Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 23 Oktober 2008

Perhimpunan Rasmi

Aku baru jer dapat panggilan daripada Pn. Saadiah GPK HEM... dia mintak aku ready untuk esok... esok kalau tak hujan ada perhimpunan rasmi... pastu aku kena copykan presentation tadi untuk pelawat Bangladesh yang datang tadi... So esok ada banyak pengumuman penting akan disampaikan... memurid pulak kenalah datang....

Pelawat Bangladesh


Hemmm arie nie tak dapat masuk kelas mengajar sebab ada pelawat khas datang daripada Bangladesh.... so macam biasa aku sebagai guru media telah ditugaskan untuk menyediakan presentation untuk tontonan mereka. so terpaksalah cikgu lain ganti jaga kelas aku... sorry la yer...

apapun perjalanan program lawatan tersebut lancar... mereka yang hadir 10 orang jer dan seorang lagi wakil dari kementerian pelajaran... nampak seronok jer diorang.. banyak ambek gambar posing sana sini.. huhhh... mengalahkan aku.

Rabu, 22 Oktober 2008

Berlatih main talking drum

hari nie kalau ikut perancangan... abang Rav nak ajak aku p kat umah dia arie nie dan nak tengok setakat mana perubahan dari arie tue setelah 2 minggu berlatih... tapi arie nie dia kena p repair tayar keter dia... jadi terpaksala aku memperaktiskan diriku sendiri.... esok ada latihan kat studio cam biasa... so aku kena preparela... harap2 ada peningkatan..... Arie nie masih lagi berlatih dengan talking drum... kalau ikut kata abang Rav kalau aku dah mahir main benda nie... aku akan diajar main benda lain palak secara berperingkat-peringkat.... yang penting aku kenalah sekurang-kurangnya mahir bermain 4 jenis alat muzik.... baru ok..... apapun practice make perfect...

Marah futsal penat tankyuk

Hari nie aku pegi sekolah cam biasa... sampai kol 7.20 pagi... tapi aku tak mengajar harie nie... sbb aku join cikgu2 tahun 6 semua jadi pengadil untuk perlawanan futsal bebudak tahun 6 di kompleks sukan ampang.... sampai jer kat sekolah aku terus ke dewan tak pegi punch card.... padan muka aku... tadi kena marah dengan guru besar..... tak tahulah dia marah ke tegur.... aku rasa dua-dua sekali... dia tegur dan dia marah... mana taknya sepatutnya aku kena punch dulu.... takpelah dah salah sendiri ngakula.....

ok sambung citer pasal futsal plak... memula memurid sumer kumpul kat dewan pastu dengar taklimat sikit dan dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan undi oleh ketua pasukan.... kemudian secara tiba-tiba jer bas sampai... jadi takkan nak tunggu kenalah p naik... 2 buah bas telah membawa budak nie ke destinasi.... hampir kol 10 pagi sampailah kat tempat dituju.....

sekali lagi memurid semua diberi taklimat berkenaan dengan gelanggang perlawanan.... huhhh ada 4 saja gelanggang yang akan digunakan mengikut kumpulan yang telah diberi.... oleh itu aku kenalah jadi pengadil untuk 10 perlawanan peringkat kumpulan.... itu katogeri perempuan kumpulan A jer.... yang lain tue cikgu lain punya tugas.... lepas tue aku kena jadi pengadil untuk perlawanan semifinal pulak dan final.... jumlahnya 12 perlawanan... haiiii penatnya....

tapi walaupun penat bagi aku aktiviti nie memang best... sebab aku nampak budak memang enjoy... walaupun tak reti main tapi diorang main jugak.... inipun disebabkan dorongn dan semangat sepasukan dan bimbingan daripada guru kelas masing2.... so penat pun berbaloilah...

macam biasalah adat permainan ada kalah dan mesti ada yang menang... jadi yang menang macam biasalah hepi giler.. lebih daripada orang gila... yang kalah pulak sedih... nangis... tak puas hati pun ada... ada yang rasa semua patut menang... masam mana tu? tapi sebonarnye perlawanan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara mereka yang dah tak lama lagi akan meninggalkan sekolah SK Setiawangsa yang dicintai ini... so ini bolehlah dijadikan sebagai kenangan terindah...cehhwahh....

Selesai jer.... aku p makan dengan cikgu2 lelaki dekat medan selera ampang.... laparlah... mujur cikgu wan rosli baik hati.... memang baik hatipun dia belanja kitorang makan... huhhh tankyuk...

