Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 28 Februari 2009

Selamat Pengantin Baru Shahril dan Shafa




Alhamdulillah... tahniah diucapkan kepada kedua mempelai iaitu En. Shahril a.k.a Juruteknik Komputer SK Setiawangsa) dan Pn. Shafa yang telah berjaya menamatkan zaman bujang mereka dengan termetrainya ikatan perkahwinan pada hari ini... majlis perkahwinan telah berlansung di Dewan Muslimin dan Muslimat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Malam ni Eskays akan mengadakan perlawanan futsal suka-suka di Wangsa Maju... Jadi ajak Sharil join sekali... tapi dia tak nak ikut... tak boleh katanya... takpelah....

Apapun tahniah sekali lagi semoga kekal ke anak cucu... Nanti dah habis cuti jangan lupa datang sekolah pulak... kalau tak nak datang amek cuti 2 bulan.. cuti tanpa gaji...

Tak sakit tapi kena pergi klinik



Adoi tak sakit pun... tapi kena gi klinik... ha kenapa plak? ingat orang sakit saja ker yang kena pi klinik... tadi di SK Setiawangsa (Eskays) telah berlangsung klinik sofbol dan klinik orchestra... klinik ni diadakan bukan bertujuan nak merawat pesakit sofbol atau orchestra.. tetapi untuk memantapkan murid-murid dalam kemahiran bermain sofbol dan juga orchestra... bagi pemain sofbol mereka telah mengikuti klinik bagi fasa kedua yang telah bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi... bagi orchestra pukul 8 pagi hingga 4 petang...

Bukan itu sahaja Eskays juga sibuk dengan latihan ping pong dan bengkel Mini Teater yang telah dijalankan di dewan Blok D.. selain itu murid-murid tahun 2 yang terlibat dengan tarian pula berlatih di dewan Blok B... Alhamdulillah kerana suasana sekolah masih kekal rancak dan meriah.. murid-murid masih seperti dulu seronok untuk datang ke sekolah.. lagipun duduk rumah nak buat apa kan? biasanya tengok tv dan mungkin buang air besar... banyak buang masa dan sebagainya... tapi ada juga yang mempunyai aktiviti luar bersama keluarga.. haa.. yang ini baguslah..

Nak cerita pasal sofbol lah sebab saya terlibat dengan sofbol tadi... seawal 7.30 pagi saya bersama murid-murid menyediakan peralatan untuk dibawa ke padang... tepat kol 8 pagi sampai di padang macam biasa.. memanaskan badan tanpa menggunakan api... lepas tu klinik sofbol dimulakan setengah jam kemudian... banyak ilmu yang diperolehi tadi... apapun ilmu yang telah dicurahkan oleh Coach Ong kepada murid-murid hanya berkesan sekiranya murid mengaplikasikannya dalam latihan praktikal yang seterusnya dan dalam perlawanan nanti.... saya yakin murid-murid yang telah terpilih tempohari mampu melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, ibubapa, keluarga dan sekolah....

Jumaat, 27 Februari 2009

Menanti Detik Kegemilangan



tup..tup dah tinggal seminggu lagi untuk Majlis Anugerah Cemerlang SK Setiawangsa diadakan.. minggu depan guru-guru dan memurid yang terlibat pasti sibuk dengan raptai persembahan dan penerimaan hadiah... Majlis yang akan diadakan di dewan sekolah SK Setiawangsa nanti pasti padat dengan penerima hadiah dan juga ibubapa... mana taknya tahun lepas saja kita telah berjaya mencapai peningkatan yang luar biasa iaitu seramai 118 orang mendapat 5A berbanding 69 sebelumnya.. dan ia merupakan angka yang tertinggi setakat ini..

Sepanjang bulan ni murid-murid yang terlibat dengan persembahan dah sibuk berlatih bersama guru pembimbing masing-masing... tak sabar rasanya nak tengok persembahan diorang...

Kejayaan Ping Pong Peringkat MSSMKL

Tahniah diucapkan kepada murid-murid serta jurulatih ping pong kerana telah berjaya melakar beberapa kemenangan pada perlawanan ping pong peringkat negeri (MSSMKL) yang berlangsung sejak 23 Februari lepas...

Macam biasalah peringkat negeri merupakan peringkat kedua tertinggi selepas peringkat zon.. peserta-peserta yang terlibat pula pasti memberi tentangan hebat kerana kesemua yang terlibat adalah pemenang bagi zon masing-masing.. Bagi zon keramat SK Setiawangsa telah banyak menempa kemenangan dan beberapa kejutan apabila berjaya menumpaskan pasukan dari sekolah cina yang dianggap kuat dan merupakan pasukan yang agak sukar untuk dikalahkan... namun belum cuba belum tahu kan? akhirnya berjaya juga membuahkan hasil...

Bagi peringkat negeri pula kita telah menempa kemenangan dalam acara bukan Cina apabila mendapat tentangan yang hebat dalam peringkat negeri dalam acara terbuka.. Kejayaannya adalah seperti berikut :

KATEGORI LELAKI

NAIB JOHAN BERGU MOHD FAIZ & FARIS HAIKAL

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN PERSEORANGAN : DONIA LOO

JOHAN BERGU : DONIA LOO & NUR SHAZANI

KETIGA PERSEORANGAN : FARAH & SHAZANI

KETIGA BERPASUKAN : DONIA LOO, SHAZANI, ATHIRAH,FARAH & SABRINA

Tahniah diucapkan atas kemenangan yang telah dicapai... moga-moga peningkatan dalam sukan ini dapat berterusan pada masa akan datang...

