pagi tadi dan berakhir pada pukul 3..

Penatnyer rasa... hari ini kena rehat cukup-cukup... pasal tadi banyak buang tenaga untuk menjerit.. lagipun esok masih ader game lagi... pasukan lelaki akan bersaing di peringkat separuh akhir menentang pasukan AU Keramat manakala pasukan perempuan pula akan bertemu pasukan AU Keramat dan Wangsa Jaya...

Kepada mereka yang terlibat... rehatlah secukupnya di rumah.. k...

Ahad, 19 April 2009

Chelsea ke Final FA Cup

Sebentar tadi telah berlangsung perlawanan separuh akhir antara pasukan Arsenal vs Chelsea... biasalah pasukan piliha n saya adalah Chelsea... dibawah kendalian En. Hiddink.. nampaknya pasukan Chelsea menjadi semakin mantap dan kembali seperti mana era kepimpinan jose morinho dulu...

Dalam perlawanan tersebut telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Chelsea yang menentang Arsenal di tempat lawan. Walaupun kelebihan tempat berpihak kepada Arsenal.. namun dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh Chelsea.. Ianya tidak mustahil untuk menang..

Akhirnya En. Malouda yang di katakan jejaka pemalu yang kuat meludah itu berjaya menjaringkan gol pada minit ke-33.. seterusnya diikuti oleh gol kedua En. Drogba yang menjaringkan gol pada minit ke-84... jaringan pasukan arsenal pula berjaya dijaringkan oleh En. walcott...

Dengan jaringan tersebut.. Chelsea menang 2-1.... Chelsea akan bertemu pasukan sama ada Man. U atau Everton pada perlawanan akhir nanti... tak kisahlah dengan pasukan mana sekalipun... yang penting kejayaan melangkah ke final ini sudah cukup membanggakan...

Sabtu, 18 April 2009

Selesai latihan buat hal

Selesai sudah sesi latihan sofbol pasukan Eskay Fireball yang akan mewakili sekolah ke peringkat negeri pada hari Isnin ini. Sofbol ini bukannya suatu permainan yang mudah.. terlalu banyak peraturan yang terdapat dalam permainan ini.. jadi latihan perlu banyak dibuat.. Setakat ini boleh dikatakan puas hati dengan kualiti permainan yang telah dipersembahkan.. hanya menunggu hari sebenar sahaja.. harap-harap mereka dapat buat yang terbaik seperti yang telah dilakukan dalam latihan-latihan akhir kebelakangan ini.

Apapun ada sedikit kecewa kerana ada yang tidak hadir latihan akhir tadi tanpa memberitahu sebab... kalau ikut kehendak hati... hari Isnin ini yang tak datang latihan tak perlu ikut kejohanan sofbol hari Isnin ini.. Sebagai jurulatih sekolah telah pun saya terangkan kepada murid-murid... guru-guru yang melatih sukan tak kira sukan apa sekalipun pasti tidak mendapat elaun untuk melatih mereka.. yang ada hanya penat lelah ajelah dan seronok... semuanya untuk melihat murid-murid berjaya menimba pengalaman, mendapat pingat dan sijil dan melakukan aktiviti sosial yang positif... jadi seharusnya mereka faham dengan jelas dan memberi kerjasama untuk memastikan pengorbanan guru-guru itu tidak sia-sia sahaja..

Permainan ini melibatkan 15 orang pemain dalam satu pasukan... bila seorang dua buat hal... kesannya akan tertimpa juga kepada pemain lain... dan pastinya mereka yang berusaha keras pula akan menangis kekecewaan... dalam apa jua pertandingan pasti ada yang kalah dan ada yang menang... kalau pun kalah biarlah kalah dengan kepuasan...

Apapun kepada pemain-pemain yang ingin mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan perlulah tunjukkan yang terbaik dalam kejohanan nanti.. kerana anda tetap akan dipilih berdasarkan kekuatan dan kesungguhan individu walaupun sekolah kita tidak menjadi johan..

