Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 30 Disember 2010

Cuti Orientasi Kalendar Tanjung Gila

Jumaat 31 Disember 2010, merupakan hari akhir dalam kalender 2010. Disember InsyaAllah berulang namun 2010 pasti meninggalkan kita dengan kita tidak sesekali mampu untuk berpatah balik kebelakang. Semua berbangga dengan kejayaan Malaysia apabila berjaya merangkul kejuaraan dalam PIALA SUZUKI AFF 2010 buat julung kalinya untuk sekurang-kurangnya membuktikan bahawa Malaysia mempunyai pasukan bola sepak yang harus disegani di rantau Asia Tenggara.

Bagi kami yang bertugas di SK Setiawangsa, hari Jumaat ini merupakan Hari Orientasi atau Suai Kenal murid tahun 1 2011. Oleh hal yang demikian, cuti hari Jumaat akan diganti dengan hari lain. Huhh... pastinya esok sekolah akan dipenuhi dengan lebih ramai ibubapa memandangkan cuti umum pada hari esok.


Buat pertama kalinya dengan kerjasama PIBG Setiawangsa satu kalendar 2011 telah berjaya dicetak. Sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan esok di SK Setiawangsa. Kaunter Jualan akan dibuka sepanjang proses orientasi berlangsung. Kalendar ini juga boleh didapati di Kedai Buku SK Setiawangsa. Warga SK Setiawangsa... jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.

Selesai aktiviti orientasi itu nanti satu aktiviti memancing di Tanjung Gila yang melibatkan beberapa orang gila pancing dan beberapa orang yang tak gila pancing tapi saja buat gila akan memulakan perjalanan lebih kurang pukul 2.30 petang dan dijangka akan meneruskan aktiviti tersebut sehungga ke pukul 4 pagi Sabtu. Harap dapat pengetahuan baru yang lebih menarik dan harapnya ikan-ikan yang ada di Tanjung Gila mengambil kesempatan cuti umum esok untuk beramai-ramai keluar makan umpan. Rasanya seluruh haiwan di dasar laut Malaysia juga akan bercuti esok.

Rabu, 29 Disember 2010

Kalah Tipis Jadi Juara Piala Suzuki AFF 2010

Tahniah kepada seluruh warga MALAYSIA. Sebagaimana catatan saya sebelum ini berkaitan Final Suzuki AFF pertama ternyata Malaysia tidak begitu mengharapkan kemenangan pada pusingan kedua ini melainkan cuba bertahan bagi memastikan gawang tidak berjaya dibolosi begitu banyak dan cuba menjaringkan sekurang-kurangnya sebiji gol. Ini merupakan percaturan bijak yang dilakukan oleh Rajagopal untuk memastikan matlamat utama memastikan Malaysia kekal mendahului dari segi agregat. Walaupun tewas pada perlawanan kedua di tempat lawan namun kualiti permainan yang ditampilkan tetap memuaskan.

Meskipun tewas dengan jaringan 2 berbalas 1, Malaysia tetap pulang membawa Trofi selaku juara apabila menang dengan agregat 4-2.

Sempena kemenangan tersebut seluruh rakyat Malaysia termasuklah penganggur akan mendapat ganjaran cuti umum pada hari Jumaat ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Berikut adalah video ulangtayang Indonesia vs Malaysia dalam versi Cina;

-Indonesia vs Malaysia ( Firman gagal penalti)

-Indonesia vs Malaysia 0-1 ( Safee 53′)

-Indonesia vs Malaysia 1-1 ( Nasuha 72′)

-Indonesia 2-1 Malaysia ( Ridwan 88′)

Sokongan dan Pujian melambung dalam masa yang terdekat ni sahaja. Tekanan pasti kembali akan dirasai oleh Rajagopal selepas ni dengan majoriti penyokong Malaysia yang dalam katogeri lalang akan mengharapkan kemenangan yang berterusan. Sebarang kekalahan dalam pertemuan seterusnya pasti akan mendapat caci maki yang berguni seperti mana yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun peminat fanatik Malaysia yang terdiri dari sebilangan kecil sahaja pasti akan terus memberikan sokongan dalam apa jua situasi.

