Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 30 Januari 2009

Ranjau Kehidupan

Hidup ni penuh dengan dugaan dan cubaan, ranjau, onak dan duri, harapkan pagar-pagar makan padi dan sebagainya...

sebenarnya susah untuk menjalani hidup di atas muka bumi Allah ni.... yerlahkan kita kena pandai mendidik akal kita supaya dapat membimbing nafsu agar tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik.... kerana perkara yang tidak baik itulah selalunya mudah untuk kita lakukan berbanding perkara-perkara yang baik....

Hidup ini umpama roda.. semua orang tahu mengungkapnya tapi hanya segelintir yang boleh mendefinisi kan pengertiannya...

Sesungguhnya kita ni tidak bersifat maksum atau sempurna.... pasti ada kesilapan yang kita lakukan... dan selalunya kesilapan yang tidak kita sengajakan... dan ada juga yang sengaja melakukan... apapun terpulang pada individu itu sendiri dalam mendidik akal fikirannya.

Kalaulah kita selalu melakukan kesilapan atau melakukan perkara yang tidak baik secara berulang dengan cara sengaja... bolehlah disamakan dengan yahudi yang sekarang ni tidak pernah puas dengan sikap kerakusannya....

Bagi Yahudi memang mereka hebat di dunia mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan dan aset yang tak ternilai..... begitu juga kebanyakkan orang-orang berada atau kaya raya.. mereka mempunyai aset harta yang berjuta dan sebagainya.... namun sedarlah mereka memang mendapat kebahagiaan di dunia ini untuk dinikmati sepuas-puasnya.... namun kelalaian mereka terhadap pencipta yang Esa pasti mengundang bencana akhirnya... di akhirat mereka akan merana buat selamanya...

Jadi saya nak mengingatkan diri saya dan mungkin kawan-kawan agar sentiasa ingat bahawa segala apa yang ada di muka bumi ini adalah pinjaman semata-mata.... jadi bermallah dengan harta yang kita ada sama ada memberi sumbangan atau derma atau manfaatkan ia kejalan yang benar..... supaya suatu hari nanti kita tidak menjadi hamba harta....

Manusia yang baik perlu mempunyai kejujuran..... dan berani mengaku sekiranya melakukan kesilapan seperti kata pepatah berani kerana benar dan takut pula kerana salah. Rasa takut seharusnya hanya kepada tuhannya..... bukan sesama manusia... tetapi dengan manusia seharusnya rasa hormat dan kasih sayang perlu ada.... fikirkanlah

Selamat Hari Wilayah 2009

Warga Wilayah Persekutuan akan bercuti pada hari Isnin ni sempena Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari 2009(Ahad).

Semoga Wilayah Persekutuan terus Maju dan Sejahtera di bawah pimpinan Y.A.B Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang telah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sejak 14 Feb 2006....

Saya sebagai warga Kuala Lumpur mengucapkan selamat hari Wilayah kepada semua warga Kuala Lumpur,









Labuan









dan juga Putrajaya.....









Maju dan Sejahtera

Harmoni

Wilayah Pertiwi

Semoga

Sentiasa diberkati

Wawasan

Hala Pembangunan

Sebagai

Semangat Perpaduan

Wilayah Persekutuan

Maju dan Sejahtera

Maju dan Sejahtera...

Khamis, 29 Januari 2009

PNR episod Akhir



Hari ni merupakan hari terakhir tayangan cerita puaka niyang rapik... memang best citer tu... yang penting dia memberi input yang baik sebab secara langsungnya kita dapat membezakan watak yang baik dan jahat... jadi yang jahat tu jangan ler diikut... pengajaran lain dalam cerita ni termasuklah meminta hanya pada Allah sebagai tuhan segala makhluk dan jangan sekali-kali menduakanNya...

Pagi tadi cikgu zol ada cakap nak tengok citer ni kat blog saya... k lah cikgu zol dan peminat sumer leh ler menonton kat blog saya pada pukul 8.30 malam ni k.... kalau kat TV kol 10 malam.

Habis tengok citer ni leh tido awal esok nak sekolah pulak.

Sila Klik Puaka Niyang Rapik Episod 13(AKHIR)

Blog Sukan tahunan.......?

Seperti yang telah dimaklumkan jam 12.30 tengahari tadi semua cikgu sks berkumpul untuk mesyuarat sukan tahunan.... saya telah di lantik sebagai ajk siar raya dibawah bidang kuasa En. Riduan yang merupakan ketuanya....

Untuk memeriahkan lagi hari sukan kita tahun ni... saya akan cuba membuat satu lagi laman blog Khas untuk melaporkan tentang perkembangan sukan tahunan kita... memandangkan banyak hal yang perlu diketahui ramai... seperti syarat pertandingan, kelayakan, markah dan sebagainya...

Harap sukan tahunan kali ini lebih meriah dan gempak....

Rabu, 28 Januari 2009

Ramlang Porigi telah dipecat

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu... puncanya adalah "mencemarkan nama perkhidmatan awam"

Apapun terjadi anggap saja dugaan Allah S.W.T... Kalau beliau di pihak yang benar pasti suatu hari nanti akan mendapat balasan setimpal dariNya... Namun saya hormat akan keberanian bekas imam masjid ni yang sanggup menerima segala dugaan demi menegakkan kebenaran... Namun kita masih lagi tidak mengetahui jalan cerita yang sebenar...