Ibubapa kepada anak yang terlibat pula diharapkan sangat untuk memberi kerjasama penuh seperti mana yang telah jurulatih tunjukkan.. kerana dalam hal ini ibubapa juga mempunyai peranan yang cukup kuat dalam menentukan kestabilan emosi anaknya pada hari itu nanti..

P/S: kepada pemain sobol wakil sekolah yang terlibat pada hari Isnin ini sila berehat secukupnya.. banyak minum air masak.. jaga kesihatan... sediakan barang-barang untuk hari isnin nanti seperti topi, tuala kecil, stokin, kasut, selipar, baju lengan panjang dll. Sentiasa ingat pesanan cikgu... "Untuk menjadi juara kita perlu menjuarai diri kita" dan ingat... jangan sia-siakan pengorbanan orang lain..

Khamis, 16 April 2009

Selesai Ujian Aktiviti Kokurikulum

Alhamdullilah... selesai sudah ujian formatif 2 dan intervensi... murid2 sk setiawangsa semua pasti tak sabar menantikan markah ujian yang sekarang ni dalam proses penandaan...

Selepas ni cabaran ketiga pula menyusul.. iaitu PKSR 1.. murid-murid bolehlah merancang pula bila nak buat persiapan untuk peperiksaan tersebut.. Apapun cikgu nak ingatkan kepada murid-murid semua agar menyiapkan projek yang telah diberi termasuklah Projek kayu untuk KH dan lain2 kalau ada.. ini kerana pembahagian markah perlu dibuat untuk PKSR 1 nanti....

Minggu depan murid dah boleh bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti Kokurikulum.. tarikh, tempat dan masa aktiviti ini dijalankan akan dimaklumkan dalam perhimpunan minggu hadapan...

Rabu, 15 April 2009

Chelsea ke separuh akhir

Tahniah kat peminat-peminat chelsea termasuklah saya sendiri kerana pasukan chelsea telah berjaya layak ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan pasukan Liverpool dengan agregat 7-5.... keputusan perlawanan sebentar tadi telah berkesudahan dengan jaringan 4-4....

Antara penjaring gol bagi pasukan Chelsea tadi termasuklah En. Drogba, En. Alex dan En. Lampard...

Selasa, 14 April 2009

Terima Kasih Blog Baru

Terima kasih kepada pembaca blog yang masih setia membaca coretan saya di sini... Alhamdulillah sekarang nie kehadiran pelawat blog nie telah pun mencecah sebanyak 2800 pelawat... ada yang suka dan ada juga yang tak suka dengan blog ini... bagi yang tak suka takpelah... nak buat cam mana kan? bagi yang suka baca blog saya ni dan menonton video yang telah diuploadkan diucapkan terima kasih...

Untuk pengetahuan semua... saya telah berjaya menambah satu lagi koleksi blog saya yang dinamakan sebagai soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus... untuk peringkat awal ni, saya masukkan dulu soal jawab seperti:
Jadi yang berminat dengan sesi soal jawab agama ni bolehlah menonton video yang telah dan akan ditambah dari semasa ke semasa...

Semoga apa yang telah saya muatkan di dalam beberapa blog saya ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan insyaallah boleh juga dijadikan bahan untuk berdakwah..

Isnin, 13 April 2009

Hujan Kulit gelap basah kuyup

Sepanjang bulan Mac dan April nie... Kuala Lumpur tak lari dari ditimpa hujan hampir sepanjang hari terutamanya sepanjang minggu lepas dan termasuklah hari ni.... hujan bukan renyai-renyai saja tapi lebat yang amat sangat.

Sebagai pembantu jurulatih pasukan sofbol bawah 18 lelaki saya terpaksa pergi ke SMK Taman Bukit Maluri hari ini untuk sesi pemilihan dan perlawanan peringkat negeri bawah 18 tahun.. memang bestlah dapat tengok budak bawah 18 main... pagi tadi cerah dan panas yang terik... so kulit saya dah jadi semakin gelap... rasanya kalau duduk dalam gelap orang tak nampak.. tapi kalau dalam terang nampak sangatlah....