Rabu, 25 Februari 2009

Sukan Isi masa lapang

Ada orang bertanya pada saya... kenapa selalu turun padang latih sofbol? tak boring ker?... senang jer jawapan saya... kalau saya tak selalu latih sofbol nanti orang akan tanya kenapa tak selalu latih sofbol? jadi apa yang harus saya lakukan....

Sebenarnya saya ni cuma mengisi masa lapang dan menyelam sambil minum air.... petang-petang tak ada buat apa... daripada melepak kat rumah lebih baik pergi padang ajar bebudak ni main sofbol.. lagipun sekolah ni ada hantar pasukan sofbol untuk pertandingan MSSMKL... boring tu tak lah terasa sebab minat dengan sukan sejak mula belajar di maktab... masa kat sekolah dulu tak pulak..... aktif dalam bidang lain adelah.. cam silat.. masa kat maktab dulu hari-hari turun gelanggang dengan kawan.. shukri namanya... kitorang main bola keranjang... huhhh syok tu...

Apa yang bagusnya bila kita bersukan ni? saya bagi contoh masa saya memula main bola keranjang dulu... hemmmhh tak yah citer lah penatnya... baru 5 minit main dah pancit... tapi bila hari-hari turun main.. 2 jam pun tak terasa... kitorang kalau demam pun boleh baik kalau main bola keranjang...

Sekarang dah bekerja sebagai guru ni banyak kelapangan pada waktu petang.. so taknak buang masa... sekurang-kurangnya dapat main kat padang sambil mencurahkan ilmu kat bebudak ni... bebudak ni pun seronok sampai tak nak balik pun ada... Tapi keseronokan bermain ni sebenarnya bila kita enjoy dan bersungguh-sungguh... macam petang tadi.. perghhh best tu.. dengan cuaca yang seram sejuk.. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa jawa.. memang bestlah.. kalau tak cayer tanya saya...

Ha.. lupa plak.. nkorang mesti kenal Amir raja lawak kan... saya tak minat dia saya minat sepah... Si Amir ni suka sebut perkataan I'm Sorry kan? cuba klik gelak sikit

Selasa, 24 Februari 2009

Blog Sukan Tahunan SKS

Seperti yang pernah saya katakan dulu blog sukan tahunanakhirnya berjaya juga diwujudkan untuk para murid dan guru SK Setiawangsa mendapatkan maklumat berkenaan sukan tahunan termasuklah jawatankuasa yang terlibat, acara-acara yang dipertandingkan, cara pembahagian markah dan sebagainya....

Blog Sukan tahunan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.. untuk melihat paparan maklumat yang telah disediakan di blog tersebut bolehlah klik Blog Sukan Tahunan Kali ke-16

Hujan Seronok Harap Menang

Di Setiawangsa Kuala Lumpur sekarang ni mengalami musim hujan di sebelah petang... jadi ada sedikit masalah bagi murid-murid untuk menghadiri latihan rumah sukan.. Sukan lambat lagi.. tapi latihan perlu dijalankan berterusan untuk menjayakan hari sukan tahunan nanti... apepun itulah dugaan kenalah bersabar...

Petang tadi saya telah meneruskan lagi sesi latihan sofbol... kali ini hanya melibatkan murid yang betul-betul telah terpilih mewakili pasukan sofbol sekolah...

latihan tiap petang tak ketinggalan pelajaran ker?... sebenarnya ianya bergantung kepada individu itu sendiri serta dorongan serta kerjasama ibubapa untuk mengurus masa anak-anak agar dapat menjalani aktiviti tersebut dan dalam masa yang lain tidak mengabaikan pelajaran di sekolah. Sebab itulah kebanyakkan mereka yang mewakili sekolah termasuklah sofbol majoritinya mendapat 5A dalam UPSR... mereka inilah yang boleh dianggap hebat kerana berjaya dalam akademik dan juga kokurikulum..

Nak diceritakan pasal latihan sofbol petang tadi.. pergh.. memang seronok.. ini merupakan kali kedua bermain sofbol dalam hujan... ingat senang ke nak dapat peluang... hari ini peluang kedua bermain hujan... seronok tau.. hilang tekanan.. bebudak ni pun hepi jer.. sampai ada yang tak nak balik.. bukan seronok sebab dapat main hujan jer tapi seronok jugak sebab bebudak ni semua dah bertambah mantap dalam kemahiran bermain sofbol ni...

Sebenarnya hujan tadi takdelah lebat sangat... kalau lebat kami semua kena balik.. memandangkan hujan hanya renyai-renyai jer jadi kami terus bermain... pada 28 Mac nanti Pasukan Sofbol (Eskays Fireball)dan Pingpong SK Setiawangsa akan bertemu dengan sebuah sekolah di Kuala Selangor untuk satu sesi perlawanan persahabatan... harap kita dapat beroleh kemenangan dalam perlawanan persahabatan tersebut

Isnin, 23 Februari 2009

Blog Eskays Idol

Tidak lama lagi saya akan mewujudkan satu lagi blog yang memaparkan kejayaan murid yang boleh dicontohi oleh murid-murid. Blog ini dinamakan sebagai Eskays Idol yang membawa maksud Idola SKS....

Dalam blog ini nanti hanya akan memuatkan maklumat dan profil murid yang telah berjaya dan sedikit temubual untuk tatapan umum sebagai contoh untuk berjaya... apapun blog ini sedang dalam proses kemaskini dan akan dimaklumkan kemudian apabila telah siap dikemaskini....

Kepada murid-murid yang ingin menempatkan diri di ruangan blog ini perlulah mencapai banyak kejayaan dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum..

