Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 23 Oktober 2010

Lawak Seram Ketika Periksa

Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung bulan 10.. tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sekolah akan bercuti sebelum dibuka kembali pada bulan Januari. Sebagaimana tahun lepas sempena sambutan hari kanak-kanaksaya berkesempatan menghadiahkan beberapa rakaman yang telah dibuat kepada murid-murid SKK SK Setiawangsa, K.L.

Sekadar hiburan... satu rakaman telah dibuat dengan kerjasama murid dari kelas 5D, 5M, 5S dan 6D.. terima kasih.

"Selamat Hari Kanak-kanak 2010"



Khamis, 21 Oktober 2010

Selesai PKSR2 Anugerah Cemerlang Menanti

Hari Anugerah Cemerlang SKK SK Setiawangsa akan berlangsung pada 12 November tak lama lagi. Huhh.. kepantasan dalam menyiapkan tugasan menanda dan mengumpul maklumat sangat diperlukan agar segala markah dapat dikumpul dengan kadar segera. Disamping sibuk menanda kertas dan mendapatkan markah pelajar, guru2 perlu membuat persiapan Hari Anugerah Cemerlang(HAC) seperti yang telah dinyatakan.

Pada tahun ini HAC akan dilangsungkan di sekolah sahaja dengan perasmian galeri sejarah yang bakal dirasmikan pada hari yang sama oleh ahli parlimen setiawangsa Dato' Seri Hj. Zulhasnan Rafique.

Penglibatan murid2 dalam beberapa persembahan termasuklah koir, orkestra, tarian dan lain2 pastinya dinanti-nantikan. Anugerah yang dinanti2 aalah anugerah emas, perak dan gangsa Guru Besar. Siapakah bakal memperolehinya????? nantikan..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Ala Bantuan Tapi Talak Bonus.. jangan sedeh


Patutlah tangan gatal2...rupa2nya nak dapat bantuan kewangan RM500 bulan Disember 2010.. Nampaknya harapan kakitangan awam untuk mendapatkan bonus 2 bulan gaji atau sekurang2nya bonus sebulan gaji hanya angan2... dan hanya menjadi harapan yang hampa..

Implikasi perbelanjan kerajaan sebanyak 3.1 bilion akan berlaku sekiranya kerajaan memberikan bonus... kata DSNTR.. ketika Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Bukit Jalil pagi tadi..

Lagipun kerajaan nampak lebih menumpukan kepada beberapa projek mega termasuklah projek menara 100 tingkat... perlu pakai banyak wang...

Jadi.. Tahun depan dapat kot... harap2lah...

Lagi satu berkenaan pemansuhan PTK.. sangat setuju.. sistem PTK dilihat sangat lemah yang mana mampu mengetepikan seseorang yang lebih berkelayakan sekiranya seseorang itu gagal dalam PTK walaupun seseorang itu hebat dan bagus dalam perlaksanaan tugasnya.

Oleh itu adalah wajar satu sistem yg lebih adil dirangka bagi memastikan kenaikan pangkat berdasarkan kebijaksanaan bukan kepandaian semata-mata.. jika tidak orang baru yg x sepatutnya naik cepat pun boleh naik cepat.. jadi satu sistem baru yg lebih telus harus mengambil kira aspek keupayaan dan kewajaran bukan kebolehan menjawab soalan peperiksaan..

Jika kita memilih seseorang pemimpin.. pastinya melihat keupayaannya bukan kemampuan mereka menjawab soalan peperiksaan yang mungkin jawapannya dihafal untuk tempoh masa yg singkat sahaja sedangkan praktikalnya tidak langsung berlaku..

Selasa, 5 Oktober 2010

Menanti Belanjawan 2011


Sudah bulan Oktober sekarang ini.. pantas masa berlalu meninggalkan hari-hari lalu yang berlalu. bagi guru-guru bulan ini merupakan antara bulan yang sangat sibuk. sibuk dengan ulangkaji, kemaskini buku adab belajar, tanda kertas, program sambutan hari kanak2, persiapan hari anugerah cemerlang dan lain-lain lagi.