Kejohanan Bowling Guru SK Setiawangsa 2010

Sempena mengakhiri tahun 2010, satu Kejohanan Bowling Guru-guru SK Setiawangsa telah berjaya diadakan bertempat di Ampang Super Bowl Malaysia. Aktiviti ini telah dijalankan dengan jayanya dengan mendapat sumbangan dari Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan serta sumbangan daripada Tn. Hj. Ruslan (Guru Besar SK Setiawangsa). Terima Kasih diucapkan kepada penyumbang.

Kejohanan yang berlangsung bermula jam 2.30 petang itu berakhir pada pukul 4.30 petang. penglibatan seramai 26 orang guru termasuk 4 orang guru perempuan dan bekas guru SK Setiawangsa iaitu En. Jalani. Pn. Siti Rokiah selaku GPK 1 atau GB CBN2 2011 turut hadir memberikan sokongan kepada kami yang terlibat. GPK 1 SK Setiawangsa yang baru, Pn. Hjh. Zation Dahari juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

Berikut adalah keputusan yang berjaya dicapai:

Kumpulan Jambaru bukan Jambiru
1. Hisham : 115 + 129 + 165 = 409 (2)
2. Hanizu : 113 + 134 + 142 = 389 (6)
3. Azli : 115 + 129 + 126 = 367 (11)
4. Azeze : 146 + 95 + 101 = 342 (13)
486 + 487 + 534 = 1507

Kumpulan Jauh Dari Longkang
1. Farzarul : 118 + 145 + 169 = 432 (1)
2. Roszizul : 104 + 135 + 116 = 355 (12)
3. Rosli : 120 + 129 + 86 = 335 (14)
4. Suhaimi : 88 + 99 + 89 = 276 (21)
430 + 508 + 460 = 1398

Kumpulan Rebut Siput
1. Zamzami : 125 + 113 + 158 = 396 (3)
2. Kamarudin : 136 + 171 + 85 = 392 (5)
3. Wan Rosli : 130 + 133 + 114 = 377 (7)
4. Raisam : 65 + 74 + 87 = 226 (24)
456 + 491 + 444 = 1391

Kumpulan Karipap Rebus
1. Shahidin : 139 + 123 + 131 = 393 (4)
2. Fauzan : 121 + 128 + 119 = 368 (10)
3. Adam : 111 + 90 + 120 = 321 (16)
4. Ustaz Din : 76 + 107 + 114 = 297 (19)
447 + 448 + 484 = 1379

Kumpulan Give Me Five
1. Nazri : 129 + 128 + 118 = 375 (8)
2. Rashid : 99 + 155 + 117 = 371 (9)
3. Hairul : 87 + 75 + 163 = 325 (15)
4. Ezam : 93 + 79 + 84 = 256 (22)
408 + 437 + 482 = 1327

Kumpulan Star itu Bintang
1. Fadhillawaty : 95 + 95 + 127 = 317 (17)
2. Hjh. Zation : 70 + 72 + 155 = 297 (18)
3. Norazidah : 101 + 96 + 93 = 290 (20)
4. Nazihah : 91 + 79 + 74 = 244 (27)
357 + 342 + 449 = 1148

Alhamdulillah kejohanan berjalan lancar. Walaupun kualiti permainan yang saya tampilkan agak kurang memuaskan tetapi kepuasan adalah yang utama. Sesekali aktiviti begini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kami dan dapat juga mengenal antara satu sama lain contohnya dengan kehadiran guru baru yang akan memulakan tugas di SK Setiawangsa iaitu En. Khairul Asyraf.

Aktiviti ini juga menambahkan koleksi aktiviti kami selaku guru-guru yang aktif setelah sebelum ini terlibat dalam aktiviti bermalam di Banding, Badminton, Bola Tampar, Ping Pong, Karaoke, Memancing, memanah dan banyak lagi. Aktiviti memancing di Tanjung Gila merupakan satu lagi aktiviti kami beberapa orang guru lelaki yang akan memulakan program tersebut pada hari Jumaat 31.12.2010. Harap tahun 2011 menjanjikan program-program yang lebih menarik dan penyertaan lebih ramai guru.

