Khamis, 19 Februari 2009
MSSKL SOFBOL 2009
Alhamdulillah SK Setiawangsa telah pun menyiapkan pasukan untuk MSSKL tersebut... Walaubagaimanapun usaha ibubapa juga diperlukan supaya dapat mendorong anak-anak bagi memastikan yang dikejar dapat dan yang dikendong tidak berciciran... maksud saya... dalam akedemik hebat... dalam sukan pun hebat... barulah mantop...
Untuk Peringkat Negeri nanti hanya 7 buah sekolah yang akan menyertai bagi katogeri lelaki manakala 6 buah sekolah bagi katogeri perempuan.... kita harap dapat menghasilkan kejayaan nanti berkat kerjasama dan sokongan ibubapa, pentadbir dan murid-murid sekalian...
k..lah.. itu saja yang dapat dicoretkan... pasni nak p latihan sofbol pulak....
Rabu, 18 Februari 2009
Tanda kertas lawatan Australia
Seterusnya info untuk ibubapa SK Setiawangsa....
Untuk makluman Ibubapa/penjaga tahun 4 dan 5... Sila Klik Kelas Tuisyen Malam PIBG
Isnin, 16 Februari 2009
Jadual Ujian Formatif 1
Bagi murid tahun 5 anda boleh melihat jadual Ujian Formatif tersebut dengan mengklik link di bawah...
Jadual Ujian Formatif 1 .... jadual ini telah disediakan oleh cikgu Riduan.... T.Q
Ahad, 15 Februari 2009
Siri Baru Upin dan Ipin
Rindunya pada citer upin dan ipin nie... seronok kan layan citer ni?... memang ler citer budak-budak tapi lucu dan unsur hiburannya tak melampau dan banyak manfaat untuk kita jadikan ikhtibar...ehmmm sekarang ni tengah hangat di pawagam cerita animasi Geng yang ada bau-bau ketiak dengan cerita upin dan ipin nie... jadi pada ibubapa semua kalau nak bawak bebudak ni jengjalan, elok ler bawak ke pawagam untuk tengok citer ni... baguih.... bebudak ni pun pasti seronok...
Lagi satu untuk pengetahuan semua upin dan ipin ni telah maju setapak demi setapak bukan sahaja buat filem.... ni ada pulak siri terbaru untuk nkorang bebudak dan mungkin orang tour-tour yang minat dengan upin dan ipin ni saksikanlah upin&ipin dan kawan-kawan.... enjoy ya....
Upin&ipin dan kawan-kawan.... episod 1 - Air Kolah, Air Laut Bhg. 1
Menghilangkan perasaan marah
Semua orang ada sifat marah tapi jika marah tanpa sebab atau terlalu mengikutkan perasaan pasti akan menyebabkan kebencian kepadanya dan manusia seperti ini selalunya kurang senang jika kehendaknya tidak dapat dipenuhi. Orang yang dimarahi pula mudah menyimpan sifat dendam tanpa beliau sedari...dan paras mukanya juga akan menunjukan seseorang itu kelihatan tidak tenteram dan sentiasa kelihatan marah dan muram...Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau ego. Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Kadangkala mereka terpaksa bersifat sedemikian kerana takut tempatnya digantikan dengan orang lain....Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Inilah lumrah hidup manusia seperti kita semua pasti mudah terlupa dan terlalu bangga diri...
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ?
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan dan santun serta ia memaafkan Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya' allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Marah adalah gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan nafsu untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.
Orang yg marah adalah umpama gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-banyakanlah.. beristighfar itulah senjata orang-orang mukmin..namun sabar adalah sebahagian dari iman..pastinya setiap kali selepas solat meminta keampunan serta memberi kita taufik dan hidayat kepada kita insan yang selalu menlakukan silap dan salah..mudah-mudahan ALLAH dapat membantu diri kita...tapi kita haruslah berusaha juga sebagai membuat langkah pertama dahulu kerena langkah pertama adalah langkah pemulaan untuk sampai ke destinasi kita yang jauh beribu-ribu batu..insya'allah yang penting kita selalu memohon kepadanya tidak kira waktu susah mahupun waktu senang..
Kucing yang malang...
Semalam sungguhpun penat tapi hepi sikit pasal bebudak ni dah mula menampakkan perubahan dalam bermain sofbol.... ikutkan memang payah permainan ni... kena banyak bersabar sebab peraturannya agak rumit...