Bagi kakitangan kerajaan fokus utama dalam bulan Oktober ini lebih kepada belanjawan 2011, sudah tentu mengharapkan sesuatu yang baik akan diumumkan oleh Kerajaan Malaysia tak lama lagi pada tarikh 15 Oktober 2010(Jumaat).

Tangan rasa gatal-gatal... rasa macam ada satu pengumuman menarik yang akan diumumkan... haha.. duit bonus..

Apapun tunggu jerlah yer...

Isnin, 13 September 2010

Ucapan UPSR 2010 untuk "EsKayS"T6-2010



Hati resah rasa gementar
Perut memulas tapi tak lapar
Seolah-olah ianya diputar-putar
Tak lama lagi peperiksaan UPSR
Cepat betul bumi berputar
Tak sempat lagi rasanya nak belajar
Belajar??? Malasla... Arrrggrrr

UPSR dah semakin hampir
Jagalah kesihatan batin dan zahir
Yakin dan tawakal jangan khuatir
Lakukan ibadah dan amalkan zikir
Semoga dipermudahkan otak anda untuk berfikir
Mudah-mudahan dapat menjawab seperti air
yg deras mengalir

Bukankah januari dulu cikgu2 dah berpesan
Masa akan berlalu dan pasti cepat meninggalkan
Bukan tipu, bukan bohong atau bukan olok-olokan
Nah, sekarang kamu sendiri dapat saksikan
Bulan september sekarang kan?? Kan?? Kan?? Jawablah... Betulkan??

Masa yang ada buatlah ulangkaji
Itupun kalau nak A tak nak B, C atau D
Anda pasti tak rasa rugi
Kerana kejayaan pasti menanti
Walaupun penat tapi akhirnya berpuas hati
Kalau malas buat tak reti
Nasiblah kalau dapat B,C atau D
Jangan pula menyesal kemudian nanti
Cuma katakan padan mukaku sendiri
Hahaha huhuhu hihihi


Anak nyonya pakai kebaya
Apsal pakai kebaya tak pakai purdah
Pasal purdahnya hilang
Semoga anda berjaya
Dapat jawab soalan dengan mudah
Akhirnya dapat keputusan cemerlang

-Nukilan:ezamramlan 130810 Jam1950-

Rabu, 8 September 2010

Sabtu, 4 September 2010

Salam Aidilfitri 2010 SK Setiawangsa

Huhh.. menjelang lagi raya buat kesekian kalinya. Pada tahun lepas segmen khas terjah raya. Tahun 2010 pula segmen ini dinamakan Salam Aidilfitri 2010 memandangkan tiada sesi terjahan dilakukan sepanjang rakaman video dibuat. Rakaman hanya dibuat pada hari terakhir sekolah sebelum bercuti raya berbanding pada tahun sebelumnya. Puncanya adalah kesibukan yang melampau sepanjang beberapa bulan pada tahun ini.

Apapun seronok sebab dapat meneruskan segmen sebegini walaupun dalam masa yang begitu suntuk. Akhirnya, seluruh warga skskl dapat melihat dan mendengar ucapan daripada guru2 di internet dan boleh menyimpannya sebagai kenangan.

Salam Aidilfitri SK Setiawangsa 2010






Terjah Raya SK Setiawangsa 2009




Jumaat, 20 Ogos 2010

UPSR Hampir Menjelang Tiba

Jantung berdegup semakin kencang
Terasa debaran semakin dalam
UPSR sudah bakal menjelang
Semakin hampir tak sampai sebulan
Tinggal beberapa hari beberapa jam

Bertungkus lumus mengulangkaji
Manfaatkan masa yang masih berbaki
Sungguhpun masa semakin mencemburui
Tetap ada yang tak ambil peduli
Mungkin akan tersedar tak lama lagi

