Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 31 Disember 2009

Kembali Ke Sekolah


Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid.

Selasa, 29 Disember 2009

Bowling Di Wangsa Walk

Seusai mesyuarat, saya, Adam, Azeze dan Raisam berkesempatan untuk bermain bowling di Wangsa Walk.... huhhh memang tepat hari yang dipilih... dapat lepaskan barang sedikit tekanan... Hari ini kami bermain secara santai sahaja... masa yang diambil lebih kurang 2 jam setengah...


Berikut adalah Keputusan yang diperolehi :

1. Azeze = 473 jatuhan pin terbanyak 133
2. Ezam = 391 jatuhan pin terbanyak 138
3. Adam = 390
jatuhan pin terbanyak 123
4. Raisam = 374
jatuhan pin terbanyak 102



Isnin, 28 Disember 2009

Mesyuarat Orientasi Persediaan 2010

Mulai hari ini semua guru menghadiri mesyuarat yang akan berlangsung sehingga Rabu sebelum memulakan sesi orientasi murid tahun 1 pada hari Khamis 31.12.2009 dan seterusnya sesi awal persekolahan yang akan bermula pada 4.12.2009. Seperti biasa pelbagai input yang diberi sepanjang berlangsungnya mesyuarat sebagai panduan untuk melaksanakan tugas dengan lancar pada tahun 2010 nanti.

Bagi SK Setiawangsa seramai lebih kurang 15 orang guru baru akan berpindah masuk ke sini bagi menggantikan guru-guru yang telah bertukar juga memenuhi kuota guru memandangkan pertambahan 2 buah kelas bagi setiap aliran. Blok baru iaitu blok E dan F telah siap dan boleh digunakan untuk tahun hadapan. Ini bermakna murid akan berasa lebih selesa berbanding sebelumnya terutama dengan adanya pertambahan sebuah lagi dewan.

Seperti tiap-tiap tahun sebelumnya sesi orientasi tahun 1 akan menjadi fokus utama bagi permulaan sesi sebelum bermulanya 2010. Semua guru akan bertugas pada hari tersebut bagi menjayakan majlis orientasi yang mana pada hari tersebut para ibubapa murid tahun 1, bukan sahaja berurusan untuk membayar yuran bahkan akan menerima pinjaman buku teks dan juga mendengar sedikit taklimat daripada pentadbir dan juga wakil PIBG. Diharapkan segala yang dirancang nanti akan berjalan lancar.

Sabtu, 26 Disember 2009

Mengejar Pelangi

Mengejar Mimpi

Tatkala liku berliku terharungi
Badai ditempuh penuh reaksi
Mengharap pelangi indah nan berseri
Insyaallah 2010 ia menjelma nanti

Aku ...
bukanlah Mat Jenin yang hanya berangan dihujung titi
Hanya mengharapkan apa yang belum pasti
Makhluk yang lemah meminta-minta pada yang HAKIKI.
Walaupun pelangi yang diminta Petir yang diberi
Tetap syukur kutadah merendahkan dahi..

Jika aku senang ada yang lebih senang dari ini
Jika aku susah ada yang lebih susah tak terperi
Sejak dulu aku telah berjanji
Tiada sesal sekali-kali terpahat di hati
Apa yang berlaku adalah segala yang diuji
Ada hikmahnya itulah rezeki

Azam perlu terus dikecapi
Azam ku anggap seperti pelangi
Menjadi panduan langkahan kaki
Walaupun longlai tak mampu berlari
Tetap berusaha menggapai pelangi

Kata orang tiada mustahil dalam dunia ini
Mustaqqim adalah dekat universiti
Belajar jurusan perubatan nak jadi doktor gigi
Hah... apa yang aku merepek ni

Begitu indah pelangi nan berseri
Tidak selalu singgah di bumi
Hanya seketika memberi seri
Mengharapkan aku terus mengejarnya sendiri
Akan ku kejar walaupun tak dapat itu pasti..

Nukilan: ezamramlan 261209 jam1450

Khamis, 24 Disember 2009

Siap Siaga Hadapi 2010

Bermula esok tinggal lagi 6 hari saja lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa tahun 2009 yang penuh dengan pancaroba... saya yakin tahun 2009 ini banyak memberi kesan tidak baik terutama dari segi kewangan masyarakat di malaysia tambahan pula dengan masalah kemeseletan ekonomi dunia yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya. Tidak kurang juga beberapa perkara baik telah berlaku dalam tahun 2009 ini. Biasalah hidup ini.... ada masam, masin, pahit dan sebagainya.. apapun yang baik jadikan sempadan manakala yang buruk jadikan sempadan pengajaran...

Eloklah adanya jika kita dapat meluangkan masa merenung seketika apa yang telah berlaku pada tahun ini sama ada perlu diteruskan atau ditinggalkan... mana yang baik eloklah diteruskan dan dipertingkatkan... manakala yang tak baik tu buanglah jauh-jauh..... macam-macam cara ada untuk kita buang apa yang tidak elok... contoh yang saya pernah praktikan menulis segala perkara yang nak ditinggalkan... masukkan dalam botol... kemudian campak kat laut... tapi jangan sampai orang nampak.. nanti dia kata kita buang jin pulak..

Tidak kurangnya saya sendiri tahun ini 2009 bukanlah tahun terbaik bagi saya.. saya harap tahun hadapan menjanjikan terbaik...

Semoga tahun 2010 menjanjikan kebahagian dan rezeki berkat yang melimpah ruah. Teruskan Ber... Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal..

Kadar Bayaran Tambahan 2010

Mulai tahun 2010.. Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagaimanapun, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka dan ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

Ahad, 20 Disember 2009

Rancang Perbelanjaan Tahunan

Meniti laluan ke tahun 2010 suatu yang agak genting bagi golongan dewasa... terutamanya mereka yang berada di dalam golongan yang sederhana, susah, payah dan sebagainya.. sebenarnya kaya atau kayap adalah berpaksi kepada pengurusan kewangan kita... dalam soal wang pengurusan amat penting... bukan mudah untuk mengurus dek kerana kita sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tamak, lagak, gelojoh...

Semua orang tahu hidup ini umpama putaran roda yang sentiasa berputar.. kita tidak tahu bila masa kehidupan kita akan berada di bawah di tengah atau di atas.. adakah kekal di atas atau akan jatuh merudum ke bawah???... dek kerana itulah kita perlu merancang satu bajet atau belanjawan sepanjang tahun.. bagi yang berkeluarga eloklah mengadakan satu mesyuarat khas belanjawan keluarga bersama suami, isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat kalau ada.. bagi memastikan perbelanjaan sentiasa berada di atas landasan yang tepat dan tidak tergeser atau terkeluar nanti..

Belanjawan perlu berfokuskan kepada pengeluaran wang dan juga kemasukan wang... kebanyakan masyarakat di dunia ini lebih berfokuskan kepada pengeluaran wang semata-mata... Antara fokus pengeluaran wang termasuklah... sewa rumah, segala bil, segala cukai, segala pinjaman, segala yuran termasuk yuran kelab, perbelanjaan keperluan harian, perbelanjaan kehendak dan macam-macam lagi.. kebanyakannya berbelanja mengikut kehendak berbanding keperluan.. apapun utamakan keperluan terlebih dahulu daripada kehendak... "Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting... kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting" Jika tidak kita sendiri yang pening.. fikirkanlah..

Tahun ini sahaja di kawasan tempat tinggal saya, lebih 20 buah rumah telah dilelong akibat masalah tunggakan daripada peminjam... huhu.. terkilan.. tapi inilah pengajaran yang perlu kita ambil ikhtibar... kita tidak selalunya senang... oleh itu suka saya mengingatkan diri saya sendiri dan anda juga untuk sama-sama merancang perbelanjaan dan menyimpan duit tabungan untuk masa hadapan.. Ini bukan berfokus kepada orang tour atau dewasa sahaja.. tetapi juga remaja dan budak-budak.. menabung dapat meringankan beban kita apabila berada dalam kesusahan nanti... Pengajarannya dalah kita perlu menyimpan untuk kecemasan dan juga untuk masa hadapan..

Ini sajalah coretan saya... yang selebihnya anda renung-renung dan fikirkanlah...

tema belanjawan saya tahun ini.. "menabung harus selalu, belanja jika perlu"

Bahagia dan selesa lebih baik daripada kaya tapi pening kepala...

Maklumat Tambahan:

Sabtu, 19 Disember 2009

Cuti Nak Habis... Buat Persiapan

Cuti sekolah akan berkahir tidak lama lagi.. pelbagai aktiviti yang telah berlaku sepanjang cuti ini.. termasuklah beriadah, balik kampung, bersiar-siar, melancong dan sebagainya... dihari-hari akhir menjelang 2010.. pastinya kesesakan berlaku dipusat-pusat membeli belah.. mana taknya.. ibubapa dan anak-anak sibuk membeli-belah pakaian sekolah serta alat-alat tulis yang berkaitan..