Waktu nak balik plak... bebudak sekolah ni mintak tolong selamatkan kucing.... entah macam mana kucing ni terjatuh dalam lubang yang dalamnya lebih kurang 6 kaki..... kucing ni terperangkap agak lama didalam lubang yang mengandungi air yang separas dengan leher kucing tu... bayangkan kalau kita berada di dalam keadaan yang sama macam kucing tu.... hemmmh tak tahulahkan.... mujurlah bebudak ni bijak sana ketika berada di sana.....
Seorang murid yang nama sebenarnya adalah Ammar telah menggunakkan kebijaksanaan akalnya untuk menelefon bomba.... katanya bomba tu terkejut... yerlah pasal kucing punya hal pun nak telefon bomba.....ishkkkk.. ishhhkkk....
Jadi, saya yang kebetulan berada di sekolah ketika itu terus menuju ke tempat kejadian... tak jauh pun tempat tu.... seberang jalan raya depan sekolah jer....
Huhh... dalamnya... kucing tu pasti tak dapat keluar kalau tak dibantu.... jadi kami berikhtiarler macam mana nak keluarkan kucing ni... nak masuk dalam tu tak berani pasal.. dalam... dah ler dalam sempit pulak.... memula guna net pingpong.... harap-harap kucing tu panjat kat net tu..... memang kucing tu panjat tetapi dia sudah tidak mempunyai tenaga lagi... sebab terlampau lama di dalam air tu...
Alhamdulillah.... dengan berkat doa bebudak ni yang mengharapkan kucing ni selamat... akhirnya secara tak diduga akhirnya datanglah sebuah van bomba... 3 orang bomba bergegas keluar dari van dan membantu menyelamatkan kucing ini.... akhirnya berjaya menyelamatkan kucing yang dalam keadaan kesejukkan dalam masa lebih kurang 2 minit... mana taknya diorang ni ada kepakaran....
Apa yang nak diambil ikhtibar kat sini adalah sifat belas kasihan... bukan semua orang mempunyai sifat belas kasihan.. ini kerana kucing itu tidk ada kaitan dengannya.. tapi murid-murid ini memang betul-betul mempunyai sifat belas kasihan... sehingga cuba sedaya upaya hendak menyelamatkan kucing ini dan cuba menelefon bomba.....
kita juga harus tolong-menolong sesama makhluk... sesungguhnya kucing itu juga makhluk tuhan.... jadi kucing itu juga berhak mendapat pertongan.....
Khamis, 12 Februari 2009
Alhamdulillah dan tahniah...
Niat murni GB untuk melihat SK Setiawangsa Ternama dalam sukan Ping Pong semakin hampir menjadi kenyataan.... kita harap kejayaan ini akan terus kekal apabila mereka mewakili zon keramat dalam perlawanan di peringkat negeri nanti....
Kejayaan awal ini semakin membuatkan kami terutamanya pasukan rumah laksamana berasa teruja......
Berikut adalah kejayaan yang dicapai oleh pasukan Ping Pong Sekolah :
KATEGORI LELAKI
TERBUKA :
KETIGA BERPASUKAN MOHD FAIZ,FARIS HAIKAL & MOHD NABIL
KETIGA BERGU MOHD FAIZ & FARIS HAIKAL
BUKAN CINA :
JOHAN PERSEORANGAN MOHD NABIL
NAIB JOHAN PERSEORANGAN MOHD FAIZ
KETIGA PERSEORANGAN FARIS HAIKAL
JOHAN BERGU MOHD FAIZ & FARIS HAIKAL
NAIB JOHAN BERGU NIK MAHYIDIN & FAZRIL
KATEGORI PEREMPUAN
TERBUKA :
JOHAN BERPASUKAN DONIA LOO,NUR SHAZANI & ATHIRAH SURAYA
KETIGA BERGU DONIA LOO & NUR SHAZANI
BUKAN CINA :
JOHAN PERSEORANGAN NUR SHAZANI
NAIB JOHAN PERSEORANGAN DONIA LOO
JOHAN BERGU DONIA LOO & NUR SHAZANI
NAIB JOHAN BERGU FARAH ZEEBA & ATHIRAH SURAYA
Rabu, 11 Februari 2009
Tandas bukan Cyber Cafe
First time tengok tandas camni kat sekolah... teruk betul saya ni... agak kurang prihatin... kat atas ni bukan gambar cyber cafe.. tapi gambar tempat melepas bom.... ukkk ukkk...Sebenarnya ini ler kali pertama saya tengok selama hampir 2 bulan sesi persekolahan ni... tak pulak tergerak hati nak gi ushar tandas murid..... lawa btol... bersih.... patut ler bebudak sikit-sikit nak p tandas... ada yang tak nak keluar pun ada... kata diorang sedap bau dalam tandas tu... adoi ader jugak yang macam tu kan?