Semakin hari menjadi gundah
Kalau tak sedia mulalah gelabah
Hati menjadi semakin resah
Takut soalan banyak yang susah
Kalau dah sedia tak perlu resah
Kepada ALLAH terus berserah
InsyaAllah diberikan petunjuk dan hidayah
Soalan susah menjadi mudah
Idea pun datang mencurah-curah

Ibu bapa dan guru sentiasa berharap
Anak atau muridnya sentiasa bersiap
Hadapi UPSR dengan persiapan yang lengkap
Sewaktu menjawab tak buat silap
Soalan senang dan susah mudah dijawab

Semoga berjaya murid-murid semua
Doa diiring sepanjang masa
Harap kamu tidaklah alpa
Sentiasa bersedia pada bila-bila masa
Dapat cemerlang tentu gembira
Jika tidak pasti kecewa

Nukilan : ezamramlan 200810 Jam1915

Pesanan Di Bulan Puasa

Dah hampir setengah bulan berpuasa... sedar tak sedar masa terus meninggalkan kita.. mungkin kita tak sabar menanti raya yang bakal tiba hingga terlupa hari ini semakin tua.. hahhh dah baru tersedar..

Lakukan sesuatu p'kara yg baik sepanjang masa, tambahkan amalan baik di bulan puasa, ikhlas adalah utama krn munafik atau berpura tdk memberi sebarang makna pd Yg ESA, Ia kosong tiada mata atau ganjaran pahala, mungkin hanya b'makna pd mata kasar seseorang manusia. Sederhana pd bila2 masa lebih sederhana di bulan puasa, tanda berkongsi kesusahan sesama manusia, agar tidak bongkak & YG MAHA ESA terus diutama.

Isnin, 16 Ogos 2010

NEWS 13 AUGUST- EDUWEBTV

Cluster school SK Setiawangsa in Kuala Lumpur prides itself as the only primary school in the country that has a full orchestra band. Eduwebtv was treated to a spectacular showcase by the band, comprising of sixty talented youngsters.

Ahad, 15 Ogos 2010

Ragam "EsKayS Softball" 2010

Video ini adalah koleksi kenangan Khas untuk bebudak sofbol sk setiawangsa 2010 terutama player tahun 6 yang dah nk meninggalkan sk setiawangsa tak lama lagi... kenangan terindah ketika berlatih bersama, berhujan bersama, berpanas bersama, bergurau bersama, bergelak tawa bersama... kenangan ini pasti tidak dapat dilupakan...









Rabu, 4 Ogos 2010

LSB TKRS ke Al-Hilmi Agrofarm

Tempat : Al-Hilmi Agrofarm, Slim River, Perak
Tarikh : 4 Ogos 2010
Penglibatan : Seramai 117 orang murid SK Setiawangsa
Aktiviti : Melawat ladang kambing termasuk mempelajari cara pemprosesan baja, pemerahan susu, pemakanan kambing dan jenis2 kambing, menjamu buah-buahan tempatan iaitu durian, pulasan dan rambutan, menikmati kelazatan sup kambing, melawat kolam air panas.

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3

Ahad, 1 Ogos 2010

Kembara Sungai Kejar, Banding Perak 2010

Tempat : Sungai Kejar, Tasik Banding, Perak
Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos 2010
Penglibatan : Seramai 13 orang guru SK Setiawangsa:-
En.Wan Rosli, En. Shahidin, En. Suhaimi, En. Riduan, En. Raisam, En. Azli, En. Hisham, Us. Kamarudin, Us. Shauki, En. Fauzan, En. Nazri, Us. Yusof dan En. Ehzam
Aktiviti : Kembara Hutan, Memancing, Ikhtiar Hidup, Beriadah dan Refleksi Diri.