Apapun seeloknya dicatat dulu apa saja keperluan yang diperlukan untuk dibeli.. supaya tidak tertinggal barang yang sepatutnya dibeli.. biasalah.. pensil 2B, pembaris, pemadam, warna air, warna pensil, warna crayon, kotak pensil dan sebagainya...

Dalam keghairahan menyiapkan barang-barang keperluan untuk kegunaan persekolahan tahun hadapan.. apa yang dianggap sangat penting untuk dilakukan sekarang adalah merangka jadual persendirian... tidak kiralah murid yang akan menghadapi UPSR atau tidak... seharusnya semua mempunyai jadual persendirian.. iaitu jadual belajar dirumah yang mana perlu kita tetapkan dan berazam untuk mengikuti sepenuhnya jadual yang telah dirangka... dalam jadual tersebut kita perlu merangka bila waktu untuk kita menyiapkan kerja sekolah, bila waktu untuk kita mengulangkaji mata pelajaran dan sebagainya...

Apapun selamat membuat persiapan untuk tahun hadapan dan semoga kita semua akan lebih berjaya serta mencapai segala azam yang kita tanamkan pada tahun hadapan.. walaupun Ustaz Azam sudah bertukar ke felda..

Jumaat, 18 Disember 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum w.b.t buat kalian semua. Alhamdulillah hingga ke hari ini kita dapat lagi menghirup oksigen di bumiNya. Sehingga kini kita masih lagi terus dibenarkan menumpang di bumi yang luas lagi indah ini.

Sesungguhnya hari ini amat bermakna buat kita seluruh umat Islam di muka bumi ini kerana hari ini merupakan ulangtahun maal hijrah yang ke 1431. Tatkala saat meniti saat, minit berganti minit, jam bertukar jam, hari bersilih ganti, bulan melangkau bulan, tahun demi tahun, sedar tidak sedar kita semakin dewasa untuk terus melalui ranjau, onak duri, liku-liku, rintangan, halangan, kekangan dan sebagainya.

HIJRAH... suatu yang bukan mudah bagi semua umat manusia.. sejujurnya bagi saya bukan mudah untu berhijrah... namun dengan kekuatan iman yang ada kita harus cuba untuk terus berhijrah.. walaupun sedikit hijrah yang dilakukan.. yang pentingnya adalah usaha untuk berhijrah perlu dilakukan..

Dalam melaksanakan hijrah kita perlukan fokus. Bagi rakyat Malaysia hijrah yang terbesar yang dapat saya syor dan fokuskan adalah berhenti merokok. Hijrah ini jika dapat dilakukan pastinya memberi 1001 x 21 x 31 x 41 x 2001 x 5001 x 11121 kebaikan.

Ini kerana dengan merokok kita akan...
-memudaratkan diri sendiri dan orang lain... kalau kita marahkan budak bermain mercun.. yang hanya memutuskan jari.. mengapa tidak kita marahkan diri kita yang merokok yang boleh memudaratkan kesihatan kita sendiri dan manusia lain...(*pengalaman-kawan saya telah disahkan sebagai perokok kelas 3... sedangkan dia tidak merokok... puncanya adalah asap yang dihidu)
-membazirkan beribu-ribu hinggit... sedar tak sedar berkotak-kotak rokok dah dibeli... silap-silap harganya boleh mencecah harga sebuah kereta, rumah, atau harga hantaran untuk bini n0.2... kalau tak caya kiralah sendiri.. purata harga rokok sehari x 30 x jumlah tahun anda merokok...

Kalau tak merokok pula...
-tidak memudaratkan orang lain walaupun diri dimudaratkan... Sebagai khalifah di muka bumi Allah ini telah diingatkan kita untuk menikmati kehidupan di sini dengan selesa tanpa memudaratkan orang lain tetapi perlu sentiasa bantu-membantu dan sentiasa perihatin terhadap segala hal termasuklah kesihatan.. jadi jika kita tidak merokok kita memberi keselesaan pada masyarakat sekitar.. namun jika kita dimudaratkan dengan asap rokok yang berbahaya itu bukan salah kita..
-orang yang tidak merokok adalah orang yang hebat.. letakkan hati sentiasa takut pada Allah.. jika rokok itu makruh atau haram.. mengapa kita tidak elakan saja dari melakukan perbuatan makruh itu.. ini kerana perbuatan makruh yang dilakukan berulang-ulang... akan menjadi ....???? apapun orang yang tidak merokok sebenarnya hebat sebab dapat menahan diri dari perbuatan itu walaupun diajak untuk melakukannya..
-jimat wang hinggit... bagi yang tak merokok duit yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebagai tabungan dan sebagainya serta memastikan keberkatan pada setiap duit yang dibelanjakan...

sebenarnya banyak lagi positif dan negatif gejala merokok yang boleh dihuraikan... tapi cukuplah setakat ini.

Syor terbesar yang lain termasuklah berazam untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan, berlajar dengan lebih gigih untuk mencapai yang terbaik, memperbanyakkan ibadah termasuklah bersedekah dan sebagainya..

Apapun marilah sama-sama kita mengingati peristiwa hijrah rasullullah untuk kita jadikan panduan. Semoga kita dapat melaksanakan hijrah yang kita azamkan sebelum tahun hijrah ini berkakhir .... salam maal hijrah buat semua... sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang buruk dan lemah itu adalah daripada saya sendiri sebagai insan lemah lagi hina ini..

Al-Fatihah buat Rasul Junjungan, Para sahabat Baginda, Guru-guru, Ibubapa, rakan-rakan dan semua umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

Pautan-Maal Hijrah 1430

Selasa, 1 Disember 2009

Banjir Cuaca Selsema Bertugas

Sudah lama tidak membuat catatan diblog ini... bukan apa... sekadar nak rehatkan otak ini... tak nak banyak sangat berfikir... apapun dalam sepanjang tempoh seminggu ini pelbagai perkara telah berlaku... terutamanya banjir.. banjir ini memang dah jadi bencana alam di Malaysia sejak dulukala lagi... terutama mereka yang menduduki kawasan pantai timur.. namun itu semua ujian Allah.. jadi kenalah terima..

Sepanjang bulan lepas hingga kini... bolehlah saya katakan sebagai bulan musim demam dan selsema.. ya lah kan? disebabkan cuaca di negara kita ni tak menentu.. kejap panas kejap nanti hujan... panasnya bukan kepalang... terik... hujan pula lebat yang amat... jadi kalau nak berekreasi atau beriadah pun kita kena bijak memilih masa yang sesuai.. kalau tidak susahlah dan tak enjoy pulak nanti...

Bermula semalam saya telah hadir ke sekolah bersama beberapa orang guru yang lain... kami kena menjalankan tugas secara bergilir-gilir mengikut tarikh yang ditetapkan.. jadi saya menangguhkan dulu hajat nak ke Melaka... kalau tak ada aral, minggu hadapan saya akan bertolak ke Melaka untuk bercuti di sana dan merehatkan kepala otak ini untuk digunakan pada tahun hadapan terutama dalam misi meningkatkan mutu kerja dan menaiktaraf website sekolah kepada yang lebih baik.. azam tahun depan tu...

Pagi tadi sempat juga hadir ke sekolah untuk bermain ping pong... sebenarnya setiap hari selasa dan khamis kluster ping pong mengadakan latihan sepanjang cuti ini.. jadi mereka yang terlibat mewakili sekolah giat menggandakan latihan..

Gambar Majlis Anugerah Cemerlang juga telah saya perolehi daripada cikgu aman... insyaallah saya akan uploadkan beberapa keping gambar suasana majlis tersebut..

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Isnin, 23 November 2009

Gandingan Guru Bawa Kejayaan SK setiawangsa


MURID cemerlang Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bangga menunjukkan slip keputusan peperiksaan UPSR mereka, semalam. - UTUSAN/ Mohd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Gandingan guru berpengalaman menjadi resipi kepada kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa di sini yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Seramai 94 muridnya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut, yang terbanyak dalam satu sekolah di Wilayah Persekutuan.

Guru Penolong Kanan Satu (1) sekolah itu, Siti Rokiah Salleh, 51, berkata, pendekatan itu berjaya memastikan pelajar mereka mendapat bimbingan terbaik sebelum menghadapi UPSR.

"Cara ini ternyata membuahkan hasil kepada kami sejak tahun lepas lagi, yang mana seramai 118 murid mendapat 5A.

"Pencapaian ini bermakna SK Setiawangsa berjaya mengungguli sebagai sekolah paling ramai 5A buat tahun kedua berturut-turut,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tempat kedua dalam kategori itu ialah SK Bukit Damansara dengan 80 murid dan SK Taman Tun Dr. Ismail 1 (76 orang).

Namun, SK Bukit Damansara diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dengan catatan 1.31.

Siti Rokiah berkata, mereka merancang untuk mengekalkan prestasi itu pada tahun hadapan.

"Kami tidak akan leka dengan kejayaan ini kerana bagi saya untuk mencipta kejayaan lebih mudah berbanding mempertahankannya,'' jelasnya.