Apepun ini ler usaha keras pihak sekolah di bawah pentadbiran Tn. Hj. Ruslan Madon yang begitu banyak membawa perubahan pada SK Setiawangsa ni.... ni bukan bodek tau.... paham-paham aje ler...
Tandas yang cantik macam ni mengakibatkan ada yang sanggup menahan berak dan kencing demi untuk melepaskannya di tandas sekolah.... bukan apa... selesa katanya.... ehmmm selesa ker atau nak jimat bil air kat rumah..... aper-aper jelah kan?
Bukan tandas jer.. sekolah nie buat gempak jugaklah... mana taknyer bilik muziknya dah macam taraf studio.... huhhhh memang puas hati....
Hemmmm murid-murid SK Setiawangsa sumer pasti dah nampak perubahan sekolah kita ni dari saban hari, saban minggu saban bulan, saban tahun,
Selasa, 10 Februari 2009
Juara Ping pong.... Esok Lawan lagi
Esok masih ada perlawanan kita harapkan kemenangan mampu dicapai lagi..... Untuk lebih lanjut klik Terbilang Ping Pong
Kepada kuartet olahraga SK Setiawangsa juga diucapkan tahniah apabila berjaya mendapatkan empat pingat pagi tadi iaitu 2 emas dan 2 perak... harap2 kita mampu mendapat sekurang2nya sebutir emas.....
Sekolah... aman
Perhatian kepada ibubapa dan murid-murid tahun 5 yang mengunjungi blog ini sila klik
kelas BAHASA ARAB
Isnin, 9 Februari 2009
Ulangkaji... Ujian dah dekat
SO Memandangkan Ujian Formatif 1 bakal dilangsungkan pada 17 Februari ni.... buatler ulangkaji secukupnya... kalau ada apa2 yang tak faham boleh ler rujuk pada cikgu-cikgu.... jangan sesekali bertanya dengan haiwan ternakan atau pokok pisang yang berbuah 2 kali....
Ahad, 8 Februari 2009
Sembang... Menguap.. Tahniah
Disamping tu setiap hari saya akan mengunjungi blog Ustaz Puaad yang mengandungi banyak nasihat untuk dijadikan panduan... hari ni ustaz menceritakan tentang menguap....
yerlah menguapni orang kata tabiat manusia... pastinya hari-hari kita menguap... tapi kita kena tahu sebab kita menguap dan adab ketika menguap.... apapun kalau nak tahu lebih lanjut klik Petunjuk Sunnah ketika Menguap atau bersin
Kepada Ustaz Puaad tahniah kerana berjaya menyediakan blog yang begitu kemas dan dapat menyampaikan dakwah melalui blog tersebut untuk dikongsi bersama... lagi satu semoga berjaya dalam pertandingan ping pong peringkat zon nanti k...
Sabtu, 7 Februari 2009
Cerita pasal telur
Inilah telur kami.......
Bebudak 5C dan 5J asyik jer bertanya, Sir bila nak upload gambar telur saya? Sir ada ambil gambar telur saya yang pecah tu tak? dan macam-macam ler... apapun nkorang baca dan tengok ler gambar kat bawah tu..... layannnn
Minggu lepas 5C dan 5J telah mengadakan sesi eksperimental... ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikan... iaitu... Bagaimanakah cara kita hendak memastikan telur yang dibaling sekurang-kurangnya ketinggian dari tingkat satu tidak pecah tapi syaratnyer takleh buat payung terjun...
Ha.. berfikirler murid ni.... macam-macam cara.. macam-macam gelagat... yang pelik dan aneh pun ada..... saya mintak diorang ni bawa telur yang dah direbus supaya lepas buat eksperimental tu leh lah makan terus.... tapi ada jugak yang bawak telur mentah... ayayo... macam-macam..
apapun macam-macam idea dan kreativiti yang dapat dilihat pada masa tu... dan kebanyakkanya gagal dalam ekperimental tersebut... takpelah itukan eksperimen jer... memanglah ada kegagalan kan? dari kegagalan baru kita akan temui kejayaan... kalau kita asyik diambang kejayaan takut-takut nanti hilang kesedaran.. apapun ada jugak yang berjasa termasuk ler syed ali... yang membaling telurnya hingga ke ketinggian tinggat tiga... malampau betul... tapi telurnya tu bermaksud telur ayam yang dia bawak tu ler...