Anugerah Laksamana

Tidak lama lagi akan diadakan Hari Anugerah Cemerlang bagi meraikan kejayaan murid-murid dalam UPSR dan PKSR 2 pada tahun lepas.. Hari anugerah tersebut akan dijalankan di Dewan sekolah.. jadi sebelum balik tadi sempat bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa.. saya terlewat sikit tadi sebab tak perasan yang nama saya juga terlibat dalam majlis tersebut... So datang mesyuarat agak lewat setelah mendapat panggilan kecemasan daripada Pn. Siti Rokiah..

Biasanya GB mengharapkan suatu yang terbaik untuk majlis anugerah tersebut.. jadi macam-macamlah perancangan yang telah dibuat dan dibincangkan dalam meeting tadi... dengarnya macam gempak... haaa apapun kita nantikan jerlah kegempakkannya itu k..

Bagi murid yang telibat secara langsung dalam majlis ini nanti termasuklah penerima anugerah dan juga mereka yang membuat persembahan bolehlah mendapatkan rakaman majlis itu nanti pada Cikgu Norbibi yang mempunyai 2 biji mata dan sepasang telinga...


Nak citer sikit pasal petang tadi..Cuaca petang ini mendung yang amat.... namun sesi latihan rumah sukan laksamana berjaya diadakan pada hari ini dengan hanya melibatkan segelintir murid tahun 5 sahaja memandangkan murid tahun 6 terlibat dengan ujian Intervensi 1 pada minggu ini.

Murid rumah laksamana yang nak lihat laporan dan gambar petang tadi boleh ler klik Latihan hari ini

Sabtu, 21 Februari 2009

Perubahan SK Setiawangsa


Pelbagai aktiviti telah berlangsung disekolah pagi tadi yang melibatkan semua guru dan juga murid. Bagi murid tahun 5 mereka terlibat dalam Program Bestari Solat yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah serta dibantu oleh beberapa orang guru. Program Niche area iaitu Mini Teater, Orchestra dan Ping Pong juga turut mengadakan sesi latihan pada pagi ini.

Banyak perubahan yang berlaku semenjak SK Setiawangsa menerima gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan. Apa yang saya nampak adalah murid-murid kelihatan seronok dalam menjalani aktiviti dan telah meletakkan sekolah ini sebagai rumah kedua di mana mereka barasa begitu seronok untuk datang ke sekolah termaseuklah pada hari Sabtu dan Ahad. Guru-guru juga dilihat semakin aktif dalam bidang masing-masing...

Ibubapa juga sama seperti murid tidak jemu datang sekolah untuk melihat anak-anak berlatih bersukan, bermuzik, menari dan berlakon.. ehmmm budaya macam ni harus dikekalkan supaya hubungan murid, guru dan ibubapa sentiasa terjalin erat dan sekurang-kurangnya penglibatan aktif murid di sekolah dalam bidang selain akademik dapat mengurangkan tekanan mereka dan menjauhkan diri dari gejala-gejala yang tidak baik...

Ehmmm teringat pulak pagi tadi cikgu Hanizu memberi tahu saya salah seorang murid kita yang terlibat dengan latihan tarian pagi tadi merupakan pelakon cilik bagi drama bersiri Pemanduku Jutawan... jadi saya pun ushar ler... aa lah.. memang betul pun.. namanya Farisha Fatin.. murid 2 Bistari(gambar di sebelah)...

sebenarnya SK Setiawangsa ni mempunyai ramai murid yang terlibat secara tak langsung dalam aktiviti luar termasuklah tarian, model kanak-kanak, penyanyi dan pelakon.... Suhaizad murid tahun 6 juga merupakan slah seorang pelakon Geng Bas Sekolah..

Klinik Sofbol SK Setiawangsa

Pasukan sofbol SK Setiawanga telah mengadakan klinik Sofbol pagi tadi bersama jurulatih jemputan En. Ong Ka Aun iaitu bekas pengerusi pengadil sofbol Malaysia. Banyak ilmu baru yang dipelajari pagi tadi dalam memperkasakan pasukan sofbol SK Setiawangsa. Mereka yang terlibat pagi tadi hanyalah wakil sekolah dan beberapa orang murid pelapis untuk tahun hadapan.

Pagi tadi juga diadakan pemilihan akhir pasukan Sofbol SK Setiawangsa yang juga kini dikenali sebagai Eskays Fireball. Pemilihan ini terpaksa dilakukan hingga ke fasa kelima selepas beberapa orang murid menarik diri dari menyertai pasukan ini. Murid-murid yang dipilih kali ini termasuklah tahun 4, 5 dan 6 lelaki dan perempuan.

Beberapa siri latihan akan diadakan lagi bagi menambahkan kemantapan dalam pasukan sofbol memandangkan permainan ini rumit dan memerlukan kebijaksanaan pemain untuk membuat keputusan.

Bagi pasukan perempuan Aleena dilantik sebagai Kapten pasukan memandangkan dia telah mewakili Kuala Lumpur selama 2 tahun berturut-turut. Manakala bagi pasukan lelaki Azimuddin dilantik selaku kapten.

Kepada ibubapa murid yang terpilih untuk mewakili sekolah diucapkan tahniah dan saya sebagai jurulatih berharap agar ibubapa dapat memberi sokongan dan dokongan kepada anak-anak supaya dapat melakukan terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri... bahkan ibubapa, keluarga dan juga SK Setiawangsa.

