Sepenjang bulan syawal ini pastinya ramai yang sibuk nak buat rumah terbuka termasuklah en. syawal dan keluarganya. Jemputan hadir ke rumah terbuka pastinya dijemput oleh rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang kita kenali.
Tahukah kita betapa pentingnya persediaan sebelum ke rumah terbuka?
Antaranya termasuklah menyediakan ruang di dalam perut kita untuk memastikan beberapa jenis makanan di rumht jemputan dapat dimuatkan di dalam perut tersebut tanpa meninggalkan sebarang sisa.
Disamping itu, kalau berpuasa 6, kenalah rancang betul2 mengikut tarikh jemputan atau datang sahaja waktu malam tapi jangan sesekali pakai topeng.
Kalau boleh bagi lelaki bawalah seluar yang lebih besar saiz pinggangnya untuk ditukarkan ketika hendak menjamu selera atau memakai seluar yang sedikit londeh atau boleh bawa kain pelikat atau mudahnya pakai seluar yang bergetah.
Bawa beg galas untuk isi makanan yang mungkin nak di bawa balik ke rumah. Botol kosong jangan dilupa untuk isi air. Bawa banyak lagi bagus boleh isi pelbagai jenis air.
banyak lagilah petua yang boleh dikongsikan.. tapi tak bolehlah bagitau semua.. tahun depan pulak yer..
Rabu, 30 September 2009
Isnin, 28 September 2009
Anugerah PKSR2 Jamuan LDP
Nampaknya persekolahan hari ini berjalan lancar.. sesi pembelajaran mengikut jadual seperti biasa.. Guru Besar mengingatkan semua murid agar terus belajar bersungguh-sunguh dan membuat persiapan bagi menghadapi PKSR 2 yang akan dijalankan pada 26.10.2009. Harap murid dapat membuat persediaan awal dengan cuba memperbaiki beberapa kelemahan terhadap kemahiran-kemahiran dalam pelajaran yang masih belum dikuasai.. masih ada masa.
Seperti tahun-tahun yang sudah Anugerah Cemerlang akan berlangsung lagi. Kalau tiada aral dalam bulan November nanti akan berlangsunglah majlis tersebut buat kali kedua untuk tahun 2009 ini. Oleh itu, sekiranya murid-murid ingin meneiki pentas kejayaan tersebut bagi mengapai anugerah cemerlang bolehlah membuat persiapan yang secukupnya untuk bersaing.
Kalau sebelum ini kantin kelihatan seperti diboikot.. tetapi berlainan pula pada hari ini kerana murid-murid dan guru-guru berpusu-pusu ke kantin sewaktu rehat.. agaknya sebulan sahaja mereka boikot kantin..
Berkenaan dengan Jamuan Raya.. bagi peringkat guru-guru, setakat pengetahuan awal saya ianya akan berlangsung pada 10.10.09 selepas LDP.. waktu yang paling cantik adalah pada pukul 10:10:09 pagi..

Ahad, 27 September 2009
Sekolah Terbuka?
Esok sesi persekolahan akan bermula seperti biasa... mood raya pastinya tak hilang lagi.. rumah terbuka pun masih lagi bersepah... maksudnya masih banyak lagi... inilah masanya peluang untuk perompak-perompak ambil kesempatan...
Bagaimana pula dengan sekolah terbuka? ada ke tak ada? Harapnya adalah... sebab masa saya sekolah dulu tiap tahun mesti ada kecuali raya bulan 11 atau 12... teringat masa tu setiap orang bawa kuih dari rumah kemudian kami hidangkan di kelas dan makan bersama-sama..
Selamat kembali ke sekolah buat semua warga yang masih bersekolah...

Ulang Tahun Blog Yang Pertama..Terima Kasih..