Aktiviti yang telah dijalankan memberi 1001 kenangan dalam hidup yang mana ianya dilihat terkesan kepada para peserta yang terlibat apabila menempuh pelbagai halangan bersama. Banyak pengalaman baru yang kami perolehi antaranya bersatu dalam membuat keputusan. Di sana kami telah menempuhi liku2 trek yang agak mencabar dan lebih mencabar apabila berjalan dalam keadaan hujan yang tak henti-henti. Ada yang sudah mula mengalah... memandangkan hari semakin gelap... tepat jam 7 malam sampai di tapak perkhemahan.. 7 malam di hutan tidak sama gelapnya 7 malam di bandar kuala lumpur.. memang gelap sebab dilitupi pepohon tinggi lampai sebagai pelindung cahaya mentari dan bulan.. kami bersiap mendirikan khemah dan dapur untuk makan malam dalam keadaan hujan yang sudah mulai renyai. Kami tidak mempunyai khemah.. hanya mempunyai 2 buah canvas untuk dijadikan lapik tidur dan untuk dijadikan sebagai bumbung tempat lindungan hujan... perasaan mengalah mula membentak dalam diri... kami menikmati makan malam yang telah disediakan oleh En.Shahidin selaku ketua tukang masak dan dibantu oleh beberapa orang lagi... huhhh.... lepas makan mula bermesyuarat... akhirnya semua sepakat untuk teruskan perkhemahan ini...


Aktiviti memancing masih diteruskan sementara beberapa orang daripada kami tidur dalam keadaan basah dan terus basah akibat hujan yang masih tak henti-henti hingga ke 3 pagi.. terjaga pada jam 5 pagi kelihatan semua peserta masih tidur... antara kami yang bermalam lebih awal bingkas bangun duduk berdekatan unggun api untuk memanaskan badan.. selepas itu menyambung aktiviti memancing.... sambil2 bersembang dan bersarapan...

Mengapa Allah hilangkan sinar mentariNya dikala kita memerlukan... kita pasti dan sering tertanya-tanya... Jawabnya Allah hendak beri kita pelangi rupanya...

Alhamdullilah rasa syukur yang teramat apabila merenung kembali keperitan semalam.. kerana ia hanya secebis ujian yang telah berjaya dilalui... ia hanya sementara berbanding orang-orang lain di luar sana yang menerima lebih banyak dugaan... insaf rasanya.. Kesedaran dalam diri mula timbul... semangat kembali pulih... pelangi yang dijanjikan sudah dihidang... huhhh seronoknya pagi itu.. dapat mandi manda di air terjun yang begitu jernih dan sejuk airnya sambil menikmati keindahan alam ciptaan TUHAN yang MAHA ESA. Dek kerana semangat yang mulai kental perjalanan kami selepas itu tampak mudah...

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5


Bahagian 6

Ahad, 25 Julai 2010

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 5

Tempat : Pahlawan Eco Resort, Adventure Training Centre, Hulu Tamu, Mukim Batangkali daerah Hulu Selangor, Selangor
Tarikh : 23 - 25 Julai 2010
Penglibatan : Seramai 120 murid tahun 5
Aktiviti : Pecah Bendungan, Bina Bendera, Burung Hantu, Merentas Sungai dan Hutan, Menjelajah Gua, Kenali Herba, Ikatan, Bantuan Kecemasan, Malam Kebudayaan dan Mandi Sungai.
Perasmi Majlis Penutup: En. Sukardi Abd. Ghafar GPK Kokurikulum

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5


Bahagian 6

Ahad, 18 Julai 2010

Bola Tampar Merdeka & Gotong-royong Kibar Jalur Gemilang 2010

Seawal jam 7.30 pagi seorang demi seorang muncul untuk memulakan sesi perlawanan bola tampar merdeka. sementara menunggu rakan2 lain tiba, kami yang tiba awal mengangkat tiang dan jaring untuk dipasang di tapak perhimpunan. Kebanyakkan daripada kami adalah orang melayu tulen, macam biasalah janji melayu.... mujurlah aku ni kacukan jawa tak lah lewat sangat...

