Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Rabu, 6 Mei 2009

Peragut ragut 2 lagi nyawa

Baru saja semalam saya buat catatan berkaitan kematian seorang ibu yang mengandung 2 bulan mati akibat kemalangan maut apabila diragut ketika arwah sedang menunggang motor....

Sungguh tak terduga kejadian itu berlaku lagi hari ini... anda baca petika di bawah yang saya petik dari Berita Harian

KOTA BHARU: Seorang ibu yang mengandung tiga bulan, maut apabila selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal dekat Padang Raja di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Saripah Mohd Nor, 33, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada tubuh.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Jel, Repek, dekat Bachok, selepas seminggu menjaga ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat.

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata mangsa yang sedang menunggang motosikal bersendirian dihimpit dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum beg tangannya diragut.

"Akibat kejadian ragut itu, mangsa hilang kawalan motosikal yang ditunggangnya hingga menyebabkan beliau tercampak atas jalan raya sebelum dilanggar sebuah kereta," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. Mangsa meninggalkan seorang suami dan lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun.

Inilaah sikap manusia yang mula menghampiri akhir zaman... tidak lagi mempunyai perasaan belas kasihan sesama manusia... sanggup membunuh untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.. "Semoga Allah memberi balasan yang setimpal ke atas peragut-peragut yang masih tidak mahu sedar akan kekuasaanNya".