Hari ini genap setahun saya mereka laman BloG EzaM rAmLaN ini. Seronok rasanya dapat bertahan walaupun pelbagai halangan telah dilalui. Biasalah halangan-halangan itu kena anggap sebagai alah bisa tegal biasa..
Sepanjang membuat catatan di blog ini banyak pengalaman yang telah dilalui ada yang manis ada juga pahitnya. Namun seperti yang saya katakan dahulu, tujuan saya mereka blog ini adalah sebagai sebahagian daripada diari hidup saya. Saya jadikan blog ini sebagai cermin pandang belakang. Sekurang-kurangnya saya dapat mengimbas kembali kenangan setahun yang lalu dan mungkin juga lebih daripada itu.
Alhamdulillah bersyukur sangat ke hadrat Allah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kerana-Dia saya dapat meneruskan catatan saya sehingga ke hari ini dan pastinya akan dapat dibaca apabila saya tiada lagi di dunia ini... itu sudah pasti.. bersyukur juga sebab antara pembaca blog ini terdiri daripada bekas guru-guru, rakan-rakan lama dan juga terdiri daripada murid-murid.. sekurang-kurangnya mengeratkan lagi silaturrahim.
Malas nak berceloteh panjang, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah berkesempatan mengunjungi blog ini dan telah memberi pelbagai komen serta nasihat positif.. kerana kunjungan anda ke blog ini akhirnya jumlah pelawat telah mencecah 7 000... dan di dalam enjin carian google juga tersenarai nama ezam ramlan yang memudahkan lagi pencarian blog ini.
Sabtu, 26 September 2009
Malam Yang Malang Bagi Biru
Malangnya biru malam ini. Dahlah Celcom bermasalah... tetiba jer buat hal... kesian kat mereka yang nak buat panggilan kecemasan.. termasuklah saya sekali... Bukan itu saja... tambah 10 sen lagi sebab Chelsea kalah dengan Wigan.. 1-3.. teruk betul... petr cech pula kena buang padang... main 10 orang jer... adoi... lepas tu ashley cole pula cedera.. kena main 9 orang.. adoi... adoi..
Sabtu, 19 September 2009
Selamat Hari Raya 2009
Rasa semacam percaya jer... esok raya... betullah tu pasal esok 1 syawal.. Jadi macam biasalah selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang beragama Islam yang mengenali saya termasuklah:ahli keluarga saya
sanak saudara saya
Bekas-bekas guru saya
Bekas-bekas pelajar saya
keluarga-keluarga angkat saya
sahabat-sahabat masa kecik-kecik dulu
sahabat-sahabat masa zaman kanak-kanak
sahabat-sahabat masa zaman remaja
sahabat-sahabat masa menuntut di maktab
murid-murid dan ibubapa murid sk setiawangsa
sahabat sekerja dan bekas sahabat sekerja dan
semua yang berkesempatan mengunjungi blog ini.
Semoga anda semua berbahgia dihari raya ini...
terimalah pantun hentah hapa-hapa daripada saya,
Kalau ada sumur diladang boleh hamba menumpang mandi...
Kalau ada ketupat dan rendang jangan lupa makan kenyang-kenyang..
Khamis, 17 September 2009
Terjah Raya SK Setiawangsa 2009
Part 1 Download
Part 2 Download
Part 3 Download
Part 4 Download
Part 5 Download
Lega rasanya apabila dapat menyiapkan segmen khas terjah raya sk setiawangsa 2009 buat julung kalinya. Idea ini datang secara spontan dan pada mulanya... nak buat ke tak nak?... tapi dengan sokongan dan bantuan serta kerjasama kuat daripada cikgu riduan dan cikgu raisam akhirnya kami bersetuju untuk mewujudkan segmen khas ini dengan rakamannya mengambil masa selama 3 hari.
Pelbagai kekangan yang telah dihadapi sepanjang menyiap segmen ini. Ada yang tak percaya apa yang kami buat ini, sebab nampak macam sewel. Ada juga yang kata kami ni penyibuk.. yerlah macam tak ada kerja lain. Apapun kenalah bersabar dan kami teruskan juga demi untuk memeriahkan lagi hari raya tahun ini bagi warga sk setiawangsa sendiri dan sekurang-kurangnya membuka ruang untuk guru-guru dan murid-murid serta beberapa orang lagi yang terlibat untuk menyampaikan ucapan yang dapat dilihat di seluruh dunia. Tambahan pula segmen ini dapat disimpan dan di muat turun untuk simpanan sebagai kenangan raya pada tahun ini.
Terima kasih juga kepada Tn. Hj. Ruslan selaku Guru Besar yang turut memberi kerjasama dalam menyiapkan segmen ini. Kepada pentadbir, guru-guru dan murid-murid serta seluruh warga sk Setiawangsa juga diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Semoga raya tahun ini dapat memberi suatu kenangan manis buat semua. Semoga berbahagia di hari raya dan hari tak raya.

