Huhh... senang sikit nak bukak blog dan juga facebook... seperti di bawah :
Sabtu, 31 Oktober 2009
Ezamramlan Sudah Kormesil Di Internet
Huhh... senang sikit nak bukak blog dan juga facebook... seperti di bawah :
Jumaat, 30 Oktober 2009
Silap Mata Siri 1
Download
Jamuan 2 Kali Ustaz Azam
(Cikgu Raisam & Cikgu Riduan kelihatan tidak dapat menahan sebak)
Dari kaca mata saya yang tidak berkaca mata, ustaz azam adalah seorang yang setenang air yang tenang tapi tiada buaya. Beliau bukan sahaja senang dilihat kerana ketinggiannya dari segi ilmu sahaja tetapi juga fizikalnya.. dari jauh sudah tahu siapa itu?
Uktuk makluman ustaz azam akan bertukar ke jabatan lain... bukan jabatan bekalan air... dan juga bekalan elektrik... cubalah teka... apa yang pasti itu sudah menjadi rezekinya.. di felda jer.. tak jauh pun dekat jer... ala dekat sebelah jalan tu jer... cuba tengok kat google map...
Bermula sejak semalam Ustaz Azam mengadakan jamuan di kantin... kami semua dijemput makan... banyak juga yang kami makan...
Hari ini pula kami di tahun 5 juga turut mengadakan majlis bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Haji Shahrul Azam Al Hafiz buat kali terakhir... Selesai membaca yassin dan doa.. GB memberi sedikit ucapan diikuti pula ucapan Ustaz Azam... kemudian GB sampaikan hadiah buat kenangan-kenangan daripada warga SKS kepada beliau..
Seusai majlis murid-murid menduduki peperiksaan pendidikan seni yang tertangguh dan dimulakan agak lewat sedikit... Peperiksaan berjalan lancar tetapi berakhir agak lewat sedikit...
Guru-guru juga turut dijemput makan buat kali kedua dibilik guru pula... banyak makanan yang sedap-sedap sampai lupa Ustaz dah nak pindah... saya nak merakam ucapan ustaz tapi tak berkesempatan sebab selepas rehat kelas sampai balik...
Tapi saya sempat ambil sedikit pesanan yang paling utama hendak disampaikan beliau kepada semua murid dan guru:
"Jangan bergantung kepada yang dicipta, Bergantunglah pada pencipta"
kalau kita bergantung pada manusia, manusia akan mati.... tapi bergantunglah pada Allah kerana Dia kekal abadi.
Saya menyusun sepuluh jari mengikut sifir 10 x 1.... memohon kemaafan kepada Ustaz kalau ada tersilap kata, ter.. ter.. ter yang entah apa-apa... dan juga mengucapkan terima kasih kerana pernah menjadi rakan sekerja yang baik... Semoga dapat memberi khidmat yang lebih baik di tempat keja baru nanti....
Khamis, 29 Oktober 2009
Kemaskini Facebook Ajak Kawan
Nyatanya memang seronok bila dah buat facebook... rasa terhibur juga hati melihat gelagat rakan-rakan... tambahan pula komen-komen lucu... maklumlah cikgu-cikgu SK Setiawangsa ni majoritinya adalah kaki lawak... satu kepala...
Walaubagaimanapun saya dalam usaha untuk mengajak rakan-rakan guru yang lain lagi untuk memeriahkan facebook ini. Setakat ini dapatlah pelajari beberapa perkara seperti upload gambar, buat komen, tambah kawan dan lain-lain...
Kepada semua rakan-rakan guru Sk Setiawangsa... marilah join Facebook dan jadikanlah kami semua sebagai rakan anda... anda pasti terhibur.
Terjerumus Dalam Kancah Facebook
Sejak dulu lagi member-member sekolah ajak join face book... tapi saya malaslah pulak nak join... tapi bermula semalam saya mencipta sejarah sendiri apabila terjerumus kedalam kancah Facebook atas desakan dan hasutan terus menerus daripada mereka.
Baguslah juga join FB ni.. dapat juga eratkan hubungan sesama rakan dan sesiapa sahaja termasukalah juga sesama keluarga...
Pada cikgu-cikgu SK Setiawangsa eloklah join memandangkan GB kita pun turut mempunyai Facebooknya sendiri..
Saya puji daya usaha rakan-rakan sekerja dalam misi merapatkan hubungan sesama kita... pelbagai perkara telah diusahakan.. termasuklah aktiviti bercuti, memancing, bersukan, perlawanan persahabatan, dan termasuklah juga mewujudkan team SK Setiawangsa di Facebook.. Tahniah kepada kita semua....
Rabu, 28 Oktober 2009
Cikgu Sibuk Naik Kelas Basuh Berak
Kesibukan ini perlu dihadapi dengan tenang oleh para guru agar tidak berasa tertekan.. seperti mana kajian yang menyatakan guru adalah pekerja yang banyak mengalami tekanan. Bagi SK Setiawangsa, budaya kerja cepat dan pantas telah dimulakan sejak dulu lagi, jadi setiap guru dipaksa, terpaksa dan rela bekerja dengan pantas. Memandangkan pelbagai aktiviti lain yang bakal dilalui termasuklah Majlis Persaraan dan Majlis Malam Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Seperti yang dimaklumkan diblog cikgu Riduan, saya turut menyatakan setuju dengan peri pentingnya peperiksaan bagi murid tahun 5 pada setiap tahun bagi menentukan kelas tahun hadapan yang bukan untuk membeza-bezakan murid tetapi memberi cabaran yang lebih lagi berbanding jika berada di kelas sebelumnya serta suasana pembelajaran yang lebih bersesuaian dengan tahap pencapaian masing-masing.
Pastinya pada tahun hadapan akan berlaku rombakan kelas yang begitu ketara terutama mereka yang akan ke tahun 6, memandangkan pencapaian pada ujian-ujian yang lepas menyaksikan kesungguhan murid-murid dari kelas yang lebih terkebelakang meningkat begitu ketara dan murid-murid bagi kelas hadapan pula ada yang kelihatan sudah sedikit terleka yang menyebabkan berlakunya kemerosotan terhadap pembelajaran. Tambahan pula kenaikkan darjah pada tahun hadapan akan mengambil kira peratusan markah dari subjek teras iaitu BM, BI, MT dan SC.
Saya mengucapkan tahniah kepada murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang menghadapi peperiksaan yang masih berbaki 2 hari lagi. Sentiasalah berbangga dengan apa yang dilakukan serta pertingkatkan lagi kesungguhan pada tahun hadapan bagi menjamin kecemerlangan berterusan...
Tahun depan ada Pra -sekolah... Adakah saya berkemungkinan menjadi guru pra sekolah? Apakah tugas saya nanti? adakah basuh berak budak? arhhhhh tidakkkkk..
Jambatan Roboh Teruskan Perkhemahan
Kejadian Jambatan roboh tempohari masih menjadi bualan dan tumpuan ramai... Tambahan pula ia merupakan perkhemahan 1Malaysia yang melibatkan murid-murid tahun 6. Pelbagai reaksi telah timbul dari kalangan ibubapa... ada yang pastinya trauma dan tidak akan membenarkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegitu lagi.Pada saya program perkhemahan perlu diteruskan. Ini memandangkan banyak perkara atau ilmu yang diperolehi daripada aktiviti kokurikulum tersebut dalam membentuk jati diri pelajar. Kemalangan yang telah berlaku perlu dijadikan pengajaran dan peringatan kepada pelajar-pelajar lain yang akan mengikuti aktiviti perkhemahan akan datang tentang peri pentingnya mendengar arahan guru.