Balik kol 3 tadi hujan lebat menggila... basah kuyup dibuatnya....

Sabtu, 11 April 2009

Sofbol Seri Boria JOHAN

Seperti yang saya katakan semalam... hari ini Eskays Fireball telah pergi ke sk AU keramat untuk satu sesi perlawanan persahabatan.. keputusannya seri 7 sama... apapun bukan sumer terlibat... sebab ada yang terlibat dengan boria iaitu cik Alisya.... jadi dia tak dapat main hari ini... saya tak pergi tengok game tu tadi pasal terlibat dengan bestari solat tahun 5....

Apa yang membanggakan hari ini cik wafa a.k.a waffle RM2.50.. bagi tau tadi EsKayS telah berjaya Johan dalam pertandingan boria peringkat zon dan akan bertanding pula di peringkat negeri... wow bestnya... apapun tahniah ler kepada sumer yang terlibat... termasuklah guru-guru boria, memurid dan yang penting sekali ibubapa yang sudi memberi kerjasama membenarkan anak-anak untuk menyertai pertandingan tersebut.... tahniah diucapkan....

Jumaat, 10 April 2009

Boria Solat Persahabatan

Esok bebudak boria Eskays akan memulakan langkah pertama untuk ke pertandingan di peringkat zon... kesemua murid yang terlibat adalah murid tahun 5.... yerlah.. tahun lepas diorang nie tahun 4 semuanya... tahun lepas dapat mewakili KL ke peringkat kebangsaan sebab dapat johan diperingkat negeri... jadi tahun ini harap dapat mengekalkan kejuaraan yang telah dicapai pada tahun lepas... walaupun ia amat sukar untuk dipertahankan, namun saya yakin dengan usaha gigih guru-guru dan murid-murid yang terlibat pastinya membuahkan hasil..

Bagi murid-murid sk setiawangsa.. esok merupakan hari persekolahan seperti biasa... memandangkan esok menggantikan cuti hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi... jadi esok kena datang sekolah ler... bagi tahun 5 mereka semua akan terlibat dengan Bestari Solat.

Esok juga akan diadakan perlawanan persahabatan Sofbol perempuan di sekolah AU Keramat.. jadi pasukan sofbol Eskays Fireball akan berentap di sana esok... harap mereka dapat pengalaman baru dan tidak gugup, gementar dan menggigil waktu tu nanti..... lawan jerlah... kalau menang bagi tau... kalau kalah diam jer....

Rehat Merah Puteh

Hari ini takde aktiviti... dok rumah jerlah... rehat.... yerlah hampir tiap hari asyik sibuk dengan sofbol... so ari ni rehat plak... Jadi kesempatan yang ada untuk berehat ni perlulah dimanfaatkan... Sebenarnya rehat ni penting dalam hidup kita... yerlah nak pastikan anggota badan kita ni sentiasa dalam keadaan ok... kalau asyik dipaksa guna nanti pasti akan dapat penyakit... mungkin bukan sekarang... mungkin minggu depan, bulan depan... so cegah lebih baik... kalau motor, kereta perlu servis bila sampai masanya.. begitu jugalah kita sebagai manusia...

Berehat di rumah hari ini saya manfaatkan dengan mengemaskini blog dan menonton citer merah puteh.... Biasa kita dengar citer bawang putih bawang merah.... kali ini citer merah puteh plak... best jugak citer ni... syok dan saya suka layan citer ni... kalau nkorang nak layan sekali boleh ler klik MERAH PUTIH

Rabu, 8 April 2009

Friendly Sofbol dengan pasukan Cikguku

Seronoknya petang tadi... bebudak eskays kotexs bertemu dengan pasukan perempuan bawah 18 tahun SMK Padang Tembak... perlawanan persahabatan ini telah diaturkan oleh saya bersama bekas cikgu saya masa sekolah dulu... cikgu Badariah... cikgu yang sangat baik hati.. Jadi, dalam perlawanan persahabatan tadi bukannya nak cari pemenang... tapi nak lihat beberapa kelemahan yang masih ada pada pasukan masing2.... yerlah tak lama lagi dah nak lawan peringkat negeri...