Selasa, 27 Januari 2009

Rebah Tika Takbir... Subahanallah

DUNGUN: Seorang peneroka yang sepatutnya mengimamkan solat hajat di surau Sekolah Kebangsaan Padang Pulut di sini, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dipercayai diserang penyakit jantung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, lelaki berusia 65 tahun dari Felda Ketengah Jaya, Kerteh, itu meminta izin untuk menunaikan solat sunat bersendirian sebelum memulakan solat hajat di surau itu.

Bagaimanapun, sebaik mengangkat takbir, Isa@Harun Salleh tiba-tiba rebah menyebabkan jemaah yang kebanyakannya guru panik lalu memberikan bantuan kecemasan.

Namun, usaha beberapa jemaah itu tidak berhasil apabila Isa sudah meninggal dunia.

Mungkinkah kita juga mati dalam keadaan demikian... sungguh mulia seseorang itu apabila saat kematiannya apabila sedang melakukan perkara-perkara kebaikkan. Semoga ianya menjadi petunjuk buat kita yang masih bernafas di bumi Allah ini. Al-Fatihah...

Askar Israel Mati Takhluk Baitulmuqaddis

Hari ini adalah hari yang agak menggembirakan apabila mendengar seorang Askar Israel terbunuh... Alhamdulillah walaupun seorang bagiku ianya ibarat seribu... Kekejaman Israel terhadap Palestin bermula semula..... Mereka seakan tidak mempunyai kewarasan akal untuk berfikir tentang apa yang telah mereka lakukan....

Pembunuhan sesama manusia.... cisss... apakah semua ini? Binatang.. kejam... siapa tuhan mereka? apakah tuhan inginkan keganasan? Apakah dijadikan manusia itu untuk berperang? membunuh? ya... itulah nafsu... keangkuhan Yahudi telah meletakkan nafsu melampaui akal.... dengan nafsu mereka mampu melakukan segala-galanya tanpa berfikir....

Namun kita terutama umat Islam secara tidak langsungnya masih lagi memberi sokongan terhadap Yahudi ini... kenapa saya berkata begini? pikirlah yer.....

Namun apapun... ingatlah... diantara tanda-tanda kecil datangnya kiamat adalah penakhlukan Baitulmuqaddis.....

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Isnin, 26 Januari 2009

Doakan Kesejahteraan Keluarga

Pagi ni sempat baca blog cikgu Rosli.... Anaknya kena lelah, demam dan selsema.... kita doakan agar anak beliau dapat segera sembuh yer... biasalahkan dugaan... kena banyakkan bersabar dan terus berdoa agar keluarga kita sentiasa dalam kesejahteraan serta sentiasa bersyukur atas nikmat atau dugaan yang diberi kerana ianya bukan dari sesiapa tetapi dari Allah semata-mata.

"kadang-kadang Allah hilangkan sinar mentari. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya. Rupa-rupanya Allah hendak beri kita pelangi nan Indah...."

Begitulah lumrah kehidupan.... semuanya sudah menjadi ketentuan Allah... kita hanya mampu merancang tetapi Allah jualah yang menentukan... Setiap penyakit pasti ada penawarnya kerana yang menciptakan penyakit itu bukanlah doktor atau tabib atau sesiapa sahaja tetapi Allah semata-mata.... jadi hanya dariNya sahajalah kita dapat meminta penawarnya... namun usaha adalah perantara kerana penawar itu tidak mudah kita perolehi hanya dengan doa tanpa usaha.... dan apa jua dugaan itu pasti ada hikmahnya yang mungkin kebahagian menjelma kemuadian harinya.....

Apapun marilah kita sama-sama menjaga kesihatan sambil berharap agar Allah sentiasa melimpahkan kesejahteraan kepada keluarga kita....

Sabtu, 24 Januari 2009

Sekolah Sibuk Hari ni.... banyak aktiviti

Hari ni pergi sekolah macam biasa... pakai baju sukan jer sebab nak latih sofbol di padang DBKL... tapi sebelum tu bantu guru-guru tahun 6 yang sibuk membuat persiapan untuk perjumpaan dengan ibubapa yang diadakan lebih kurang jam 8.30 pagi tadi.... biasalah sekolah nie... tak pernahnya sunyi.... ada saja aktiviti... yerlah bukan jer perjumpaan dengan ibubapa tahun 6, bahkan banyak lagi aktiviti lain termasuklah orchestra, mini theater, pingpong olahraga, sofbol dll...
Perjumpaan ibubapa tahun 6 pada hari ni... biasalah kan... perjumpaan yang amat penting memandangkan murid-murid tahun 6 tidak lama lagi akan menduduki UPSR.. Walaubagaimanapun ada juga ibubapa yang tidak dapat hadir mungkin kerana agak sibuk... Dalam perjumpaan tersebut pelbagai perkara telah dibincangkan untuk kebaikkan anak-anak... Yerlah.... itulah salah satu usaha yang dilakukan oleh guru-guru untuk melihat anak muridnya berjaya... kerana bila murid berjaya... cikgunya akan tumpang gembira juga.... tak ada cikgu yang nak lihat muridnya merana atau terlara melainkan dirinya yang berkehendakan sedemikian...
Harap usaha Cikgu-cikgu dan ibubapa tak sia-sia.... yang penting untuk berjaya pasti ada halangan... jadi apa jua halangan perlu kita tempuh.... walaupun ianya memerlukan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit atau tenaga.... yang penting dengan ilmu yang kita perolehi nanti pasti akan menggembira dan membahagiakan kita... kerana sesungguhnya ilmu itu tidaak ternilai harganya....

