Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 15 Mei 2009

Sedikit cerita pasal saya dan cikgu


Sekarang nie sudah 4 tahun 5 bulan saya bergelar sebagai seorang cikgu a.k.a guru... kalau nak diceritakan pengalaman memang ada yang pahit dan manis.... tapi bila ada semua tu rasa best pulak... Macam minum kopi... kopi pahit + gula manis = kopi o cowwww punya.

Kalau nak diceritakan kenangan pahit..... termasuklah kena fitnah dengan budak kecik, kena tengking dengan ibu murid, motor rosak kat sekolah, kena marah dengan guru besar, biasalah tu... biasalahkan GB nie macam bapaklah... dia marah anak-anak dia sebab dia takleh rotan... kenangan manis banyak sangat.... risau jugak nie... banyak sangat manisnya takut kena kencing manis pulak... nanti kena cari lagi kot kenangan pahit...

Bebudak pulak lagi satu hal... macam-macam ler... tak siap kerja sekolah sebab malas, pastu banyak kerenah... ada yang macam superman... batman.. spiderman... hollowman... hillman.. kluangman... macam usop sontorian pun ada jugak... ada yang macam tok bilal... ada yang macam penyiasat FBI... ada yang macam John Cena... Stone Cold... ada yang suka berlari sana... berlari sini... bila dah jatuh cikgu jugak yang susah... tapi sebenarnya memang susahler nak jadi cikgu nie... sebab nak jaga bukan sorang dua... bukan sepuluh orang... tapiiiiii.... kalau satu kelas ada 45 orang..... kalau 5 kelas... 6 kelas... 10 kelas... berapa tu... tak ke ramai giler... perangai semua lain-lain...

yang agak merumitkan bila nak menanda buku latihan.... bayangkanlah 3 buku x 45 pastu x 3 kelas = lebih kurang 405 buah buku.... itu buku latihan sahaja... buku lain... kertas pekse... mata pelajaran lain.... yang tadi tu math jer... huhhhh susah jugak cikgu saya dulu rupanya... kesian cikgu.... mintak maaflah cikgu... sekarang baru saya tau susahnya jadi cikgu.... tapi apa pun jua... saya perlu menjalankan tanggungjawab dengan hati yang tulus ikhlas supaya ianya tak ler terasa susah sangat...

Menjadi seorang guru bukanlah minat saya sejak kecil tetapi mula dipupuk sejak saya berada di tingkatan 5... itu pun selepas saya menjalani ujian kerjaya bersama kaunselor di SMK Padang Tembak suatu masa dulu... dan juga pengaruh yang dibawa oleh guru-guru saya suatu ketika dulu...

Teringat dulu ketika belajar memang banyak kenangan pahit manis bersama guru... baruku tahu susahnya menjadi seorang guru... apapun teringatkan pesan cikgu-cikgu saya dulu....

"saya mengajar kamu bukan mengharapkan hadiah atau apa-apa balasan daripada kamu... dan itu tidak cukup mengembirakan hati cikgu... tetapi cikgu akan berasa gembira kalau kamu berjaya dalam hidup apabila dewasa nanti... ingat pesan cikgu jangan mudah terpengaruh... jangan mudah hanyut dengan kehidupan yang penuh pancaroba..."

Terdengar kata-kata cikgu itu saya berasa sungguh sayu sangat... segala kata-kata cikgu masih saya sematkan dalam hati saya ini, sehinggalah kini saya masih tidak lupa akan jasa baik guru-guru saya dulu termasuklah guru-guru tadika saya...

Apapun saya berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan guru-guru saya terutamanya ketika berkursus, pertandingan sofbol dan juga anak-anak cikgu saya rupanya ramai di sekolah SK Setiawangsa termasuklah beberapa orang murid yang kini sudah pun berada di tingkatan 1, 2 dan 3. Lagipun cikgu-cikgu saya pun merupakan sebahagian daripada pembaca blog ini. So, memang betulah hidup ini umpama roda...

Kepada pembaca blog ini... marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah buat guru-guru kita yang masih hidup mahupun telah menghembuskan nafas terakhir meninggalkan kita semua..