Sementara itu, murid yang mendapat 5A amat gembira dengan pencapaian mereka.

Bagi Nur Sabrina Madzney, 12, dia pada mulanya tidak yakin mendapat 5A memandangkan sedikit lemah di dalam mata pelajaran Sains.

"Namun galakan ibu bapa memberikan saya semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan saya ini ditujukan kepada mereka,'' katanya.

Aleena Mokhtar Khairun, 12, pula menyifatkan kelas tambahan di sekolah dan tuisyen banyak membantu kejayaannya.

"Saya memang bersungguh-sungguh mahukan keputusan seperti hari ini dan berusaha mencapainya sejak mula lagi," kata nya.

Hasnol Hadi Hakimi, 12, pula berkata, guru dan ibu bapanya yang harus diberikan penghargaan kerana kejayaannya itu.

"Diharapkan ini langkah pertama dalam mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor," katanya.

Utusan Malaysia Online: 20 November 2009

Persembahan Orchestra Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009

Ini adalah video persembahan orchestra SK Setiawangsa pada Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009 tempohari. Video ini adalah ihsan daripada bro kirinto marcello, kredit untuk beliau kerana sudi berkongsi video2 dibawah.. satu lagi persembahan lagu myway... sesiapa ada rakam sudi-sudilah kongsi..

kuda hitam



si paku gelang



isabella

Sabtu, 21 November 2009

PWTC-Majlis Jasamu Dikenang SKS 2009

Pada Jam 12.30 tengah hari tadi telah berlangsung satu Majlis lagi bertempat di PWTC KL. Majlis ini adalah bertemakan "Jasamu Dikenang" yang dikelolakan oleh KKGK yang dipengerusikan oleh Cikgu Rosli Juhari.

Inilah SK Setiawangsa, begitu banyak program yang telah dijalankan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sepanjang tahun ini boleh dikatakan 4 minggu kebelakangan ini merupakan minggu yang paling dan sangat sibuk.. macam-macam perkara berlaku... kalau ikutkan susah nak memastikan program yang dirancang berjalan lancar dengan pelbagai petindihan kerja.. tapi dengan kerjasama yang cukup mantap akhirnya.. hasilnya begitu membanggakan..

3 Majlis besar yang telah berjaya diadakan dengan jayanya termasuklah majlis persaraan, majlis anugerah cemerlang dan majlis jasamu dikenang... sebelum berlangsung majlis yang dimaksudkan sudah pastinya persiapan awal perlu dilakukan.. tetapi pelbagai halangan telah dilalui termasuklah peperiksaan, penyemakkan kertas PKSR, program lawatan sambil belajar, pertandingan ping pong, Intervensi, Semak kertas Intervensi, Pengumpulan markah PKSR 2, penyerahan buku teks, tutup laporan kedatangan, laporan panitia dan macam-macam lagi...

Majlis yang berlangsung tadi memang sesuai diadakan dan dapat melepaskan semua tekanan kerja pada hari-hari sebelumnya. Semua yang hadir dilihat mengukir seribu satu senyuman tanda kepuasan sepanjang menjalankan tugas di SKS.. saya sendiri turut berasa kepuasan.. tahun depan perlu pastikan lebih terbaik dari terbaik yang telah dilakukan.

Bercerita tentang Majlis jasamu dikenang sebenarnya meraikan guru-guru yang telah bersara iaitu Pn. Jusvinder dan. Pn. Khatijah, turut meraikan guru-guru yang bertukar dan menghargai jasa semua guru SK Setiawangsa. Tambah ceria majlis tersebut dengan kehadiran rakan-rakan bekas guru termasuklah cikgu Noor Izam, Cikgu Sheikh dan Ustaz Azam. Manakala wakil PIBG yang turut hadir ialah Dato' Elli selaku YDP bersama timbalan beliau Ir. Hj. Mufid.
Banyak lagi nak diceritakan... ini mukadimah sahaja... bersambung esok pula...

Majlis Anugerah Cemerlang 2009

Malam Majlis Anugerah cemerlang 2009 yang berlangsung semalam memang sangat mengujakan. 4 Bintang setengah daripada saya. Mejlis yang begitu gilang-gemilang berlangsung dalam keadaan yang begitu meriah. Walaubagaimanapun post mortem terhadap majlis tersebut sangat perlu diadakan bagi menambahbaik majlis sebegini pada masa-masa akan datang.

Malam tersebut merupakan malam yang cukup bersejarah memandangkan ianya pertama kali diadakan di dewan besar di centrum setiawangsa dengan 4 persembahan yang begitu hebat termasuklah Orchestra, Teater, Boria dan Tarian.

Bagi saya, banyak perkara baru yang saya dapati pada majlis tersebut untuk dijadikan panduan apabila melaksanakan majlis sebegini pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah termasuklah 94 orang murid yang telah mendapat 5A, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Khas dan Tokoh Murid 2009.. Semoga pada masa akan datang SK Setiawangsa dapat menjayakan majlis sedemikian dengan lebih sempurna. Kepada guru yang akan bertukar dan bersara iaitu Pn. Roshimah, Pn. Ainul, En. Zaidi, Puan Puteri, Pn. Jusvinder dan Pn. Khatijah.. Majlis tersebut adalah hadiah terakhir mereka untuk SK Setiawangsa.. huhh semuanya hebat2 belaka... pemergian mereka memanglah suatu yang agak menyedihkan bagi sekolah atas sumbangan yang telah mereka berikan.

Selesai majlis semalam, GB belanja semua makan di restoran berdekatan.. tapi saya tak dapat hadir.. sebab badan sudah mula berasa letih dan mengantuk... apapun tahniah dan terima kasih kepada GB, Pentadbir dan barisan guru-guru yang cukup komited dalam menjayakan majlis semalam.

Khamis, 19 November 2009

94 5A Raptai Penuh MAC 2009

Hari ini keputusan UPSR telah pun diumumkan. SK Setiawangsa merupakan sekolah yang paling ramai murid mendapat 5A di Wilayah Persekutuan iaitu seramai 94 orang. Mereka seterusnya akan diraikan esok dalam Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009 yang penuh gemilang.

Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Sulaiman Wak berkata seramai 2,725 daripada 24,826 calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Kuala Lumpur memperoleh 5A dan 7A.

"Walaupun peratusan kelulusan pada tahun 2009 telah menurun dari 66.94 peratus kepada 66.89 peratus tetapi peratus lulus semua A telah meningkat kepada 10.98 peratus berbanding tahun 2008 sebanyak 10.90 peratus," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan UPSR bagi Kuala Lumpur.

Beliau berkata 94 calon SK Setiawangsa mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, SK Bukit Damansara (80) dan SK Taman Tun Dr Ismail Satu (76).-petikan Harian Metro.

Tadi juga sibuk dengan raptai penuh... Tugasan yang diberi pada saya tidak lagi disiapkan dengan sempurna.. akibat banyak kekangan yang dihadapi.. esok juga ada majlis persaraan... pening kepala ni... malas nak cerita... sibuk sangat ni...

Cuma nak ucap tahniah pada mereka semua yang telah berjaya mendapat keputusan terbaik.. teruskan usaha pada masa-masa yang akan datang..

Rabu, 18 November 2009

Debar Raptai

Jantung berdegup menantikan keputusan esok... bukan sayalah.. saya tak rasa sangat degup tu... degup-degup nak cuti sekolah tu adalah rasa... apapun tak dinafikan ibubapa, guru-guru serta murid-murid tahun 6 ada yang agak gelisah hari ini dan mula berasa risau atau bimbang dengan pengumuman keputusan UPSR yang akan berlangsung esok..

Tak kisahlah apa perasaan anda semua... yang pasti saya pasti begitu sibuk esok untuk menyiapkan power point mereka yang berjaya dapat 5A esok.. selepas itu kena bergerak dengan kadar segera ke centrum setiawangsa untuk sesi raptai penuh... pastinya malam esok tak dapat nak tidur nyenyak.. huuhuh.. memang agak letih..

Apapun keputusannya esok kita perlu terima dengan hati yang terbuka.. bersyukur dengan keputusan yang bakal diterima... ini kerana kita telah pun cuba sedaya upaya yang termampu... yang selebihnya itu hanya DIA yang tahu..

Selasa, 17 November 2009

Raptai Mesyuarat 5A Bergambar

Pagi tadi telah berlangsung raptai penerimaan hadiah bagi tahun 5 dan 6 setelah semalam raptai bagi murid tahun 1... nampaknya berjalan lancar.. semua bakal perima hadiah juga gembira sebab dan berasa beruntung kerana kejayaan mereka bakal diraikan dengan penuh gemilang...

Tadi saya sendiri berkesempatan bersama cikgu riduan pergi menjenguk sekali lagi dewan tersebut(Centrum Setiawangsa) untuk membuat perbincangan terakhir serta mandapatkan kepastian dalam beberapa hal yang berkaitan Majlis itu nanti.. Alhamdulillah, lega rasanya apabila kami bukan sahaja dapat apa yang dikehendaki bahkan lebih daripada itu... boleh dikatakan nak betis tapi dibaginya betis dan peha... huhu.. memang gembiralah sebab melalui keputusan yang kami bincangkan tadi menampakan kami dapat mengurangkan kesibukan pada hari jadi nanti..