Dalam pertemuan tadi memangler pasukan eskays koteks iaitu pasukan sofbol lelaki SK Setiawangsa.. telah mencatatkan kemenangan besar... tapi itu tak bermakna mereka ini hebat... banyak benda lagi nak diperbetulkan...

Latihan bagi pasukan sofbol Eskays akan diteruskan seperti biasa esok... dan perlawan antara pasukan eskays fireball dan eskays koteks akan berlangsung dipadang DBKL tepat jam 4 petang.... siapakah yang menang... koteks atau fireball? kita tengok nanti..

Nak kuar jap.... nanti saya sambung lagi coretan nie....

Selasa, 7 April 2009

Keputusan Undi 3 Pilihanraya

Sebagai rakyat malaysia yang berakal fikiran waras pastinya tidak lari dari memikirkan tentang politik... politik merupakan suatu aspek yang penting sejak zaman Rasullullah s.a.w lagi... kerana ia akan menentukan kepimpinan bagi sesebuah kawasan... sekarang ni di Malaysia tengah hangat dengan 3 pilihanraya yang berlangsung Di Batang Air, Sarawak, Bukit Selambau, Kedah dan yang paling hangat diperkatakan dan dinantikan adalah Bukit Gantang....

Siapakah yang bakal memenangi pilihanraya tersebut.. sama-samalah kita nantikan.. untuk mendapat keputusan yang lebih cepat daripada televisyen bolehlah klik pada keputusan terkini 3 pilihanraya kecil

Sofbol Persahabatan Bahasa Inggeris

Hari ini latihan sofbol telah bermula semula seperti biasa... tadi latihan diadakan seawal jam 8 pagi... latihan stamina di sekolah dan terus kepadang untuk bermain... tak sangka Afdlin Shauki turut serta menonton permainan pagi itu.... permainan sofbol pagi tadi diadakan dalam keadaan padang yang berlumpur.. apa kan daya dah itu jer padang yang ader.. so redah jerlah...

Di sekolah pula hari ini diadakan sambutan bulan Bahasa Inggeris... majlis telah dirasmikan oleh GPK Kokurikulum iaitu En. Sukardi... Sebagai pembuka tirai bulan Bahasa Inggeris ini... murid telah dipersembahkan dengan persembahan drama dari murid-murid Kluster Mini Theater....

Download

Bagi murid-murid sofbol... esok ada perlawanan persahabatan dengan SMK Padang Tembak... saja nak lawan... bukan nak tengok saper kuat.. tapi nak perbaiki beberapa kelemahan yang ada....

Isnin, 6 April 2009

Minggu Ulangkaji Formatif 2

Minggu ini merupakan minggu untuk murid-murid mengadakan sesi ulangkaji memandangkan ujian formatif akan diadakan pada minggu hadapan... biasalah topik dan kemahiran yang akan disoal hanya melibatkan topik2 dan juga kemahiran yang telahpun dipelajari.. murid-murid dan ibubapa perlulah peka terhadap perkara ini... ulangkaji merupakan suatu yang penting bagi memastikan apa yang telah dipelajari sebelum ini dapat ingat semula, difahami dan diaplikasi dalam ujian formatif tersebut...

Banyak sangat yang dipelajari di sekolah... namun bukan semua kemahiran yang murid tidak kuasai... jadi petua mengulangkaji cara yang betul adalah... mencari dan mengenalpasti topik2 dan kemahiran yang lemah... buat latih tubi terhadap kemahiran tersebut... nescaya kelemahan dalam beberapa kemahiran tersebu dapat diatasi dan menjadikan anda lebih bersedia....