Salam Maaf Zakat
Sambutan hari raya disambut begitu meriah hari ini. Semua murid datang pagi hari ini jadi ramai sungguh manusia di sekolah pagi tadi. Kami memulakan program awal pagi dengan ucapan daripada barisan pentadbir dan juga wakil guru bersempena dengan raya aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.
Selesai ucapan para pentadbir program diteruskan dengan bersalam-salaman dan bermaafan. rakaman nanti boleh tengok dalam segmen terjah raya.
Selesai ucapan murid dibahagikan kepada 2 kumpulan pagi dan petang dan diletakkan di dewan yang berasingan disebabkan terlalu ramainya murid hari ini sehingga memenuhi belakang dewan. Aktiviti nyanyian lagu raya dipersembahkan oleh murid-murid dan juga guru.. saya juga turut tidak ketinggalan mensumbangkan lagu. Program berakhir dengan tazkirah daripada Ustaz Haji Azam.
Seperti biasa, aktiviti terjah raya diteruskan lagi. Tapi tak semua dapat merakamkan diri ke dalam segmen terjah ini sebab ramai sangat. Balik tadi beberapa orang daripada kami berkesempatan singgah di Masjid Muaz iaitu masjid yang berdekatan dengan sekolah untuk menunaikan zakat. Lega rasa bila dah menunaikan rukun Islam yang keempat itu.
Sekarang ini saya sedang menyunting video sebelum dimuat naik ke dalam blog ini. Insyaallah malam nanti siaplah. Jadi esok bolehlah anda semua lihat segmen terjah yang telah siap disunting.

Rabu, 16 September 2009
Penutup Merdeka Meriah Terjah Raya Diteruskan
Tanggal 16 September hari ini merupakan suatu hari yang amat bermakna buat negara kita di mana bermulanya Malaysia ditubuhkan dengan gabungan Sabah dan Sarawak.
Pagi tadi di dewan blok D telah berlangsung satu acara penutup bulan patriotik bagi peringkat sekolah. Memandangkan bulan puasa kami merancang untuk malaksanakan program tersebut dalam keadaan sederhana sahaja.
Alhamdulillah 4 setengah bintang berjaya diperolehi daripada program tadi. Nampaknya begitu meriah dan semangat patriotik begitu berkobar-kobar dikalangan murid dan guru. Bagi saya, memang seronok dan terhibur pagi tadi dan rasa kepuasan tambahan pula sajak saya dideklamasi buat sekali lagi oleh Ustaz Razi.
Di samping itu, aktiviti terjah menerjah terus diadakan... saya sendiri telah diterjah.. edisi terjah raya sk setiawangsa 2009 adalah kali pertama dibuat. macam-macam cabaran juga kami terpaksa tempuhi untuk menyiapkan video klip tersebut..sesi terjah raya ini akan diteruskan esok... esok kami nak terjah para pentadbir pula.. saya akan muat naik video tersebut pada catatan seterusnya...