Ibubapa juga diharapkan dapat membuat pemantauan agar anak-anak yang terlibat tidak mengabaikan pelajaran. Dalam apajua sekalipun pelajaran adalah yang utama manakala bidang sukan atau kokurikulum ini pula adalah sampingan dalam membantu membentuk sahsiah anak kita supaya boleh berdikari, bijak membuat keputusan dan sebagainya.

Khamis, 19 Februari 2009

MSSKL SOFBOL 2009

Pagi tadi saya tidak ke sekolah sebab terlibat dengan mesyuarat pertandingan sofbol MSSMKL di SMK Taman Maluri.... pertandingan akan diadakan bermula pada 13 hingga 17 April untuk peringkat negeri dan akan diikuti oleh beberapa perlawanan luar musim dan sebagainya...

Alhamdulillah SK Setiawangsa telah pun menyiapkan pasukan untuk MSSKL tersebut... Walaubagaimanapun usaha ibubapa juga diperlukan supaya dapat mendorong anak-anak bagi memastikan yang dikejar dapat dan yang dikendong tidak berciciran... maksud saya... dalam akedemik hebat... dalam sukan pun hebat... barulah mantop...

Untuk Peringkat Negeri nanti hanya 7 buah sekolah yang akan menyertai bagi katogeri lelaki manakala 6 buah sekolah bagi katogeri perempuan.... kita harap dapat menghasilkan kejayaan nanti berkat kerjasama dan sokongan ibubapa, pentadbir dan murid-murid sekalian...

k..lah.. itu saja yang dapat dicoretkan... pasni nak p latihan sofbol pulak....

Rabu, 18 Februari 2009

Tanda kertas lawatan Australia

Ari nie sibuk di rumah menanda kertas ujian bebudak ni.... 3 kelas jer... lebih kurang 120 kertas nak tanda... esok hari akhir ujian... nampaknya semuanya berjalan lancar.... kebetulan tadi ada pelawat dari Australia... kagum diorang tengok sekolah ni.... entah apa yang dikagumkan saya pun tak tahu... tapi ada sorang australian nie cakap sekolah ni cantik dan dia nampak bebudak hepi jer.... emhhh.. memandangkan ari ni agak sibuk malam ni atau esok ler pulak saya citer pasal lawatan dari autralia ni yer....

Seterusnya info untuk ibubapa SK Setiawangsa....

Untuk makluman Ibubapa/penjaga tahun 4 dan 5... Sila Klik Kelas Tuisyen Malam PIBG

Isnin, 16 Februari 2009

Jadual Ujian Formatif 1

Memurid Sk Setiawangsa esok akan menghadapi ujian formatif satu... harap dah bersedia dengan untuk menghadapi ujian tersebut... topik yang diuji hanyalah topik yang telah dipelajari ok....

Bagi murid tahun 5 anda boleh melihat jadual Ujian Formatif tersebut dengan mengklik link di bawah...

Jadual Ujian Formatif 1 .... jadual ini telah disediakan oleh cikgu Riduan.... T.Q

Ahad, 15 Februari 2009

Siri Baru Upin dan Ipin

Rindunya pada citer upin dan ipin nie... seronok kan layan citer ni?... memang ler citer budak-budak tapi lucu dan unsur hiburannya tak melampau dan banyak manfaat untuk kita jadikan ikhtibar...

ehmmm sekarang ni tengah hangat di pawagam cerita animasi Geng yang ada bau-bau ketiak dengan cerita upin dan ipin nie... jadi pada ibubapa semua kalau nak bawak bebudak ni jengjalan, elok ler bawak ke pawagam untuk tengok citer ni... baguih.... bebudak ni pun pasti seronok...

Lagi satu untuk pengetahuan semua upin dan ipin ni telah maju setapak demi setapak bukan sahaja buat filem.... ni ada pulak siri terbaru untuk nkorang bebudak dan mungkin orang tour-tour yang minat dengan upin dan ipin ni saksikanlah upin&ipin dan kawan-kawan.... enjoy ya....

Upin&ipin dan kawan-kawan.... episod 1 - Air Kolah, Air Laut Bhg. 1

Menghilangkan perasaan marah

Semua orang ada sifat marah tapi jika marah tanpa sebab atau terlalu mengikutkan perasaan pasti akan menyebabkan kebencian kepadanya dan manusia seperti ini selalunya kurang senang jika kehendaknya tidak dapat dipenuhi. Orang yang dimarahi pula mudah menyimpan sifat dendam tanpa beliau sedari...dan paras mukanya juga akan menunjukan seseorang itu kelihatan tidak tenteram dan sentiasa kelihatan marah dan muram...

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau ego. Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Kadangkala mereka terpaksa bersifat sedemikian kerana takut tempatnya digantikan dengan orang lain....Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Inilah lumrah hidup manusia seperti kita semua pasti mudah terlupa dan terlalu bangga diri...

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ?

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan dan santun serta ia memaafkan Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya' allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah adalah gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan nafsu untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah umpama gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-banyakanlah.. beristighfar itulah senjata orang-orang mukmin..namun sabar adalah sebahagian dari iman..pastinya setiap kali selepas solat meminta keampunan serta memberi kita taufik dan hidayat kepada kita insan yang selalu menlakukan silap dan salah..mudah-mudahan ALLAH dapat membantu diri kita...tapi kita haruslah berusaha juga sebagai membuat langkah pertama dahulu kerena langkah pertama adalah langkah pemulaan untuk sampai ke destinasi kita yang jauh beribu-ribu batu..insya'allah yang penting kita selalu memohon kepadanya tidak kira waktu susah mahupun waktu senang..