Berbalik kepada saya pula... berkenaan dengan latihan sofbol hari ni.... alhamdulillah murid menunjukkan banyak peningkatan... dan disiplin pun semakin baik... bagusler.... kena marah baru leh jadi camtu.... saya ni tak boleh... kalau nak marah saya marah dan tengking jer yer.... kena tahan ler...tapi kalau melawak pulak... tolonglah gelak... kelakar giler hahahahah.... kelakarnya...

Jumaat, 23 Januari 2009

Cuti Raya lagi....


Selamat Bercuti diucapkan kepada semua guru-guru, murid-murid dan sesiapa sahaja yang bercuti sempena Tahun Baru Cina......

Kepada murid-murid jangan lupa siapkan kerja sekolah yang telah diberi untuk disiapkan sepanjang cuti ni...

Kepada mereka yang menyambut perayaan tahun baru cina pula diucapkan Gong xi fa chai......

Khamis, 22 Januari 2009

Petang tadi punyer cerita

macam biasa.. petang tadi buat latihan sikit dengan bebudak sofbol... alamak benci betullah... padang pulak penuh... budak bola sekolah menengah buat game kat situ.... ehmmm nasibbb..

kesian kat bebudak ni.. terpaksa training kat tapak perhimpunan... tapi takpelah yang penting ada jugak yang mereka belajar ari ni pasal cara main sofbol.... yerlah sebelum ni training sambut baling jer....

Baju melayu yang ditempah untuk pakai esok dah pun siap... tempah kat kedai Den Wahab... mujurler siap..

Rabu, 21 Januari 2009

Upload Video Pancing Ikan

Tak lama dulu geng Eskays giler-giler pancing telah pergi memancing di Setiawan Perak... kami telah berkesempatan juga merakamkan beberapa detik indah di sana... jadi atas permintaan ramai... saya telah pun upload video tersut.... anda boleh klik Pancing Ikan, Sitiawan, Perak

Latih Sofbol Keluar Surat Khabar

Huh.. seronok rasanya petang tadi.... latih softball... nampaknya banyak peningkatan yang ditunjukkan.... kalau berusaha bersungguh-sungguh lagi insyaallah akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.... yerlah nak jadi juara.... sekurang-kurangnya harapan mestiada... yerlah mana ada orang main nak kalah.... kalau macam tu sia-sia ajelah....


Balik latihan softball... cikgu Jusvinder hantar mesej... katanya muka ezam kuar paper Star..... aalah betul kuar... kat StarTwo.... macam tak percaya jer.... ari tu amek gambar punyalah banyak siap posing baring-baring lagi... tapi yang kuar kat paper tu satu jer.... takpelah... tapi seronok jugalah rasanya... hehheehe klik sini

Selasa, 20 Januari 2009

Upload Video Pancing

Hari nie ada rasa sedikit penat dan boring... ntah tetiba rasa nak upload video pancing udang kat blog ni... so cubalah... cuba punya cuba akhirnya berjaya..... so kalau nak tengok bolehlah klik kat Ekspidisiku

Isnin, 19 Januari 2009

Ekspidisi Memancing Udang Siri 2

Aktiviti memancing udang siri 2 ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti memancing udang yang pernah diadakan sebelum ini. Kali ni banyak pengalaman baru yang diperolehi memandangan ekpidisi kali ni melibatkan ramai peserta baru... nak tahu lebih lanjut Klik Ekpidisiku

Penat Balik Memancing

Penat betul rasanya semalam dan pagi nie.... aku baru sahaja pulang dari ekpidisi memancing udang siri 2 bersama rakan2... selain tu rasa kepuasan yang tak terhingga dan kepenatan yang menghantui diri ini menyebabkan aku perlu melandingkan diri dengan seberapa segera... lagipun esok sekolah... bertugas pulak tu.. jadi ketua lagi... adoiyai.. tak sempat nak buat laporan ekspidisi ni...

Apapun aku akan membuat catatan apabila ada masa yang sesuai nanti....

Sabtu, 17 Januari 2009

Eskpidisi Hari Ini

Seperti yang telah dirancang dan dijanjikan... malam ini Pasukan Cikgu Eskays gila-gila pancing akan memulakan perjalanan ke Teluk Intan.. Insyaallah pada jam 11.00 malam.. ekspidisi buat kali kedua ini melibatkan seramai 10 orang sahaja akan memulakan perjalanan... Laporan ekspidisi ini akan saya catatkan kemudian nanti...

Tak sabar rasanya nak memancing udang... Harapan kali ini lebih tinggi berbanding yang lepas.. kali ini mungkin target sekurang-kurangnya 3kg seorang.... sebab kali ni kami akan turun ke sungai lebih awal lagi iaitu sebelum zohor.. selepas subuh.... dalam linkungan pukul 6.30 kot...

Apapun itu perancangan jer... tak tahulah kalau ada perubahan nantikan.. so nantikan catatan Ekpidisi Pancing Udang 2.....

P036 Kuala Terengganu

Hari ini tumpuan ramai pastinya pada Kuala Terengganu yang merupakan tempaat di mana berlangsungnya pengundian bagi memilih calon untuk mewakili Parlimen P036 tersebut. Buat masa ini pengundian berlangsung dalam keadaan baik.... harap rakyat terengganu bijak memilih pemimpin yang akan memimpin dan mewakili mereka nanti...

Untuk pengetahuan, seramai 3 orang calon yang bertanding yang mana masing-masing mewakili BN, PAS dan juga BEBAS....