Kes Influenza Pertama Di Malaysia

Nampaknya wabak influenza A (H1N1) telah mula melanda Malaysia. Virus ini telah dibawa oleh seorang pelajar, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mengambil tindakan berjaga-jaga.. jangan memandang remeh dengan virus ini..

kementerian Kesihata Malaysia meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian.

Maklumat tambahan...... Peningkatan dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Merujuk kepada maklumat di atas Amerika Syarikat memintas mexico untuk berada di carta pertama mempunyai bilangan peningkatan pesakit H1N1 teramai di dunia...


Apapun, kita teruskan berdoa agar penyakit ini dapat dihapus dan dihindarkan segera.. dan buat masa ini... sesiapa yang telah merancang untuk keluar negara perlulah berhati-hati dan mengambil langkah bijak untuk memastikan anda tidak terjebak dengan influenza A ini...

Khamis, 14 Mei 2009

5 Cerdas Juara, 5 Amanah Kedua Syarahan....

Pagi tadi telah berlangsungnya satu pertandingan syarahan peringkat sekolah SK Setiawangsa.. pertandingan hanya melibatkan murid-murid tahun 5 sahaja... dalam pertandingan tersebut hanya 10 peserta bertanding diperingkat akhir....

Kalau sebelumnya 5 Cerdas telah berjaya memenangi choral speaking... satu lagi kemenangan untuk kelas tersebut apabila Athiffah diumumkan juara syarahan oleh ketua juri iaitu En. Zamzami....

Nadhirah pula berjaya merangkul tempat kedua untuk kelas 5 Amanah setelah semalam berjaya menjadi naib juara bagi acara choral speaking dan seorang lagi wakil dari kelas 5 Cerdas iaitu Farra Natasya telah berjaya mendapat tempat ketiga..

Tahniah diucapkan kepada semua yang bertanding... diharapkan murid-murid lain juga dapat menyertai pertandingan sedemikian yang dianjurkan diperingkat sekolah pada masa akan datang.. demi untuk menambahkan pengalaman dan mengurangkan tekanan sewaktu beraksi dipentas...

Kepada mereka yang berjaya diucapkan tahniah manakala yang tak berjaya pula tahniah diucapkan kerana keberanian anda semua telah berjaya mewakili kelas masing-masing...


Barisan 4 orang juri yang arif yang bukan bijak situ atau sini tetapi bijaksana...

Para penonton dari kalangan murid-murid tahun 5


Para peserta sedang menghafal skrip


Barisan guru-guru Bahasa Melayu tahun 5 dan peserta-peserta yang bertanding


Barisan guru-guru tahun 5

Rabu, 13 Mei 2009

Ping Pong & Sofbol Friendly bulan 6

Mengikut makluman yang saya terima daripada En. Sukardi petang tadi, pada 26 Jun 2009 nanti... Sk Setiawangsa bersama rombongan 40 orang murid kluster pingpong dan 40 orang orang pemain sofbol akan berlepas ke Kuala Selangor untuk pertandingan persahabatan di sana...

Bagi pemain sofbol... beberapa pemain baru akan dikenal pasti semula untuk layak mengikuti rombongan ke sana... murid yang dipilih mestilah mempunyai kebolehan bermain dan sentiasa berdisiplin termasuklah menyiapkan kerja sekolah yang diberi.... bagi mereka yang pernah mewakili sekolah atau ingin mewakili sekolah tetapi mengabaikan pelajaran... secara automatiknya akan di tolak....

Jadi kepada mereka yang ingin mewakili sekolah diharapkan anda bersedia... sebagai seorang guru saya akan cuba membantu murid-murid yang betul-betul berminat untuk memajukan diri sendiri dan menaikkan nama sekolah.. kalau setakat nak main jer.. kerja sekolah pun tak nak buat... dalam bahasa kasarnya boleh blah lah... ngabihkan boreh jer... Oleh itu satu pemilihan semula akan dibuat untuk memastikan mereka yang terpilih adalah betul-betul mempunyai ciri2 yang dimaksudkan....