Selasa, 21 Oktober 2008

Hujan

Alamak.. hujan lah plak... aku naik motor datang sekolah tadi camner nak balik nie... dahlah baju hujan tak bawak.... lebat plak tu... terpaksa la menunggu.... ada sesiapa leh tolong hantar tak.... alahai...... tak bestnya.. nak balik lah adahal nie... kalau tak berenti jugak dalam masa satu jam nie... aku redah jelah...

Ohhh teringat plak kertas lukisan..... aku kena stay kat sekolah sebab nak cop kertas lukisan untuk peperiksaan nanti.... itulah hikmah hujan... sekurang-kurangnya aku dapat settle kan kerja yang belum siap tu...

Isnin, 20 Oktober 2008

40 sesak pindah tangga leceh


hemmm.... arie nie dah masuk 40 pelawat yang melawat blog aku.... terima kasih kerana sudi mengunjungi blog nie yer... semoga kita dapat berkongsi apa yang ada untuk tatapan....

sekarang nie musim hujan dan musim jam(jem) atau sesak.... semenjak dua menjak niekan... jalan asyik sesak jer... tapi kat kl la.. kat negeri lain tak tau la pulak... itulah yang malas dok kat kl nie.... tak lama lagi aku rancang nak pindah Melaka pulak... lagipun dah beli rumah kat sana... dalam bulan 5 tahun 2009 siaplah... so lepastu blehlah mula isi borang pindah.... tapi tak pasti lagi nak pindah tahun depan atau tangguh dulu.... apapun aku masih lagi perlu berada di Sekolah Setiawangsa nie... bukan apa banyak lagi ilmu yang perlu dituntut kat sini..... ilmu praktikal.... mana taknya cikgu2 pakar ramai kat sini... kalau diorang dah kuar nanti aku pon ikut sekaki lah.... Tapi ada jugak yang tak best kat sekolah nie... maksud aku tangga... penatlah naik tangga tingkat 3 tue... aduh.. leceh betul... kalau dapat eskelator ker lif ker... sure best and gempaq kan?

Ahad, 19 Oktober 2008

Genap Sebulan













Mulai esok kucing kesanganku Amber genaplah sebulan mengandungkan anaknya dan Manja... tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran yang tinggal sebulan 3 hari lagi... harap2 dapat anak yang comel2.. lagi comel dari yang lepas... setakat nie ramai dah yang buat tempahan nak amek anak kucing aku untuk dibela.... memang aku akan bagi... tapi pertama sekali kepada tuan punya kucing yang bernama manja.. sebab bagi pinjam baka kucing dia. Sebenarnya sedih nak lepaskan kucing yang kita dah bela... yelah macam kucing2 aku yang dulu tu... lepas dah bagi pun masih tersebut2 nama dia.... tapi takpela... biasalah adat kehidupan pertemuan dan perpisahan tu biasalah.. tak kira sesama manusia dan juga makhluk lain.... kita kena banyakkan bersabar dan apa terjadi adalah takdir dan sentiasalah bertawakal kepada Allah... kerana dia lebih mengetahui... lebih banyak kita bersabar.. lebih banyak dugaan yang akan diberi dan bergandalah nikmat kebahagiaan yang akan kita kecapi... melepaskan sesuatu yang amat kita sayang bukan mudah....
nanti kalau kucing aku dah bersalin aku akan paparkan gambar kat blog nie untuk paparan nkorang sumer... harap2 dia lahirkan banyak anak.... so bolehla aku bagi kat sesaper yang minat....

Chelsea masih mendahului

yeyyyy.... Chelsea menang besar semalam 5-0 lawan m'brough.. tambah lah hepikan... yelah sebab Chelsea masih mempertahankan rekodnya perlawanan tanpa kalah setakat ini bagi musim 2008/2009. Lepas nie lawan Roma plak... harap-harap leh menang...

Sabtu, 18 Oktober 2008

Lawatan Sambil Belajar tahun 6

Pagi tadi seawal pukul 7 pagi aku pergi ke sekolah untuk mengikuti rombongan lawatan murid-murid dan guru2 tahun 6 ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Sebelum bertolak kitorang sarapan dulu.. Lebih kurang jam 8 pagi kami memulakan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam lebih.. so kami tiba di sana pada pukul 10.. sesampainyer di sana kitorang diberi pelekat yang perlu dipakai oleh setiap pengunjung... pelekat itu terbahagi kepada 2... merah dan kuning... warna kuning boleh menunggang gajah dan merah boleh tengok jer.... so.. bestla jugak sebab dapat tengok gajah dekat2 dan pegang serta bagi makan..... sebenarnya aku nie first time tengok gajah secara live... sebelum nie tak pernah... zoo pun tak pernah pergi.... tunggulah bila ada orang ajak nanti baru aku pergi.