Info Terkini :

daripada 80,229 yang keluar mengundi...
Setakat Jam 12 Tengahari : 42%
Setakat Jam 2 Petang : 56 %
Setakat Jam 4.30 Petang : 76%
Setakat Jam 5 Petang : 80%

Keputusan Semasa:

Setakat Jam 6.30 Petang :
Daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 508 undi.

Setakat Jam 6.50 Petang :
Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

Setakat Jam 7.05 malam :
PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

Setakat Jam 7.30 malam :
PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.

Setakat Jam 7.30 malam:
PAS mengatasi dengan 1000 undi

Setakat Jam 8.15 malam:
undi pos : PAS 86 undi, dan BN - 1039 undi dan Bebas hanya mendapat satu undi.
PAS - 23,956 undi, BN - 21,884 undi, Bebas - 138 undi.
Jumlah majoriti yang dimenangi PAS - 2072 undi.
Jumlah undi yang dikira setakat ini 41.42 peratus

Setakat Jam 9.00 malam:
PAS - 27,488 undi, BN - 25,503 undi, Bebas - 152 undi.

9.20 malam:
PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira.

9.30 malam:
PAS 32 883, BN 30 252 dan Bebas 193
terkini : Pas Menang dengan Majoriti 2 631

Alhamdullillah pengundian berjalan lancar... kemenangan berpihak kepada PAS yang diwakili oleh Abdul Wahid Endut.. Tahniah khususnya kepada penyokong2 dan rakyat terengganu serta umumnya kepada Pakatan Rakyat... harap calon yang dipilih dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk membalas budi rakyat yang telah mengundi.


Mohd Abdul Wahid Endut (PAS):32 883
Datuk W. Ahmad Farid W. Salleh (BN) :30 252
Azharudin Mamat (BEBAS) :193

Jumlah mengundi: 63,967
Peratus keluar mengundi: 79.90%
Undi rosak:
Majoriti: 2 631

Penyandang: Datuk Razali Ismail
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 32,562 undi
Majoriti: 685

Latihan Sukan di Sekolah

Hari ni memang keadaan sekolah nampak ramai murid walaupun sebenarnya hari adalah hari bercuti..... ini disebabkan oleh beberapa program latihan yang telah dirancang dan berjaa diadakan untuk persiapan murid menghadapi beberapa perlawanan peringkat zon dan negeri tidak lama lagi...

Antara yang telah mengadakan sesi latihan pagi tadi termasuklah Badminton dengan jurulatihnya Cikgu Zamzami.... masa pengumuman Cikgu Zamzami cakap murid perempuan sahaja datang... tapi ada juga yang tak faham bahasa.... beberapa orang murid lelaki turut serta hadir..... apa-apejelah...


Pingpong juga turut mengadakan latihan hari ini dengan Jurulatihnya Ustaz Puaad dan Cikgu Hazri yang hadir bersama-sama sebilangan jurulatih luar iaitu bekas pemain ping pong kebangsaan..


manakala satu lagi sesi latihan bagi sukan Softball telah pun diadakan di Pdang DBKL yang terletak di luar kawasan sekolah bersama jurulatihnya cikgu Haza dan saya sendiri..

Jumaat, 16 Januari 2009

Ronda Kubur Tempah Baju Melayu

Petang tadi takde latihan sofbol.. so tak berapa sibuk sangat petang tadi... jadi amek kesempatan untuk ronda2.. pergi carefour tadi... nampak orang ramai jugak tapi dekat MC D, KFC dan beberapa lagi restoran makanan segera kurang pelanggan yerlah pasal nak boikot barang yahudi.. ada juga yang terus membeli tapi tak ramailah... mungkin diorang ni tak amek kisah pasal hal ni kan?

Apapun kita seharusnya meneruskan boikot ini... kalau boleh sampai bila2 pun... sebab apabila kita membeli barangan Yahudi seolah2 kita membantu mereka untuk terus menjajah PAlestin...

balik jalan2.. singgah jap kat kubur arwah mak... dah lama tak pergi sana... ehmm depan kubur arwah mak pun ada orang sedang baca yassin juga...

Sempat juga tadi tempah baju melayu untuk Hari jumaat ni... kalau tak siap matiler aku... Guru Besar dah bagi lama dah kain tu suruh buat baju melayu.... semua cikgu laki kena pakai... kalau tak siap macam mana? Harap-harap sempat pasal oang tu kata sempat... entahlah.... kalau tak siap rasanya malam jumaat tu dah demam... jadi esoknya tinggal mintak mc jer..

Khamis, 15 Januari 2009

Sesi Penyingkiran pertama.. tak sedih pun

Alhamdullillah.. petang tadi sesi latihan sofbol berjalan lancar... hari ini sesi latihan ketiga.. beberapa orang murid terpaksa disingkirkan atas dasar kurang ketahanan dan agak lemah dalam beberapa kemahiran yang di uji....

Apapun sebagai jurulatih saya amat kagum dengan kesungguhan murid-murid dan mungkin ibubapa yang memberi semangat kepada mereka untuk mencuba... ia suatu yang positif.. namun harap murid dapat menerima penyingkiran tersebut kerana sukan sofbol hanya memerlukan 9 orang pemain dan 6 orang pemain simpanan...

Apapun murid yang hadir petang tadi telah pun mendapat sedikit sebanyak ilmu.... harap dapat mencuba lagi tahun hadapan... pada murid yang berjaya pula anda perlu lebih berkeyakinan dan perlu lebih bersungguh-sungguh kerana tapisan kedua akan diadakan tidak lama lagi...

Cubaler buat blog...