Aktiviti Kokurikulum Motor EX5

Setiap hari Rabu kena balik lambat... pukul 2.45 petang... huhhh letihnya.... biasalah aktiviti koku... tapi nak wat macam mana kan? Dah itu tanggungjawab, kenalah pikul dengan hati yang ikhlas dan terbuka... Untuk hari ini Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Setiawangsa telah mengadakan aktiviti kawad yang sudah berkurun lamanya ditinggalkan....

Nampaknya murid-murid sudah mula lupa dan tak tahu berkawad... so agak lambat pergerakan yang dilakukan tadi... yang tak bestnya pulak... kawasan sekolah yang padat... tak ada tempat nak kawad.... terpaksa kawad kat kantin... pulak tu hujan turun dengan lebatnya... so tak dapat meneruskan aktiviti tersebut... tapi murid sempat ler belajar beberapa arahan kawad dan pergerakannya...

Lepas aktiviti koku... apa lagi... bergegas pulang ler... tapi masalah pulak dengan honda ex5 saya tu.... tetiba xleh idup... sorang-sorang datang membantu... memula abang adi kantin... pastu En. Sukardi.. pastu Cikgu Rahimi... tapi semua gagal , Pastu Ustaz Razi plak datang membantu..... Cikgu Nazri bagi pinjam motor dia, so kitorang p kedai motor.... akhirnya berjaya.... motor ex5 itu berjaya idup.... so dikesempatan ini nak ucapkanlah timer kaseh kepada semua yang membantu dan banyak membuang masa tadi.... gilerlah..

Choral Skipping Speaking

Sempena Bulan Bahasa Inggeris, SK Setiawangsa telah mengadakan pertandingan choral speaking yang dibahagikan kepada 2 kumpulan yang dipecahkan daripada 10 kelas yang bertanding.... Pertandingan tersebut telah berjaya dilangsungkan sebentar tadi pada jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi...

Bagi kumpulan A Juara berjaya disandang oleh 5 Cerdas


manakala Naib Juara 5 Amanah


5 Usaha pula membuat kejutan apabila berjaya menjadi juara kumpulan B..

Naib Juara pula disandang oleh 5 Wawasan...


Pertandingan yang diadakan ini dapat memberi murid-murid pendedahan ketika beraksi di pentas... tambahan pula ia melibatkan sekurang-kurangnya 35 orang murid untuk satu kelas... mereka yang telah membuat persembahan pastinya menerima pengalaman yang sangat berharga.... walaupun ada yang kalah... itu perkara biasa dan sudah menjadi adat pertandingan... kalau tak ada yang kalah... lebih baik tak payah bertanding...


Apapun selepas semua murid mempersembahkan choral speaking tadi... ketua bagi pihak juri iaitu Pn. Hjh. Aziah telah berkesempatan untuk menegur dan memberi nasihat kepada murid berkaitan persembahan mereka sebentar tadi... ini semua pastinya dapat dijadikan panduan kepada mereka apabila beraksi dalam pertandingan tersebut di masa yang akan datang...

Kepada semua pemenang.. diucapkan tahniah dan kepada mereka yang terpilih untuk mewakili sekolah pada 1 julai 2009 nanti diharapkan dapat melakukan yang terbaik dari yang terbaik pernah dilakukan sebelum ini.. Kepada mereka yang tewas pula jangan kecewa... akan datang cuba lagi...

Selasa, 12 Mei 2009

Ping Pong Erat Hubungan

Malam ini di SK Setiawangsa akan berlangsung perlawanan ping pong yang tertangguh tempoh hari... kali ini acara bergu pula... perlawanan akan berlangsung lewat sedikit memandangkan beberapa orang guru terlibat dalam kelas malam PIBG... so.. lepas habis kelas tue boleh lah mulakan perlawanan...

Saya mesti datang malam nie untuk tidak mengecewakan rakan-rakan sumer walaupun saya tahu saya akan kalah malam nie... yerlah kalau saya tak datang.. dah kurang sorang.. sebenarnya apa jua acara yang dirancang perlu kerjasama semua pihak... dijangka hampir semua guru-guru lelaki akan berada di sekolah malam nie termasuklah GPK Kokurikulum...

