Macam biasa dipenghujung bulan Disember ni pasti ramai kaum bumiputera tak sabar-sabar menerima perkhabaran tentang kadar dividen pada tahun ini. tahun 2009 dividen 7.3% manakala bonus 1.25% bagaimana pula tahun 2010.. mungkin ada perubahan.. harap meningkat lebih tinggi dari yang biasa.. huhhh untunglah siapa yang melabur..
Dapat dividen dan bonus nanti bolehlah buat belanjawan untuk tahun hadapan.. mesti lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Salam Maal Hijrah buat semua. Jutaan rasa syukur kita penjatkan pada ALLAH S.W.T atas keizinannya memberi kita nafas untuk terus menikmati kehidupan pada hari ini dan mungkin keesokkan harinya.
Sempena Maal Hijrah 1432 ini, marilah kita berhijrah sedaya yang termampu dengan hati yang penuh ikhlas. Biarpun hijrah yang dilakukan adalah sedikit jika disertai dengan keikhlasan ia lebih memadai jika hendak dibandingkan dengan hijrah yang banyak tetapi disertai dengan keterpaksaan dan kepura-puraan...
Dalam mengharungi hari-hari yang dipenuhi ranjau berduri ini janganlah kita bersikap bongkak atau bangga diri dengan apa yang kita miliki.. seandainya kita pernah miskin kemudian berhijarah menjadi kaya.. daripada sakit menjadi sihat.. daripada lemah menjadi kuat... daripada bodoh menjadi pandai.. percayalah pada akhirnya mati juga menjadi pengakhirannya.. maka teruslah melakukan yang terbaik yang ikhlas termampu kita lakukan... InsyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNYa...
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q....S. Al-Hujuraat [49]:13).
Tak pernah setengah hati Ku mencintaimu Ku memiliki dirimu Setulus-tulusnya jiwa Ku serahkan semua hanya untukmu
Tak pernah aku niati untuk melukaimu Atau meninggalkan dirimu Sesal ku selalu bila tak sengaja Aku buat kau menangis
Memiliki mencintai dirimu kasihku Tak akan pernah membuat diriku menyesal Sungguh matiku Hidupku ‘kan selalu membutuhkan kamu
Hari ini kami bertiga, Riduan, Raisam dan saya sendiri telah berkesempatan untuk ke pusat memanah di Sunway untuk menjalankan satu aktiviti yang telah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah bersyukur kerana dapat jua mencuba aktiviti baru yang tidak pernah kami ceburi sebelum ini. Seronok rasanya...
Kini kita boleh menyemak & mencetak slip gaji sendiri melalui Portal Web Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Untuk mendaftar, sila masukkan no. gaji & kad pengenalan anda. klik e-penyata gaji & laporan ...
Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung bulan 10.. tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sekolah akan bercuti sebelum dibuka kembali pada bulan Januari. Sebagaimana tahun lepas sempena sambutan hari kanak-kanaksaya berkesempatan menghadiahkan beberapa rakaman yang telah dibuat kepada murid-murid SKK SK Setiawangsa, K.L.
Sekadar hiburan... satu rakaman telah dibuat dengan kerjasama murid dari kelas 5D, 5M, 5S dan 6D.. terima kasih.
Hari Anugerah Cemerlang SKK SK Setiawangsa akan berlangsung pada 12 November tak lama lagi. Huhh.. kepantasan dalam menyiapkan tugasan menanda dan mengumpul maklumat sangat diperlukan agar segala markah dapat dikumpul dengan kadar segera. Disamping sibuk menanda kertas dan mendapatkan markah pelajar, guru2 perlu membuat persiapan Hari Anugerah Cemerlang(HAC) seperti yang telah dinyatakan.
Pada tahun ini HAC akan dilangsungkan di sekolah sahaja dengan perasmian galeri sejarah yang bakal dirasmikan pada hari yang sama oleh ahli parlimen setiawangsa Dato' Seri Hj. Zulhasnan Rafique.