Menulis blog merupakan suatu perkara yang baik yang mana kita boleh menjadikan ia sebagai sumber pencarian ilmu disamping memperbaiki mutu bahasa dan kelancaran dalam penulisan... melalui penulisan blog kita juga boleh meluahkan perasaan kita dan berkongsi dengan orang ramai jika perlu....

Blog ni sebenarnya banyak kegunaannya... macam-macamlah bergantung kepada kreativiti seseorang... ada yang jadikan blog sebagai gedung ilmu, ada juga menjadikannya sebagai diari dan banyak lagi....

Kalau zaman sebelumwujudnya blog ini... manusia selalunya menulis apa yang berlaku pada dirinya di dalam diari... diari itu pula ada yang berkunci dan ada yang tidak.. tetapi pada zaman moden yang serba canggih ini.. kita dapat menggantikan penulisan diari kepada penulisan blog yang mana fungsinya lebih baik berbanding diari... di mana kita boleh memasukkan gambar, video dan macam2 lagi.

Apapun bagi saya.... saya berasa seronok dan terhibur apabila membaca semula hasil tulisan saya sendiri walaupun berulang kali... idea penulisan ini saya perolehi dari pelbagai blog.. termasuklah daripada bekas PM kita Tun Dr. Mahathir @ Che Det...

Kawan-kawan saya pun dah mula tahu bagaimana nak menambahbaik blog sendiri.. hemmmhmm baguslah.... sebagai contoh blog cikgu Riduan yang dimanfaatkan untuk murid kelasnya iaitu blog 5 Dinamik...

Oleh itu marilah kita beramai-ramai menulis blog untuk meluahkan apa yang patut kat situ atau pun untuk memberi input yang baik kepada para pembaca blog kita... yang penting bukan kerjasama... tetapi keberanian kita untuk mencuba.... kerana bila kita mencuba secara tidak langsung kita akan mencuba... dan mencuba tidak sama seperti seekor ikan di tepi gunung kinabalu tetapi sama seperti mencuba... mencuba juga boleh dieja dengan perlahan dengan memulakan sebutan huruf m dan diikuti terus oleh huruf e...n...c....u...b dan akhir sekali a... selain itu boleh juga dieja dalam tulisan jawi, jawa... dan disematkan dalam jiwa... jadi selamat mencuba

Waktu Balik dah Tukar pulak

Hari ini dapat berita baik syok nyer... dapat balik awal sikit... yerlahkan sekarang ni masa balik sudah ditukarkan dari pukul 2 petang ke pukul 1.30 petang... lega sikit rasa... kalau tak jenuhlah nak bersiap untuk datang petang pulak.... mana taknya pukul 3 nak kena datang semula ke sekolah... untuk latihan sofbol... bila dah tukar waktu balik ni.. adalah rasa lega sikit... balik sempatlah nak baring-baring dulu.. takler terkejar-kejar...

Rabu, 14 Januari 2009

Selesai mesyuarat rumah laksamana

Mesyuarat rumah Laksamana baru jer selesai... Nampaknya gelombang kuning kali bakal menenggelamkan kapal-kapal hijau, biru dan merah.... semangat juang kali ini lebih tinggi... diletakkan selaku rumah yang akan memulakan latihan pada hari pertama.. memang ada peluang nak jadi juara...

petang karang cikgu Nazri selaku ketua pulak akan setle bebudak rumah kuning tahun 4.

murid-murid rumah laksamana dinasihatkan mengunjungi blog rumah sukan laksamanaskskl.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat yang terkini...

Untuk menjadi juara kita perlu menjuarai diri kita... Laksamana boleh

Selasa, 13 Januari 2009

Pemergian anak kucingku

Baru kejap tadi aku terpaksa melepaskan 2 ekor anak amber... bukan apa dulu masa pinjam baka si manja ni.. aku dah plan untuk bahagi 2 bila Amber dah beranak nanti... Setelah mengandung 63 hari maka lahirlah 4 ekor anak kucing... apalagi .. kalau bahagi 2 jawapannya dah tentu 2 kan?

Jadi yang tinggal sekarang Amber dan 2 ekor anaknya... tapi taklah rasa sedih sangat macam dulu.... sebab anak amber ni umurnya tak sampai 2 bulan....

Kalau yang dulu tu umur 7 bulan baru bagi kat orang... itu memang sedih... sebab dah 7 bulan tu.. dia dah kenal orang yang jaga dia... pastu asal balik kerja jer kucing2 aku tu akan mengiau.. best jer... dan yang tak bestnya bila kucing tu di beri kat orang.. bilik aku ni jadi sunyi sikit... kalau tak.... adalah jugak bunyikan..

Kali ni bilik ni jadi sunyi sikit.. sebab takde tawa tangis anak kucing yang 2 ekor tu...

Apapun tak kisah lah.. yang penting kucing yang dah bagi kat orang tu dijaga dengan selamat... cukup makan, pakai dan sebagainya.....

Mancing Udang Kali Kedua

hidup ini telah dinyatakan tujuannya... dan seperti anda sedia maklum hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah atau mengabdikan diri kepadaNya.... ibadah bukan bermaksud solat semata2... tetapi semua perkara yang dilakukan adalah ibadah asalkan niat kerana Allah... dan sentiasa berserah padaNya...

Jadi suka saya rangkumkan sekali aktiviti Ibadah dan Riadah... Aktiviti memancing udang ni bolehlah dianggap sebagai riadah dan ibadah... yerlah sepanjang aktiviti dijalankan sudah tentunya dapat mengeratkan silaturrahim.... menambah pengetahuan... melihat keindahan dan kagum akan Ciptaan Allah s.w.t.. semua tu adalah ibadah...

