
wahh.... harga minyak turun lagi .... bukan minyak cap kapak atau minyak angin..... tapi minyak petrol dan diesel
Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;
Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.
Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.
Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.
"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.
tapi... apsal harga minyak dunia turun mendadak.... tapi harga minyak di Malaysia turun terkedek-kedek?
Apapun tindakan kerajaan nie boleh dianggap hampir wajar.... ini kerana walaupun harga minyak turun tapi harga barang tetap sama macam harga minyak naik dulu... so kita nak makan dan nak guna barang atau kita nak makan petrol?
Harap kerajaan dapat memastikan harga barang juga turun sejajar dengan penurunan harga minyak Malaysia.... pikirkanlah k....