Lepas jer buat eksperimen saya jelaskanlah kat bebudak ni apa sebab telur pecah.... so diorang dah faham... lepas ni mungkin kalau baling telur dari planet pluto ke bumi pun tak pecah...
Mesyuarat PIBG dan Latihan Sukan
Pekembangan lanjut berkaitan mesyuarat tersebut akan dikemaskini nanti oleh Setiausaha PIBG iaitu Ustaz Kamaruddin melalui blog PIBG... apapapun nanti saya akan maklumkan semula..
Kesibukan sekolah hari ini bukan sahaja kerana mesyuarat PIBG sahaja.. Murid-murid yang terlibat dengan Niche Area juga turut hadir termasuklah Orchestra dan Mini theater....
Selain itu murid-murid juga menjalani latihan sukan seperti pingpong yang telah diadakan di dewan blok B bersama jurulatih dari luar dan jurulatih dalaman... cikgu-cikgu ler.... Olahraga juga turut mengadakan latihan di Sekolah Taman Melati bersama-sama dengan Cikgu Nazri dan Hanizu.... kita harapkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid yang terlibat ini dapat membuahkan hasil yang mana sekurang-kurangnya dapat mengharumkan nama sekolah .. dan ia pastinya memberi kepuasan kepada semua yang terlibat...
Begitu juga dengan sofbol.. kami terpaksa juga mengadakan latihan bagi hari ini memandangkan sekolah setiawangsa ini tidak mempunyai kemudahan padang... jadi kami terpaksa merancang dengan teliti agar latihan sentiasa dapat dijalankan.... sukan sofbol boleh dikatakan sukan yang mempunyai kemahiran dan peraturan yang rumit... jadi ianya memerlukan masa lebih sebulan untuk menggilap bakat.... inilah antara sebabnya kami sentiasa mengadakan latihan bukan sahaja setiap petang bahkan setiap hari sabtu...
Sebelum tu kena bodek dulu...... Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Setiawangsa Tuan Haji Ruslan Bin Madon dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Setiawangsa kerana banyak memberi sokongan dan dokongan kepada kami untuk sama-sama menjayakan misi mengharumkan nama sekolah.... yang ni sebenarnyer bukan bodek.. memang betul pun berlaku...
Jadi, kepada warga SK Setiawangsa sumer.. marilah kita sama-sama berdoa dan memberi sokongan kepada pasukan sekolah kita terutamanya pasukan ping pong dan olahraga yang akan bertanding di peringkat zon pada hari selasa depan... sesungguhnya kejayaan sekolah adalah kebanggaan kita sumer warga SK Setiawangsa....
Jumaat, 6 Februari 2009
Latihan Sofbol Laksamana
Hari nie macam biasa pukul buat latihan sofbol dengan bebudak sks... dah banyak peningkatan dari segi balingan dan pukulan... baguslah....
pukul 3.30 petang bertempat di padang DBKL... seperti yang telah dimaklumkan sesi latihan rumah sukan bagi rumah laksamana pula sebagai ganti hari Isnin sempena cuti hari wilayah....
Latihan hari ini berjalan lancar dengan kerjasama guru-guru rumah laksamana yang begitu bersemangat pada tahun ini untuk merampas gelaran juara dan mencipta sejarah di bukit jalil nanti.... itu sudah tentunya tak mustahil asalkan murid dan guru laksamana sedia memberi sedikit pengorbanan...
Sebenarnya inilah masanya untuk cikgu-cikgu berseronok bersama murid... yerlah asyik mengajar jer... kali ni bersukan dan cuba untuk menang.. seronok apa? namun apa yang penting dan sangat diharapkan adalah kerjasama....
terima kasih kepada memurid rumah laksamana yang menunaikan janji untuk hadir pada hari ini. Semoga impian menjadi kenyataan.
Nak Ushar gambar leh klik Laksamana
Khamis, 5 Februari 2009
Sibuknya di bulan Februari
bagi SK Setiawangsa
1. 7 Februari 2009... mesyuarat PIBG akan berlangsung
2. Latihan sukan Olahraga, Pingpong dan Sofbol
3. Pelancaran program NILAM
4. Ujian Formatif yang akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 17.02.2009
5. Persiapan Hari Anugerah Cemerlang
6. Majlis Perlantikan Pengawas
7. Latihan rumah Sukan
8. Bestari Solat
9. Niche Area
10. Lawatan dari Australia
11. Lawatan dan tinjauan sekolah kluster dan lain-lain lagi.... termasuklah Thaipusam
Bagi sekolah lain dan mereka yang berada di dalam bidang yang lain juga mungkin sibuk pada bulan ini... termasuklah mengumpat, mesyuarat, dan sebagainya
Walaupun sibuk tapi penat.... hahaha kelakar kan?