Motif utama perlawanan malam ni bukan untuk cari pemenang sahaja... tapi nak mengeratkan hubungan sesama rakan guru.. Untuk kurangkan tekanan kerja.. juga sebagai kesinambungan aktiviti sosial yang positif yang telah pun dilaksanakan sebelum ini. Pada saya aktiviti yang telah dijalankan oleh kami semua seperti bermain badminton, futsal, bola tampar, ping pong, bowling, memancing, melancong dan lain-lain lagi memang memberi kesan yang sangat positif agar dapat memastikan guru-guru sentiasa berasa seronok untuk terus berada di sini...

So malam nie kepada geguru sk setiawangsa semua jangan lepaskan peluang untuk kita sama-sama bersatu merapatkan hubungan sesama kita dan melakukan yang terbalik terbaik untuk sk setiawangsa

Isnin, 11 Mei 2009

APC Hafal Lagu

Tadi Tn. Hj. Ruslan Madon GB SK Setiawangsa, telah memaklumkan kepada murid bahawa sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada 18 Mei 2009... Hari tersebut memberi peluang kita meraikan guru-guru kita yang telah banyak berkorban jasa demi untuk melihat anak bangsanya berjaya. Yerlah... kalau anak muridnya berjaya dia akan tersenyum gembira..

GB ada maklumkan tadi ada 10 orang yang layak menerima APC atau Anugerah perkhidmatan Cemerlang... nanti saya senaraikan nama kat sini... saya pun tak berapa ingat.. tapi GB pun turut terima anugerah tersebut.. apa pun tahniah diucapkan kepada semua yang bakal menerima APC itu nanti... itu semua berkat usaha cikgu-cikgu selama ini mendidik murid dengan pernuh ikhlas dan tabah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan....

GB juga suruh cikgu hafal lagu kat bawah ni... so kepada geguru SK Setiawangsa dan sesaper jerlah geguru yang membaca blog ni... bolehlah sama-sama hafal dan hayati lirik lagu di bawah ni.... sebelum tu kena klik play dulu k...





GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Siapalah kita tanpa ibu.. seharusnya ucapan terima kasih kita hulurkan kepadanya..
dia telah mengandungkan kita... menyusukan kita... mendodoikan kita... membelai kita... mendidik kita... membimbing kita... menatang kita bagai minyak yang penuh...

sesungguhnya jasa ibu sangat besar dan tak terhingga... tidak mampu dibalas dengan harta benda... hanya boleh dibalas dengan budi pekerti kita dan doa kita sebagai anak yang soleh dan solehah.. Ibu yang mengandungkan kita hanyalah satu... tiada dua dan tiada yang lebih dari itu...

Ada juga ibu angkat, ibu tiri, ibu roti, ibu jari dan sebagainya... tapi sungguh tidak dapat menyamai ibu kandung kita sendiri kerana jasa dia melahirkan kita itu sangat besar kerana mempertaruhkan nyawanya sendiri....

Namun sebagai seorang anak... tidak kiralah ibu tiri atau ibu angkat... selagi dia memelihara kita dan menjaga kita sehingga kita dapat menikmati kehidupan yang bahagia... sesungguhnya ia juga merupakan jasa yang tak ternilai....

Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia ini... dikesempatan ini marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan al-fatihah kepada ibu-ibu yang sudah tiada lagi di dunia ini... kepada yang hampir menjadi ibu juga diucapkan selamat hari pra ibu..

Kepada kucing saya sendiri amber diucapkan Meoooooooooowwww#$%<<>%owwemeeow... yang bermaksud selamat hari ibu......

>>>>>>>Kasih Ibu

Sabtu, 9 Mei 2009

Bola tampar dan ping pong

Program Hari Guru hari ini telah berlangsung dengan meriahnya... acara yang dilangsungkan adalah bola tampar dan juga pingpong... acara telah berlangsung bermula pukul 8.30 pagi dengan acara bola tampar manakala ping pong memulakan perlawanan 10.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang....

