Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Rabu, 22 April 2009

Rahsia 5A

Kalau dilihat pada tajuk... mungkin ada yang menganggap 5 Amanah mempunyai rahsia yang ingin dibongkarkan... sebenarnya tak ada kaitan dengan 5 Amanah pun... sekarang nie nak menceritakan rahsia bagaimana cara mendapat 5A...

Rahsia ini telah pun dibongkarkan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Shahbudin Al Ustaz Mun pada program motivasi dan kaunseling khas bagi murid-murid EsKayS tahun 5.. Banyak rahsia yang telah dibongkarkan oleh beliau di antaranya termasuklah bagaimana cara untuk mengenalpasti orang yang boleh mendapat 5A dalam peperiksaan, Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan untuk mendapat 5A dan banyak lagi.

Ceramah yang diberi oleh beliau boleh saya letakkan tarafnya pada 5 bintang... tip top... kerana mampu menarik minat murid sejak awal hingga akhir ceramahnya.. bukan itu sahaja.. setiap rahsia yang dibongkar disertakan dengan bukti menyebabkan bukan sahaja murid yang tertarik dengan ceramah beliau bahkan guru-guru juga... sehingga ramai yang menitiskan air mata.. bagi saya pun sama jugak tapi tahan jer.... mana taknya terkenangkan arwah mak dan janji saya masa arwah masih hidup... saya juga teringatkan pengorbanan guru sewaktu belajar dulu... memanglah tanpa ibu, ayah dan guru siapalah saya..

Selain itu ceramah beliau tadi turut menyentuh tentang pemakanan... pemakanan merupakan salah satu faktor otak menjadi lemah... makanan yang tidak seharunya dimakan termasuklah makanan ringan, mee segera, air yang bergas dan lain-lain... manakala yang seeloknya dimakan dan dijadikan amalan setiap hari adalah memakan kurma, kismis (bagi anak yang lemah atau lembab perlu diberi kismis bersaiz besar), roti dan madu..

Salah satu lagi punca otak lemah atau lemah dalam pelajaran adalah berpunca dari tidak bersarapan pagi... untuk pengetahuan semua sarapan pagi adalah sangat penting... oleh itu ibubapa kenalah pastikan anak-anak sentiasa bersarapan untuk memastikan mereka sentiasa bertenaga dan dapat memberi tumpuan sewaktu belajar disekolah.

Kalau nak diceritakan... sebenarnya banyak lagi rahsianya tapi cukuplah sekadar ini sahaja... kalau nak tahu lagi rahsia yang lain untuk mendapat 5A bolehlah hubungi penggubal soalan atau yang bersekutu denganya... kih...kih...kih