Selepas menjenguk dewan tersebut.. saya terus ke dewan untuk melihat sesi raptai.. memang berjalan lancar dan pada keesokannya raptai untuk persembahan pula akan diadakan.

Selepas itu pada jam 1200 guru-guru berkumpul di bilik gerakan untuk bermesyurat.. pelbagai perkara telah dimaklumkan termasuklah persiapan akhir untuk majlis Malam Anugerah Cemerlang nanti.. GB juga memaklumkan bahawa keputusan UPSR akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 1030 pada hari Khamis.. Murid yang mendapat keputusan 5A akan terlibat untuk sesi bergambar individu untuk terlibat sama dalam Majlis Malam Anugerah Cemerlang itu nanti...

Sebelah petangnya pula satu Raptai penuh akan berlangsung bertempat di Centrum Setiawangsa. Harap sesi raptai ini dapat berjalan lancar dan pada hari jadinya pula diharapkan cuaca dalam keadaan baik..

Isnin, 16 November 2009

Minggu Sibuk Lawatan Raptai Umum UPSR Bersara

Minggu ini merupakan minggu yang sangat menyibukkan sebelum menanti minggu hadapan untuk menjauhkan minda ini dari keserabutan kerja. Pelbagai perkara telah, sedang dan akan berlangsung sepanjang minggu ini termasuklah ujian intervensi tahun 5 yang bermula pagi tadi sehingga hari khamis ini. Lawatan sambil belajar juga berlangsung pagi tadi dengan beberapa orang murid dan guru bergerak ke Melaka awal pagi tadi.

Latihan persembahan untuk Malam Anugerah Cemerlang terus giat dilakukan termasuklah orchestra, tarian, boria dan teater.. Bermula esok siri raptai pertama akan dilangsungkan untuk mengesan beberapa kecatatan sebelum ditambahbaikkan pada hari seterusnya. Setakat ini tugas menyediakan power point untuk tayangan nanti baru siap 45%. Hal ini kerana beberapa nama dalam aliran belum saya perolehi. Walaubagaimanapun sesi bergambar yang telah dimulakan sejak minggu lepas telah siap 95%.

Pada hari Khamis ini keputusan UPSR akan diumumkan lebih kurang pada jam 10 pagi. Murid-murid, Ibubapa dan Guru-guru pastinya berdebar dan tidak sabar menanti.. sementara menanti keputusan tersebut diumumkan tugasan perlu terus dijalankan. Pada hari yang sama juga pula akan berlangsung raptai akhir Anugerah Cemerlang dan keesokkan harinya.. Jumaat satu Majlis Persaraan akan berlangsung melibatkan 2 tokoh guru veteren sekolah ini iaitu Pn. Khatijah Mohamad dan Pn. Jusvinder Kaur.

Pelbagai program yang berlangsung minggu ini pastinya memerlukan kerjasama semua pihak. Sebarang tekanan perlu dielakan kerana jika ia boleh menyebab berlakunya sumbang dalam beberapa majlis yang akan dilangsungkan itu nanti. Oleh itu, guru-guru serta murid-murid SK Setiawangsa perlulah beri kerjasama dalam memastikan program yang kita rancang penuh gemilang ini berjalan lancar.

Ahad, 15 November 2009

Makan-makan Di Hulu Langat



(gambar ihsan cikgu zaidi.. kredit untuk beliau)

Semalam satu program makan-makan guru-guru lelaki sk setiawangsa telah diadakan di hulu langat. Rentetan perjanan program :
8.00 malam : berkumpul di sekolah dan berbual-bual sementara menanti rakan-rakan lain yang agak lewat sedikit akibat hujan yang turun begitu lebat di kuala lumpur..

8.30 malam
: bertolak kehulu langat menaiki lebih 3 buah kereta... ada yang bersama rombongan dari sekolah termasuk Tn. Hj. Ruslan (GB) dan En. Sukardi (GPK Koku).. saya bersama rombongan ini menaiki kereta alphard cikgu wan bersama 7 rakan lain.. ada juga yang terus pergi ke destinasi.. sebab nak sediakan apa yang patut... termasuklah order makanan..

9.30 malam
: kami yang memulakan rombongan dari sekolah tiba di destinasi yang tuju.. sementara menanti makanan tiba kami berbual-bual... Bila makanan sampai apa lagi.. makanlah... sedap.. antara makanan yang dijamu semalam termasuklah ikan bakar talapia dan keli.. tomyam.. sotong.. air kopi.. air epal... dan beberapa lagi jenis makanan.. Selepas menjamu selera, beberapa orang guru juga sempat menyumbangkan lagu dengan berkaraoke..
12.00 malam : kami bergerak pulang dengan membawa perut yang sudah kenyang.. tiba di sekolah 10 minit lagi nak pukul 1...

Rumusan : Program ini memang menyeronokkan dapat merapatkan hubungan sesama kami terutama dengan pentadbir.. dapat menikmati juadah yang enak-enak. Walaupun tempat makan tersebut agak jauh tetapi sangat berpuas hati. Paling penting program makan-makan ini berjalan lancar dan semuanya selamat.. Alhamdulillah.

Jumaat, 13 November 2009

Seminggu Sekolah Keputusan UPSR MAC

Tinggal Seminggu sahaja lagi sesi persekolahan 2009 akan ditamatkan... huhhh begitulah berlalunya setahun.. cepat rasa bila sampai masanya.. dulu rasa macam lama jer..

Keputusan UPSR pula kalau tiada aral hari Rabu depan akan diumumkan... huhh tak sabar nak tahu pencapaian tahun ini.. Kalau cemerlang kompem la naik taraf lagi sekolah ni.. daripada Kluster jadi Sekolah Berprestasi Tinggi... huhu.. tengok jerlah nanti...

Kesibukan guru dah mula reda.. 2 hari bercuti perlu digunakan sebaik mungkin untuk berehat kerena bermula hari Isnin tekanan kerja akan mula dirasai semula... Ini kerana beberapa majlis penting akan diraikan termasuklah majlis persaraan dan Malam yang penuh gemilang Malam Majlis Anugerah Cemerlang yang buat julung kalinya dilangsungkan pada waktu malam..

Kalau nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain mereka dapat menyiapkan tugasan seperti kami dengan lebih awal, tetapi berbeza dengan kami di SK Setiawangsa yang mempunyai bilangan murid yang ramai menyebabkan ianya menjadi salah satu kekangan untuk menyiapkannya dengan kadar segera.. namun pada tahun ini perubahan terhadap kerja nampaknya jelas menampakkan perbezaan apabila tugasan yang diberi dapat disiapkan tepat pada masanya memandangkan beberapa inisiatif yang telah diambil oleh pihak sekolah termasuklah membenarkan penggunaan mesin penanda jawapan OMR bagi tahap 2..

Kepenatan dalam melaksanakan tugas selama ini pasti akan dapat dirasai kepuasannya nanti apabila berakhirnya Majlis Anugerah Cemerlang nanti.. harapnya semua berjalan lancar..

Khamis, 12 November 2009

Silap Mata - Mana Makanan Aku?

Ini adalah video persembahan orchestra SK Setiawangsa pada Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009 tempohari. Video ini adalah ihsan daripada bro kirinto marcello, kredit untuk beliau kerana sudi berkongsi video2 dibawah.. satu lagi persembahan lagu myway... sesiapa ada rakam sudi-sudilah kongsi..

kuda hitam



si paku gelang



isabella

Rabu, 11 November 2009

Kedudukan Aliran Gambar 25%

Seperti yang dimaklumkan, hari ini murid-murid telah mengetahui kedudukan dalam kelas dan aliran. Jadi sesi pergambaran lebih mudah dijalankan pagi tadi yang melibatkan semua murid yang telah berjaya mendapat tempat pertaman hingga ketiga di dalam kelas, tempat pertama hingga kesepuluh dalam aliran dan juga terbaik matapelajaran... Hasil kerja sudah meningkat kepada 25%.. banyak lagi perlu dikemaskini...

Saya mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya terutama mereka yang telah meningkat begitu mendadak dalam pelajaran berbanding pada tahun-tahun yang lepas. Bagi yang tak berjaya seperti biasa teruskan usaha.

Selasa, 10 November 2009

Sesi Bergambar Video Kedudukan Aliran

Bermula pagi tadi sesi pergambaran bersama murid yang terlibat dalam penyampaian Anugerah Cemerlang telah pun diadakan bertempat di bengkel kemahiran hidup.. walaubagaimanapun tugas tersebut belum hanya 12% sahaja yang siap, memandangkan beberapa orang murid yang terlibat tidak hadir hari ini dan pergambaran bagi sesi petang masih belum dimulakan.