Kucing yang malang...

huhhhh...... Semalam dok rumah berehat jer ler..... mana taknya badan ni dah terasa letih... kalau tak rehat bleh dapat penyakit lain plak..... semalam kat sekolah macam biasalah melatih sofbol..... habis lebih kurang kol 11 pagi... cuaca panas tapi kalau dah minat tu redah jer.... memula tu harap salji turun tapi tak termakbul harapan tu....

Semalam sungguhpun penat tapi hepi sikit pasal bebudak ni dah mula menampakkan perubahan dalam bermain sofbol.... ikutkan memang payah permainan ni... kena banyak bersabar sebab peraturannya agak rumit...

Waktu nak balik plak... bebudak sekolah ni mintak tolong selamatkan kucing.... entah macam mana kucing ni terjatuh dalam lubang yang dalamnya lebih kurang 6 kaki..... kucing ni terperangkap agak lama didalam lubang yang mengandungi air yang separas dengan leher kucing tu... bayangkan kalau kita berada di dalam keadaan yang sama macam kucing tu.... hemmmh tak tahulahkan.... mujurlah bebudak ni bijak sana ketika berada di sana.....

Seorang murid yang nama sebenarnya adalah Ammar telah menggunakkan kebijaksanaan akalnya untuk menelefon bomba.... katanya bomba tu terkejut... yerlah pasal kucing punya hal pun nak telefon bomba.....ishkkkk.. ishhhkkk....

Jadi, saya yang kebetulan berada di sekolah ketika itu terus menuju ke tempat kejadian... tak jauh pun tempat tu.... seberang jalan raya depan sekolah jer....

Huhh... dalamnya... kucing tu pasti tak dapat keluar kalau tak dibantu.... jadi kami berikhtiarler macam mana nak keluarkan kucing ni... nak masuk dalam tu tak berani pasal.. dalam... dah ler dalam sempit pulak.... memula guna net pingpong.... harap-harap kucing tu panjat kat net tu..... memang kucing tu panjat tetapi dia sudah tidak mempunyai tenaga lagi... sebab terlampau lama di dalam air tu...

Alhamdulillah.... dengan berkat doa bebudak ni yang mengharapkan kucing ni selamat... akhirnya secara tak diduga akhirnya datanglah sebuah van bomba... 3 orang bomba bergegas keluar dari van dan membantu menyelamatkan kucing ini.... akhirnya berjaya menyelamatkan kucing yang dalam keadaan kesejukkan dalam masa lebih kurang 2 minit... mana taknya diorang ni ada kepakaran....

Apa yang nak diambil ikhtibar kat sini adalah sifat belas kasihan... bukan semua orang mempunyai sifat belas kasihan.. ini kerana kucing itu tidk ada kaitan dengannya.. tapi murid-murid ini memang betul-betul mempunyai sifat belas kasihan... sehingga cuba sedaya upaya hendak menyelamatkan kucing ini dan cuba menelefon bomba.....

kita juga harus tolong-menolong sesama makhluk... sesungguhnya kucing itu juga makhluk tuhan.... jadi kucing itu juga berhak mendapat pertongan.....

Khamis, 12 Februari 2009

Alhamdulillah dan tahniah...

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Pasukan Ping Pong sekolah yang telah berjaya dengan cemerlang dalam perlawanan tempohari... kejayaan yang amat membanggakan sekolah... Alhamdulilah berkat usaha gigih Jurulatih, murid-murid yang dinaungi oleh Guru Besarnya Tn. Hj. Ruslan Madon yang dibantu juga oleh GPK Ko dan guru-guru terbilang Ping Pong akhirnya membuahkan hasil yang pastinya membanggakan seluruh warga SK Setiawangsa....

Niat murni GB untuk melihat SK Setiawangsa Ternama dalam sukan Ping Pong semakin hampir menjadi kenyataan.... kita harap kejayaan ini akan terus kekal apabila mereka mewakili zon keramat dalam perlawanan di peringkat negeri nanti....

Kejayaan awal ini semakin membuatkan kami terutamanya pasukan rumah laksamana berasa teruja......

Berikut adalah kejayaan yang dicapai oleh pasukan Ping Pong Sekolah :


KATEGORI LELAKI

TERBUKA :

KETIGA BERPASUKAN MOHD FAIZ,FARIS HAIKAL & MOHD NABIL

KETIGA BERGU MOHD FAIZ & FARIS HAIKAL

BUKAN CINA :

JOHAN PERSEORANGAN MOHD NABIL

NAIB JOHAN PERSEORANGAN MOHD FAIZ

KETIGA PERSEORANGAN FARIS HAIKAL

JOHAN BERGU MOHD FAIZ & FARIS HAIKAL

NAIB JOHAN BERGU NIK MAHYIDIN & FAZRIL

KATEGORI PEREMPUAN

TERBUKA :

JOHAN BERPASUKAN DONIA LOO,NUR SHAZANI & ATHIRAH SURAYA

KETIGA BERGU DONIA LOO & NUR SHAZANI

BUKAN CINA :

JOHAN PERSEORANGAN NUR SHAZANI

NAIB JOHAN PERSEORANGAN DONIA LOO

JOHAN BERGU DONIA LOO & NUR SHAZANI

NAIB JOHAN BERGU FARAH ZEEBA & ATHIRAH SURAYA

Rabu, 11 Februari 2009

Tandas bukan Cyber Cafe

First time tengok tandas camni kat sekolah... teruk betul saya ni... agak kurang prihatin... kat atas ni bukan gambar cyber cafe.. tapi gambar tempat melepas bom.... ukkk ukkk...
Sebenarnya ini ler kali pertama saya tengok selama hampir 2 bulan sesi persekolahan ni... tak pulak tergerak hati nak gi ushar tandas murid..... lawa btol... bersih.... patut ler bebudak sikit-sikit nak p tandas... ada yang tak nak keluar pun ada... kata diorang sedap bau dalam tandas tu... adoi ader jugak yang macam tu kan?