Ahad, 5 April 2009

Cuti Panas Telinga

Esok cuti peristiwa dimana sk setiawangsa telah melangsungkan sukan tahunan pada hari sabtu lepas... pastinya dalam masa seminggu dua nie cerita pasal rumah bendahara menang akan memanaskan telinga.... lantak ler.....

Ok... latihan sofbol akan berlangsung semula pada hari Isnin nie.... wow bagus betul bebudak sofbol masa hari sukan tu... majoritinya berjaya membawa pulang pingat.... so... kepada bebudak rumah kuning yang hebat-hebat tu masukler sofbol... sekurang-kurangnya dapat membina stamina... setakat ni afiq dan arif saja daripada rumah laksamana yang terlibat dengan sofbol... yang selebihnya semua rumah sukan lain....

Kepada murid-murid semua 2 minggu lagi kamu semua akan menghadapi ujian formatif 2... jadi persiapkanlah diri untuk itu... kalau sukan yang lepas murid yang menang akan memperolehi pingat dan piala... tapi bagi murid yang berjaya mengumpul purata markah yang terbaik dalam ujian formatif 1 dan dua serta PKSR akan menerima anugerah emas yang mana akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar kita dan anda juga akan diberi peluang untuk bersama dengan beliau makan bersama... best tak? mestilah bestkan? jadi apa lagi buat ulangkaji dan sentiasa pastikan diri anda siap sedia pada bila-bila masa... jangan masa ujian ajer k....

Sabtu, 4 April 2009

Bendahara kekal juara

Debaran telah pun berakhir.... keputusan telah pun diperolehi... bendahara berjaya mengekalkan kejuaraannya secara berturut-turut dan bagi rumah sukan lain kedudukan masih sama tidak berganjak iaitu rumah syahbandar di tempat kedua... laksamana di tempat ketiga... dan akhir sekali temenggung di tempat keempat....

Bagi saya yang membimbing rumah laksamana agak sedikit gembira apabila memenangi banyak pingat dalam acara individu... dan ianya adalah luar jangkaan.. namun kegembiraan itu hanya seketika sahaja apabila pelari 200 meter kelas 3 telah dibatalkan kerana memasuki lorong lain.... mana naknya... orang jerit nama dia.... dia pun toleh ke kanan... apalagi secara tak sengaja termasuk lorong orang.... padahal dia dah jauh di hadapan... disebabkan oleh itu kena tolak 10 markah.... bengang betol.....

Laksamana juga semakin murung dan tidak lagi riuh bersorak apabila berlaku kesilapan dalam susunan pelari dalam lorong terakhir yang menyebabkan kegagalan untuk memungut sebarang mata.... yang terkilannya budak tu dah lari betul ikut lorong... tapi alangkah terkejut beruknya apabila peserta yang berada di lorongnya ketika itu adalah peserta rumah lain.... alamak... keputusan tidak dibatalkan... tapi kesian ler kan....

kejadian tu betul-betul memberi tekanan dan mempengaruhi emosi dan membuatkan saya jadi lesu dan malas lagi nak bersorak... bukan apa.. disebabkan kesilapan itu... rumah laksamana yang ketinggalan hanya 31 mata lagi untuk mengejar seakan tidak terdaya lagi ... kerana kejadian tersebut telah menyebabkan laksamana tidak dapat menjarakkan mata dengan rumah bendahara disebabkan oleh tiada sebarang mata yang berjaya dipungut oleh mereka... bukan sebab mereka lari perlahan.... tapi disebabkan oleh kesilapan teknikal.... terkilan betul..

Apapun Tahniah diucapkan kepada rumah Bendahara yang telah berjaya.... kepada rumah Syahbandar yang berjaya juga memintas rumah laksamana untuk berada ditempat kedua.... dan juga kepada temenggung yang memberi saingan yang sangat sengit.... dan apa yang penting setiap rumah mempunyai wakil olahragawan dan olahragawati....