Selasa, 15 September 2009
Ramadan Merdeka Terjah Raya
Aktiviti sekolah hari ini memang padat dengan penghayatan bulan ramadhan dan juga bulan kemerdekaan. Sejak pagi murid tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 bertadarus dan menunaikan solat hajat. Ustaz Puaad sempat memberi sedikit tazkirah kepada mereka berkaitan bulan ramadhan faedah dan fadhilatnya.Seterusnya tepat jam 9.15 pagi murid-murid disajikan pula oleh ceramah sempena ramadhan daripada penceramah jemputan.
Selesai program tersebut aktiviti bulan kemerdekaan diteruskan dengan murid tahun 6 melukis poster manakala tahun 1 dan 5 mengadakan sesi raptai penuh untuk majlis penutupan bulan kemerdekaan esok.
Saya juga mengambil kesempatan yang ada dengan dibantu oleh cikgu riduan dan cikgu raisam untuk mengadakan sesi terjah raya sks yang baru saja bermula pagi tadi. Sesi terjah raya ini bertujuan merakamkan ucapan daripada murid-murid dan guru-guru sks. Video terjah raya ini akan dipaparkan di blog ini dan juga website sekolah bermula hari khamis ni.
Sesiapa yang berminat nak sampaikan ucapan raya boleh berjumpa saya k..

Isnin, 14 September 2009
Minggu Akhir Sebelum Cuti Raya
Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sempena Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad atau Isnin ini berikutan permohonan daripada pihak sekolah dan kalangan ibu bapa.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
Minggu ni adalah minggu terakhir persekolahan dan hanya 4 hari sahaja sehingga hari khamis nanti. Hari jumaat sekolah dah mula bercuti memandangkan SK Setiawangsa turut mengambil cuti peristiwa seperti di atas.
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk diadakan sepanjang minggu ini. Antaranya bermula hari ini murid tahun 6 bertadarus di dewan, esok ceramah ramadan daripada penceramah jemputan dan pada sebelah petangnya guru-guru berkesempatan berbuka puasa di sekolah. Pada hari rabu pula penutup bulan patriotisme manakala hari khamis sesi raya... bersalam-salaman dan bermaafan..
Bantuan kepada anak-anak yatim dan keluarga yang memerlukan juga turut akan diadakan dalam minggu ini.