Keputusan Bola Tampar masih tergantung kerana perlawanan masih tergantung.... perlawanan yang sepatutnya 5 set tapi tetiba dihentikan pada set ketiga...
keputusan set pertama dan kedua dimenangi oleh pasukan guru-guru petang... manakala set ketiga berjaya dimenangi oleh guru-guru pagi....

Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang telah bertungkus lumus menganjurkan perlawanan ini dan juga terima kasih kepada pihak kantin iaitu abang adi yang telah menyeponsorkan air dan air batu untuk kami minum....

Berikut adalah keputusan Perlawanan Ping pong mengikut kumpulan :




Berikut adalah keputusan Perlawanan Ping pong "Loosers pool" :

Juara Loosers pool berjaya disandang oleh Cikgu Farzarul(kanan) dan Naib Juaranya ialah Cikgu Shekh(kiri)

Berikut adalah keputusan Perlawanan Ping pong :

Juara Ping Pong telah disandang oleh Ustaz Kamarudin(kanan) dan Naib juara pula disandang oleh Cikgu Zulkifli(kiri)


Berikut adalah gambar yg diambil ketika perlawanan bola tampar dan ping pong sedang dilangsungkan :

Jumaat, 8 Mei 2009

Bola Tampar.....Sesi pagi menang? Menang apa?

Perlawanan persahabatan petang tadi meriah... bestlah.. tapi sekali lagi pasukan guru-guru lelaki menang.... dan terus menanggung kekalahan... apa pun memang seronok... antara guru-guru pagi yang hadir tadi termasuklah
1. Cikgu Noorzeri
2. Cikgu Wan,
3. Cikgu Riduan,
4. Ustaz Razi,
5. Cikgu Ehzam,

Manakala guru sesi petang membariskan pemain-pemain seperti
1. Cikgu Farzarul
2. Cikgu Azeze
3. Cikgu Zaidi
4. Cikgu Panang
5. Ustaz Yusof
6. Cikgu Nazri
7. Cikgu Rosli
8. Cikgu Shahidin
9. Cikgu Rahimi
10. Cikgu Adam
11. Ustaz Kamarudin

Tengoklah tue pemain mana yang ramai..... malang sekali bagi cecikgu sesi pagi yang datang hanya 5 orang jerk... ehmmm tak semangat pulak rasa.... esok tak taula macam mana.... dan bukan sahaja faktor berlebihan pemain bagi guru sesi petang... bahkan memuridnya yang turut sama menyokong telah memberi kelebihan pada mereka.... lagipun mereka adalah tuan rumah....

Program bacaan Yassin setiap awal bulan

Mulai bulan ini hinggalah bulan 11 nanti setiap awal bulan murid-murid tahun 5 sk setiawangsa akan mengadakan sesi bacaan yassin... program yang diadakan pertama kali untuk tahun ini diharapkan dapat membantu membentuk sahsiah murid yang baik dan sentiasa mengharap pada yang Esa... Ini kerana setiap apa yang berlaku adalah ketentuanNya..

Untuk majlis bacaan Yassin ini digalakkan sangat murid membawa sebotol air putih... bukan apa ianya boleh dijadikan air doa selepas kita membaca yassin... murid boleh berniat sendiri dan hembus ke dalam air tersebut sebelum ditutup... insyaallah apa yang kita hajatkan akan tercapai...

Khamis, 7 Mei 2009

Esok 'Friendly' Pagi vs Petang

Hari guru akan disambut tidak lama lagi... pelbagai perancangan telah dibuat dan akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.. hari Sabtu nie cecikgu semua akan memulakan dengan perlawanan bola tampar dan ping pong... tak sabar rasanya nak lawan bola tampar... ping pong tak yah cakaplah... belum masuk dah tau saya akan kalah... so tak main ping ponglah... nanti jadi belasahan pulak...

So, persiapan untuk perlawanan bola tampar akan bermula esok dengan perlawanan persahabatan antara guru pagi dan petang... tempoh hari perlawanan ini cikgu-cikgu pagi yang menang..... menanggung kekalahan... so kali nie tak tebus balik... mujur kalah masa latihan... kalau tak malu rasanya....

So, memurid hari sabtu nie datang ler beri sokongan kat cikgu-cikgu pagi... petang tak yah kot... pasal diorang tak boleh main kalau ada penyokong...