Di samping itu hari ini sempat juga bersama Riduan bertemubual dengan Pn. Khatijah untuk menyiapkan video sempena persaraan beliau.. huhu.. memang kena bertenang sekarang ini... jika berlaku sebarang tekanan... memang akan bermasalah... bila saya diganggu, saya akan tinggalkan kerja itu begitu saja... sebab saya ni memang ler begitu adanya.. kelemahan yang tak dapat diatasi hingga kini... kalau ada penawar bagilah tahu... kot-kot boleh berubah.

Bagi murid tahun 1-5.. esok mereka akan mengetahui kedudukan dalam setiap aliran... sama ada naik, turun atau kekal di kelas yang sama..

Isnin, 9 November 2009

Kedudukan Kelas Dan Aliran Bergambar

Sibuknya guru-guru kelas hari ini... Hari ini mereka semua sibuk memasukkan markah dan kemuadian mencetak keputusan murid untuk mengetahui kedudukan dalam kelas dan aliran.. Nampaknya mereka semakin bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberi. Selewatnya esok atau lusa murid sudah boleh mengetahui kedudukan masing-masing dalam kelas dan juga aliran.

Bagi saya keputusan yang diperolehi dengan cepat pada tahun ini dapat membantu saya menyiapkan segera power point murid yang terlibat dengan anugerah cemerlang berserta gambar masing-masing.. Sekurang-kurangnya apabila mesyuarat khas MAC yang berkemungkinan diadakan pada hari khamis ini menunjukkan perkembangan dalam tugasan yang diberi tersebut.

Jadi, kepada mereka yang berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik 1,2 dan 3 bolehlah bersiap sedia untuk mengambil gambar esok dan lusa...

Ahad, 8 November 2009

Kelantan Kalah Chelsea Menang?

Kecewanya semalam... pasukan kawe kaloh... tapi kawe to kisoh.. pasa dapak masuk faine.. buke sene tu... Naik joro pun doh kiro hebak doh tu...

Tepat jam 12 tengah malam nanti satu lagi pasukan pilihan saya iaitu Chelsea akan berntap bagi menetukan kedudukan turun naik dalam liga perdana Inggeris.. Chelsea kini merupakan pendahulu liga akan bertemu Manchester United yang tercicir di tangga ketiga.

Chelsea nyatanya tidak gusar pada perlawanan kali ini... memandangkan barisan pemain-pemain adalah dalam keadaan terbaik kecuali bosingwa yang masih lagi memerlukan rehat bagi memastikan kecedaraannya segera pulih.

Saya tidak letak harapan yang tinggi kali ini... Seri sudah memadai.. bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri...

Perlawanan malam ini memanglah akan menjadi tumpuan ramai.. Anggaran jaringan malam ini adalah 3-1... huhu boleh ker... Bagi penyokong pasukan lain terutamanya Liverpool pastinya mengharapkan kekalahan Chelsea bagi memastikan masalah keciciran mata antara mereka dan pendahulu liga tidak terlalu jauh.. Apapun tunggu sajalah..

Khamis, 5 November 2009

Hajat Cikgu Zaidi Kesampaian

Hari ini sekolah tetap diteruskan macam biasa walaupun peperiksaan telah tamat... macam biasalah guru-guru sibuk menyemak dan mengumpul data-data untuk dimasukkan kedalam thumb drive sebelum diserahkan kepada penyelaras aliran.. Sejak saya kecil sampai besar... budaya bawa mainan kesekolah hujung-hujung tahun memang masih menjadi ikutan... agaknya memang itu budaya di Malaysia kat mana-mana sekolah pun... yang penting murid dapat lepaskan tekanan mereka selepas 10 bulan belajar..

Tadi kat fb dapat berita bahawa cikgu Zaidi akan bertukar ke Terengganu atas permohonannya sendiri... memang cikgu zaidi nak ke sana sebab dekat dengan keluarga memandangkan isteri beliau di sana..

Huhu... nampaknya hilang lagi cikgu yang hebat-hebat ni... satu persatu... lepas ni camping tapa cikgu zaidi... tak taulah macam manakan? kurang menyengat kot... sebab beliau termasuk antara orang yang kaki camping... camping sambil berbasikal...

Apapun tahniah diucapkan atas kejayaan dapat bertukar ke sana setelah membuat permohonan tak silap saya awal tahun ini... Masa yang ada tak sampai sebulan ni perlulah digunakan untuk bergembira di SK Setiawangsa... cari sebanyak mungkin kenangan lagi yang boleh disimpan dalam ingatan...

Rabu, 4 November 2009

Hadiah Kanak-Kanak Menari

Ramainya yang tetiba berkunjung ke blog ini... rasanya sejak saya masukkan video silap mata beberapa hari ini nampaknya dapat sambutanlah... nampaknya cukup sekadar itu sahaja silap matanya... kalau ada pun akan datanglah... jangan pulak rasa kecewa.. lagipun silap mata ni bukan kerja utama... cuma nak bagi hadiah untuk murid-murid sempena hari kanak-kanak.. sebab tak tahu nak bagi apa.. harap kanak-kanak semua seronok...

Bersempena dgn hari kanak-kanak ... di peringkat sekolah SK Setiawangsa sendiri telah turut mengadakan sambutannya yang boleh dikatakan meriahlah.. walaupun ada banyak gangguan teknikal tadi.. yerlah saya pun tak prepare apa.. cuma semalam diberitahu untuk ambil gambar... itu saja... tapi alang-alang dah ada video silap mata tu.. saya mintalah kebenaran barang seketita tadi untuk menayangkannya kepada umum... jadi semua dapat lihat melalui paparan pada layar tadi... nampaknya kanak-kanak ni teruja benar melihat silap mata yang boleh menghaibkan orang dan juga bertukar wajah... huhuh.. seronok bila tengok kanak-kanak ketawa dan terhibur...

Beberapa keping gambar dan video majlis pagi tadi sempat juga diambil... tapi saya tak dapat janji bila boleh dipaparkan disini... kalau tak hari ini esoklah yer.. tadi ada buat rakaman guru besar dipelawa untuk menari... biasalah GB kita ni agak sporting orangnyer...


Selasa, 3 November 2009

Bertukar Wajah Laptop Jadi Syarah

"Bertukar Wajah"

Lokasi : Bengkel Kemahiran Hidup
Penglibatan : Alya Sabrina GBS3, Zulfah Alawiah dan Affan Shahir

Laptop Jadi Syarah Nabila

Lokasi : Bengkel Kemahiran Hidup
Penglibatan : Murid-murid 5 Wawasan

Serah Buku Teks Mesyuarat MAC

Hari ini guru-guru dan murid-murid tahun 5 kelihatan sibuk menguruskan penyerahan buku teks... macam biasalah mesti ada dikalangan mereka yang meminjam cukup memulangkan pula tidak cukup... hilanglah.. tertinggal kat kampunglah... kena curilah.. dan macam-macam lagi.. guru-guru pula masih sibuk dengan menyemak kertas soalan bersama murid.. dan ada juga yang masih sibuk menanda.. maklumlah ada yang menanda lebih dari 600 set soalan.. so.. lamalah sikit masa yang diambil...

Pada pukul 12.30 tengahari tadi pula berlangsung mesyuarat khas Majlis Anugerah Cemerlang yang bakal berlangsung pada penghujung malam hari terakhir persekolahan nanti.. seperti yang dicanang.. memang pihak sekolah akan dengan sedaya upayanya memastikan majlis itu nanti akan dijayakan dengan penuh gilang-gemilang... harapnya semuanya oklah nanti...

Walaubagaimanapun, mesyuarat yang diadakan tadi tepat pada masanya... sekurang-kurangnya guru sentiasa diingatkan dan pelbagai maklumat baru juga diperolehi bagi memastikan aktiviti yang dirancang seterusnya dapat berjalan lancar sebelum beberapa lagi sesi mesyuarat khas diadakan sebagai persiapan akhir majlis itu nanti... setiap guru diberi tugas masing-masing... jadi jalankan tugas nanti dengan sempurna... huhuu...

Isnin, 2 November 2009

Silap Mata "Ghaib&Tukar RM1 Jadi RM10"

"Ghaib"

Lokasi : 5 Wawasan..
Penglibatan : Murid 5 Wawasan

"Tukar RM1 Jadi RM10"

Lokasi : Pondok... Bersebelahan Dewan Blok B
Penglibatan : Murid tahun 5

Sabtu, 31 Oktober 2009

Ezamramlan Sudah Kormesil Di Internet

Setelah sekian lama menjadi pengguna setia internet.. akhirnya nama ezamramlan berjaya di kormesilkan... Hanya dengan menaip perkataan eza sahaja di enjin carian google nama ezamramlan akan dipaparkan dengan resultnya 6,690...

Huhh... senang sikit nak bukak blog dan juga facebook... seperti di bawah :

Jumaat, 30 Oktober 2009

Silap Mata Siri 1

Tadi saya telah berkesempatan membuat persembahan silap mata. Lokasinya di kelas 5 Jaya SK Setiawangsa...