Jumaat, 11 September 2009
Pertandingan Akhir Sajak Patriotik SKS 09
Pagi tadi satu pertandingan deklamasi sajak peringkat akhir telah diadakan di dewan blok b SKS. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh panitia kajian tempatan. Tak sangka sajak saya telah dipilih oleh cikgu raisam untuk dideklamasikan, terharu rasanya...
Biar saya cerita sedikit tentang perjalanan program tersebut:
9.30 pagi - guru-guru dan semua murid lelaki dan perempuan berkumpul di dewan blok b. Kelihatan juga beberapa ekor serangga melelui koridor dan sebilangan kecil unggas berterbangan di bahagian tepi dewan. Cikgu Ahmad Nasaruddin memulakan sesi celoteh sebagai mukadimah kepada murid-murid.
10.00 pagi - Majlis rasmi pertandingan sajak bermula. Cikgu Raisam memulakan majlis dengan sedikit ucapan memperkenelkan diri yang sudah dikenali dan memperkenalkan peserta-peserta yang bakal bertanding. hanya 2 peserta lelaki kelihatan berjaya menempatkan diri di final manakala selebihnya seramai 12 orang lagi adalah perempuan.
10.10 pagi - Cikgu Amiza mengambil alih acara selaku pengacara majlis menjemput cikgu raisam untuk mendeklamasikan sajak bertajuk "Jambatan Kemerdekaan" kedengaran sayu ditambah dengan alunan lagu kitaro yang sedih. Seterusnya semua guru dan murid dengan penuh semangat menyanyikan lagu ""Tanggal 31".
10.20 pagi - Pertandingan bermula dengan gelagat murid yang pelbagai. Saya puji semua murid yang berjaya ke final tadi kerana mendeklamasikan sajak dengan penuh semangat. Bukan semangat untuk menang tetapi semangat untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. syabas. Nyanyian lagu-lagu patriotik turut diselitkan pada setiap selang 2 atau 3 persembahan deklamasi sajak. Nyanyian lagu patriotik telah di sumbangkan oleh murid tanpa apa-apa bayaran. Apa yang penting murid kelihatan terhibur.
11.20 pagi - Sementara menunggu keputusan juri, murid menyanyikan beberapa lagu beramai-ramai. Antaranya termasuklah lagu Sejahtera Malaysia, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.
11.30 pagi - Pengumuman nama pemenang telah dibuat oleh cikgu Amiza ala-ala akademi fantasia.. memang mendebarkan.. tambah pula diiringi lagu yang juga mendebarkan.. Penyingkiran dilakukan sedikit-demi sedikit sehinggalah tinggal 3 pemenang.. Akhirnya tempat ketiga dimenangi oleh Aqilah Nabilah (5C), Tempat Kedua pula Nur Athiffah (5C) dan tempat pertama disandang oleh Sharifah Khadijah (5A). Tahniah kepada mereka yang telah berjaya manakala yang tak berjaya jadikan ini satu pengalaman yang sangat membanggakan untuk diri sendiri.
11.40 pagi - Sebagai penutup cikgu raisam mengucapkan selamat hari raya kepada semua murid dan disambut dengan hilai tawa dan tangisan terharu. Awalnya bagi ucapan...
11.50 pagi - Ustaz Shauki mejemput 3 orang murid untuk ke pentas bagi mendeklamasikan sajak akibat membuat bising. Sajak mereka diiringi dengan lagu "dhooma Chale" lagu hindustan.
12.00 tengah hari - Murid-murid bergegas pulang dengan hati girang.
Rumusan Aktiviti:
Aktiviti berjalan lancar. tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menjayakan program tersebut. 4 bintang daripada saya... acara penutup nanti harapnya dapat 5 bintang. Bulan patriotisme memang wajar dihidupkan dengan program sebegini sekurang-kurangnya guru dapat menyelitkan sedikit peringatan untuk disemai ke dalam jiwa murid tentang peri pentingnya mempertahankan kemerdekaan tanah air ini.

Rabu, 9 September 2009
Tiada Bonus Cuma Pemberian Khas
Nampaknya firasat saya hampir tepat apabila sebentar tadi PM kita DSNTR telah mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.Firasat saya sebelum ini, DSNTR akan memberi bonus cuma nilainya sahaja tidak diketahui. Jangkaan sedikit meleset sebab sebenarnya bonus tidak dapat diberi pada tahun ini sebaliknya digantikan dengan pemberian khas tersebut. Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini
Kalau dilihat pada nilai yang diterima tersebut adalah sedikit. Oleh itu, mereka yang kurang kemampuan perlulah bijak mengurus kewangan sendiri.
Apapun saya berharap tahun depan semua kakitangan awam akan menerima bonus dan nilainya lebih tinggi daripada nilai pemberian khas tersebut.
Isnin, 7 September 2009
UPSR Serius Bukan Kelakar
Esok UPSR..
Ramai yang berdebar...
Ada juga yang tak sabar...
Nak jawab soalan yang mungkin sukar...
5 A nak dijadikan sejarah untuk dilakar...
Ini serius bukannya kelakar...
Kalau gagal kena penampar...
Kalau lulus bapak hadiahkan sebiji bola tampar...
Dapat cemerlang buat majlis tahlil atas tikar...
Anggaplah UPSR peperangan yang mencabar...
Bila tembak, pastikan kena tempat yang disasar...
Kena yakin pada diri tak perlu gusar...
Kalau jawapan salah, padam dan tukar...
Sekarang ni waktu nak rehat bukan belajar...
Waktu dah suntuk tak sempat nak ikhtiar...
Boleh tawakal dan semangat terus dibakar...
Solat hajat dan doa yang ikhlas eloklah dihantar...
Menghadap Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha mendengar..
Pastikan esok sihat dan segar bugar...
Pergi sekolah pakai kasut jangan pakai selipar
Bapak hantar naik motor atau motokar...
Tak kisahlah yang penting sampai depan pintu pagar...
Nukilan : ezamramlan 070909 Jam1630