Akhir sekali terima kasih kepada cecikgu yang sudi menyertai kejohanan bowling tahun ini dan tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Bagi yang tak berjaya cuba lagi pada tahun lepas.

Isnin, 27 Disember 2010

Piala Suzuki AFF Akhir 1 : Malaysia Dahului 3-0

Telur 3 biji riuh satu kampung dek kemenangan Malaysia semalam membelasah Indonesia 3 berbalas 0. Walaubagaimanapun ia bukanlah bermakna Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki AFF sehinggalah sepak mula di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini dimulakan dan perlu menanti sehingga wisel penamat ditiup pada perlawanan akhir kedua itu nanti untuk menentukan secara rasmi juara sebenar sama ada Malaysia atau Indonesia.

Sekiranya Malaysia mampu menepis asakan dengan sekurang-kuranya kalah tipis di tempat lawan maka Malaysia akan bergelar Juara Suzuki AFF buat kali pertama. Dibimbangi pasukan Malaysia terbuai-buai dengan kemenangan semalam hingga boleh hilang fokus pada final kedua nanti. Apapun harap ianya tidak berlaku sedemikian.

Berikut adalah video jaringan gol pertama, kedua dan ketiga yang telah membuatkan Stadium Bukit Jalil Riuh seperti kucing kehilangan telur;

Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-59


Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-67


Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-71


Tahniah kepada seluruh warganegara Malaysia tanah airku yang menjadi penyokong setia sejak dulu hingga kini walau kalah tidak dimaki tidak dibenci bila menang suka hati tapi tak lah sampai terlebih puji... Semoga pasukan Malaysia dapat menampilkan kualiti permainan yang terbaik pada perlawanan akhir kedua nanti dengan berbekalkan sokongan seluruh rakyat Malaysia.

Ahad, 26 Disember 2010

Mesyuarat Orientasi Bowling???

kredit untuk cikgu azidah pereka banner

Hari Isnin bersamaan 27 Disember 2010 akan bermula mesyuarat guru dan beberapa lagi meyuarat yang berkaitan. Ketika ini guru-guru akan dimaklumkan berkaitan tugasan menjelang 2011. Siapa jadi guru kelas? kelas mana? bangunan mana? dan beberapa maklumat penting akan disampaikan. Di samping itu juga persiapan sempena orientasi menyambut kedatangan junior baru SK Setiawangsa bermula. Semua guru pastinya akan mendapat tugas masing-masing. Hari Orientasi ini merupakan antara hari yang terpenting. Pasti sekolah dalam keadaan padat ketika itu nanti. Mana taknya, ibu bapa dan penjaga bakal memenuhi ruang legar sekolah. Harap segala yang akan dirancang nanti akan terlaksana dengan jayanya. Berdebar jugak menanti tahun 2011 ni. Pasal lama sangat cuti dah rasa cam pekerja baru nak mendaftar tahun depan.... huhhhh entah macam manalah nanti... moga selamat segalanya..

Biasalah kerja dah nak bermula semula dah tentu tekanan pun akan mula berasak-asak menyerabuti kepala. hemmm jadi kenalah lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi sedikit regangan pada fikiran untuk memastikan tahun berikutnya bermula dengan lebih segar. Tahun lepas saya berempat bersama Adam, Raisam dan Azeze pada 29 Disember 2009 memilih bowling sebagai sasaran untuk lepaskan sedikit tekanan.. Huhh ternyata memang seronok dan puas hati. Tahun 2010 ni tak pasti lagi macam mana. Mungkin tahun ni selesai meeting yang terakhir kami akan memilih sukan bowling juga sebagai sasaran tetapi penyertaan lebih ramai dan bermain secara berpasukan. Huhh sudah tentu menyeronokkan. Apapun itu ura-ura sahaja, sejak sebelum bercuti lagi ura-ura nak mengadakan perlawanan bowling berpasukan sempena berakhirnya 2010 akan diadakan... jika ia benar-benar berlaku akan saya bingkiskan di sini nanti... tak sabar nak berbowling bersama rakan-rakan.. bukan nak tentukan siapa hebat cuma nak ??

Link yang berkaitan.. kenangan bowling tahun 2009
Juara Bowling 2009
Bowling Di Wangsa Walk

Jumaat, 24 Disember 2010

Berlalunya 2010 Menanti Tibanya 2011

Hampir setahun mengharungi 2010 pelbagai badai ditempuh. Pelbagai detik suka duka pasti tidak dilupakan dan menjadi kenangan buat tatapan di hari muka. Di samping pengalaman yang semakin bertambah terutama dalam mengharungi kerjaya sebagai seorang guru. Boleh dikatakan tahun 2010 tahun yang terbaik. Terbaik... suka dengan perkataan tu... baik punya.

Banyak perkara baru dilakukan pada tahun 2010 termasuklah edit video, memanah dan karaoke disamping aktif dengan penglibatan penuh aktiviti perkhemahan bermula dari PBUB Tahun 4 2010, Perkhemahan Pengawas, Perkhemahan Ibadah, PBUB Tahun 5 2010, PBUB Tahun 6 2010. Seronok dapat melaksanakan aktiviti luar sedemikian sambil enjoy bersama murid-murid dan guru-guru yang terlibat.

Ada lagi aktiviti lain, maklumlah tahun 2010 merupakan tahun aktif bagi SK Setiawangsa, mana taknya bukan sekadar 5 siri perkhemahan telah berjaya dilaksanakan bahkan 5 siri lawatan sambil pelajar juga berjaya dilaksanakan. Bagaimanapun dalam 5 Lawatan yang diadakan saya cuma berjaya menyelitkan diri dalam 3 lawatan sahaja. Lawatan Sambil Belajar (LSB) yang saya ikuti termasuklah LSB TKRS ke Al-Hilmi Agrofarm 2010, LSB Homestay PRS 2010 dan LSB TKRS ke Melaka 2010 serta Cuti-Cuti 6B SKK SKSKL 2010. Sepanjang menjalankan LSB di ketiga-tiga tempat ini saya tidaklah berjalan saja, sebenarnya banyak pengalaman baru yang diperolehi seperti kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.

Di samping menjalankan aktiviti bersama murid-murid melalui lawatan dan perkhemahan aktiviti bersama guru-guru juga pasti akan sentiasa tersemat di hati. Mana taknya, aktiviti yang dijalankan banyak meninggalkan kesan... huhhh. Aktiviti yang selalu dijalankan seperti bermain badminton. Tapi sekarang ini tidak aktif lagi disebabkan oleh faktor umur dan takut keluar malam.

Kembara Sungai Kejar, Tasik Banding, Perak.. huhhh memang menjadi kenangan buat kami yang terlibat. menaiki bot sepanjang perjalanan mengharungi sungai selama 2 jam dalam keadaan hujan yang sekejap lebat sekejap renyai. Kemudian tiba di destinasi agak lewat lebih kurang 6.30 petang. Terpaksa meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menerusi denai dalam keadaan hujan untuk mendapatkan tempat berteduh yang terletak lebih kurang 2km?.. tak pasti tapi jauhlah.. dalam perjalanan itu juga setiap orang perlu membawa barang dan adakalanya tersandung jatuh tergelincir akibat laluan yang licin... huhhh.... di lokasi tempat berkhemah keadaan sudah begitu gelap. Pelita yang dinyalakan tidak cukup untuk menerangi kegelapan.. huhhh... agas... huhhhh gatalnya... cukuplah sampai situ... selepas subuh tiba kami menjadi begitu gembira... dapat mandi air terjun yang sejuk dan deras mengalir hingga mengubati luka semalam.. selepas itu syukur kerana semuanya selamat... Apapun itu semua adalah kenangan dan pengalaman.

Mengakhiri tugas tahun ini dengan Makan Malam Akhir Tahun KKGK 2010 telah berjaya dianjurkan oleh KELAB GURU dengan memilih Restaurant 39 yang bertempat di tingkat 39 menara PNB. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya sendiri bertuah apabila nombor disebut dalam cabutan bertuah.

Ada satu lagi yang memang tak boleh dilupakan oleh kakitangan SKK SK Setiawangsa. KAMBING... huhhh memang... memanglah best kembing yang dipanggang oleh pemanggang yang bukan namanya Si Tanggang tapi En. Shahidin.. huhhh memang pakar masak.. tiap kali perkhemahan dapat mekan kambing panggang dengan sosnya yang mengiurkan... huhhhh...

Ada suka ada juga dukanya.. hemmm mulai tahun 2011 Ustaz Puaad dan Cikgu Zulkifli sudah tidak bertugas di SK Setiawangsa... huhhh sedehnya tak dapat sembang-sembang lagi dengan mereka. Cikgu Zul agak rapat dengan saya sebab beliau selalu bagi pendapat, pandangan dan nasihat. Seronok dapat berkerja dengan cikgu Zul.. huhh.. UstaZ Puaad pulak suka bergurau... huhh.. gurau jer kerjanya.. haha...

Pada tahun 2011 yang bakal tiba tidak lama lagi menjanjikan suatu lembaran baru. Mesyuarat Guru SKK SK Setiawangsa akan bermula pada 27 Disember 2010. Pasti ada pelbagai cerita baru dan aktiviti baru yang dirancang oleh kawan-kawan. Tak sabar nak dengar tak sabar nak join. Apapun harap kambing tahun 2011 semakin best...

Tahun 2010 menyaksikan saya tidak begitu aktif dalam penulisan di blog. Bagi tahun 2011 insyaAllah saya cuba untuk aktif kembali.

Selasa, 21 Disember 2010

Agihan Pendapatan ASB 2010


Agihan pendapatan ASB tahun 2010 nampaknya ada peningkatan dividen sebanyak 0.2% menjadi 7.50%. Kira ok lah.. yang pentingnya tak rugi dan terus membawa keuntungan pada hari-hari yang mendatang..








KUALA LUMPUR: Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2007, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lalu.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lalu.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.

Sabtu, 18 Disember 2010

Menanti Pengumuman Dividen ASB 2010

Macam biasa dipenghujung bulan Disember ni pasti ramai kaum bumiputera tak sabar-sabar menerima perkhabaran tentang kadar dividen pada tahun ini. tahun 2009 dividen 7.3% manakala bonus 1.25% bagaimana pula tahun 2010.. mungkin ada perubahan.. harap meningkat lebih tinggi dari yang biasa.. huhhh untunglah siapa yang melabur..

Dapat dividen dan bonus nanti bolehlah buat belanjawan untuk tahun hadapan.. mesti lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1432



Salam Maal Hijrah buat semua. Jutaan rasa syukur kita penjatkan pada ALLAH S.W.T atas keizinannya memberi kita nafas untuk terus menikmati kehidupan pada hari ini dan mungkin keesokkan harinya.

Sempena Maal Hijrah 1432 ini, marilah kita berhijrah sedaya yang termampu dengan hati yang penuh ikhlas. Biarpun hijrah yang dilakukan adalah sedikit jika disertai dengan keikhlasan ia lebih memadai jika hendak dibandingkan dengan hijrah yang banyak tetapi disertai dengan keterpaksaan dan kepura-puraan...

Dalam mengharungi hari-hari yang dipenuhi ranjau berduri ini janganlah kita bersikap bongkak atau bangga diri dengan apa yang kita miliki.. seandainya kita pernah miskin kemudian berhijarah menjadi kaya.. daripada sakit menjadi sihat.. daripada lemah menjadi kuat... daripada bodoh menjadi pandai.. percayalah pada akhirnya mati juga menjadi pengakhirannya.. maka teruslah melakukan yang terbaik yang ikhlas termampu kita lakukan... InsyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNYa...

Rabu, 1 Disember 2010

Tak Pernah Setengah Hati


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q....S. Al-Hujuraat [49]:13).

Tak pernah setengah hati
Ku mencintaimu
Ku memiliki dirimu
Setulus-tulusnya jiwa
Ku serahkan semua hanya untukmu

Tak pernah aku niati untuk melukaimu
Atau meninggalkan dirimu
Sesal ku selalu bila tak sengaja
Aku buat kau menangis

Memiliki mencintai dirimu kasihku
Tak akan pernah membuat diriku menyesal
Sungguh matiku
Hidupku ‘kan selalu membutuhkan kamu