Jadi tak salah lah rasanya kalau kita meluangkan masa untuk aktiviti tersebut... lagipun seronok apa... tambah lagi macam saya ni antara yang muda bercampur dengan diorang yang dah tour-tour tukan... banyak pengalaman yang diperolehi tau... macam-macam.. kalau nak citer kat sini tak habis...

Hemmhhmm rasa tak sabar nak menanti detik tersebut... kami yang terlibat dalam sepuluh orang jer... sebab yang lain dah ada perancangan lain... nak jaga anak kat rumah sebab isteri kerja.... kami akan bertolak jam 10 malam hari Sabtu... lepas keputusan pilihanraya Kuala Terengganu keluar... hemmm bestnyer

Latih letih

sibuk plak rasanya hari nie... yerlah.. habis kerja jer.. meeting kat bilik media habis kol 2.05 minit... pastu bergegas dengan cergas ke pejabat pos... nak semak asb... kat pejabat pos...... tu dia.... ramai giler... takpelah tunggu jer... kol 3.50 baru setle.. pastu cepat2 balik rumah.... bukan apa.. pasal dah janji dengan bebudak nak buat sesi pemilihan.... dugaan.. biasalah kan... apa lagi lewat sikit ler sampai sekolah...

Pagi tadi dah cakap kat bebudak tu... kalau sekolah agama jangan ler datang... ikutler arahan cikgu ni kan... udah nyer ada jugak yang memandai datang... adoi... rasa berdosa pulak aku ni... tak pasal2 dah miss class... macam mana lah budak ni... tapi tak ramai 2.3 orang jer yang macam tu...

jadi sesi latihan hari ni boleh dikatakan biasa-biasa jer... sebab bebudak tu ramai yang tak pernah pegang bola sofbol... baru first time... tapi ada jugak yang hebat... malam ni mest tidur nyenyak.... krogghhhh....crooooghgghghhhrz

Isnin, 12 Januari 2009

Gapena Jumpa Peguam

Isu PPSMI hingga kini masih menjadi sebutan... GAPENA yang dilihat bersungguh-sungguh membantah dengan keras usaha kerajaan meneruskan PPSMI ini bukanlah main-main. Hari ini GAPENA telah mengotakan janjinya untuk menyaman kerajaan.

Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mengadakan perbincangan dengan peguamnya petang ini mengenai tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang didakwanya melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha duanya, Prof Madya Dr Hashim Ismail berkata, ini adalah kali pertama pihaknya bertemu peguam selepas gabungan 24 persatuan penulis itu bertegas dengan keputusannya untuk menyaman kerajaan berhubung isu tersebut.

Ia ekoran kegagalan Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan berhubung pelaksanaan PPSMI selepas tamat tarikh akhir yang diberikan oleh Gapena untuk kementerian berkenaan berbuat demikian, iaitu pada 31 Disember lalu.

Ketika dihubungi hari ini, Dr Hashim berkata pihaknya juga telah memperolehi dana yang mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut. -malaysiakini

Pada pandangan saya, hal ini perlu perbincangan segera dan kerajaan harus membuat keputusan yang muktamad melalui sidang media sama ada untuk terus atau berhenti pelaksanaan PPSMI tersebut. Namun saya yakin akhirnya nanti kita akan dapat juga keputusan terbaik.. cuma tunggu masa jer...

Minyak free ker?

hemm balik sekolah siap-siap nak pergi pejabat pos... ajak kawan pergi sekali... k.. brooom.... motor pun terus menuju ke stesen minyak.. sebelum tu kitorang sempat lagi bersembang...

Sampai jer kat pam minyak petronas tu aku pun teruslah membuka tempat duduk dan penutup tangki minyak... sambil berborak sambil tekan pam minyak tu...

Pelik betul... apsal minyak tak kuar plak...

alamak malu giler.. malu yang teramat sangat... rasa macam nak masuk dalam tangki minyak tu beb.. apa taknya aku lupa nak bayar... tup tup terus isi minyak...

Inilah peristiwa yang pertama kali berlaku pada diriku... pelik tapi benar... adoiyai malu... dah lah malu tadi.. malu lagi pasal citer ni tersebar kat blog nie...

Ari ni balik lewat esok penat

Huhhh kenapa letih jer arie nie.. mungkin sebab penat kot... tak kisahlah... arie nie seperti yang dimaklumkan sebelum nie Cecikgu sekolah kluster sumer kena balik lewat sejam... so balik kol 2 ler.... huhhh boleh tahan lah.... ada baik dan ada buruknya balik lewat ni.... yang baiknya dapatlah menanda buku ker.. kan atau siapkan apa yang tak patut... yang tak baiknya tanyaler diri sendiri.... saya pun baru nak pikir.. tapi sampai sekarang tak dapat lagi... adoiyaiiii.

Esok bermulalah hari yang bakal menambahkan kepenatan dan mungkin kehitaman pada kulit yang sudah sedia gelap ni... mana taknya.. esok dah mula pemilihan pemain softball untuk wakil sekolah... kenalah bekerja keras sikit pasal dah dapat peralatan baru.... target biasalah nak jadi juara... tapi ini semua bergantung kepada kesungguhan berlatih dan strategi masing2. harap2 tahun ni bawah tuah buat SKSKL....

Harap cuaca petang esok ok jer.. kalau hujan tak leh nak buat aper... hemmmhh..... dah kena datang petang... agak2.. leh balik sebelum kol 2 ker??