Kami memulakan perlawanan set pertama lebih kurang jam 8.45 pagi setelah cukup bilangan 12 orang yang hadir.. kumpulan ditentukan melalui undian.. Pasukan A diketuai oleh Ustaz Yussof manakala Pasukan B diketuai oleh Cikgu Wan Rosli .. rakan2 yang lewat tiba diletakkan selaku pemain simpanan... Kami bermain sehingga set kelima dan keputusan memihak kepada pasukan A dengan keputusan 3-2. Apa yang pasti kedua-duanya akan mendapat hadiah nanti.... itu tak penting yang paling penting adalah semangat setiakawan.. kami berasa sungguh seronok dan enjoy.

Pasukan A
Ustaz Yussof (Kapten)
Farzarul
Raisam
Suhaimi
Noorzeri
Azli
Azeze
Kamaruddin Din
Fauzan(simpanan tak main)

Pasukan B
Wan Rosli (Kapten)
Shahidin
Khairil Ezwan
Ezam Ramlan
Hisham@Ise
Hamirul
Zulkifli
Panang
Riduan(simpanan tak main)

Selesai perlawanan kami berehat seketika dan meneruskan aktiviti kedua iaitu gotong-royong mengibar jalur gemilang... huhhhh... kalau ikutkan penat main bola tampar tadi tak habis lagi dah kena gantung bendera.... tapi disebabkan kerjasama yang jitu diberikan penat pun taklah terasa. Tambahan pula kerja-kerja dilakukan secara santai... sempat juga bergurau dan ada juga yang menyanyi..... huhhhh... seronok betul..

Lepas siap kesemua kerja... Kami semua lepak di Suberi pekena roti canai dan minum-minum... Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir bagi menjayakan program hari ini. Selepas ini program memancing di tasik banding pula. Aku pun dah tak sabar menanti tarikh 31 Julai ni untuk mencari pengalaman baru dan meluangkan masa riadah bersama rakan2.






Jurufoto:raisam dan duwan ahmad

Rakaman:duwan ahmad
Suntingan:ezamramlan

Selasa, 13 Julai 2010

Merdeka Kali Ke-53

Tidak lama lagi Jalur Gemilang akan mula berkibar megah sebagai tanda Sambutan Bulan Kemerdekaan yang disambut bermula pada 1 Ogos, dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama di Kangar, Perlis dan pada 16 September dengan acara sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu.

Tema Kemerdekaan tahun ini 1Malaysia Menjana transformasi.
Pastinya bangunan-bangunan diseluruh Malaysia akan turut mengibarkan Jalur Gemilang begitu jua dengan sekolah-sekolah seluruh Malasysia. Bagi kami di SK Setiawangsa aktiviti kibar Jalur Gemilang akan bermula pada 18 Julai 2010 bertujuan mengingatkan murid-murid lebih awal tentang sambutan bulan kemerdekaan dan juga sebagai tanda bahawa segala aktiviti yang telah dirancang untuk Bulan Patriotisme ini akan dimulakan. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang diharapkan dapat mencapai matlamatnya.

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru Buat Guru2ku dan Guru2mu



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
Terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
Terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
Terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
Terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
Terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

Terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
Terima kasih guru muqaddam
Terima kasih guru tadika
Terima kasih cikgu sekolah
Terima kasih pensyarah
Terima kasih guru sejati

Kepada murid2 yang berguru denganku,
teruskan usaha menimba ilmu,
jangan putus asa dan berasa jemu,
kena marah biasala buat jer tak tahu,
nama pun cikgu, marah2 memang hobiku,
tanda sayang dan kasihku padamu.

Tanpa kamu siapalah cikgu,
tanpa cikgu siapalah kamu,
kamu dan cikgu perlu bersatu,
barulah berkat segala ilmu,
boleh diguna sebagai lampu,
penyuluh kegelapan masa nak lalu.