Rabu, 6 Mei 2009

Chelsea perlawanan yang mendebarkan

Pagi nanti tepat jam 2.45 pagi 2 pasukan kegemaran saya akan bertembung dalam liga juara-juara eropah. Walaubagaimanapun pilihan utama saya adalah Chelsea.. Untuk tahun ini Chelsea mengharapkan kemenangan untuk meneruskan misi membalas dendam atas kesilapan mereka pada tahun lepas yang telah melepaskan peluang untuk menang apabila tewas kepada man u dalam penentuan sepakan penalti pada final tahun lepas....

Untuk malam ini pertemuan dengan pasukan Barcelona bukanlah satu pasukan yang calang-calang... Jadi apa-apa saja boleh berlaku... lagipun bola tu bulat.. kita tak tahu berkemungkinan bola itu akan terkena pengadil kemuadian gol atau.... hampir masuk ke dalam gol tapi bola itu tiba-tiba pancit ker... manalah tahu kan... atau penjaga gol tersepak ke dalam gawang sendiri ker... apa-apa jerlah... yang penting perlawanan malam ini pastinya akan di nantikan keputusannya oleh peminat-peminat bola sepak seantero dunia.

Peragut ragut 2 lagi nyawa

Baru saja semalam saya buat catatan berkaitan kematian seorang ibu yang mengandung 2 bulan mati akibat kemalangan maut apabila diragut ketika arwah sedang menunggang motor....

Sungguh tak terduga kejadian itu berlaku lagi hari ini... anda baca petika di bawah yang saya petik dari Berita Harian

KOTA BHARU: Seorang ibu yang mengandung tiga bulan, maut apabila selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal dekat Padang Raja di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Saripah Mohd Nor, 33, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada tubuh.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Jel, Repek, dekat Bachok, selepas seminggu menjaga ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat.

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata mangsa yang sedang menunggang motosikal bersendirian dihimpit dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum beg tangannya diragut.

"Akibat kejadian ragut itu, mangsa hilang kawalan motosikal yang ditunggangnya hingga menyebabkan beliau tercampak atas jalan raya sebelum dilanggar sebuah kereta," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. Mangsa meninggalkan seorang suami dan lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun.

Inilaah sikap manusia yang mula menghampiri akhir zaman... tidak lagi mempunyai perasaan belas kasihan sesama manusia... sanggup membunuh untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.. "Semoga Allah memberi balasan yang setimpal ke atas peragut-peragut yang masih tidak mahu sedar akan kekuasaanNya".

Perjumpaan Permainan Sekolah Sesak

Hari ini kelihatan sk setiawangsa agak sesak dengan peredaran murid petang dan pagi... ini semua disebabkan aktiviti permainan hari ini... mana taknya.. sekolah ini tidak mempunyai kemudahan padang untuk kebanyakkan aktiviti tersebut... jadi terpaksalah memenuhkan ruang-ruang yang ada... pepandailahkan?

Bagi saya sebagai salah seorang guru penasihat permainan sofbol terpaksa menggunakan sedikit ruang yang ada ditapak perhimpunan untuk menjalankan aktiviti... mujurlah cuaca ok... kalau tak berjemur ler kitorang kat tengah panas... cuaca tadi redup tak berapa nak panas...

Tadi jer dah banyak perkara dah diperjelaskan berkaitan permainan sofbol... baru diorang tahu betapa susahnya nak main sofbol ni... banyak sangat peraturannya... sofbol nie bukannya untuk orang yang soft... tapi untuk orang yang lasak... jadi kalau tengah panas sekalipun kenalah tahan kan?

Apepun perjumpaan minggu ini menarik jugak sebab banyak perkara dan ilmu pengetahuan baru yang diperolehi oleh memurid semua... cuma tak ada buku nota jer... saya lupa nak pesan semalam... takpelah... kepada memurid sofbol sumer minggu akan datang sila bawa buku nota yer.....