Ahad, 11 Januari 2009

Kemaskini Blog

Hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengemaskini blog... hemmm rasa macam dah banyak perubahan yang saya buat untuk blog ni... dah makin ramai juga yang mula berminat dengan blog ni... baguslah...

Sepanjang mengemaskini ni beberapa maklumat berkaitan SK Setiawangsa telah pun di ubah pautannya ke Media SKSKL. Di sini bubapa, murid-murid dan guru-guru boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima kasih. Harap maklum.

Man U vs Chelsea


Tepat jam 12.00 tengah malam ni saya percaya ramai peminat bola pingpong bola sepak akan menempatkan diri di kedai mamak atau paling kurang depan TV.. yerlah malam ni pertembungan 2 pasukan gergasi Bola sepak iaitu Manchester United selaku tuan rumah dan Chelsea yang merupakan pasukan pilihanku. Susah jugak nak jangka saper akan menang tapi yang pasti perlawanan malam ni pasti sengit...

Apapun Chelsea tak boleh sia-siakan peluang memandangkan Liverpool hanya mampu seri ketika bertemu pasukan Stoke City semalam...

Peminat Manchester United (terbuka kepada murid2 dan guru2 SKSKL sahaja) Klik : Tidak lupa Cabaran Air Asiah untuk peminat Manchester United

Sabtu, 10 Januari 2009

Taklimat Guru Besar


Lepas jer taklimat mengikut jantina diadakan selama setengah jam... kami sumer bergegas ke Bilik Gerakan... huhhhh bukan nak Mesyuarat Panitia.. rupanya ada taklimat lagi dengan GB pulak... ini ler masanya Tn. Hj. Ruslan nak sampaikan apa2 maklumat terkini yang dirasakan terpenting tue...

Banyak jugak hal yang diceritakan beliau tadi semuanya berkaitan dengan perihal guru SK Setiawangsa... Apapun taklimat ini memang penting untuk memastikan guru sentiasa tersedia dalam segala hal yang berkaitan.

Tidak lupa juga, beliau memperkenal dan mengucapkan selamat datang kepada guru baru dan berharap dapat menjalankan tugas dengan baik di SK Setiawangsa.

Guru-guru kelas juga diingatkan untuk hadir sesi taklimat seterusnya. Untuk keterangan lanjut klik Info Guru SKSKL

Taklimat dan Perbincangan Cikgu Lelaki

Seperti yang dimaklumkan semalam kepada guru2... sesi taklimat mengikut jantina telah diadakan... bagi guru lelaki kami menempatkan diri di bilik media sebaliknya perempuan di bilik gerakan... Apa agaknya yang dibincangkan yer? bagi cikgu perempuan saya tak tau lah apa yang dibincangkan.. tapi bagi guru2 lelaki kami semua telah ditaklimatkan oleh En. Sukardi GPK Ko....

Apa yang di bincangkan adalah berkaitan isu lelaki... rahsia tau @$%$#&*.... lepas tu berkenaan dengan tugasan yang telah dimaklumkan sebelum ini... tentang sukan, perkhemahan dll... apa yang diharapkan adalah usaha dan kerjasama yang lebih gigih dapat dihasilkan pada tahun ini... yerlah kalau dulu teruk jadikan baik... kalau dulu baik jadikan lebih baik...

Disamping itu En. Rosli sebagai setiausaha tetap memancing hasil pelantikannya sendiri telah memaklumkan bahawa aktiviti memancing udang akan diadakan buat kali kedua pada 18 Jan 09.. tetapi bertolak ke destinasi pada 17 Jan 09... biasalah bukan semua dapat pergi atas beberapa sebab seperti.. sayang bini, bini tak berapa takut dengan saya.. katanya... sibuk mengulangkaji sebab nak periksa dan sebagainya... namun yang tidak mempunyai kekangan akan pergi mengikut perancangan....

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas


beginilah kami di SK Setiawangsa... walaupun dipisahkan dengan sesi pagi dan petang namun keakraban tetap diutamakan.. salah satu caranya beginilah.... sekurang-kurangnya sepanjang berada di sana nanti kami semua dapat berkongsi pandangan dan idea..... pada si isteri pulak janganlah marah pada suami pulak... kesian dia.... apa yang penting dia pergi memancing udang bukannya memancing pompuan.... hahhaaha

Jumaat, 9 Januari 2009

Pada Allah Kita Meminta

Sesungguhnya warga SK Setiawangsa berasa amat bersyukur kerana segala aktiviti dan perancangan awal persekolahan berjalan dengan sempurna... dan semangat tahun baru ini dilihat lebih lagi berbanding tahun-tahun yang lepas. Kegigihan yang ditunjukkan para guru dan murid diharapkan dapat berterusan bagi menyerlahkan lagi kecemerlangan sekolah buat kesekian kalinya.

Siapalah kita yer... kita hanya merancang tapi tuhan jua yang menentukan... Oleh itu segala kelancaran selama ini adalah dengan izin dariNya. Sebagai manusia kita tidak boleh lupa akan hal tersebut. Maka dengan itu tepat jam 12 tengahari tadi semua guru berkumpul di surau untuk majlis bacaan yassin dan doa selamat.... antara tujuannya adalah seperti berikut :

1. Memohon agar SK Setiawangsa dan warganya sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera
2. Memohon agar Rakyat Palestin dapat kembali aman dan sejahtera.
3. Pemergian Allahyarhamah Bonda kepada Penyelia Petang iaitu Pn. Hjh. Hasmah bt Mohammad
4. Anak GPK 1 Pn. Siti Rokiah Bt. Salleh yang telah sedar daripada koma.