Selesai tengok gajah kitorang pergi ke tempat lain pula iaitu deerland.... kat sini dapatlah tengok rusa.... bukan tengok jer tau.. leh pegang dan bagi makan.... wah.. bagus betul rusa kat sini ... jinak-jinak belaka, bolehlah buat adik angkat. Tapi bau dia macam kambing daa. Apapun kira best jugak lah.... leps tue bukan jer dapat tengok rusa kat sini... ada beberapa lagi jenis binatang lain.... tapi yang menjadi tumpuan aku... buring kasawari dan juga beruang... kedua-dua binatang nie pun baru pertama kali aku tengok secara live.... mungkin sebelum nie takde jodoh kot..

Huuhh penat jugak rasanya. tambah lagi cuaca panas terik... apapun aku bersyukur ke hadrat Allah kerana perjalanan dan aktiviti berjalan dengn lancar tanpa sebarang masalah.... masalah kecik adalah budak muntah... tapi dapat diselesaikan oleh cikgu pompuan yang ikut sama... anta cikgu yang join lawatan nie termasuklah GPK Kokurikulum En. Sukardi... penyelaras tahun 6 Pn. Ruhaini.... Pn. Zation... Pn. Jeriah....Pn. Zaiton.. Pn. Afizah.... En. Zul... En. Raisam dan aku sendirila.... bebudak tahun 6 yang ikut nie sebenarnya adalah murid yang telah terpilih berdasarkan merit.... so bukan calang2 la.... mereka sumer nampak hepi jugak... yelah sebenarnya ini sebahagian aktiviti yang boleh dijadikan sebagai kenangan sebelum mereka keluar meniggalkan sekolah untuk meruskan pendidikan ke sekolah menengah.....

Kesimpulanya arie nie aku rasa seronok dapat join lawatan nie kerana banyak pengalaman baru yang aku perolehi bersama rakan-rakan guru dan memurid sumer... semoga aktiviti nie dapat diteruskan lagi... aku harap lepas nie dapat buat lawatan melihat makhluk asing pula..
lihat gambar

Jumaat, 17 Oktober 2008

Ulangkaji... periksa dan cuti


Tak lama lagi bebudak sekolah rendah semua akan menghadapi peperiksaan PKSR 2... iaitu bermula pada 3 November....dah tentulah 2008... so ini bermaksud cuti sekolah semakin hampir... yahooooooo dapat cuti panjang.....
opppss... tapi sebelum cuti banyak lagi kerja yang terbengkalai dan sengaja dibengkalaikan perlu diselesaikan.... untuk bebudak kelas aku biasalah aku kena buat latihan ulangkaji secukupnya untuk memastikan apa yang dipelajari dapat masuk dalam kepala otak yang kengkadang lambat memproses maklumat.... alhamdullilah selepas buat ulangkaji nampaknya banyak perkembangan.... hepi rasanya... namun begitu biasalah dalam setandan pisang pasti ada sebiji dua pisang yang rosak dan busuk... begitulah juga dengan bebudak kelas nie ada yang menunjukkan kesungguhan dan masih ada yang masih berangan-angan seperti berada di surga firdausi...
hai apa nak jadi ngan diorang ni kan?
apapun itulah cabaran yang aku dan memember yang lain yang dah menjawat jawatan sebagai guru nie... apapun dalam masa terdekat nie kenalah pulon kerja habis-habisan supaya dapat cuti dengan tenang dan tak diganggu..... kepada murid-murid ku.... teruskan usaha...... kerana usaha itu bukan lagi tangga kejayaan... kerana kalau kita masih guna tangga lambat nak sampai....