Download

Jamuan 2 Kali Ustaz Azam

Seperti yang guru-guru dan murid-murid SK Setiawangsa tahu... terutamanya tahun 5... hari ini adalah hari terakhir Ustaz Haji Azam Shahrul Al Hafiz mengajar di sekolah kita.. Alhamdulillah sepanjang ustaz yang lebih dikenali dengan panggilan ustaz azam berada di sekolah ini, banyak juga pengetahuan dan pengalaman telah dikongsi.


(Cikgu Raisam & Cikgu Riduan kelihatan tidak dapat menahan sebak)

Dari kaca mata saya yang tidak berkaca mata, ustaz azam adalah seorang yang setenang air yang tenang tapi tiada buaya. Beliau bukan sahaja senang dilihat kerana ketinggiannya dari segi ilmu sahaja tetapi juga fizikalnya.. dari jauh sudah tahu siapa itu?

Uktuk makluman ustaz azam akan bertukar ke jabatan lain... bukan jabatan bekalan air... dan juga bekalan elektrik... cubalah teka... apa yang pasti itu sudah menjadi rezekinya.. di felda jer.. tak jauh pun dekat jer... ala dekat sebelah jalan tu jer... cuba tengok kat google map...

Bermula sejak semalam Ustaz Azam mengadakan jamuan di kantin... kami semua dijemput makan... banyak juga yang kami makan...



Hari ini pula kami di tahun 5 juga turut mengadakan majlis bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Haji Shahrul Azam Al Hafiz buat kali terakhir... Selesai membaca yassin dan doa.. GB memberi sedikit ucapan diikuti pula ucapan Ustaz Azam... kemudian GB sampaikan hadiah buat kenangan-kenangan daripada warga SKS kepada beliau..



Seusai majlis murid-murid menduduki peperiksaan pendidikan seni yang tertangguh dan dimulakan agak lewat sedikit... Peperiksaan berjalan lancar tetapi berakhir agak lewat sedikit...

Guru-guru juga turut dijemput makan buat kali kedua dibilik guru pula... banyak makanan yang sedap-sedap sampai lupa Ustaz dah nak pindah... saya nak merakam ucapan ustaz tapi tak berkesempatan sebab selepas rehat kelas sampai balik...

Tapi saya sempat ambil sedikit pesanan yang paling utama hendak disampaikan beliau kepada semua murid dan guru:

"Jangan bergantung kepada yang dicipta, Bergantunglah pada pencipta"
kalau kita bergantung pada manusia, manusia akan mati.... tapi bergantunglah pada Allah kerana Dia kekal abadi.

Saya menyusun sepuluh jari mengikut sifir 10 x 1.... memohon kemaafan kepada Ustaz kalau ada tersilap kata, ter.. ter.. ter yang entah apa-apa... dan juga mengucapkan terima kasih kerana pernah menjadi rakan sekerja yang baik... Semoga dapat memberi khidmat yang lebih baik di tempat keja baru nanti....

Khamis, 29 Oktober 2009

Kemaskini Facebook Ajak Kawan

Hari ini saya cuba depan komputer dan cuba belajar sedikit sebanyak penggunaan facebook.. sebab ini adalah kali pertama saya menggunakannya.. walaupun saya sedar akan kepopularannya sebelum ini...

Nyatanya memang seronok bila dah buat facebook... rasa terhibur juga hati melihat gelagat rakan-rakan... tambahan pula komen-komen lucu... maklumlah cikgu-cikgu SK Setiawangsa ni majoritinya adalah kaki lawak... satu kepala...

Walaubagaimanapun saya dalam usaha untuk mengajak rakan-rakan guru yang lain lagi untuk memeriahkan facebook ini. Setakat ini dapatlah pelajari beberapa perkara seperti upload gambar, buat komen, tambah kawan dan lain-lain...

Kepada semua rakan-rakan guru Sk Setiawangsa... marilah join Facebook dan jadikanlah kami semua sebagai rakan anda... anda pasti terhibur.

Terjerumus Dalam Kancah Facebook

Dunia IT semakin berkembang... seperti yang pernah saya katakan kita sekarang berada di zaman IT 2.0 ... jangan tak tahu pulak... semakin berkembangnya zaman semakin banyak kemudahan yang timbul... termasuklah kemudahan komunikasi..

Sejak dulu lagi member-member sekolah ajak join face book... tapi saya malaslah pulak nak join... tapi bermula semalam saya mencipta sejarah sendiri apabila terjerumus kedalam kancah Facebook atas desakan dan hasutan terus menerus daripada mereka.

Baguslah juga join FB ni.. dapat juga eratkan hubungan sesama rakan dan sesiapa sahaja termasukalah juga sesama keluarga...

Pada cikgu-cikgu SK Setiawangsa eloklah join memandangkan GB kita pun turut mempunyai Facebooknya sendiri..

Saya puji daya usaha rakan-rakan sekerja dalam misi merapatkan hubungan sesama kita... pelbagai perkara telah diusahakan.. termasuklah aktiviti bercuti, memancing, bersukan, perlawanan persahabatan, dan termasuklah juga mewujudkan team SK Setiawangsa di Facebook.. Tahniah kepada kita semua....

Rabu, 28 Oktober 2009

Cikgu Sibuk Naik Kelas Basuh Berak

Peperiksaan bakal berakhir 2 hari sahaja lagi... seperti yang diamanahkan guru-guru sekarang ini sedang sibuk menanda kertas jawapan murid. Murid-murid pastinya tidak sabar untuk mengetahui keputusan apatah lagi ibubapa mereka. Disamping menyiapkan penandaan, guru-guru juga kelihatan sibuk mengisi Buku Laporan Adab Belajar yang seperti saya maklumkan sebelum ini memerlukan banyak masa dan tumpuan guru untuk membulat-bulatkan nombor sedang ianya dilihat tidak begitu relevan. Apapun seperti yang saya maklumkan juga ini sudah menjadi tanggungjawab guru, apa sahaja arahan yang berkaitan perlu dilaksanakan. Pendek kata saya yang menurut perintah... tapi saya nak bantah... cuma takut kena pindah atau tukar sekolah.... hah.. hah.. hah.. hah.. hah..

Kesibukan ini perlu dihadapi dengan tenang oleh para guru agar tidak berasa tertekan.. seperti mana kajian yang menyatakan guru adalah pekerja yang banyak mengalami tekanan. Bagi SK Setiawangsa, budaya kerja cepat dan pantas telah dimulakan sejak dulu lagi, jadi setiap guru dipaksa, terpaksa dan rela bekerja dengan pantas. Memandangkan pelbagai aktiviti lain yang bakal dilalui termasuklah Majlis Persaraan dan Majlis Malam Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Seperti yang dimaklumkan diblog cikgu Riduan, saya turut menyatakan setuju dengan peri pentingnya peperiksaan bagi murid tahun 5 pada setiap tahun bagi menentukan kelas tahun hadapan yang bukan untuk membeza-bezakan murid tetapi memberi cabaran yang lebih lagi berbanding jika berada di kelas sebelumnya serta suasana pembelajaran yang lebih bersesuaian dengan tahap pencapaian masing-masing.

Pastinya pada tahun hadapan akan berlaku rombakan kelas yang begitu ketara terutama mereka yang akan ke tahun 6, memandangkan pencapaian pada ujian-ujian yang lepas menyaksikan kesungguhan murid-murid dari kelas yang lebih terkebelakang meningkat begitu ketara dan murid-murid bagi kelas hadapan pula ada yang kelihatan sudah sedikit terleka yang menyebabkan berlakunya kemerosotan terhadap pembelajaran. Tambahan pula kenaikkan darjah pada tahun hadapan akan mengambil kira peratusan markah dari subjek teras iaitu BM, BI, MT dan SC.

Saya mengucapkan tahniah kepada murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang menghadapi peperiksaan yang masih berbaki 2 hari lagi. Sentiasalah berbangga dengan apa yang dilakukan serta pertingkatkan lagi kesungguhan pada tahun hadapan bagi menjamin kecemerlangan berterusan...

Tahun depan ada Pra -sekolah... Adakah saya berkemungkinan menjadi guru pra sekolah? Apakah tugas saya nanti? adakah basuh berak budak? arhhhhh tidakkkkk..

Jambatan Roboh Teruskan Perkhemahan

Kejadian Jambatan roboh tempohari masih menjadi bualan dan tumpuan ramai... Tambahan pula ia merupakan perkhemahan 1Malaysia yang melibatkan murid-murid tahun 6. Pelbagai reaksi telah timbul dari kalangan ibubapa... ada yang pastinya trauma dan tidak akan membenarkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegitu lagi.

Pada saya program perkhemahan perlu diteruskan. Ini memandangkan banyak perkara atau ilmu yang diperolehi daripada aktiviti kokurikulum tersebut dalam membentuk jati diri pelajar. Kemalangan yang telah berlaku perlu dijadikan pengajaran dan peringatan kepada pelajar-pelajar lain yang akan mengikuti aktiviti perkhemahan akan datang tentang peri pentingnya mendengar arahan guru.