Apepun ini ler usaha keras pihak sekolah di bawah pentadbiran Tn. Hj. Ruslan Madon yang begitu banyak membawa perubahan pada SK Setiawangsa ni.... ni bukan bodek tau.... paham-paham aje ler...

Tandas yang cantik macam ni mengakibatkan ada yang sanggup menahan berak dan kencing demi untuk melepaskannya di tandas sekolah.... bukan apa... selesa katanya.... ehmmm selesa ker atau nak jimat bil air kat rumah..... aper-aper jelah kan?

Bukan tandas jer.. sekolah nie buat gempak jugaklah... mana taknyer bilik muziknya dah macam taraf studio.... huhhhh memang puas hati....

Hemmmm murid-murid SK Setiawangsa sumer pasti dah nampak perubahan sekolah kita ni dari saban hari, saban minggu saban bulan, saban tahun, sabun di bilik mandi sabun... jadi pepandailer.. jaga kebersihan dan sentiasa bertanggungjawab k....

Selasa, 10 Februari 2009

Juara Ping pong.... Esok Lawan lagi

Wowwww... tak sia-sia usaha Guru Besar... GPK Ko.... para jurulatih dan murid-murid terbilang ping pong... terutamanya kepada mereka yang mewakili sekolah... akhirnya mampu juga tersenyum apabila berjaya menjuarai perlawanan katogeri berpasukan (Perempuan) pagi tadi yang merupakan peringkat Zon Keramat..... Ini adalah kejayaan awal yang bakal menyuntik semangat kita untuk bangkit bagi menambahkan lagi koleksi kejayaan pada pertandingan2 lain....
Esok masih ada perlawanan kita harapkan kemenangan mampu dicapai lagi..... Untuk lebih lanjut klik Terbilang Ping Pong

Kepada kuartet olahraga SK Setiawangsa juga diucapkan tahniah apabila berjaya mendapatkan empat pingat pagi tadi iaitu 2 emas dan 2 perak... harap2 kita mampu mendapat sekurang2nya sebutir emas.....

Sekolah... aman

Perjalanan sesi persekolahan pada minggu ini berjalan seperti biasa... tidak kelihatan sebarang demonstrasi.... malah keadaan di sekolah kekal aman... murid-murid masih kekal berdisiplin... Alhamdulillah... tadi Sk Setiawangsa juga telah menghantar wakil untuk pertandingan ping pong dan olahraga... dengar kata ada kejayaan di sana... nanti akan saya kongsikan bersama.....

Perhatian kepada ibubapa dan murid-murid tahun 5 yang mengunjungi blog ini sila klik
kelas BAHASA ARAB

Isnin, 9 Februari 2009

Ulangkaji... Ujian dah dekat

Sedar tak sedar rupanya kita dah berada di pertengahan bulan Februari... sekejap jer masa berlalukan? minggu ni murid-murid semua perlu membuat ulangkaji bagi mempersiapkan diri menghadapi ujian formatif yang akan diadakan bagi menguji tahap pencapaian murid bagi topik-topik awal yang telah dipelajari.... walaupun ujian.. Ibubapa perlu sentiasa mengingatkan murid agar tidak memandang remeh.... kerana dari sinila kita dapat mengukur sejauh mana target kita untuk peperiksaan pertengahan tahun nanti...

SO Memandangkan Ujian Formatif 1 bakal dilangsungkan pada 17 Februari ni.... buatler ulangkaji secukupnya... kalau ada apa2 yang tak faham boleh ler rujuk pada cikgu-cikgu.... jangan sesekali bertanya dengan haiwan ternakan atau pokok pisang yang berbuah 2 kali....

Ahad, 8 Februari 2009

Sembang... Menguap.. Tahniah

Ehmmm hari ni tak tau nak catat apa... hari ni cumer merehatkan diri menonton citer kat blog ni yang saya dah upload dan juga bersembang-dengan bebudak 5C yang sangat suker bersembang dan bercakap... kalau sesaat diorang tak bercakap diorang merasakan hidup ni tak bahagia.... layannn jer.. apa pun best jugakkk tapi macam biasaler masa belajar... belajar... sekarang ni bukan masa belajar... nak sembang banyak mana sekalipun lantak nkorang ler kan....

Disamping tu setiap hari saya akan mengunjungi blog Ustaz Puaad yang mengandungi banyak nasihat untuk dijadikan panduan... hari ni ustaz menceritakan tentang menguap....

yerlah menguapni orang kata tabiat manusia... pastinya hari-hari kita menguap... tapi kita kena tahu sebab kita menguap dan adab ketika menguap.... apapun kalau nak tahu lebih lanjut klik Petunjuk Sunnah ketika Menguap atau bersin

Kepada Ustaz Puaad tahniah kerana berjaya menyediakan blog yang begitu kemas dan dapat menyampaikan dakwah melalui blog tersebut untuk dikongsi bersama... lagi satu semoga berjaya dalam pertandingan ping pong peringkat zon nanti k...

Sabtu, 7 Februari 2009

Cerita pasal telur


Inilah telur kami.......