Pengajaran yang diperolehi hari ini adalah.... jangan cepat emosi dan kena bijak mengawal tekanan... kena terus bersemangat walau apa jua yang berlaku ketika itu... tekanan akan mempengaruhi seluruh emosi pasukan...

Jumaat, 3 April 2009

Debaran Hari Esok

huhhhhh esok akan bermulanya sukan tahunan ke 16 SK Setiawangsa yang akan dilangsungkan secara gilang gemilang di stadium bukit jalil.... berdebar rasanya... semakin hampir semakin debar terasa... tak sabar rasanya nak tau siapa juara? siapa olahragawan dan siapa olahragawati?

Esok murid yang terlibat akan memulakan perjalanan dengan menaiki bas yang akan bertolak dari sekolah pada pukul 7 pagi.... setakat ini masing-masing yakin mampu menjadi juara terutamanya pasukan rumah hijau dan merah kerana mereka memungut mata yang agak jauh meninggalkan 2 pasukan tercorot setakat ini... apapun nantikan ajerlah esok....

Apapun esok... kalah ker menang ker kita sama-samala memeriahkan sukan tahunan kita.....

Khamis, 2 April 2009

Stamina dan Persahabatan

Kemeriahan sukan tahunan kali ke 16 ini masih tidak terhenti.... bagi saya sukan tahun ini akan saya jadikan sebahagian daripada kenangan yang terpahit dan terindah... yerlah... bermulanya saya menjadi guru pembimbing rumah kuning buat kali pertama setelah disingkirkan daripada rumah bendahara setelah 4 tahun bersama rumah sukan tersebut.... jadi semangat baru untuk pasukan laksamana cuba saya sematkan dalam diri saya dan bebudak sumer... saya juga sempat merancang strategi bersama arwah cikgu Hafifzi dulu.... perancangan untuk menang... tak tahulah strategi ini berjaya atau tidak... apapun ianya tetap akan menjadi kenangan...

Bercerita pasal persiapan pula....Tak kurang juga rumah sukan lain yang memberi ransangan dan tekanan sehingga memaksa kuning akur di tempat ketiga buat masa ini.... Persaingan begitu sengit dan semangat yang berkobar-kobar telah menyebabkan beberapa siri latihan khas telah berjaya diadakan bagi setiap rumah yang bakal bertanding nanti... termasuklah perlawanan persahabatan, berlatih di trek... dan bagi saya sendiri telah berjaya mengadakan sesi latihan stamina yang melabuhkan tirainya pada hari ini... esok murid-murid hanya perlu rehat dan sedia untuk bertanding pada hari Sabtu......

Setelah menganalisis markah sukan kali ini yang tidak berapa banyak perbezaannya... pada pengamatan saya... siapa yang menang acara olahraga di stadium bukit jalil nanti dialah bakal bergelar juara.... dan beberapa sejarah pasti akan di kenang... termasuklah sekiranya bendahara mampu mempertahankan kejuaraannya maka ianya adalah buat kali ketujuh berturut-turut... jika rumah sukan lain mampu menjadi juara ketika itu nanti ianya pasti akan menjadi kenangan dan saat yang terindah buat pasukan tersebut...

Nak diceritakan sedikit petang tadi saya rasa begitu seronok dan puas hati dengan prestasi murid rumah laksamana yang meningkat agak mendadak daripada sebelumnya... mungkin disebabkan latihan stamina yang telah dijalankan selama 3 hari berturut-turut... bukan itu sahaja... kami juga sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan rumah temenggung.... bagus betul... semua spoting..... semer enjoy.... bila saya sebut pasukan tercorot jer kena boo... mujur tak kena lempang.... betul lerkan laksamana dengan temenggung nie 2 pasukan yang tercorot buat masa ni... so kami bertekad untuk cuba sedaya upaya mengejar mata untuk sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan asal....

so... kepada murid rumah laksamana dan temenggung yang hadir tadi ingat pesanan cikgu tadi k.......

Rabu, 1 April 2009

Sejarah April fool

Perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyoltetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq