Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 20 Ogos 2010

UPSR Hampir Menjelang Tiba

Jantung berdegup semakin kencang
Terasa debaran semakin dalam
UPSR sudah bakal menjelang
Semakin hampir tak sampai sebulan
Tinggal beberapa hari beberapa jam

Bertungkus lumus mengulangkaji
Manfaatkan masa yang masih berbaki
Sungguhpun masa semakin mencemburui
Tetap ada yang tak ambil peduli
Mungkin akan tersedar tak lama lagi

Semakin hari menjadi gundah
Kalau tak sedia mulalah gelabah
Hati menjadi semakin resah
Takut soalan banyak yang susah
Kalau dah sedia tak perlu resah
Kepada ALLAH terus berserah
InsyaAllah diberikan petunjuk dan hidayah
Soalan susah menjadi mudah
Idea pun datang mencurah-curah

Ibu bapa dan guru sentiasa berharap
Anak atau muridnya sentiasa bersiap
Hadapi UPSR dengan persiapan yang lengkap
Sewaktu menjawab tak buat silap
Soalan senang dan susah mudah dijawab

Semoga berjaya murid-murid semua
Doa diiring sepanjang masa
Harap kamu tidaklah alpa
Sentiasa bersedia pada bila-bila masa
Dapat cemerlang tentu gembira
Jika tidak pasti kecewa

Nukilan : ezamramlan 200810 Jam1915