Bebudak 5C dan 5J asyik jer bertanya, Sir bila nak upload gambar telur saya? Sir ada ambil gambar telur saya yang pecah tu tak? dan macam-macam ler... apapun nkorang baca dan tengok ler gambar kat bawah tu..... layannnn

Minggu lepas 5C dan 5J telah mengadakan sesi eksperimental... ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikan... iaitu... Bagaimanakah cara kita hendak memastikan telur yang dibaling sekurang-kurangnya ketinggian dari tingkat satu tidak pecah tapi syaratnyer takleh buat payung terjun...

Ha.. berfikirler murid ni.... macam-macam cara.. macam-macam gelagat... yang pelik dan aneh pun ada..... saya mintak diorang ni bawa telur yang dah direbus supaya lepas buat eksperimental tu leh lah makan terus.... tapi ada jugak yang bawak telur mentah... ayayo... macam-macam..

apapun macam-macam idea dan kreativiti yang dapat dilihat pada masa tu... dan kebanyakkanya gagal dalam ekperimental tersebut... takpelah itukan eksperimen jer... memanglah ada kegagalan kan? dari kegagalan baru kita akan temui kejayaan... kalau kita asyik diambang kejayaan takut-takut nanti hilang kesedaran.. apapun ada jugak yang berjasa termasuk ler syed ali... yang membaling telurnya hingga ke ketinggian tinggat tiga... malampau betul... tapi telurnya tu bermaksud telur ayam yang dia bawak tu ler...

Lepas jer buat eksperimen saya jelaskanlah kat bebudak ni apa sebab telur pecah.... so diorang dah faham... lepas ni mungkin kalau baling telur dari planet pluto ke bumi pun tak pecah...


Mesyuarat PIBG dan Latihan Sukan

Pagi tadi di sekolah sibuk seperti sebelumnya... namun kelihatan lebih sibuk dari sebelumnya... mana taknya.. ramai ibubapa berlegar-legar di kawasan sekolah sebab terlibat dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15... Menteri Wilayah Datuk Seri Zulhasnan Rafique juga turut hadir untuk merasmikan Mesyuarat tersebut.... untuk pengetahuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan isterinya sendiri Datin Ana Razak telah banyak berjasa dengan sekolah SK Setiawangsa ni....

Pekembangan lanjut berkaitan mesyuarat tersebut akan dikemaskini nanti oleh Setiausaha PIBG iaitu Ustaz Kamaruddin melalui blog PIBG... apapapun nanti saya akan maklumkan semula..

Kesibukan sekolah hari ini bukan sahaja kerana mesyuarat PIBG sahaja.. Murid-murid yang terlibat dengan Niche Area juga turut hadir termasuklah Orchestra dan Mini theater....

Selain itu murid-murid juga menjalani latihan sukan seperti pingpong yang telah diadakan di dewan blok B bersama jurulatih dari luar dan jurulatih dalaman... cikgu-cikgu ler.... Olahraga juga turut mengadakan latihan di Sekolah Taman Melati bersama-sama dengan Cikgu Nazri dan Hanizu.... kita harapkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid yang terlibat ini dapat membuahkan hasil yang mana sekurang-kurangnya dapat mengharumkan nama sekolah .. dan ia pastinya memberi kepuasan kepada semua yang terlibat...

Begitu juga dengan sofbol.. kami terpaksa juga mengadakan latihan bagi hari ini memandangkan sekolah setiawangsa ini tidak mempunyai kemudahan padang... jadi kami terpaksa merancang dengan teliti agar latihan sentiasa dapat dijalankan.... sukan sofbol boleh dikatakan sukan yang mempunyai kemahiran dan peraturan yang rumit... jadi ianya memerlukan masa lebih sebulan untuk menggilap bakat.... inilah antara sebabnya kami sentiasa mengadakan latihan bukan sahaja setiap petang bahkan setiap hari sabtu...

Sebelum tu kena bodek dulu...... Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Setiawangsa Tuan Haji Ruslan Bin Madon dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Setiawangsa kerana banyak memberi sokongan dan dokongan kepada kami untuk sama-sama menjayakan misi mengharumkan nama sekolah.... yang ni sebenarnyer bukan bodek.. memang betul pun berlaku...

Jadi, kepada warga SK Setiawangsa sumer.. marilah kita sama-sama berdoa dan memberi sokongan kepada pasukan sekolah kita terutamanya pasukan ping pong dan olahraga yang akan bertanding di peringkat zon pada hari selasa depan... sesungguhnya kejayaan sekolah adalah kebanggaan kita sumer warga SK Setiawangsa....

Jumaat, 6 Februari 2009

Latihan Sofbol Laksamana


Hari nie macam biasa pukul buat latihan sofbol dengan bebudak sks... dah banyak peningkatan dari segi balingan dan pukulan... baguslah....

pukul 3.30 petang bertempat di padang DBKL... seperti yang telah dimaklumkan sesi latihan rumah sukan bagi rumah laksamana pula sebagai ganti hari Isnin sempena cuti hari wilayah....

Latihan hari ini berjalan lancar dengan kerjasama guru-guru rumah laksamana yang begitu bersemangat pada tahun ini untuk merampas gelaran juara dan mencipta sejarah di bukit jalil nanti.... itu sudah tentunya tak mustahil asalkan murid dan guru laksamana sedia memberi sedikit pengorbanan...

Sebenarnya inilah masanya untuk cikgu-cikgu berseronok bersama murid... yerlah asyik mengajar jer... kali ni bersukan dan cuba untuk menang.. seronok apa? namun apa yang penting dan sangat diharapkan adalah kerjasama....

terima kasih kepada memurid rumah laksamana yang menunaikan janji untuk hadir pada hari ini. Semoga impian menjadi kenyataan.