Selasa, 5 Mei 2009

Si Peragut membunuh 2 Nyawa

Lepas nie sesaper yang menunggang motor sengsorang diri... terutamanya pompuan... hati-hatilah sikit yer... baru tadi saya terbaca kat akhbar berita harian online... pasal pompuan mengandung 2 bulan maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang arwah tidak dapat dikawal selepas diragut...

Huh.. tak terbayang macam mana lah keadaan ketika itu, betapa rakus dan kejamnya si peragut tu yang sanggup berbuat demikian hanya semata-mata untuk mendapatkan duit... dua nyawa telah terkorban... bagaimanalah hidup dia selepas ni? tak rasa bersalah ker? lepas ni boleh lah dia pergi makan guna duit yang dia dapat tu... tapi sampai bila dia boleh hidup dengan cara macam tu kan? Allah maha adil... bila-bila masa saja nanti si peragut tu pasti akan dapat balasannya...

Moralnya... sebagai seorang anak kita perlu mendengar pesanan dan nasihat orang tua... sentisa meletakkan Allah ditangga pertama dalam kehidupan kita seharian.. kerana dengan cara itu saja pasti kita tak tergamak nak melakukan perkara sia-sia seperti mana yang dilakukan oleh peragut tersebut sehingga tidak menyedari yang perbuatan dia telah membuatkan ramai orang mendoakan akan kecelakaannya.... jadi sebagai seorang murid pula perlulah belajar rajin-rajin.. supaya besar nanti tak jadi macam tu....

Isnin, 4 Mei 2009

1 Tempat Kedua, 2 Tempat Ketiga

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam beberapa pertandingan yang telah berlangsung pada minggu lepas.. Di antaranya termasuklah

Pertandingan bercerita kisah Al-Quran Bahasa Inggeris (Lelaki) Adik Keanudin telah berjaya mendapat Naib Johan Zon Keramat.....


Karnival Pendidikan Kerjaya pula menyaksikan SK Setiawangsa berjaya merangkul 2 tempat ketiga iaitu dalam pertandingan Kuiz yang disandang oleh Adik Haziq Ikhwan...


Dan pertandingan Folio Kerjaya pula berjaya disandang oleh kumpulan Panas.. Peminat kepada kumpulan Hujan.

Sabtu, 2 Mei 2009

Melaka Sofbol Ziarah Kubur

Sempena cuti hari pekerja semalam... ramai yang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung dan juga bercuti... memang itulah kesempatan yang ada yang patut dimanfaatkan terutamanya bagi mereka yang berjauhan dengan keluarga...

Saya juga telah bercadang nak ke Melaka nak lepak kat rumah baru.... lagipun abah dengan adik-beradik sumer dah pi sana... malangnya saya tak dapat ikut dan terpaksa berkorban masa untuk melatih pasukan sofbol bawah 18 tahun di SMK Taman Bukit Maluri pagi tadi... apakan daya... apapun seronoklah jugak... cuma kulit muka nie dah bertambah gelap... dulu cerah macam kulit orang cina... hahaha..

Duduk umah sengsorang nie ingat pulak kat arwah mak... yerlah tak lama lagi nak sambut hari ibu... untungnya saper yang mak dia masih hidup lagikan? apapun esok rancang nak pi ziarah kubur arwah mak... nkorang yang ada mak lagi tu pepandai ler jaga mak yer.. nanti dah tak ada sedih pulak... bagi yang dah tiada mak pergilah ziarah kubur mak.. takyah tunggu hari ibu pun takpe....

Jumaat, 1 Mei 2009

Main bola tampar




Hari nie cuti hari pekerja... so saya berehat di rumah jer hari nie... tapi pagi tadi ada latihan bola tampar kat sekolah sempena hari guru nanti... Pada 9 Mei nanti perlawanan sebenar akan berlangsung antara guru sesi pagi dan petang. Masa latihan pagi tadi saya datang lewat banyak sebab sepatutnya pukul 8 dah ada kat sana... tapi sebabkan ada urusan pagi tadi dekat kol 10 baru sampai kat sekolah... adoiyai sempat main satu set jer....

Apapun seronok jugak... tapi ramai jugak yang tak dapat datang tadi sebab balik kampung... yang ada tadi pun cuma 11 orang jer..