Penglibatan murid2 dalam beberapa persembahan termasuklah koir, orkestra, tarian dan lain2 pastinya dinanti-nantikan. Anugerah yang dinanti2 aalah anugerah emas, perak dan gangsa Guru Besar. Siapakah bakal memperolehinya????? nantikan..
Patutlah tangan gatal2...rupa2nya nak dapat bantuan kewangan RM500 bulan Disember 2010.. Nampaknya harapan kakitangan awam untuk mendapatkan bonus 2 bulan gaji atau sekurang2nya bonus sebulan gaji hanya angan2... dan hanya menjadi harapan yang hampa..
Implikasi perbelanjan kerajaan sebanyak 3.1 bilion akan berlaku sekiranya kerajaan memberikan bonus... kata DSNTR.. ketika Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Bukit Jalil pagi tadi..
Lagipun kerajaan nampak lebih menumpukan kepada beberapa projek mega termasuklah projek menara 100 tingkat... perlu pakai banyak wang...
Jadi.. Tahun depan dapat kot... harap2lah...
Lagi satu berkenaan pemansuhan PTK.. sangat setuju.. sistem PTK dilihat sangat lemah yang mana mampu mengetepikan seseorang yang lebih berkelayakan sekiranya seseorang itu gagal dalam PTK walaupun seseorang itu hebat dan bagus dalam perlaksanaan tugasnya.
Oleh itu adalah wajar satu sistem yg lebih adil dirangka bagi memastikan kenaikan pangkat berdasarkan kebijaksanaan bukan kepandaian semata-mata.. jika tidak orang baru yg x sepatutnya naik cepat pun boleh naik cepat.. jadi satu sistem baru yg lebih telus harus mengambil kira aspek keupayaan dan kewajaran bukan kebolehan menjawab soalan peperiksaan..
Jika kita memilih seseorang pemimpin.. pastinya melihat keupayaannya bukan kemampuan mereka menjawab soalan peperiksaan yang mungkin jawapannya dihafal untuk tempoh masa yg singkat sahaja sedangkan praktikalnya tidak langsung berlaku..
Sudah bulan Oktober sekarang ini.. pantas masa berlalu meninggalkan hari-hari lalu yang berlalu. bagi guru-guru bulan ini merupakan antara bulan yang sangat sibuk. sibuk dengan ulangkaji, kemaskini buku adab belajar, tanda kertas, program sambutan hari kanak2, persiapan hari anugerah cemerlang dan lain-lain lagi.
Bagi kakitangan kerajaan fokus utama dalam bulan Oktober ini lebih kepada belanjawan 2011, sudah tentu mengharapkan sesuatu yang baik akan diumumkan oleh Kerajaan Malaysia tak lama lagi pada tarikh 15 Oktober 2010(Jumaat).
Tangan rasa gatal-gatal... rasa macam ada satu pengumuman menarik yang akan diumumkan... haha.. duit bonus..
Hati resah rasa gementar Perut memulas tapi tak lapar Seolah-olah ianya diputar-putar Tak lama lagi peperiksaan UPSR Cepat betul bumi berputar Tak sempat lagi rasanya nak belajar Belajar??? Malasla... Arrrggrrr
UPSR dah semakin hampir Jagalah kesihatan batin dan zahir Yakin dan tawakal jangan khuatir Lakukan ibadah dan amalkan zikir Semoga dipermudahkan otak anda untuk berfikir Mudah-mudahan dapat menjawab seperti air yg deras mengalir
Bukankah januari dulu cikgu2 dah berpesan Masa akan berlalu dan pasti cepat meninggalkan Bukan tipu, bukan bohong atau bukan olok-olokan Nah, sekarang kamu sendiri dapat saksikan Bulan september sekarang kan?? Kan?? Kan?? Jawablah... Betulkan??