Yang pentingnya hadapilah segalanya dengan hati yang terbuka dan jangan minum air di tepi longkang.
Rabu, 4 Februari 2009
Malu Biar Bertempat
Hari ni sesi persekolahan seperti biasa... saya bantu cikgu Hanizu dan Cikgu Nazri untuk latih bebudak lompat tinggi... sebenarnya saya ni langsung tak pernah lompat tinggi sebelum mengajar kat sekolah tu.... Masa belajar kat sekolah dan maktab dulu waktu nak lompat jer saya akan lari.... malu ler... yerlah kalau tak lepas nanti orang gelak pulak...... sebenarnya perangai macam ni memang tak patut.... sepatutnya saya ambil peluang tu sekurang-kurangnya mencuba kan? tapi apakan daya tak ada orang cuba mendorong saya waktu tu....Walaubagaimanapun saya nak ucap terima kasih kat sifu saya cikgu Nazri yang merupakan orang yang telah bertanggungjawab mengajar teknik lompatan... bila cuba teknik yang diajar saya boleh lompat sampai 155 cm.... kira ok ler tu kan? rasa menyesal pulak... yang penting lompat tinggi ni best... pasal sekurang-kurangnya rasa diri ini seperti terbang... huhh syoknyer...
lepas ni nak kena cuba lagi ketinggian yang lain pula...
Jadi, apa yang nak saya kongsi di sini adalah jangan sekali-kali malu apabila menuntut ilmu, malu biar bertempat ler maksudnya... tapi apa yang paling penting yang perlu kita ingat adat menuntut ilmu iaitu hormat pada guru yang memberi kita ilmu.... kalau tak tak berkat ler ilmu kita tu yer....
Selasa, 3 Februari 2009
Bas Sekolah Terjunam
Huhhh takutnya tengok... bas sekolah ni terjunam ke dalam sungai di Jalan Masjid Negeri, Georgtown....Setelah dikenal pasti pemandunya telah diserang sakit jantung... huh bahayanya... mana taknya ada 23 orang murid dalam bastu dan telah cedera...
Pada saya seharusnya pemandu yang membawa bas... tak kiralah bas apa pun... perlulah terhindar dari sakit yang sedemikian... sekiranya mempunyai sakit jantung adalah tidak sesuai untuk menjadi pemandu bas sekolah.... kerana pemandu bas bukan membawa dirinya sahaja bahkan banyak lagi nyawa...
Apapun kita perlulah ambil ikhtibar atas hal yang berlaku... terutama ibubapa penjaga... kadang-kadang tak ada penyakit sedemikian pun boleh berlaku kemalangan.... kalau bukan kesalahan pemandu bas tu takpelah... ini kengkadang tu memang salah pemandu bas itu sendiri kerana memandu dalam keadaan laju atau melanggar peraturan jalanraya...
Skim Cepat Kaya
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini sebagai mengulas laporan lebih 50,000 kakitangan awam seluruh negara menyertai skim cepat kaya.
Selepas ni kena ler berhati-hati yer... kakitangan awam semua... tak yah ler join skim cepat kaya tu bahaya ler... boleh mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri dan keluarga... lagipun skim cepat kaya haram....
Sebenarnya tak kira ler kaki tangan awam ker kaki patah ker atau kudung atau kaki bangku , kaki botol, kaki suami jiran rumah adik ipar abang tiri kita ker..... semuanya harus berhati-hati dan jauhkan diri dari kegiatan tersebut.....
kerana kemudaratan pada kita sendiri... kalau sendiri takpe lagi... ini melibatkan keluarga... anak... dan binatang kesayangan... mana taknya nak beli makanan kucing pun dah tak mampu pasal duit habis lebur kat skim cepat kaya tu... kalau pun dapat untung dari hasil skim tersebut tak guna jugak pasal tak berkat..... pikir yer...
Takziah Buat Cikgu Noorzeri Sekeluarga
Lebih kurang jam 12.15 pagi saya terima mesej dari cikgu Wan Rosli yang menyatakan tentang pemergian Ibunda Cikgu Noorzeri yang tersayang ke rahmatullah...Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah kita buatnya. Agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat....
Harap cikgu Noorzeri dan keluarga dapat menerima ketentuan Illahi kerana setiap yang hidup pasti merasai mati...