Khamis, 16 Oktober 2008

Jamuan raya

tadi waktu rehat bebudak kelas 5 setia wat jamuan.... jamuan sempena hari raya.... so pelbagai juadah dibawa dari rumah dan dari kedai pun ada... ada yang bawa biskut raya, kek, KFC dan macam2 ada.... baguslah jamuan camnie... boleh eratkan perhubungan rakan sekelas... yelah berkongsi makanan.... habis jamuan makanan yang tak abis tu diagihkan kepada semua.... seronok gaklah rasa.....

tapi penat sikit nak mengemas sisa makanan diorang yang tertumpah tue... mujur ada si izzat faiz tolong angkut sampah....

raya tinggal 14 hari lagi... so buatlah apa yang patut.... rumah terbuka ker.... buka luas ker.. buka sikit ker.. yang penting boleh masuk beraya..heheehe

Rabu, 15 Oktober 2008

Talking Drum


Petang tadi aku p umah cikgu jusvinder belajar main talking drum...1,2,3,4.... basic..... anak dia yang ajar... abang Rav.... boleh mengisi masa lapang aku nie yang sebelum ini sibuk menghadap komputer jer.... so tadi belajar sikit jer... dah mahir nanti barulah bleh blajar lebih2.
balik tadi hujan lah plak... mujur dah reda sikit.. tak lah basah...

Selasa, 14 Oktober 2008

Minyak turun lagi....


wahh.... harga minyak turun lagi .... bukan minyak cap kapak atau minyak angin..... tapi minyak petrol dan diesel
Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.
Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

tapi... apsal harga minyak dunia turun mendadak.... tapi harga minyak di Malaysia turun terkedek-kedek?

Apapun tindakan kerajaan nie boleh dianggap hampir wajar.... ini kerana walaupun harga minyak turun tapi harga barang tetap sama macam harga minyak naik dulu... so kita nak makan dan nak guna barang atau kita nak makan petrol?

Harap kerajaan dapat memastikan harga barang juga turun sejajar dengan penurunan harga minyak Malaysia.... pikirkanlah k....

Isnin, 13 Oktober 2008

Upin dan ipin episod 18-berkat


terkini....Upin dan Ipin episod 18 yang bertajuk berkat akan diupload kol 1o malam ni..... so peminat cerita nie leh lah tengok kat sini k jap lagi. macam biasalah klik kat link koleksi video
pastu pilih citer upin dan ipin... episod akhir untuk tahun nie tau... rugi tak tengok. SElamat menonton...

Koleksi kucing



Baru jap tadi aku upload gambar kucing dalam slide... so nkorang leh lah ushar tengok kalau minat nak tengok... bleh klik kat kucingezam

P.A system ok...

Sejak cikgu Riduan pergi kursus 14 minggu... aku ngan cikgu Nazrie kena amek alih plak jaga P.A system... tak kiralah masa perhimpunan atau apa-apa majlis..... p.a system kat dataran perhimpunan tue dah rosak..... entah apsal tak tau.. jadi 4 minggu kebelakangan nie pelbagai masalah timbul... mujurlah pagi tadi berjalan lancar... kalau tak sakit hati dibuatnya.....

Ahad, 12 Oktober 2008

Slide Show

ini hari pertama aku masukkan slide show aku kat blog nie... puas aku pikir macam mana nak letak slide show aku kat sini.... cuba punya cuba... try punya try... test punya test... akhirnya berjaya jugak akhirnya... gembiragiler rasanya.... mana taknya semua nie hasil kerja tangan dan titik peluh sendiri.... sebenarnya adalah sikit2 belajar daripada blog orang lain.... tengok blog mana yang cantik lepas tu buat perbandingan.... yang mana kurang tue bolehlah buat pertambahan..... bestnyerrr.

Join Band


Petang karang aku p latihan band.... entah boleh ke tak boleh tak tau la lagi.... tapi sebagai mengisi masa lapang dan hobi bolehlah aku cuba try test tengok.... kot2 ada bakat.... band apa yer? nanti lain kali cerita lagi... yang dalam gambar tu bukan yer...

Sabtu, 11 Oktober 2008

Ari nie heppie


Banyak jugak benda baru aku dapat belajar daripada blog nie.... itupun setelah berkurun teroka benda nie... punyalah payah... yelah xde orang ajar.. main redah jer.... akhirnya jadi jugak....

hepi rasanya.... kucing aku Amber mengandung buat kali kedua... dulu kacuk dengan kucing hutan dapat 6 ekor anak... semuanya berbulu lebat.. sayangnya dah bagi kat orang semuanya....

kali nie tak tau lagi berapa ekor pulak .... tapi kali nie kacuk dengan baka yang sama.. persian... harap2 anak dia comel2.

SELAMAT ARIE RAYA


arie nie dah masuk arie kesebelas kita beraya.... apa pun beraya lah sepuasnya pegi umeh terbuka sana.. sini .. situ... jangan lupa nak balik dah lah.....