Pihak yang terlibat dalam menguruskan aktiviti juga perlu memastikan kegiatan pelajar sentiasa dipantau. Ini kerana daripada pengalaman saya menjalankan perkhemahan bersama guru2 dan murid sk setiawangsa, setiap aktiviti murid akan diiringi dengan guru dan disiplin murid sentiasa terkawal, disamping itu tugas atau giliran guru berjaga malam juga perlu diwujudkan bagi memastikan keselamatan murid terjamin sejak mula sesi perkhemahan hingga akhir tidak kira siang atau malam... tapi kalau murid nak berak... cikgu tak payahlah teman... busuk..
Kita kena anggap apa yang dah berlaku itu adalah sudah menjadi takdirNya. Ini kerana jika kita takut untuk melibatkan anak-anak kita dalam aktiviti sedemikian samalah kita takut untuk memandu kereta dijalan disebabkan kadar kemalangan yang sentiasa meningkat... takut itu takut ini... sebenarnya tak perlu takut... kita perlu sentiasa berdoa dan bertawakal padaNya... Jika kejadian sedemikian berlaku juga, saya pasti itu adalah kehendakNya.
Sibuk Puji Mesin Dapat A
Di bilik gerakan cikgu-cikgu tak habis-habis memuji-muji penggunaan mesin penanda markah... siap dengan reaksi seronok... bukan apa... kerja jadi mudah... memanglah seronok.. bak kata cikgu puteri tadi... selesai kerja 3 hari.... betulah tu.. kalau sebelum ni nak semak kertas periksa memang memakan masa lebih kurang 3 hari... memandangkan bilangan murid yang ramai dan bilangan kertas jawapan yang nak ditanda adalah melebihi 240 set.
Kalau mereka hepi dengan mesin penanda tu... saya pula boleh dikatakan hepi juga sebab keputusan PTK saya kali ini ada peningkatan... kalau sebelum ni dapat III,III atau B,B tapi dalam PTK Ogos lalu saya berjaya memperpaiki kertas khusus dengan pencapaian A,B*...
Memang wajar dapat A sebab ini adalah kali kedua PTK yang saya ambil dan soalannya dilihat relevan dengan apa yang berlaku dalam pendidikan... jadi senanglah nak jawab... cuma yang umum tu... dari ujian pertama hingga kali kedua... satu habuk pun tak buat persediaan.. sebab tak berkesempatan nak berbuat demikian... tapi dapat sama juga B.. apapun lepas ni saya berjanji pada diri saya untuk memperbaiki keputusan tersebut agar lebih cemerlang... kena banyak lagi membaca terutama berkaitan pekeliling, akta dan sebagainya.
Selasa, 27 Oktober 2009
Tragedi Jambatan Jadikan Pengajaran
Jambatan runtuh? tak pelik pun... tapi yang peliknya macam mana boleh runtuh... semuanya angkara budak-budak yang tak reti dengar kata atau arahan gurunya... itulah akibat yang perlu dijadikan sebagai pengajaran... saya yakin sangat kalau budak-budak tidak bermain atas jambatan gantung tu atau lompat-lompat dah tentu tak akan berlaku.... sebabnya.. apa yang saya tahu di atas jambatan gantung dimana-manapun tidak boleh menerima bebanan yang begitu berat.... maksud saya kalau dua tiga orang lalu serentak kira oklah.... kalau dah lebih 30 orang? Lagipun jambatan gantung bukannya kukuh sangat... kalau tak diasak tak akan jadi macam tu... Lu orang Fikirlah sendiri....Menjadi seorang guru sejak berusia 18 tahun sejak zaman praktikal hingga sekarang... pelbagai kerenah murid atau budak yang dapat saya lihat.. itulah kelebihan seorang guru... tambah lagi saya agak rapat dengan murid-murid... jadi tahu sangat perangai mereka.... perangai setiap orang tak sama... ada pendiam... pemalu... pengacau.. pengganggu.. pelompat... dan macam-macam lagi...
Ada yang dengar kata... cakap sekali dah faham... ada juga yang cakap 2 tiga kali pun serupa itu juga... itu realiti hidup tak boleh dinafikan... tapi dek kerana itulah kita kena beri perhatian... bagi saya dalam kejadian tersebut disamping salahnya boleh diletakkan kepada murid yang tidak mendengar arahan juga harus dipersalahkan ajk yang terlibat dalam program tersebut kerana murid dilihat semacam tidak terkawal... namun saya puji sikap guru yang berani mempertaruhkan nyawa untuk terjun menyelamatkan nyawa mereka yang terjatuh dalam arus yang deras..
Apa yang berlaku tidak dapat diputar kembali... siapa yang harus dipersalahkan pada saya itu sudah tidak penting lagi.. anggaplah ianya takdir dari tuhan... apapun peristiwa hitam ini perlu dijadikan pengajaran agar tidak berulang dimasa hadapan... bagi kita ibubapa dan guru janganlah berharap sangat dengan budak-budak ni... kita kena sentiasa pantau.. tambah lagi ketika melalui kawasan yang berisiko... sebab depan kita mungkin ok lagi... belakang kita terlompat sana.. terlompat sini... bukan dia nak fikir apa akan jadi selepas itu... yang difikirkan keseronokan saja... bila dah kena baru nak gelabah puyuh...
Contoh lain yang boleh disamakan adalah seperti mat rempit.... berlumba kat jalanraya selagi tak ajal selagi tu tak serik.... kasar sikit bahasa tu... lagi satu mercun... selagi tak melecur badan tak putus jari lagi tulah dia nak main.... banyak lagi contoh lain... selebihnya fikirlah sendiri...
Letih Kertas 2 Aras Sukar
Soalan yang selayaknya diberi 3 markah diletakkan 2 markah... Selain itu, Soalan 2 markah yang diberi juga dilihat melibatkan banyak langkah kerja sedangkan markah diberi pula tidak bertepatan dan ruangan pada kertas soalan adalah kecil... Keadaan ini akan menyebabkan ramai murid keciciran 2 markah setiap satu soalan terutama bagi murid yang sederhana dan lemah... bagi murid yang pandai biasanya tidak mempunyai masalah.. Cumanya berkemungkinan markah akan merudum sedikit memandangkan pembahagian aras pada kertas soalan tidak mengikut piawai.
Tapi tak apalah, lagipun soalan ini disediakan oleh jabatan wilayah persekutuan kuala lumpur... jadi seluruh sekolah di sini akan menjawab soalan yang sama.. kemudian nantilah kita lihat sama ada ok atau perlu diperbaiki lagi kualiti soalan tersebut.
Apapun alasannya... semua menjawab soalan yang sama jadi ia tetap boleh menjadi alat penilai cuma purata markah sahaja akan merudum....
Itu pandangan saya saja... cikgu2 lain tak tahulah pula macam mana.. kalau ada komenlah kat sini...
Mesin Jimat 60% Proses Penandaan
Harapan saya akan datang satu mesin penyemak soalan subjektif dapat dicipta agar dapat memudahkan lagi kerja guru... kalau boleh masa yang terluang tu bolehlah digunakan untuk baring atau tidur...
Apapun ini pun dah kira bersyukur... dah mudah sangat dah...
Isnin, 26 Oktober 2009
Bermula PKSR2 Risau Biasa
Hari ini saya tak rasa risau sangat... esok barulah mula rasa risau... sebab esok murid-murid akan mula menjawab soalan Matematik pula.. itulah cikgu... lebih-lebih risau... muridnya biasa jer.. Harap-harapnya esok soalan yang diberi dapat dijawab dengan baik... harap ada peningkatan dan dapat mengurangkan bilangan murid yang gagal... kalau bertambah mampuih la...
Ahad, 25 Oktober 2009
Chelsea Menang 5 - 0
Disebabkan kemenangan Chelsea 5-0 terhadap pasukan pelawat iaitu Blackburn... saya begitu gembira.. seharusnya lebih banyak lagi gol yang boleh dijaringkan tetapi carlo Anceloti mengambil pendekatan untuk memberi pendedahan kepada pemain muda bawah 21 termasuklah Bruma dan Sturrigde.
Nampaknya sekali lagi Kalou disimpan sebagai senjata untuk perlawanan piala liga yang akan berlangsung pada 29 Oktober nanti apabila bertemu pasukan Bolton.. Betullah jangkaan saya bahawa Ballack memang tunggak penting dalam pasukan Chelsea.. tanpa kelibatnya pasukan agak goyah.. untuk perlawanan kali ini 2 gol yang dijaringkan Essien dan Drogba adalah berpunca daripada Ballack.. 2 perlawanan tanpa kelibat ballack memperlihatkan kekalahan...
Apa yang paling saya tunggu semalam adalah koleksi jaringan drogba sebab memang mengharapkan dia dapat jadi penjaring terbanyak EPL tahun ini...
Malam nanti perlawanan antara Liverpool vs Man. United... kelebihan sebenarnya terletak kepada pasukan Man U... ini disebabkan masalah kecederaan pemain-pemain tunggak pasukan Liverpool. Tapi sekiranya Liverpool menang... mesti Liverpool menang... harap-harap liverpool menang... kesian sebab dah kalah 4 kali berturut-turut... lepas menentang Man U mereka akan menentang satu lagi pasukan gergasi iaitu Arsenal.... Apapun perlawanan ini nanti pastinya ditonton oleh semua peminat bola sepak walaupun bukan penyokong kedua-dua pasukan tersebut.
Sabtu, 24 Oktober 2009
PKSR 2 - Pesanan Untuk Murid SKS
Murid-murid sibuk buat persediaan
Persediaan untuk hadapi peperiksaan
Penentu pencapaian dan kelas pada tahun hadapan
Ada juga yang masih berangan buat-buat tak perasan
Masih bermain dengan kawan-kawan
Seolah-olah peperiksaan bermula pada tahun hadapan
Ibubapa dan guru-guru sentiasa doakan
Agar anak atau murid mereka capai kejayaan
Tapi.. kalau tak usaha sia-sia saja kan?
Kalau kita bersungguh-sunguh nak kan kejayaan
Pasti akan rasa berdebar hati dan perasaan
itulah nikmat yang akan dirasakan
bukan pada semua orang tapi hanya yang jadi pilihan
Teruskan doa dan bermunajat pada Tuhan
Kerana segalanya hanya DIA yang akan tentukan
Usaha macam mana pun belum tentu DIA izinkan
Tapi usaha dan tawakallah pasti rasa kepuasan
Baca Bismillah sebelum mula jawab soalan
Pastikan tenang hati dan perasaan
Kalau berdebar juga atau hilang ingatan
Banyakkan selawat pada rasul junjungan
Insyaallah akan dapat petunjuk daripada Tuhan
Jangan gelabah macam cacing kepanasan
Gunakan pensil 2B jangan guna Pensil tekan
Jawapan salah padam dan cepat betulkan
Dah habis jawab soalan semaklah jawapan
Sentiasa gunakan masa yang diperuntukkan
Supaya tidak menyesal dihari kemudian
P/S : kepada semua murid selamat menghadapi peperiksaan. Ingat! buatlah yang terbaik dalam peperiksaan nanti. SEMOGA BERJAYA!!!
Guru Besar Cemerlang Isi Minyak Motor
Bagi sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang, kerajaan akan memperkenalkan Bai'ah (perjanjian) baru bagi menghargai jasa dan prestasi para pengetua serta guru besar.
Hemmhhmm... macam mana pula dengan guru-guru? Saya pasti Guru Besar sekolah saya juga akan dapat ganjaran itu nanti... bukan nak bodek tapi kenyataannya memang begitu... sepanjang pentadbiran Tuan Haji Ruslan Madon (THRM) nampaknya sekolah ini bertambah cemerlang dari pelbagai aspek..
Kalaulah THRM dapat ganjaran itu nanti.. saya dan guru-guru sk setiawangsa bukan sahaja tumpang gembira, bahkan nak mintak sikit duit poket untuk isi minyak motor...
Apapun sekiranya kerajaan nak memberi ganjaran itu nanti perlulah terlebih dahulu melihat pengurusan sekurang-kurangnya melebihi tiga tahun sebelumnya...
Jumaat, 23 Oktober 2009
Bentang Tugas Tahun 2010 Ala Parlimen
Bila melihat pembentangan belanjawan ni.. saya rasa memang seronoklah.. sebab kita membuat perancangan dan membentangkan kepada umum untuk belanjawan tahun hadapan... jadi semua orang yang terlibat dapat membuat perancangan hasil pembentangan tersebut..
Agaknya, diperingkat sekolah juga boleh mempraktikan perkara sebegini. Guru-guru yang menjawat jawatan seperti ketua panitia, guru penyelaras dan sebagainya kena buat pembentangan "Tugasan 2010" untuk tahun hadapan... huhhh memang hebatlah.. lepas tu setiap mereka akan meletakkan teks di dalam beg khas.. berwarna kuning... memang gempak...
Contoh Belanjawan KKGK
* Memperbanyakan aktiviti bagi ahli kelab untuk memastikan hubungan rapat dan kerjasama dapat diperkukuhkan.
* Menaikan nilai yuran RM5000 setahun bagi melancarkan segala program guru-guru lelaki untuk bersukan.
* Makan percuma bagi mereka yang menyambut hari lahir pada setiap tahun.. bagi yang menyambut hari kelahiran pada bulan 12 pula akan diberikan RM4.50 untuk membeli makanan di gerai atau restoran pilihan. Duit tersebut akan dihantar oleh En. Raisam selaku bendahari melalui kiriman wang pos..
* Memberi bantuan khas kepada guru2 yang kurang berkemampuan dengan mewujudkan RMT guru... kalau ada saya nak daftar.
* Membuat jualan amal dan 10% akan diambil dari setiap barang yang dibeli. Contoh barang yang akan dijual seperti Mug, Cenderamata, T-Shirt, Baju Koperat, stokin, minyak urut, budu, cencalok, layang-layang dan sebagainya. Harga diskaun akan diberikan kepada ahli KKGK yang sah atau telah menyelesaikan hutang.
* Menyumbang RM1500 kepada guru-guru lelaki yang berkahwin dengan isteri kedua tetapi mewajibkan guru lelaki membayar RM1500 sekiranya berkahwin dengan isteri kedua.
itu contoh saja..
Belanjawan Negara 2010
Hari ini Datuk Seri Najib Razak membentangkan belanjawan tahun depan bertemakan '1Malaysia, Kemakmuran Bersama' di Parlimen sejurus selepas jam 4 petang.Rumusan Belanjawan 2010:
1- RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
2 - Merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion.
3 - Strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi:
***Menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.
***Memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.
***Kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam
Intipati bajet Lebih Lanjut ; Malaysiakini
Khamis, 22 Oktober 2009
Zoom-a Pra PKSR 2
Kepada murid-murid tahun 5... Anda boleh menjawab soalan tersebut sebagai latihan akhir sebelum peperiksaan... bagi Ujian tersebut saya telah meletakkan aras sederhana dan susah.. harap murid dapat menggunakan kemudahan yang ada sebagai persediaan...
JADUAL PKSR 2 Thn 5 - kredit untuk cikgu Riduan
Mesin Periksa Kertas Dan Buku Adab
Untuk makluman ini kali pertama murid-murid tahun 5 dibenarkan menggunakan kertas tersebut... sebelum ini murid tahun 6 sahaja yang menggunakannya... kelebihan kertas itu adalah kerana jawapannya dapat disemak dalam masa kurang 10 minit untuk semua aliran bagi setiap satu mata pelajaran... canggihlah... tapi tahun ni baru dapat guna... sebenarnya dah 3 tahun mesin tu berada di sekolah, tapi tahun 6 sahaja yang dapat guna.... sebabnya kos kertas itu agak tinggi.
Apapun sebenarnya kemudahan yang canggih itu memanglah sangat memudahkan lagi kerja guru tambahan pula masa yang tinggal kurang 3 minggu untuk kami mengemaskini markah murid memandangkan Majlis Malam Anugerah Cemerlang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Kalau tak ada mesin tu... memang lebih 2 jam masa diperlukan untuk semak kertas jawapan... kan banyak masa yang boleh dijimatkan... nampaknya ada kemajuan...
Cuma yang masih saya tak puas hati tentang buku adab belajar.. bayangkanlah nak kena bulatkan nombor untuk setiap pelajaran yang diajar... banyak bazir masa guru... nak buat benda itu saja lebih satu jam... itu sebuah kelas... kalau lebih.... macam mana? kalau saya tak apalah lagi sebab tak jadi guru kelas.. tapi bagi guru kelas? huhhh memang membebankan.. serius... tak tipu... lagipun sepanjang penggunaan nombor itu, saya lihat ianya tidak memberi kesan apa2 pada murid... Jadi harapan saya satu hari nanti semua elemen-elemen yang tidak bersesuaian ini dapat dimansuhkan dan digantikan dengan elemen yang lebih relevan bagi memudahkan ibubapa melihat serta membuat perbandingan pembelajaran anak-anak mereka.
Hujah saya bagi perkara di atas adalah
1. ibubapa hanya merujuk markah ujian atau peperiksaan anak mereka.
2. ibubapa sedia berbincang dengan guru2 sewaktu hari terbuka di mana ketika itulah segala pertanyaan berkaitan tingkahlaku murid akan diketahui oleh ibubapa.
3. tidak dapat memberi gambaran yang tepat dan jelas kepada ibubapa.
4. terpaksa membelek banyak halaman hanya untuk melihat markah anak-anak sedangkan yang lainnya tidak diberi perhatian.
5. Ulasan guru sudah cukup dan seharusnya merangkumi segala teguran sekiranya ada. Ibubapa lebih jelas dengan ulasan tersebut.
6. dan banyak lagi....
Walaubagaimanapun saya dan anda yang menjadi guru sekolah rendah perlu meneruskan juga tugas mebulat-bulatkan nombor itu selagi tiada arahan untuk memperbaharui buku tersebut... setakat ni tinggal satu kelas lagi saya nak siapkan bulat-bulat tu... anda bagaimana?
Bukan apa.... sebenarnya komen ni saya dapat dari pelbagai orang... bukan sahaja dikalangan guru bahkan ibubapa juga ada yang memaklumkan bahawa ada baiknya guru melaporkan masalah anak mereka berbanding membulatkan nombor yang pada mereka sukar untuk ditafsirkan.
Internet Pulih Perbualan Hangat
Terima kasih tak terhingga buat en. shahril yang telah bantu saya menyelesaikan masalah internet ni... saya bukannya pandai sangat pasal benda ni... bukan itu saja... sempat juga dia beri ilmu tentang internet ni pada saya... sebelum ni saya tak tahu pun pasal tu... bestlah macam ni..
Tadi sempat juga bersembang pasal aktiviti guru2.. yerlah macam badminton, ping pong, bola tampar dan sebagainya.. dia setuju untuk bersama pasukan cikgu pagi kalau ada perlawanan lain lepas ni... terutama bowling....
Nak cerita sikit ni... pasal 2 kejayaan terbaru guru2 pagi beberapa hari yang lepas... masih lagi menjadi perbualan hangat... yang tak tahannya diorang cikgu petang kata bagi chance saja tu.... yalah tu...
Rabu, 21 Oktober 2009
Persahabatan Futsal Pagi vs Petang
kredit untuk cikgu rosli..
Kehadiran Guru-guru Petang
Cikgu Shahidin, Cikgu Rosli, Cikgu Panang, Cikgu Hanizu, Cikgu Nazri, Cikgu Rahimi, Cikgu Adam, Cikgu Jalani, Cikgu Azeze, Us. Kamaruddin, Cikgu Zaidi, Cikgu Farzarul
Kehadiran Guru-guru Pagi
Cikgu Wan Rosli, Cikgu Hazri, Cikgu Ehzam, Cikgu Zamzami, Us. Razi, Cikgu Zulkifli, Us. Puaad
Kehadiran cikgu2 petang yang begitu ramai dan bersemangat telah membuatkan baarisan wakil-wakil cikgu2 pagi begitu gementar.. menggigil dan berasa kecut perut.. perlawanan hari ini bagi guru2 pagi bolehlah dikatakan kalah sudah tentu menang belum pasti..
Sebelum bermula perlawanan, wakil cikgu2 pagi telah menerima kutukan yang begitu berbisa sejak pukul 10 lagi... memang panas telinga.. berbahang.. tapi cikgu2 pagi tahan jer... nak buat macam mana.. kehadiran cikgu pagi memang selalunya tak memuaskan...
11.15 malam - Perlawanan telah bermula... cikgu2 pagi bermain secara bertahan.. diserang betubi-tubi.. bolos 2 gol... kena kutuk dengan cikgu petang... tahan telinga... buat2 tak dengar... perlawanan belum tamat... cikgu pagi memulakan serangan setelah bertahan sedikit masa... akhirnya berjaya menembusi gol lawan dengan 3 gol dijaringkan oleh cikgu Hazri... wisel penamat ditiup... cikgu pagi menang... itu baru lawan team petang B..
11.30 malam - Cikgu -cikgu pagi yang begitu gembira menyahut cabaran cikgu2 petang untuk berlawan dengan team petang A yang kononnya lebih kuat dan kental.. namun dengan semangat yang masih tinggi untuk memulihkan kembali luka tercalar.. barisan cikgu2 pagi menyahut cabaran.. macam biasa bermula dengan bertahan.. tidak lama kemudian gol dibolosi... cikgu2 petang mendahului... mereka gembira.. tapi tak lama kemudian satu jaringan penyamaan dari cikgu pagi hasil rembatan kencang cikgu Hazri selaku ayam tambatan yang terlepas dari reban.. perlawanan mula menampakkan kemajuan bagi cikgu-cikgu pagi apabila mendahului buat kali pertama menjadikan kedudukan 2 berbalas 1.. cikgu2 petang nampak semakin berdebar dan tak tentu arah.. mereka meneruskan serangan maut yang membawa maut pada mereka sendiri apabila satu lagi jaringan oleh cikgu2 sesi pagi berjaya menembusi gawang... dalam suasana kegembiraan cikgu2 pagi agak leka seketika mengakibatkan gawang mereka dibolosi buat kali kedua.. namun cikgu-cikgu pagi bingkas memperkukuhkan pertahanan dan melakukan beberapa gerakan yang lebih berbahaya sehinggakan 1 jaringan lagi dapat dijaringkan diminit-minit akhir perlawanan menjadikan keputusan 4-2..
11.45 malam - Guru-guru petang disorak dan di boo oleh guru-guru pagi... Cikgu wan rosli memberi kutukan hebat kepada cikgu2 petang dengan mengumpamakan seperti anjing menyalak bukit... cikgu petang pula meneruskan perlawanan sesama mereka... kami guru-guru pagi bersorak kegembiraan di luar gelanggang sambil mengutuk-ngutuk pemain didalam gelanggang... tulah padahnya... akhirnya luka tercalar guru2 pagi telah berjaya dipulihkan.. lega rasanya...
Seusai perlawanan lebih kurang jam 12 pagi kami bergegas pulang dengan perasaan yang begitu puas.. bagi saya walaupun ini adalah satu perlawanan persahabatan tapi ia amat penting bagi mengelakkan guru2 pagi dikutuk habis-habisan...
Beberapa lagi perlawanan persahabatan akan berlangsung.. masih dalam perancangan... harap-harapnya menjadi kenyataan... perlawanan yang masih dalam perancangan tersebut adalah perlawanan bowling berpasukan... mesti seronokkan? saya pun tak sabar nak menyertai pertandingan tersebut.
Persahabatan Baminton Pagi vs Petang
Kredit untuk cikgu rosli
Dalam mengharungi kesibukan sekolah, sedar tak sedar dah lama cikgu-cikgu tak buat aktiviti. pada saya memang penting adanya aktiviti berterusan antara guru-guru, supaya perhubungan di sekolah lebih akrab.
Alhamdulillah, walaupun sepanjang bulan ini dan hadapan boleh dikatakan bulan yang menyibukkan dengan pelbagai aktiviti sekolah, namun aktiviti yang dimaksudkan berjaya juga diadakan.
Seperti yang dirancang aktivitinya adalah perlawanan persahabatan (Badminton). Perlawanan tersebut dilangsungkan di Dewan Sek. Men. Taman Melati pada hari Ahad lepas bermula jam 8.00-11.30 malam.
Kehadiran Guru-guru Petang
Cikgu Shahidin, Cikgu Rosli, Cikgu Panang, Cikgu Hanizu, Cikgu Nazri, Cikgu Rahimi, Cikgu Jalani, Cikgu Azeze, Cikgu Zaidi, Cikgu Farzarul
Kehadiran Guru-guru Pagi
Cikgu Wan Rosli, Cikgu Noorzeri, Cikgu Ehzam, Cikgu Zamzami, Cikgu Zulkifli,
Bagi guru-guru sesi pagi, ini adalah perlawanan bagi menebus maruah yang telah dicalar oleh guru-guru petang dalam beberapa siri pertandingan sebelum ini termasuklah ping pong, bowling(individu) dan bola tampar...
Dalam pertandingan tersebut guru2 pagi berjaya memulihkan sedikit luka yang tercalar apabila berjaya menang 3-2 dalam perlawanan tersebut. Tapi.. kehadiran guru-guru pagi amat mendukacitakan kerana tak cukup orang atau dalam bahasa lain kehadiran merosot sehingga menerima kutukan demi kutukan.... apapun saya puji cikgu-cikgu petang kerana telah datang dengan penuh semangat sehingga membawa pemain2 simpanan yang berlebihan termasuk tukang sorak.. mungkin dah dapat taklimat daripada penyelia petang kot...
Streamyx Buat Hal
Sepanjang minggu ni kalau nak update blog kena update kat sekolah... kat rumah memang tak boleh...
Sebenarnya dalam minggu ni banyak juga perkara yang berlaku yang boleh dikpongsikan tapi nak buat macam manakan? Apapun saya akan ceritakan satu persatu....
Ahad, 18 Oktober 2009
Cerita Buruk Orang Cerita Buruk Kita
Sebagai seorang manusia kita perlu berhati-hati dengan manusia yang lain walaupun dia adalah rakan baik kita.. sebab dia adalah manusia yang juga mempunyai hati dan perasaan dan juga nafsu serta sifat amarah.. begitu juga dengan orang-orang sekeliling kita...
Kalau boleh jauhkanlah diri dari mendengar cerita-cerita fitnah.. kalau boleh tegur rakan kita kalau dia mencerita keburukan seseorang atau memfitnah sesiapa.. sebab kadang2 sebagai manusia dia kadang terlepas cakap juga...
"SESEORANG YANG MENCERITAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN KEPADA KITA, AKAN MENCERITAKAN PULA KEBURUKAN KITA DI HADAPAN ORANG LAIN"
Sebab itulah kalau orang cerita keburukan orang lain pada saya... saya tahu orang tu jenis macam mana... tapi tengok pada intonasi ceritanya juga... biasa macam tulah.. sebab saya pun pernah kena juga... depan saya dia menceritakan keburukan orang tu... lepas tu jumpa orang lain cerita keburukan saya pula.... macam tulah... kan lebih baik menceritakan tentang kehebatan mata burung helang yang boleh melihat jauh dan tepat atau bercerita tentang asal usul batik atau bercerita tentang asal usul hang tuah dan sebagainya.
Jadi, lepas ni kalau ada orang yang macam ni... tegur dia atau dengar sajalah... jangan sampaikan kat orang lain pula...
Menanti Detik Menjadi Belasahan
Seperti yang dijanjikan malam ni ada perlawanan badminton antara guru-guru pagi dan guru-guru petang...
kalau ikutkan perlawanan yang lepas.. bowling dimenangi cikgu petang@cikgu farzarul.. Ping Pong dimenangi oleh cikgu petang@Ustaz Kamaruddin.. bola tampar pun dimenangi oleh cikgu petang... badminton tak pasti... tapi yang pasti cukgu-cikgu pagi kena menanglah.. asyik kalah jer.. malu plak rasa...
Sukan lain seperti carom, catur dan futsal pun ada main tapi tak pernah buat perlawanan... rasanya.. kalau buat siapalah yang menang yer? cikgu pagi kot..
Malam ni boleh dikatakan misi menebus maruahlah... tapi sukar nak dijangka dengan saya sendiri pun tak berapa nak pandai main badminton dah tentu dibelasah teruk.. apapun demi semangat setiakawan saya akan datang juga untuk bermain.. kalah menang adat permainan.. malam ni saya akan cuba bersungguh-sunguh untuk tidak kalah teruk...
Sabtu, 17 Oktober 2009
Chelsea Tersungkur Kali Kedua
Nampaknya hari ni chelsea tersungkur lagi.. 2 berbalas 1.. apapun takpa sebab kalah di tempat lawan dan yang pentingnya Drogba dapat menambah koleksi jaringan walaupun sebiji... rasanya memang chelsea memerlukan khidmad ballack... sebab asal ballack tak main jer mesti kalah... huhhhChelsea kini berada di tangga kedua dengan perbezaan 1 mata dengan Man u. Nasib yang sama juga turut menimpa Liverpool yang tersungkur juga di tempat lawan(Sunderland) mengakibatkan mereka kini berada di tangga kelapan liga.. yang lebih dasyat adalah kekalahan hari ini merupakan kekalahan ketiga buat liverpool setelah menghadapi 3 perlawanan berturut-turut.
Bagi chelsea ia memang sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku apabila kelebihan terletak pada mereka namun kalah berlawan adalah lebih bermaruah. Itulah namanya permainan pasti ada yang kalah dan ada yang menang.. yang menang tidak semestinya hebat begitu juga sebaliknya. Hanya yang membezakan kalah sengaja dan kalah dengan tidak disengajakan..
Khamis, 15 Oktober 2009
Main Badminton Di Sekolah
Memang sejarahlah sebab dah hampir 6 tahun tak pernah main badminton.. itu pun cikgu azeze ni ajak... memula tu tak nak pergi.. entah macam mana termakan pujuk rayu beliau itu... tapi main satu jam saja dan kemenangan dah tentu tidak lain dan tidak bukan berpihak kepada bukan saya... keputusan agak berat sebelah sebab main tak ada pengadil..
Permainan tersebut berlangsung di gelanggang badminton sekolah dengan disaksikan lampu kalimantang yang tak berapa nak terang, 2 ekor kucing juga berkesempatan menonton dan sempat bergaduh sehingga kami terpaksa meleraikan pergaduhan mereka. Selain itu turut menyaksikan perlawanan hebat itu beberapa ekor unggas malam dan banyak lagi serangga kecil..
10 Hari Lagi Prestasi Meningkat
Setakat ini saya berkeyakinan seperti mana tahun-tahun yang lepas, murid akan dapat meningkatkan prestasi mereka berbanding ujian formatif 3 yang lepas. Ini kerana ujian formatif 3 lepas lebih memberatkan kepada topik dan kemahiran-kemahiran tertentu yang mungkin sukar bagi mereka.
Bagi PKSR II pula, semua kemahiran akan diuji dan soalannya lebih teratur. Walaubagaimanapun murid tidak boleh leka. Latihan perlu diteruskan supaya dapat mengurang kecuaian apabila menjawab soalan. Ini kerana dalam "post mortem'' peperiksaan formatif 3 yang lepas saya dapati murid melakukan banyak kesilapan walaupun menjawab soalan yang mudah akibat kecuaian dan sikap malas untuk menyemak jawapan. Selebihnya adalah tidak menguasai dengan baik beberapa kemahiran tertentu serta tidak memahami kehendak soalan.
Jadi saya harap murid-murid kalau boleh dibantu oleh ibubapa untuk sama-sama memperbaikki kelemahan tersebut agar dapat melakukan yang terbaik nanti.
Pesanan kepada murid tahun 5 yang mempunyai zoom-a, bolehlah mula menjawab soalan ujian pra-pksr siri 1 yang telah bermula sejak semalam.
Lakukan yang terbaik untuk Ibubapa dan Guru-guru anda kerana roti canai berharga 70 sen... apa maksudnya? Lu pikirlah sendiri...
Uji P.A Sistem Gagal
Biasanya dalam menjayakan sesuatu majlis kita akan terlepas pandang akan peri pentingnya p.a sistem. Kita menganggapkan ianya sesuatu yang mudah. Jika anda beranggapan begitu ianya nyata meleset. Oleh itu persiapan rapi perlu dibuat termasuklah menguji pembesar suara, memastikan segala audio atau video yang hendak dimainkan berfungsi dengan baik.
Kami juga menguji kamera video dan lcd yang akan digunakan nanti dengan bantuan en. shahril. Namun hari ini nampaknya gagal dek kerana beberapa gangguan. Jadi terpaksa menguji semula pada hari lain.
Rabu, 14 Oktober 2009
Yassin dan Seminar Matematik
Seusai majlis tersebut semua murid tahun 5 akan terlibat dengan satu seminar matematik yang berlangsung di dewan blok B. Dijangka program ini akan berlangsung selama 1 jam lebih.. jadi rancanglah buku-buku yang nak dibawa esok.
Selasa, 13 Oktober 2009
Cukai Belanjawan 2009
Namun jangkaan belanjawan kali ini adalah tidak banyak habuan yang akan diberi memandangkan kerajaan sedang dalam proses mengimbangi defisit yang meluas. Berkemungkinan juga kerajaan mencari jalan mengembangkan pendapatan cukai bagi memenuhi sasaran kutipan.
Apapun nantikan sahaja 23 Oktober 2009. Semoga belanjawan tahun ini tidak membebankan rakyat malah terus memberi kesejahteraan untuk terus menikmati hidup di bumi bertuah ini.
Pindah Bersara Prestasi Tinggi
Biarlah saya jelaskan dengan lebih jelas.. Sebenarnya GB ada memaklumkan berkenaan guru matematik yang berlebihan di sekolah ini. Salah seorangnya akan dipindah atau ditukarkan ke sekolah lain.... Jadi saya berkemungkinan besar menjadi calon untuk ditukarkan ke sekolah lain tambah lagi prestasi yang tak berapa nak cemerlang berbanding yang lain...
Beberapa orang lain juga akan berpindah atas dasar memohon pertukaran seperti cikgu zaidi, cikgu puteri dan beberapa orang cikgu lagi. Manakala 2 orang guru lagi akan bersara iaitu Cikgu Khatijah Mohamad dan Cikgu Jusvinder Kaur.... kedua-duanya guru yang hebat.
Berbicara tentang pindah memanglah menyedihkan tambah lagi kalau banyak kenangan kita disesuatu tempat yang kita akan tinggalkan termasuklah rakan-rakan.. Pindah tu perkara biasa.. sejak kecil lagi saya hidup nomad... berpindah dari satu negeri ke satu negeri... memula Kuching Sarawak, lepas itu Kemasik Terengganu, kemudian Pengkalan Chepa Kelantan, Port Dickson Negeri Sembilan, Kemudian kembali semula ke kelantan dan akhirnya berpindah ke Kuala Lumpur.
Tak lama lagi sekolah SK Setiawangsa berkemungkinan tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi. Jadi eloklah guru-gurunya juga mempunyai prestasi tinggi melebihi sekurangnya 85% dan ke atas. Jika tidak pada saya tidak layak untuk menduduki sekolah tersebut. Dengan kata lain berpindahlah kamu sebelum kamu dipindahkan... (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)
Isnin, 12 Oktober 2009
Baki 2 Minggu Untuk Ulangkaji
Persaingan untuk meletakkan diri sebagai pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Cemerlang nanti pastinya sengit. Murid yang berusaha gigih pastinya dapat menempat diri pada majlis itu nanti.
Guru-guru pula sibuk membuat persiapan awal untuk MAC tersebut termasuklah mengisi laporan adab belajar murid dan beberapa lagi buku rekod murid serta mengemaskini fail kuning iaitu fail peribadi murid.
Berkenaan ujian zoom-a pula, ujian pra PKSR II Siri 1 akan dimulakan pada hari rabu ini manakala siri 2 pula bermula pada minggu hadapan. Diharapkan murid dapat menggunakan kesempatan ini untuk membuat persiapan....
Ahad, 11 Oktober 2009
Keputusan Terkini PRK DUN Bagan Pinang
Peratus Pengundi - 81.65%
Jumlah Pengundi - 11,157 pengundi
5.00 petang - Pengiraan sedang berlangsung
6.00 petang -
| Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|
| Isa Samad | ![]() | 6358 |
| Zulkefly | ![]() | 1847 |
6.30 petang -
| Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|
| Isa Samad | ![]() | 7821 |
| Zulkefly | ![]() | 2490 |
7.15 malam - Keputusan Rasmi :
| Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|
| Isa Samad | ![]() | 8013 |
| Zulkefly | ![]() | 2578 |
Debar Menanti Keputusan PRK N31

( ZULKEFLY MOHAMAD OMAR )
VS
( MOHD ISA ABD SAMAD )Bermula jam 5.30 petang nanti saya akan bawakan keputusan tidak rasmi dan rasmi dari semasa ke semasa. Biasanya keputusan dapat diketahui lebih awal di sini dengan bantuan sumber-sumber yang berkaitan berbanding dengan pengumuman di TV.
Kepada mereka yang ingin mengetahui keputusan pilihanraya tersebut bolehlah melayari laman blog ini sekitar jam 5.30 petang nanti. Harap Maklum.
Sabtu, 10 Oktober 2009
Ingat! Sebulan Lapan Belas Hari
Apa yang perlu diambil perhatian adalah perancangan kewangan untuk menanti gaji bulan seterusnya iaitu gaji bulan 11 yang akan dibayar lewat sebulan 18 hari atau bersamaan dengan 48 hari dari tarikh gaji sebelumnya.
Adalah baik bagi saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan kakitangan kerajaan agar berhati-hati dalam menguruskan kewangan... takut-takut nanti terlebih guna pula... yang susahnya kita sendiri nanti... maklumlah biasanya kalau gaji dah masuk tu senang-senang jer kita habiskan dalam masa sebulan.. sebab kita dah terbiasa dengan itu... tapi berlainan selepas ini kalau sebulan kita habiskan baki 18 hari lagi nak cekau kat mana pula duit...???
Itu sajalah yang saya dapat kongsi setakat ini sebagai ingatan untuk kita bersama (yang tergolong dalam golongan susah dan sederhana). Manalah tahukan?? Apapun kalau mereka yang ada duit berlebihan tu bolehlah masukkan ke akaun maybank saya yang bernombor 164098504446.... lepas tu bolehlah jadi kaya... hehehehe
Kerana Petir Seorang Maut Seorang Cedera
KUCHING: Seorang pelajar Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini maut manakala abangnya cedera parah dipanah petir ketika sedang bermain bola sepak di sebuah tanah lapang berdekatan rumah mereka di BDC Stutong Baru di sini, hari ini.
Gabriel Mathew, 10, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala abangnya, Melvin, 14, cedera parah dan masih dirawat di hospital itu.
Seorang rakan mereka, Jubin Nora, 17, berkata dalam kejadian jam 3 petang itu, mereka serta beberapa lagi rakan lain bermain bola sepak dalam hujan lebat.
"Kedua-dua anak saya memang gemar bermain bola sepak, tanpa mengira hari panas terik atau hujan lebat. Saya telah banyak kali menasihatkan mereka agar tidak bermain bola ketika hujan lebat dan petir menyambar tetapi mereka tetap keluar bermain bola petang tadi," kata ibu Gabriel, Kathleen Kumjak, 35, dengan sedih atas kematian anak kedua daripada empat anaknya.
Jadi, semua mesti ambil ikhtibar atas apa yang berlaku.. jika sekiranya berlaku hujan lebat, kilat dan petir janganlah cuba mencari nahas untuk berada di kawasan yang berisiko tinggi. Ini termasuklah padang atau kawasan yang tidak mempunyai perlindungan. Seeloknya kalau sedang bermain dan tiba-tiba hujan turun lebat... eloklah berhenti bermain.. jika tidak padah akan menimpa.. kadang-kadang perkara begini kita selalu tidak ambil berat.. Berita panah petir sebelum ini juga telah melibatkan maut yang mana seorang lelaki mati akibat tangkalnya di panah petir.. tangkal yang dipakai adalah tangkal tembaga.. jadi kita harus elakkan memakai benda-benda macam tu tambah lagi apabila keadaan petir sambar menyambar... huhh tak pasal-pasal.... k.o
Jumaat, 9 Oktober 2009
Anugerah Video Bersara Jatuh Bangun
Bagi kedua-dua program ini saya ditugaskan untuk membuat sedikit paparan video.. jadi, sekali lagi saya perlukan kerjasama cikgu Riduan dan Raisam sebagai rakan kerja untuk menyiapkan program tersebut.. lagipun cikgu Riduan ni kreatif orangnya... kreatif gilerlah... dan cikgu Raisam pun sempoi...
Dalam menyiapkan video tersebut... kami akan membuat sesi terjahan terutama pada kedua-dua mereka yang nak bersara dan juga sesiapa sahaja yang terkena... nasiblahkan.. Harap semua bersedia untuk cakap depan kamera... jangan lari pula...
Tadi cikgu puteri minta video terjah raya untuk disimpan sebagai kenangan, beliau kata... beliau nak berpindah sekolah tahun depan.... huhhh ramainya senior-senior sekolah ni yang dah berpindah bertukar ke sekolah lain tinggallah kami yang junior ni.. saya baru saja 5 tahun berada di sekolah ni itupun saat sekolah dah memang menggapai kecemerlangan. Itu pun prestasi saya sendiri merosot tak macam senior-senior lama ni diorang bagus betul... betulah kata orang kalau dah jatuh susah nak bangun...
Apapun kena bangun juga, kalau tak nanti lagi susah... harapnya lepas ni dapat bangun, berjalan dan berlari kembali.. Adoi payahnya nak bangun....
Sambutan Hari Raya SKS Meriah
Majlis hari raya bermula lebih kurang pukul 9:10 bersempena 9 .10.2009...
Sebelum majlis jamuan hari raya dimulakan, murid dan guru semua berkumpul di tapak perhimpunan. Masa ni saya dan cikgu riduan sibuk menyediakan peralatan untuk menyiarkan lagu supaya seluruh sekolah dapat mendengar lagu raya yang di pasang.
Di samping itu kami juga menyiapkan beberapa peralatan untuk paparan video segmen terjah raya... video yang ditayang ini adalah versi kedua yang telah disunting dengan lebih menarik berbanding video yang dipaparkan diblog ini dan blog sekolah sebelumnya.
Bagi guru-guru serta murid-murid yang berminat bolehlah dapatkan video terjah tersebut yang kini berada di dalam Laptop saya dengan saiznya lebih kurang 600 MB dengan jangka masa tayangan lebih kurang 30 minit.
Pelbagai jenis kuih yang pernah dan tak pernah dilihat dibawa oleh murid dan guru pagi tadi... banyak betul... bayangkanlah murid ada 1200 orang sesi pagi... masing-masing bawak kuih.. tak ke banyak jadinya...
Ada kelainan daripada sambutan hari raya saya masa zaman sekolah dulu... kalau dulu kami makan di kelas sahaja... lepas tu cikgu-cikgu akan ziarah kelas demi kelas.. tapi hari ini jamuan ini sikit kelainan apabila jamuan diadakan di dewan dan di kantin mengikut aliran. Jadi semua murid dapat berkumpul dan makan bersama beramai-ramai secara tak langsung suasana menjadi lebih meriah...
Disamping menjamu selera dan menonton segmen khas terjah raya, murid juga berkesempatan berkaraoke atau lebih tepat mensumbangkan lagu untuk sesama mereka mendengarnya..
Khamis, 8 Oktober 2009
Lawatan Taklimat Kuih-Muih
Lebih kurang 1.10 petang tadi kami guru-guru tahun 5 sempat membuat satu perjumpaan ringkas di bilik media. Beberapa perkara telah dibincangkan terutamanya berkaitan program esok iaitu jamuan hari raya... bagi murid tahun 5 tempat yang di khaskan untuk jamuan tersebut adalah di dewan blok B, tahun 1 di dewan blok D manakala tahun 6 di kantin.
Semua murid akan berpakaian raya esok dan membawa kuih-muih dari rumah. Tak sabar rasanya nak memenuhkan perut dengan kuih-muih yang enak-enak itu nanti.
Rabu, 7 Oktober 2009
PKSR II Oman
Seperti yang ibubapa dan murid sedia maklum. Bermula pada tahun hadapan setiap aliran akan bertambah sebanyak 2 buah bilik darjah menjadikan kesemuanya 12 kelas untuk setiap aliran. Oleh itu, persaingan untuk masuk ke kelas yang terbaik adalah sengit.
Walaubagaimanapun sasaran utama peperiksaan untuk individu pada saya adalah mempertingkatkan peratusan adalah lebih penting. Kedudukan kelas tu pula belakang kira.
Esok SK Setiawangsa akan dikunjungi pelawat dari negara luar iaitu Oman. Berapa ramai yang datang tidak dapat saya pastikan. Rasanya tidak ada masalah esok tambahan pula segala aktiviti pengubahsuaian pejabat dan bilik guru telah siap sepenuhnya.
Isnin, 5 Oktober 2009
Kena Marah Jadi Admin
Lepas kena marah.. hampir nak nangis dalam ketawa tapi tahan... eh...eh.. tak adalah.. biasa saja tak adalah sampai nangis.. tapi ambil yang positif atas apa yang dicakapkan tadi... jangan pulak lepas ni kena lagi dahlah... kena pindah pulaklah...
Tadi pun GB ada bagi tahu tentang lebihan guru math kat sekolah ni... sesiapa saja mungkin dipindahkan... adakah saya? saya terima saja kalau diarahkan.. lagipun dah 5 tahun mengajar kat sekolah ni... tahun ini adalah tahun yang agak merosot prestasi saya... tahun depan tak pasti lagi... Biasalah tu laut pun ada pasang surutnya... (tapi aku bukannya laut)...
Sebelum balik tadi jumpa cikgu Aman pengendali website sekolah... dia bagi saya password untuk log in sebagai admin di blog sekolah. Sekurang-kurangnya saya boleh juga bantu dia kemaskini sedikit sebanyak maklumat untuk dimasukan ke dalam blog tersebut.. Namun saya tak dapat janjikan yang saya dapat aktif untuk blog tersebut bagi tahun ini atas beberapa kekangan.. lagipun admin blog tersebut dah ada dua orang cikgu bibi dan cikgu aman.. walaubagaimanapun saya akan cuba sedaya yang mampu.. Tahun depan insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk blog sekolah.
Makluman Untuk Warga SKS
1. Jamuan hari raya akan diadakan pada hari jumaat bersamaan 9 Oktober 2009 mengikut sesi persekolahan masing-masing. Murid-murid bolehlah bawa kuih-muih dari rumah.. kalau boleh bawa yang sedap saja k.
2. Buku teks akan mula dikumpul semula selepas PKSR 2. Sebagai makluman dan ingatan kepada ibubapa dan murid-murid agar dapat memastikan semua buku-buku yang dipinjam berada dalam keadaan baik.
3. Blok baru iaitu Blok E dan F akan mula beroperasi pada awal Januari tahun 2010. Sebanyak 2 kelas akan ditambah bagi setiap aliran menjadikan jumlah kelas sebanyak 12 setiap aliran.
4. Murid SK Setiawangsa dijangka mencecah sehingga 420 setiap aliran pada tahun hadapan. Dengan jumlah kelas 36 sesi pagi dan 36 sesi petang.
5. Bilik guru telah pun siap diubahsuai sepenuhnya dan berhawa dingin. Beberapa perkara yang nak diingatkan kepada guru-guru agar memastikan barang-barang dapat disimpan dalam keadaan baik di dalam kabinet-kabinet yang telah disediakan.
6. Jalan di hadapan SK Setiawangsa telah pun dijadikan jalan sehala bermula hari ini dan akan berterusan pada setiap hari sesi persekolahan.
7. Sekolah juga akan didatangi oleh beberapa orang pelawat dari negara Oman.
Jumaat, 2 Oktober 2009
Hitung Kematian Terima Gegaran
Saya antara orang yang menghitung kematian pada setiap masa berlakunya kematian mereka yang diserang H1N1 yang bertujuan untuk mengingatkan saya sendiri serta semua orang agar berjaga-jaga dengan wabak tersebut... perhitungan itu telah pun terhenti.. bersyukur rasanya kerana perhitungan bukan dihentikan dengan sengaja tetapi memang tiada yang meninggal dunia lagi sejak hampir 2 minggu kebelakangan ini akibat wabak berbahaya tersebut.

Namun kekuasaan Allah itu sukar untuk dihitung.. Lihatlah sendiri dalam menghitung kematian pesakit H1N1... dalam menghitung kematian pesakit Denggi... Dalam menghitung kematian pengguna jalan raya dan sebagainya.. dalam hanya tidak sampai pun lima minit begitu banyak kematian telah berlaku akibat tsunami dan juga gempa bumi... atau gegaran... hanya dengan gegaran saja.... hebatkan? Itulah kehebatan Allah yang kadang-kadang perlu juga ditunjukkan bukan untuk kezaliman tetapi sebagai peringatan kepada manusia yang dalam kerakusan..
Semua itu adalah berpunca daripada kebiadapan manusia itu sendiri terhadap penciptanya. Apa yang pasti dalam banyak-banyak kematian yang berlaku sepanjang tempoh gempa bumi itu bukan hanya melibatkan golongan miskin tetapi semua golongan.. termasuklah golongan sederhana, golongan kaya, golongan separuh miskin separuh kaya, golongan yang suka makan roti kaya, golongan peminat jehan miskin, golongan bangsawan, golongan yang minum air dalam cawan, golongan yang tinggal atas awan dan apa saja golonganlah... semua kena...
Taklimat Pemasangan Rangkaian Setempat (LAN)
saya tak ke sekolah bukan kerana penat,
tapi ada kerja lain yang saya kena buat,
kerjanya tak susah cuma dengar taklimat,
taklimat berkenaan kerja2 pemasangan rangkaian setempat...
Merujuk maklumat di atas, saya tidak mengajar di sekolah hari ini. Saya dan cikgu Sukardi telah diarahkan untuk mendengar taklimat tersebut di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Pergerakan Puteri Islam, Cheras..
Beruntung sekolah SK Setiawangsa kerana menjadi salah sebuah sekolah dalam pelaksaan projek tersebut yang merupakan fasa pertama. Projek tersebut bagi meningkatkan capaian internet di sekolah. Ini membolehkan penggunaan internet dimaksimumkan di sekolah dan di capai di mana-mana kawasan sekolah termasuklah, pusat sumber, bilik guru, pejabat dan sebagainya yang difikirkan perlu.
Bukan itu sahaja, beberapa program yang memerlukan penggunaan internet termasuklah eduwebtv dapat digunakan dengan lebih baik berbanding sebelumnya akibat gangguan internet yang begitu teruk dikebanyakkan sekolah.Berdasarkan taklimat tadi pihak sekolah yang diwakili GB dan guru ICT perlulah memastikan kerja2 pemasangan nanti mengikut spec yang telah ditetapkan.
Harapnya projek ini berjaya memandangkan projek ini adalah projek yang julung kali diadakan di Malaysia. Risau juga saya kalau tak berjaya macam projek-projek sebelum ini. sebagaimana eduwebtv sendiri dilihat gagal kerana gangguan capaaian internet. Jika berjaya projek rangkaian ini pastinya penggunaan internet akan menjadi keutamaan di sekolah dan selari dengan zamannya.
Khamis, 1 Oktober 2009
Gempa Bumi Dan Gegaran Di Semenanjung
Bencana yang melanda ini adalah sebahagian daripada ujian Allah kepada hambanya yang memang telah dijanjikan. Jadi kita perlulah bersedia dan sentiasa beringat bahawa kehidupan di muka bumi ini ada ketika kita akan berasa gembira dan ada ketikanya kita akan berasa sedih atau kecewa. Sedih atau kecewa tiada jalan lain kecuali sujud syukur atas apa yang telah berlaku kerana itu semua peringatan tuhan untuk kita. Teruskan berdoa dan kuatkan iman untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Kalau dijanjikan kematian untuk kita. Soroklah dimana-mana pun.. larilah ke mana pun.. ceritanya tetap sama...
Apa yang dasyat gempa itu dikatakan dapat dirasakan sehingga ke semenangjung Malaysia. Jadi terlihat juga saya beberapa orang sibuk bercerita akan kisah gegaran pada hari tersebut.
Antara mereka yang berada di Semenanjung Malaysia yang berasa gegaran tersebut termasuklah seperti gambar di bawah:


Ulangkaji Persiapan MAC 09 Kali Kedua
Jadi, persediaan perlu dibuat sekarang bagi memastikan murid bersedia lebih awal dan tidak kelam-kabut nanti. Ulangkaji pelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk termasuklah ulangkaji secara individu atau pun secara berkumpulan. Kaedah peta minda adalah cara yang terbaik bagi memudahkan murid mengingat sesuatu fakta.
Apapun cara, masing-masing mempunyai cara yang tertentu. Bagi saya kesempatan yang ada ini digunakan untuk membuat kelas tambahan selepas waktu persekolahan tamat di bengkel kemahiran hidup. Saya akan bersama murid membuat ulangkaji beberapa kemahiran yang lemah bersama murid-murid.
Tadi sibuk mengulangkaji bersama murid terlupa yang saya sepatutnya menghadiri mesyuarat Majlis Anugerah Cemerlang 09 Kali Kedua (MAC)... entah macam mana tetiba nak menghirup udara segar kat luar bengkel ternampak GB baru keluar dari Bilik Media... habis meeting... alamak baru teringat... cepat-cepat saya patah balik ke bengkel... tapi lepas tu jumpa guru besar minta maaf pasal tak sengaja... terlupa... apapun GB tanya pasal tugas saya dalam MAC nanti.. saya ditugaskan dalam paparan ICT... jadi GB minta saya buat yang terbaik jerlah... lega rasa.. ingatkan GB nak marah tadi..
Saya pasti MAC kali ini lebih baik dari tahun yang lepas dengan persiapan telah pun dimulakan hari ini.. Sekiranya murid tidak mahu terlepas peluang menerima anugerah pada hari yang gemilang nanti.. pastikanlah yang terbaik dapat dilakukan... ibubapa mesti gembira..