Bertanyalah selalu kalau tak tahu,
janganlah segan dan juga malu
InsyaAllah cikgu akan membantu,
lagipun ilmu itu bukanlah milik cikgu,
ilmu itu milik yang SATU,
perantaranya adalah kau punya cikgu,
cikgu tu pula termasuklah aku, hehehe.. huhuhu.

Kalau cikgu kedekut ilmu,
samalah cikgu macam hantu,
ada sesuatu yang cikgu nak bagitahu,
cikgu peminat Chelsea bukannya Man U,
sungguhpun begitu cikgu tetap cikgu,
walaupun kau tak suka dengan caraku,
peduli apa aku tetap begitu.
apapun I Love all of U n Hope U all love Me too.

Sabtu, 27 Mac 2010

Juara Rentas Desa 2010?


S
yAhBaNdAr... 894 mata


Ahad, 14 Mac 2010

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 4

Macam biasa setiap tahun mesti ada perkhemahan.. dan tiap perkhemahan ada perubahan dan perbezaannya. Bagi saya ianya peluang untuk menambah pengalaman dan juga ilmu pengetahuan. Perkhemahan juga memberi kesempatan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama rakan sekerja dan mengenali murid-murid serta karenah mereka dengan lebih dekat.

Perkhemahan kali ini tidak seperti tahun yang lepas.. penglibatan saya bukanlah 100% mungkin 60% sahaja dalam aktiviti yang dijalankan. Ini disebabkan diletakkan sebagai jawatankuasa pendokumentasian. Apapun rakan2 yang terlibat dalam melaksanakan segala aktiviti dilihat memberi komitmen yang begitu baik. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Butiran aktiviti yang dapat saya kongsikan bersama pembaca adalah seperti laporan dan rakaman video dibawah :-











Bermula pada 12 Mac hingga 14 mac 2010 satu siri perkhemahan bersepadu telah dijalankan yang melibatkan murid tahun 4 sahaja. Perkhemahan bersepadu ini melibatkan setiap unit beruniform termasuklah pengakap, tunas kadet remaja sekolah, PBSM, tunas puteri dan juga puteri Islam. Perkhemahan kali ini sudah tentunya memberi pengalaman yang berbeza berbanding siri-siri perkhemahan yang lepas. Perjalanan aktiviti adalah seperti berikut:

Tempat : Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor
Tarikh : 12 hingga 14 Mac 2010
Penglibatan : 102 orang murid tahun 4(3 buah bas), Pengakap, TKRS, Tunas Puteri, PBSM dan Puteri Islam.
Aktiviti : Pecah bendungan, membina logo, muhasabah diri, Malaysia Cergas, orientering, pertolongan cemas, nyanyian lagu kanak2, Kim Games, ikatan dan simpulan, merentas hutan dan sungai dan merempuh halangan.

Hari/malam pertama perkhemahan(12 Mac):-

2.10 petang : Peserta mendaftarkan diri ditemani ibubapa di dewan blok B. Mereka turut diberi taklimat berkaitan perjalanan yang melibatkan 3 buah bas. Seterusnya agihan peserta mengikut kumpulan bas 1, 2 dan 3. Murid kemudian bergerak ke bas masing-masing diketuai oleh guru.

3.30 petang : Perjalanan dimulakan, masa untuk sampai ke destinasi perkhemahan tidak mengambil masa yang lama. Semasa dalam perjalanan murid kelihatan seronok dan teruja untuk berkhemah.

4.30 petang : Tiba di destinasi, syukur semuanya selamat. Para peserta beratur dan terus dibawa ke dewan untuk sesi taklimat berkaitan tapak perkhemahan, aktiviti, dan peraturan sepanjang berada disini. kemudian murid diagihkan mengikut kumpulan khemah. Seramai 4 orang murid dimuatkan dalam satu khemah.

5.30 petang : Selepas selesai menyimpan barang-barang di khemah, Kemudiannya mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. Para peserta menikmati minum petang.Selesai minum petang murid dibenarkan untuk mandi dan mengurus diri masing-masing.

7.00 malam : Murid berkumpul kembali di dewan untuk menunaikan solat maghrib dan mendengar tazkirah daripada Ustaz Razi. Selesai tazkirah, urusetia dan peserta menunaikan solat isya'.

9.00 malam : Aktiviti pecah bendungan, membentuk kumpulan murid, melantik ketua kumpulan, Penghulu dan Penghuluwati. Sejurus selesai aktiviti membina logo kumpulan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada guru2 bagi setiap kumpulan.

11.00 malam : Aktiviti diteruskan dengan 'night walk'.. bermula dengan muhasabah diri berdekatan kawasan hutan.. aktiviti night walk walaubagaimanapun terpaksa dibatalkan demi keselamatan murid akibat hujan yang lebat. Plan b terpaksa digunakan, para peserta diajar tapukan dan nyanyian lagu kanak-kanak.

12.00 malam : Para peserta minum malam dan kembali ke khemah untuk tidur. Guru2 yang terlibat memantau pergerakan peserta sehingga mereka tidur nyenyak. Fasilitator berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat ringkas daripada Kem Komanden berkaitan aktiviti seterusnya.

Hari/malam kedua perkhemahan(13 mac):-

5.30 pagi : Para peserta bangun bersiap untuk menunaikan solat subuh. Berkumpul di dewan, berzikir dan menunaikan solat subuh. Kembali semula ke khemah seterusnya bersiap untuk aktiviti malaysia cergas.

7.00 pagi : Ketua setiap kumpulan terlebih dahulu melaporkan kekuatan anggota. Seterusnya nyanyian lagu negaraku dan lagu sekolah dimulakan. Kemudian aktiviti "Malaysia Cergas" dimulakan dengan iringan muzik. Selesai aktiviti tersebut murid bersarapan pagi.

8.30 pagi : Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. kumpulan pertama memulakan aktiviti oriantering manakala kumpulan kedua memulakan aktiviti pertolongan cemas.

10.30 pagi : Para peserta kembali berkumpul di dewan melaporkan kekuatan anggota. Kem komanden membuat pemeriksaan bendera bagi memastikan setiap kumpulan tidak meninggalkan atau menghilangkan bendera mereka. Kumpulan yang kehilangan bendera didenda.

11.00 pagi : Sedikit aktiviti nyanyian kemudian disusuli oleh taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan seterusnya. Selesai taklimat murid makan tengahari dan membersihkan pinggan dan cawan yang mereka gunakan.

12.00 tengahari : para peserta pulang ke khemah, membersihkan khemah dan bersiap sedia untuk menunaikan solat zohor.

2.00 petang : Taklimat ringkas berkaitan aktiviti Kim Game. Permainan ini dijadikan satu pertandingan. Setiap kumpulan perlu mengumpul markah tertinggi untuk mendapat hadiah bagi tempat pertama hingga ketiga dalam permainan stesyen ini.

4.00 petang : Para peserta kembali ke dewan, melaporkan kekuatan anggota. Minum petang dan bersiap untuk menunaikan solat asar.

5.15 petang : Taklimat berkaitan aktiviti merentas hutan. Aktiviti merentas hutan dimulakan dengan kesemua peserta melibatkan diri. Aktiviti ini dianggap mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan mental murid. Para peserta dikehendaki melalui liku-liku yang mencabar, mendaki malalui laluan berair, menuruni cerun yang curam menggunakan tali yang disediakan dengan dibatu olah urusetia. Semasa pertangahan perjalanan hujan tiba-tiba turun. tidak terlalu lebat, aktiviti diteruskan. Kesemua murid berjaya tiba di destinasi terakhir untuk mandi sungai.

7.00 malam : Para peserta mengurus diri dan khemah kemudian berkumpul di dewan untuk makan malam, menunaikan solat maghrib, tazkirah daripada ustaz shauki dan solat isya'.