Majlis telah berakhir pada jam 12.30 tengahari...

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Semoga apa yang dipohon dimakbulkan Allah S.W.T...

Bicara Pagi "Keselamatan Sekolah"

Alhamdulillah, minggu pertama bagi sesi persekolahan 2009 nampaknya berjalan lancar. Hal ini disebabkan kerjasama yang diberikan para guru, kakitangan sekolah dan ibubapa. Pagi tadi tepat jam 7.40 En. Wan Rosli sebagai guru bertugas telah menyampaikan bicara pagi yang bertajuk keselamatan sekolah... banyak input yang diperolehi para pelajar.

Tuan guru Besar Hj. Ruslan b. Madun juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan murid dalam beberapa aspek termasuklah disiplin belajar... murid perlu meneruskan disiplin belajar seperti hari pertama persekolahan di mana mereka dilihat begitu seronok untuk belajar... hal ini perlu diteruskan.. jika tidak murid akan mula terjebak dengan sikap negatif termasuklah tidak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

Klik Pada Gambar Untuk Paparan lebih jelas

Khamis, 8 Januari 2009

Mari Boikot Israel

Sekarang ni rejim zionis semakin mengganas.. sifat peri kebinatangan mereka juga semakin terserlah... seolah-olah mereka ini tidak mempunyai hati dan perasaan melihat mangsa korban bergemlimpangan darah... sedang ia tidak melakukan apa-apa kesalahan terutamanya bayi yang masih menyusu... alangkah kejamnya ISRAEL...

Kita di Malaysia ni mungkin tidak mampu atau tidak berkemungkinan untuk pergi berperang menentang Rejim yang zalim itu... tapi ada banyak cara lain untuk kita memusnahkan atau melumpuhkan rejim yahudi ini...

Antaranya kita berdoa memohon balasan setimpal daripada Allah, memberi sumbangan dan juga memboikot apa saja barang yang telah dikeluarkan oleh rejim tersebut...

Jangan Laburkan wang anda sesen pun untuk membantu rejim zionis membunuh umat Islam Palestin....

Untuk mengetahui keterangan lanjut berkenaan barang yang berkait dengan yahudi... silalah klik pada link Ustaz Puaad

Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

PUTRAJAYA: Sejumlah 112 kematian dilaporkan akibat deman denggi di seluruh negara sepanjang tahun lalu berbanding 98 kematian pada tahun sebelumnya.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata sebanyak 49,335 kes deman denggi dicatatkan tahun lalu, iaitu peningkatan satu peratus berbanding 48,846 kes pada tahun sebelumnya.

Katanya, bagi tempoh seminggu antara 28 Disember hingga 3 Januari lalu, sejumlah 1,157 kes dengan empat kematian dilaporkan.(petikan Berita Harian)

Kesimpulannya kita perlulah sekurang-kurangnya mengambil langkah pencegahan... jangan sentiasa beranggapan diri dan keluarga kita sentiasa bernasib baik... kalau ikut angka kes yang hampir mencecah 50 000 tu kira banyaklah.. tapi bernasib baik sebab masih lagi dapat hidup.... yerlah sebab sempat untuk dirawat...

Rabu, 7 Januari 2009

Latihan Perhimpunan Pagi


Pejam celik pejam celik dah 3 hari sesi persekolahan bagi sesi 2009... huhhh nampak murid2 dan para guru masih bersemangat... mungkin azam baru kot.... baguslah macam tu... harap2 hal ini dapat dikekalkan...

Pagi tadi sesi latihan perhimpunan juga telah diadakan... tujuannya supaya murid tidak kelam kabut dan tahu tempat untuk berkumpul pada setiap pagi hari persekolahan... beberapa perkara juga diingatkan kepada murid sebagai maklumat tambahan... perhimpunan telah diselia oleh En. Wan Rosli dan di bantu oleh geguru sumer

Sekolah Setiawangsa telah pun diiktiraf sebagai sekolah Kluster kecemerlangan... dan keputusan UPSR lepas juga sangat memberangsangkan apabila memecahkan rekod pencapaian UPSR yang lepas-lepas dengan 118 orang murid berjaya mendapat 5A... Oleh kerana itulah semangat dan kerjasama di antara semua guru, murid dan para ibubapa serta penjaga untuk memberi lebih kerjasama agar pencapaian lebih baik dapat dicapai dan moga SK Setiawangsa lebih dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.. ianya tak mustahil bukan?

Berbalik kepada perhimpunan pagi tadi, Ustaz Shauki Al-Khodahi selaku guru disiplin mengingatkan beberapa perkara termasuklah:
1. memakai tali leher dengan sempurna
2. menulis nama ringkas pada beg, kasut dan yang dirasakan perlu
3. menjaga disiplin diri
4. rambut sentiasa kemas
5. berkumpul di tempat yang telah dikhaskan dan membaca buku
6. datang awal atau tepat pada waktu persekolahan
7. Setiap Jumaat juga akan diadakan perhimpuna pagi atau lebih dikenali sebagai "Bicara Pagi"(murid perlu berada di tapak perhimpunan pada jam 7.20 pagi)

Selain itu ibubapa juga diharap memberi kerjasama agar memberi peluang untuk anak2 masing2 untuk berdikari sendiri terutamanya tahun satu... Oleh itu, ibubapa hanya diberi peluang untuk menemani anak mereka disekolah sehingga hari jumaat ini... selepas itu ibubapa tidak lagi dibenarkan mengganggu proses pembelajaran anak-anak di sekolah.