Masa yang ada buatlah ulangkaji Itupun kalau nak A tak nak B, C atau D Anda pasti tak rasa rugi Kerana kejayaan pasti menanti Walaupun penat tapi akhirnya berpuas hati Kalau malas buat tak reti Nasiblah kalau dapat B,C atau D Jangan pula menyesal kemudian nanti Cuma katakan padan mukaku sendiri Hahaha huhuhu hihihi
Anak nyonya pakai kebaya Apsal pakai kebaya tak pakai purdah Pasal purdahnya hilang Semoga anda berjaya Dapat jawab soalan dengan mudah Akhirnya dapat keputusan cemerlang
Huhh.. menjelang lagi raya buat kesekian kalinya. Pada tahun lepas segmen khas terjah raya. Tahun 2010 pula segmen ini dinamakan Salam Aidilfitri 2010 memandangkan tiada sesi terjahan dilakukan sepanjang rakaman video dibuat. Rakaman hanya dibuat pada hari terakhir sekolah sebelum bercuti raya berbanding pada tahun sebelumnya. Puncanya adalah kesibukan yang melampau sepanjang beberapa bulan pada tahun ini.
Apapun seronok sebab dapat meneruskan segmen sebegini walaupun dalam masa yang begitu suntuk. Akhirnya, seluruh warga skskl dapat melihat dan mendengar ucapan daripada guru2 di internet dan boleh menyimpannya sebagai kenangan.
Terasa debaran semakin dalam UPSR sudah bakal menjelang Semakin hampir tak sampai sebulan Tinggal beberapa hari beberapa jam
Bertungkus lumus mengulangkaji Manfaatkan masa yang masih berbaki Sungguhpun masa semakin mencemburui Tetap ada yang tak ambil peduli Mungkin akan tersedar tak lama lagi
Semakin hari menjadi gundah Kalau tak sedia mulalah gelabah Hati menjadi semakin resah Takut soalan banyak yang susah Kalau dah sedia tak perlu resah Kepada ALLAH terus berserah InsyaAllah diberikan petunjuk dan hidayah Soalan susah menjadi mudah Idea pun datang mencurah-curah
Ibu bapa dan guru sentiasa berharap Anak atau muridnya sentiasa bersiap Hadapi UPSR dengan persiapan yang lengkap Sewaktu menjawab tak buat silap Soalan senang dan susah mudah dijawab
Semoga berjaya murid-murid semua Doa diiring sepanjang masa Harap kamu tidaklah alpa Sentiasa bersedia pada bila-bila masa Dapat cemerlang tentu gembira Jika tidak pasti kecewa
Dah hampir setengah bulan berpuasa... sedar tak sedar masa terus meninggalkan kita.. mungkin kita tak sabar menanti raya yang bakal tiba hingga terlupa hari ini semakin tua.. hahhh dah baru tersedar..
Lakukan sesuatu p'kara yg baik sepanjang masa, tambahkan amalan baik di bulan puasa, ikhlas adalah utama krn munafik atau berpura tdk memberi sebarang makna pd Yg ESA, Ia kosong tiada mata atau ganjaran pahala, mungkin hanya b'makna pd mata kasar seseorang manusia. Sederhana pd bila2 masa lebih sederhana di bulan puasa, tanda berkongsi kesusahan sesama manusia, agar tidak bongkak & YG MAHA ESA terus diutama.
Cluster school SK Setiawangsa in Kuala Lumpur prides itself as the only primary school in the country that has a full orchestra band. Eduwebtv was treated to a spectacular showcase by the band, comprising of sixty talented youngsters.
Video ini adalah koleksi kenangan Khas untuk bebudak sofbol sk setiawangsa 2010 terutama player tahun 6 yang dah nk meninggalkan sk setiawangsa tak lama lagi... kenangan terindah ketika berlatih bersama, berhujan bersama, berpanas bersama, bergurau bersama, bergelak tawa bersama... kenangan ini pasti tidak dapat dilupakan...