9.00 malam : Aktiviti ikatan dibimbing oleh guru praktikum, cikgu syed azlan dan khairil ezwan. Beberapa jenis ikatan telah diajar kepada para peserta. Guru2 lain turut sama membimbing para peserta yang duduk secara berkumpulan. Akibat aktiviti merentas hutan yang cukup mencabar petang tadi, beberapa orang murid terpaksa direhatkan daripada menjalani aktiviti.

10.30 malam :
Para Peserta kembali berkumpul dalam kumpulan dan melaporkan kekuatan anggota. Aktiviti seterusnya adalah nyanyian lagu kanak-kanak diketuai oleh cikgu farzarul. Tn. Hj. Ruslan madon turut kelihatan ketika ini dan turut serta mempersembahkan sebuah pantun ketika menyanyikan lagu suriram. Beberapa jenis permainan turut dimainkan dan beberapa orang guru turut berkesempatan membuat persembahan spontan.

12.00 malam : Para peserta diberikan taklimat untuk aktiviti seterusnya. Minum malam dan pulang ke khemah untuk tidur.

Hari ketiga perkhemahan(14 Mac):-

5.30 pagi : Para peserta bangun dari tidur dan mengurus diri dan khemah. Seterusnya berkumpul di dewan untuk menunaikan solat subuh.

7.00 pagi : Berkumpul di padang, lapor diri, nyanyian lagu negaraku dan lagu sekolah. Selesai nyanyian aktiviti Malaysia Cergas dimulakan. Senaman pagi diiringi muzik latar poco-poco dan chicken dance. Selesai sahaja para peserta berbaris untuk mendapatkan sarapan pagi.

8.00 pagi : Taklimat daripada Kem Komanden serta pemeriksaan bendera kumpulan dan aktiviti refleksi daripada para peserta dan guru2.

9.00 pagi : Aktiviti Merempuh halangan dimulakan. Antara halangan yang dilalui termasuklah memanjat tembok, merangkak melalui kawat berduri, lompat kangroo, memanjat bukit menggunakan tali, jalan berliku, bergayut pada tali dan merangkak pada laluan berair. Para peserta mandi sungai dengan diawasi oleh guru-guru.

10.30 pagi : Para peserta pulang ke khemah untuk pengurusan diri, mengemas barang-barang, mengumpul barang-barang di belakang dewan.

12.00 pagi : Para peserta berkumpul di dewan, melapor diri, seterusnya majlis penutup dimulakan. En. Sukardi selaku GPK Kokurikulum menutup secara rasmi PBUB Tahun 4 2010. Hadiah turut disampaikan kepada para pemenang.

1.00 tengahari : para peserta menikmati makan tengahari. Selesai makan basuh pinggan dan terus bersiap untuk pulang.

2.00 petang : Perjalanan pulang ke SK Setiawangsa dimulakan. Para peserta dilihat begitu kepenatan hanya tidur di dalam bas sepanjang perjalanan. Tiba di SK Setiawangsa tepat jam 3 petang.

Rumusan : Aktiviti yang dijalankan mencapai matlamatnya. Segala aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama ibubapa, para peserta dan guru-guru selaku urusetia yang cukup baik. bagi menambahbaik perjalanan aktiviti pada perkhemahan akan datang satu mesyuarat khas "post mortem" akan diadakan tidak lama lagi.

Sabtu, 6 Februari 2010

Carian meningkat selepas dilumpuhkan

Berakhir bulan Januari kini berada di bulan Febuari.. Tak sangka pula dalam enjin carian blog ini meningkat kepada 12 500 daripada 7 600 sebelumnya... terharu pula rasanya... ramai pula yang berharap blog ini dapat hidup kembali. Sekali lagi saya maklumkan bahawa blog ini sedang dilumpuhkan atau tidak dikemaskini. Walaubagaimanapun segala maklumat yang lepas-lepas bolehlah dikongsi kalau mahu.