Semoga murid-murid tahun 6 semua dapat menghadapi UPSR esok dengan tenang, semoga berjaya...
Ahad, 6 September 2009
Bonus Dan Firasat
Sehingga kini hangat diperkatakan sehingga terbawa dalam mimpi bagi setiap kakitangan awam tentang pemberian bonus tahunan bersempena dengan raya tahun ini. Ada juga yang telah merancang nak menggunakan bonus untuk persiapan raya nanti walaupun kerajaan belum memutuskan berkenaan pemberian bonus tersebut.
Walaubagaimanapun perbincangan DSNTR bersama CUEPACS masih lagi diteruskan. Mereka yakin DSNTR akan membuat keputusan yang positif nanti demi untuk kebaikkan 1.2 juta penjawat awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.
Bagi saya, DSNTR pasti akan memberi bonus tersebut, cuma nilainya sahaja masih belum dapat dikenalpasti. Tapi kalau tak dapat tak tahulah, sebab ini menurut firasat saja.

Khamis, 3 September 2009
Virus Dan Aktiviti
Setelah 3 hari komputer dijangkiti virus.. akhirnya dapat juga kembali memulihkan komputer ini dengan bantuan shahril juru teknik komputer... seronok rasanya bila komputer ni dah pulih daripada jangkitan.. tak perlu nak kuarantin sampai 7 hari pun.
Seidikit perkembangan berkaitan sekolah sepanjang minggu ini yang saya dapat laporkan di sini adalah..
* Pejabat dan bilik guru sedang diubahsuai sejak cuti yang lalu. Para pentadbir, kakitangan pejabat dan guru terpaksa berpindah atau menumpang sementara di pusat sumber, bengkel, makmal komputer, bilik gerakan dan beberapa tempat lagi. Memang agak kurang selesa sekarang ni. Tapi kena sabar sebab projek pengubahsuaian tu akan siap tak lama lagi dan yang pentingnya dapat memberi keselesaan yang lebih baik pada guru-guru sks nanti.
* Guru-guru juga mengedarkan kertas-kertas ujian formatif 3 kepada murid-murid untuk di semak dan buat pembetulan. macam biasalah ada markah yang naik dan ada yang turun.
* Guru-guru kelas juga sibuk mengumpul markah untuk dikemaskinikan markah ujian ke dalam pendrive untuk di serahkan kepada penyelaras aliran. Di samping itu juga mereka sibuk mencatat markah ke dalam buku adab belajar... Kesian mereka.. banyak kerja..
* Memandangkan minggu hadapan peperiksaan UPSR akan bermula jadi GB dan guru-guru tahun 6 dilihat memberi beberapa amanat kepada murid-murid tahun 6 sebagai persediaan mengahadapi peperiksaan tersebut. Murid-murid macam biasalah ada yang kelihatan semakin berdebar-debar, ada yang seakan tiadak mempunyai perasaan dan ada juga yang sudah bersedia dan tak sabar-sabar nak mengahadapinya.
* Sesi bergambar juga turut diadakan yang melibatkan murid-murid dan guru-guru tahun 5. gambar ini nanti akan dijual sebagai kenangan untuk guru dan murid. Nanti murid bolehlah memaklumkan pada guru kelas kalau nak beli.
* Suasana di kantin juga kelihatan tidak seperti selalu... murid-murid dan guru seperti memboikot makanan dikantin. Setakat ini saya tidak dapat pastikan kenapa jadi begitu.

Langgan:
Catatan (Atom)