Tempat : Al-Hilmi Agrofarm, Slim River, Perak Tarikh : 4 Ogos 2010 Penglibatan : Seramai 117 orang murid SK Setiawangsa Aktiviti : Melawat ladang kambing termasuk mempelajari cara pemprosesan baja, pemerahan susu, pemakanan kambing dan jenis2 kambing, menjamu buah-buahan tempatan iaitu durian, pulasan dan rambutan, menikmati kelazatan sup kambing, melawat kolam air panas.
Tempat : Sungai Kejar, Tasik Banding, Perak Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos 2010 Penglibatan : Seramai 13 orang guru SK Setiawangsa:- En.Wan Rosli, En. Shahidin, En. Suhaimi, En. Riduan, En. Raisam, En. Azli, En. Hisham, Us. Kamarudin, Us. Shauki, En. Fauzan, En. Nazri, Us. Yusof dan En. Ehzam Aktiviti : Kembara Hutan, Memancing, Ikhtiar Hidup, Beriadah dan Refleksi Diri.
Aktiviti yang telah dijalankan memberi 1001 kenangan dalam hidup yang mana ianya dilihat terkesan kepada para peserta yang terlibat apabila menempuh pelbagai halangan bersama. Banyak pengalaman baru yang kami perolehi antaranya bersatu dalam membuat keputusan. Di sana kami telah menempuhi liku2 trek yang agak mencabar dan lebih mencabar apabila berjalan dalam keadaan hujan yang tak henti-henti. Ada yang sudah mula mengalah... memandangkan hari semakin gelap... tepat jam 7 malam sampai di tapak perkhemahan.. 7 malam di hutan tidak sama gelapnya 7 malam di bandar kuala lumpur.. memang gelap sebab dilitupi pepohon tinggi lampai sebagai pelindung cahaya mentari dan bulan.. kami bersiap mendirikan khemah dan dapur untuk makan malam dalam keadaan hujan yang sudah mulai renyai. Kami tidak mempunyai khemah.. hanya mempunyai 2 buah canvas untuk dijadikan lapik tidur dan untuk dijadikan sebagai bumbung tempat lindungan hujan... perasaan mengalah mula membentak dalam diri... kami menikmati makan malam yang telah disediakan oleh En.Shahidin selaku ketua tukang masak dan dibantu oleh beberapa orang lagi... huhhh.... lepas makan mula bermesyuarat... akhirnya semua sepakat untuk teruskan perkhemahan ini...
Aktiviti memancing masih diteruskan sementara beberapa orang daripada kami tidur dalam keadaan basah dan terus basah akibat hujan yang masih tak henti-henti hingga ke 3 pagi.. terjaga pada jam 5 pagi kelihatan semua peserta masih tidur... antara kami yang bermalam lebih awal bingkas bangun duduk berdekatan unggun api untuk memanaskan badan.. selepas itu menyambung aktiviti memancing.... sambil2 bersembang dan bersarapan...
Mengapa Allah hilangkan sinar mentariNya dikala kita memerlukan... kita pasti dan sering tertanya-tanya... Jawabnya Allah hendak beri kita pelangi rupanya...
Alhamdullilah rasa syukur yang teramat apabila merenung kembali keperitan semalam.. kerana ia hanya secebis ujian yang telah berjaya dilalui... ia hanya sementara berbanding orang-orang lain di luar sana yang menerima lebih banyak dugaan... insaf rasanya.. Kesedaran dalam diri mula timbul... semangat kembali pulih... pelangi yang dijanjikan sudah dihidang... huhhh seronoknya pagi itu.. dapat mandi manda di air terjun yang begitu jernih dan sejuk airnya sambil menikmati keindahan alam ciptaan TUHAN yang MAHA ESA. Dek kerana semangat yang mulai kental perjalanan kami selepas itu tampak mudah...