Pihak yang terlibat dalam menguruskan aktiviti juga perlu memastikan kegiatan pelajar sentiasa dipantau. Ini kerana daripada pengalaman saya menjalankan perkhemahan bersama guru2 dan murid sk setiawangsa, setiap aktiviti murid akan diiringi dengan guru dan disiplin murid sentiasa terkawal, disamping itu tugas atau giliran guru berjaga malam juga perlu diwujudkan bagi memastikan keselamatan murid terjamin sejak mula sesi perkhemahan hingga akhir tidak kira siang atau malam... tapi kalau murid nak berak... cikgu tak payahlah teman... busuk..

Kita kena anggap apa yang dah berlaku itu adalah sudah menjadi takdirNya. Ini kerana jika kita takut untuk melibatkan anak-anak kita dalam aktiviti sedemikian samalah kita takut untuk memandu kereta dijalan disebabkan kadar kemalangan yang sentiasa meningkat... takut itu takut ini... sebenarnya tak perlu takut... kita perlu sentiasa berdoa dan bertawakal padaNya... Jika kejadian sedemikian berlaku juga, saya pasti itu adalah kehendakNya.

Sibuk Puji Mesin Dapat A

Hari ini nampaknya sibuk sedikit.. ambil masa untuk menanda kerta 2 di bilik gerakan.. kalau ikutkan saya bersama cikgu Riduan bercadang untuk membuat rakaman Video bersama GB.. tapi tak dapat atas beberapa kekangan lain... termasuklah GB yang agak sibuk juga hari ini dalam majlis pra penyerahan blok baru sekolah SK Setiawangsa yang dibina sejak 2 tahun lepas..

Di bilik gerakan cikgu-cikgu tak habis-habis memuji-muji penggunaan mesin penanda markah... siap dengan reaksi seronok... bukan apa... kerja jadi mudah... memanglah seronok.. bak kata cikgu puteri tadi... selesai kerja 3 hari.... betulah tu.. kalau sebelum ni nak semak kertas periksa memang memakan masa lebih kurang 3 hari... memandangkan bilangan murid yang ramai dan bilangan kertas jawapan yang nak ditanda adalah melebihi 240 set.

Kalau mereka hepi dengan mesin penanda tu... saya pula boleh dikatakan hepi juga sebab keputusan PTK saya kali ini ada peningkatan... kalau sebelum ni dapat III,III atau B,B tapi dalam PTK Ogos lalu saya berjaya memperpaiki kertas khusus dengan pencapaian A,B*...
Memang wajar dapat A sebab ini adalah kali kedua PTK yang saya ambil dan soalannya dilihat relevan dengan apa yang berlaku dalam pendidikan... jadi senanglah nak jawab... cuma yang umum tu... dari ujian pertama hingga kali kedua... satu habuk pun tak buat persediaan.. sebab tak berkesempatan nak berbuat demikian... tapi dapat sama juga B.. apapun lepas ni saya berjanji pada diri saya untuk memperbaiki keputusan tersebut agar lebih cemerlang... kena banyak lagi membaca terutama berkaitan pekeliling, akta dan sebagainya.

Selasa, 27 Oktober 2009

Tragedi Jambatan Jadikan Pengajaran

Jambatan runtuh? tak pelik pun... tapi yang peliknya macam mana boleh runtuh... semuanya angkara budak-budak yang tak reti dengar kata atau arahan gurunya... itulah akibat yang perlu dijadikan sebagai pengajaran... saya yakin sangat kalau budak-budak tidak bermain atas jambatan gantung tu atau lompat-lompat dah tentu tak akan berlaku.... sebabnya.. apa yang saya tahu di atas jambatan gantung dimana-manapun tidak boleh menerima bebanan yang begitu berat.... maksud saya kalau dua tiga orang lalu serentak kira oklah.... kalau dah lebih 30 orang? Lagipun jambatan gantung bukannya kukuh sangat... kalau tak diasak tak akan jadi macam tu... Lu orang Fikirlah sendiri....

Menjadi seorang guru sejak berusia 18 tahun sejak zaman praktikal hingga sekarang... pelbagai kerenah murid atau budak yang dapat saya lihat.. itulah kelebihan seorang guru... tambah lagi saya agak rapat dengan murid-murid... jadi tahu sangat perangai mereka.... perangai setiap orang tak sama... ada pendiam... pemalu... pengacau.. pengganggu.. pelompat... dan macam-macam lagi...

Ada yang dengar kata... cakap sekali dah faham... ada juga yang cakap 2 tiga kali pun serupa itu juga... itu realiti hidup tak boleh dinafikan... tapi dek kerana itulah kita kena beri perhatian... bagi saya dalam kejadian tersebut disamping salahnya boleh diletakkan kepada murid yang tidak mendengar arahan juga harus dipersalahkan ajk yang terlibat dalam program tersebut kerana murid dilihat semacam tidak terkawal... namun saya puji sikap guru yang berani mempertaruhkan nyawa untuk terjun menyelamatkan nyawa mereka yang terjatuh dalam arus yang deras..

Apa yang berlaku tidak dapat diputar kembali... siapa yang harus dipersalahkan pada saya itu sudah tidak penting lagi.. anggaplah ianya takdir dari tuhan... apapun peristiwa hitam ini perlu dijadikan pengajaran agar tidak berulang dimasa hadapan... bagi kita ibubapa dan guru janganlah berharap sangat dengan budak-budak ni... kita kena sentiasa pantau.. tambah lagi ketika melalui kawasan yang berisiko... sebab depan kita mungkin ok lagi... belakang kita terlompat sana.. terlompat sini... bukan dia nak fikir apa akan jadi selepas itu... yang difikirkan keseronokan saja... bila dah kena baru nak gelabah puyuh...

Contoh lain yang boleh disamakan adalah seperti mat rempit.... berlumba kat jalanraya selagi tak ajal selagi tu tak serik.... kasar sikit bahasa tu... lagi satu mercun... selagi tak melecur badan tak putus jari lagi tulah dia nak main.... banyak lagi contoh lain... selebihnya fikirlah sendiri...

Letih Kertas 2 Aras Sukar

Adoi... letih jugak menanda kertas ni... emhhmmm letih tak kisah lagi.. itu perkara biasa... cuma tak berapa puas hati terhadap skema markah matematik kertas kali ni... tadi tak berapa nak perasan... tapi bila dah menanda barulah nampak jelas yang mana soalan aras tinggi terlalu banyak untuk soalan kertas 2 Matematik PKSR 2 tahun ini... boleh dikatakan lebih sukar daripada Formatif tempohari...

Soalan yang selayaknya diberi 3 markah diletakkan 2 markah... Selain itu, Soalan 2 markah yang diberi juga dilihat melibatkan banyak langkah kerja sedangkan markah diberi pula tidak bertepatan dan ruangan pada kertas soalan adalah kecil... Keadaan ini akan menyebabkan ramai murid keciciran 2 markah setiap satu soalan terutama bagi murid yang sederhana dan lemah... bagi murid yang pandai biasanya tidak mempunyai masalah.. Cumanya berkemungkinan markah akan merudum sedikit memandangkan pembahagian aras pada kertas soalan tidak mengikut piawai.

Tapi tak apalah, lagipun soalan ini disediakan oleh jabatan wilayah persekutuan kuala lumpur... jadi seluruh sekolah di sini akan menjawab soalan yang sama.. kemudian nantilah kita lihat sama ada ok atau perlu diperbaiki lagi kualiti soalan tersebut.

Apapun alasannya... semua menjawab soalan yang sama jadi ia tetap boleh menjadi alat penilai cuma purata markah sahaja akan merudum....

Itu pandangan saya saja... cikgu2 lain tak tahulah pula macam mana.. kalau ada komenlah kat sini...

Mesin Jimat 60% Proses Penandaan

Peperiksaan akhir tahun kali ini paling menyenangkan berbanding pada tahun2 yang lepas.... bukan dari segi soalan.. maksud saya dari segi semakan... terutama yang melibatkan penggunaan kertas OMR.. sebab soalan disemak oleh mesin... jadi kerja menanda dapat dijimatkan sehingga 60%...

Harapan saya akan datang satu mesin penyemak soalan subjektif dapat dicipta agar dapat memudahkan lagi kerja guru... kalau boleh masa yang terluang tu bolehlah digunakan untuk baring atau tidur...

Apapun ini pun dah kira bersyukur... dah mudah sangat dah...

Isnin, 26 Oktober 2009

Bermula PKSR2 Risau Biasa

Hari ini peperiksaan telah bermula seperti dirancang... bukan di setiawangsa sahaja tetapi di seluruh Wilayah Kuala Lumpur memulakan peperiksaan tahun pada hari ini memandangkan soalan adalah dari Jabatan Wilayah Persekutuan... Soalan bagi SK Setiawangsa dikawal rapi... setiap kertas soalan dibalut dengan kertas minyak dan disimpan di bilik kebal... jadi tak dapatlah nak tengok bentuk soalan tu macam mana... manalah tahu ada kesilapan atau ralat kan? sebab setiap tahun pasti ada saja ralat walaupun soalan tersebut disediakan oleh jabatan... apapun tak banyak 1,2,3,4 jer...