Nak Ushar gambar leh klik Laksamana

Khamis, 5 Februari 2009

Sibuknya di bulan Februari

Sedar tak sedar dah masuk minggu kelima bersekolah.... dah bulan februari pun... bulan ni boleh dianggapkan sebagai bulan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan peringatan dan perhatian beberapa pihak termasuklah murid, ibubapa/penjaga dan guru-guru.

bagi SK Setiawangsa
1. 7 Februari 2009... mesyuarat PIBG akan berlangsung
2. Latihan sukan Olahraga, Pingpong dan Sofbol
3. Pelancaran program NILAM
4. Ujian Formatif yang akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 17.02.2009
5. Persiapan Hari Anugerah Cemerlang
6. Majlis Perlantikan Pengawas
7. Latihan rumah Sukan
8. Bestari Solat
9. Niche Area
10. Lawatan dari Australia
11. Lawatan dan tinjauan sekolah kluster dan lain-lain lagi.... termasuklah Thaipusam

Bagi sekolah lain dan mereka yang berada di dalam bidang yang lain juga mungkin sibuk pada bulan ini... termasuklah mengumpat, mesyuarat, dan sebagainya

Walaupun sibuk tapi penat.... hahaha kelakar kan?

Yang pentingnya hadapilah segalanya dengan hati yang terbuka dan jangan minum air di tepi longkang.

Rabu, 4 Februari 2009

Malu Biar Bertempat

Hari ni sesi persekolahan seperti biasa... saya bantu cikgu Hanizu dan Cikgu Nazri untuk latih bebudak lompat tinggi... sebenarnya saya ni langsung tak pernah lompat tinggi sebelum mengajar kat sekolah tu.... Masa belajar kat sekolah dan maktab dulu waktu nak lompat jer saya akan lari.... malu ler... yerlah kalau tak lepas nanti orang gelak pulak...... sebenarnya perangai macam ni memang tak patut.... sepatutnya saya ambil peluang tu sekurang-kurangnya mencuba kan? tapi apakan daya tak ada orang cuba mendorong saya waktu tu....

Walaubagaimanapun saya nak ucap terima kasih kat sifu saya cikgu Nazri yang merupakan orang yang telah bertanggungjawab mengajar teknik lompatan... bila cuba teknik yang diajar saya boleh lompat sampai 155 cm.... kira ok ler tu kan? rasa menyesal pulak... yang penting lompat tinggi ni best... pasal sekurang-kurangnya rasa diri ini seperti terbang... huhh syoknyer...
lepas ni nak kena cuba lagi ketinggian yang lain pula...

Jadi, apa yang nak saya kongsi di sini adalah jangan sekali-kali malu apabila menuntut ilmu, malu biar bertempat ler maksudnya... tapi apa yang paling penting yang perlu kita ingat adat menuntut ilmu iaitu hormat pada guru yang memberi kita ilmu.... kalau tak tak berkat ler ilmu kita tu yer....

Selasa, 3 Februari 2009

Bas Sekolah Terjunam

Huhhh takutnya tengok... bas sekolah ni terjunam ke dalam sungai di Jalan Masjid Negeri, Georgtown....

Setelah dikenal pasti pemandunya telah diserang sakit jantung... huh bahayanya... mana taknya ada 23 orang murid dalam bastu dan telah cedera...

Pada saya seharusnya pemandu yang membawa bas... tak kiralah bas apa pun... perlulah terhindar dari sakit yang sedemikian... sekiranya mempunyai sakit jantung adalah tidak sesuai untuk menjadi pemandu bas sekolah.... kerana pemandu bas bukan membawa dirinya sahaja bahkan banyak lagi nyawa...

Apapun kita perlulah ambil ikhtibar atas hal yang berlaku... terutama ibubapa penjaga... kadang-kadang tak ada penyakit sedemikian pun boleh berlaku kemalangan.... kalau bukan kesalahan pemandu bas tu takpelah... ini kengkadang tu memang salah pemandu bas itu sendiri kerana memandu dalam keadaan laju atau melanggar peraturan jalanraya...

Skim Cepat Kaya

KANGAR: Kakitangn awam yang dikenakan tindakan tatatertib termasuk di buang kerja kerana menyertai skim cepat kaya akan hilang kelayakan sebagai penerima pencen, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini sebagai mengulas laporan lebih 50,000 kakitangan awam seluruh negara menyertai skim cepat kaya.

Selepas ni kena ler berhati-hati yer... kakitangan awam semua... tak yah ler join skim cepat kaya tu bahaya ler... boleh mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri dan keluarga... lagipun skim cepat kaya haram....

Sebenarnya tak kira ler kaki tangan awam ker kaki patah ker atau kudung atau kaki bangku , kaki botol, kaki suami jiran rumah adik ipar abang tiri kita ker..... semuanya harus berhati-hati dan jauhkan diri dari kegiatan tersebut.....

kerana kemudaratan pada kita sendiri... kalau sendiri takpe lagi... ini melibatkan keluarga... anak... dan binatang kesayangan... mana taknya nak beli makanan kucing pun dah tak mampu pasal duit habis lebur kat skim cepat kaya tu... kalau pun dapat untung dari hasil skim tersebut tak guna jugak pasal tak berkat..... pikir yer...

Takziah Buat Cikgu Noorzeri Sekeluarga

Lebih kurang jam 12.15 pagi saya terima mesej dari cikgu Wan Rosli yang menyatakan tentang pemergian Ibunda Cikgu Noorzeri yang tersayang ke rahmatullah...

Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah kita buatnya. Agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat....

Harap cikgu Noorzeri dan keluarga dapat menerima ketentuan Illahi kerana setiap yang hidup pasti merasai mati...