Hari ini saya tak rasa risau sangat... esok barulah mula rasa risau... sebab esok murid-murid akan mula menjawab soalan Matematik pula.. itulah cikgu... lebih-lebih risau... muridnya biasa jer.. Harap-harapnya esok soalan yang diberi dapat dijawab dengan baik... harap ada peningkatan dan dapat mengurangkan bilangan murid yang gagal... kalau bertambah mampuih la...

Ahad, 25 Oktober 2009

Chelsea Menang 5 - 0



Disebabkan kemenangan Chelsea 5-0 terhadap pasukan pelawat iaitu Blackburn... saya begitu gembira.. seharusnya lebih banyak lagi gol yang boleh dijaringkan tetapi carlo Anceloti mengambil pendekatan untuk memberi pendedahan kepada pemain muda bawah 21 termasuklah Bruma dan Sturrigde.

Nampaknya sekali lagi Kalou disimpan sebagai senjata untuk perlawanan piala liga yang akan berlangsung pada 29 Oktober nanti apabila bertemu pasukan Bolton.. Betullah jangkaan saya bahawa Ballack memang tunggak penting dalam pasukan Chelsea.. tanpa kelibatnya pasukan agak goyah.. untuk perlawanan kali ini 2 gol yang dijaringkan Essien dan Drogba adalah berpunca daripada Ballack.. 2 perlawanan tanpa kelibat ballack memperlihatkan kekalahan...

Apa yang paling saya tunggu semalam adalah koleksi jaringan drogba sebab memang mengharapkan dia dapat jadi penjaring terbanyak EPL tahun ini...

Malam nanti perlawanan antara Liverpool vs Man. United... kelebihan sebenarnya terletak kepada pasukan Man U... ini disebabkan masalah kecederaan pemain-pemain tunggak pasukan Liverpool. Tapi sekiranya Liverpool menang... mesti Liverpool menang... harap-harap liverpool menang... kesian sebab dah kalah 4 kali berturut-turut... lepas menentang Man U mereka akan menentang satu lagi pasukan gergasi iaitu Arsenal.... Apapun perlawanan ini nanti pastinya ditonton oleh semua peminat bola sepak walaupun bukan penyokong kedua-dua pasukan tersebut.

Sabtu, 24 Oktober 2009

PKSR 2 - Pesanan Untuk Murid SKS

PKSR 2 bermula 26.10.2009
Murid-murid sibuk buat persediaan
Persediaan untuk hadapi peperiksaan
Penentu pencapaian dan kelas pada tahun hadapan
Ada juga yang masih berangan buat-buat tak perasan
Masih bermain dengan kawan-kawan
Seolah-olah peperiksaan bermula pada tahun hadapan

Ibubapa dan guru-guru sentiasa doakan
Agar anak atau murid mereka capai kejayaan
Tapi.. kalau tak usaha sia-sia saja kan?

Kalau kita bersungguh-sunguh nak kan kejayaan
Pasti akan rasa berdebar hati dan perasaan
itulah nikmat yang akan dirasakan
bukan pada semua orang tapi hanya yang jadi pilihan

Teruskan doa dan bermunajat pada Tuhan
Kerana segalanya hanya DIA yang akan tentukan
Usaha macam mana pun belum tentu DIA izinkan
Tapi usaha dan tawakallah pasti rasa kepuasan

Baca Bismillah sebelum mula jawab soalan
Pastikan tenang hati dan perasaan
Kalau berdebar juga atau hilang ingatan
Banyakkan selawat pada rasul junjungan
Insyaallah akan dapat petunjuk daripada Tuhan
Jangan gelabah macam cacing kepanasan
Gunakan pensil 2B jangan guna Pensil tekan
Jawapan salah padam dan cepat betulkan
Dah habis jawab soalan semaklah jawapan
Sentiasa gunakan masa yang diperuntukkan
Supaya tidak menyesal dihari kemudian


P/S : kepada semua murid selamat menghadapi peperiksaan. Ingat! buatlah yang terbaik dalam peperiksaan nanti. SEMOGA BERJAYA!!!

Guru Besar Cemerlang Isi Minyak Motor

Dalam belanjawan semalam... mesti semua guru besar dan para pengetua tersenyum melihatkan pengumuman DSNTR yang menyatakan bahawa kerajaan akan menawarkan ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi mentadbir kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang. Ini dapat memastikan sekolah ditadbir secara profesional.

Bagi sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang, kerajaan akan memperkenalkan Bai'ah (perjanjian) baru bagi menghargai jasa dan prestasi para pengetua serta guru besar.

Hemmhhmm... macam mana pula dengan guru-guru? Saya pasti Guru Besar sekolah saya juga akan dapat ganjaran itu nanti... bukan nak bodek tapi kenyataannya memang begitu... sepanjang pentadbiran Tuan Haji Ruslan Madon (THRM) nampaknya sekolah ini bertambah cemerlang dari pelbagai aspek..

Kalaulah THRM dapat ganjaran itu nanti.. saya dan guru-guru sk setiawangsa bukan sahaja tumpang gembira, bahkan nak mintak sikit duit poket untuk isi minyak motor...

Apapun sekiranya kerajaan nak memberi ganjaran itu nanti perlulah terlebih dahulu melihat pengurusan sekurang-kurangnya melebihi tiga tahun sebelumnya...

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bentang Tugas Tahun 2010 Ala Parlimen

Nampaknya belanjawan 2010 telah berjaya dibentangkan.. bagi saya ianya lebih memberangsangkan berbanding belanjawan pada tahun lepas.. hrapnya belanjawan tersebut dapat memberi impak positif kepada seluruh rakyat Malaysia walau diceruk mana mereka berada.

Bila melihat pembentangan belanjawan ni.. saya rasa memang seronoklah.. sebab kita membuat perancangan dan membentangkan kepada umum untuk belanjawan tahun hadapan... jadi semua orang yang terlibat dapat membuat perancangan hasil pembentangan tersebut..

Agaknya, diperingkat sekolah juga boleh mempraktikan perkara sebegini. Guru-guru yang menjawat jawatan seperti ketua panitia, guru penyelaras dan sebagainya kena buat pembentangan "Tugasan 2010" untuk tahun hadapan... huhhh memang hebatlah.. lepas tu setiap mereka akan meletakkan teks di dalam beg khas.. berwarna kuning... memang gempak...

Contoh Belanjawan KKGK

* Memperbanyakan aktiviti bagi ahli kelab untuk memastikan hubungan rapat dan kerjasama dapat diperkukuhkan.

* Menaikan nilai yuran RM5000 setahun bagi melancarkan segala program guru-guru lelaki untuk bersukan.

* Makan percuma bagi mereka yang menyambut hari lahir pada setiap tahun.. bagi yang menyambut hari kelahiran pada bulan 12 pula akan diberikan RM4.50 untuk membeli makanan di gerai atau restoran pilihan. Duit tersebut akan dihantar oleh En. Raisam selaku bendahari melalui kiriman wang pos..

* Memberi bantuan khas kepada guru2 yang kurang berkemampuan dengan mewujudkan RMT guru... kalau ada saya nak daftar.

* Membuat jualan amal dan 10% akan diambil dari setiap barang yang dibeli. Contoh barang yang akan dijual seperti Mug, Cenderamata, T-Shirt, Baju Koperat, stokin, minyak urut, budu, cencalok, layang-layang dan sebagainya. Harga diskaun akan diberikan kepada ahli KKGK yang sah atau telah menyelesaikan hutang.

* Menyumbang RM1500 kepada guru-guru lelaki yang berkahwin dengan isteri kedua tetapi mewajibkan guru lelaki membayar RM1500 sekiranya berkahwin dengan isteri kedua.

itu contoh saja..

Belanjawan Negara 2010

Hari ini Datuk Seri Najib Razak membentangkan belanjawan tahun depan bertemakan '1Malaysia, Kemakmuran Bersama' di Parlimen sejurus selepas jam 4 petang.

Rumusan Belanjawan 2010:

1- RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

2 - Merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion.

3 - Strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi:

***Menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.

***Memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.

***Kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam

Intipati bajet Lebih Lanjut ; Malaysiakini

Khamis, 22 Oktober 2009

Zoom-a Pra PKSR 2

Alamak.. tetiba teringat pasal zoom-a... sepatutnya hari Rabu hari tu saya dah sediakan soalan siri kedua... tapi masalah internet membuatkan saya terlupa akan hal itu..

Kepada murid-murid tahun 5... Anda boleh menjawab soalan tersebut sebagai latihan akhir sebelum peperiksaan... bagi Ujian tersebut saya telah meletakkan aras sederhana dan susah.. harap murid dapat menggunakan kemudahan yang ada sebagai persediaan...

JADUAL PKSR 2 Thn 5 - kredit untuk cikgu Riduan