Malu nak kongsi cerita nie... sebanarnya aku mencari buah delima selepas mendapat tahu buah itu elok dimakan dan boleh dijadikan sebagai ubat atau penawar penyakit yang melibatkan darah... cerita pasal khasiat buah ini memang terdapat dalam Al-Quran.... tapi aku tak pernah makan dan tak pernah tengok pun buah tue... yang teruknya internet depan mata pun aku tak terpikir nak guna untuk cari gambar buah nie....Buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.apapun aku dah cipta sejarah tersendiri apabila merasmikan makan buah delima tepat jam 2.20 petang... huh macam nie rupanya.. sedap gak la... harap-harap ia dapat membantu temanku tue yang sedang menghidap luekimia.... sebagai manusia kita nie sepatutnya cuba makan apa saja jenis buah selagi ia halal dimakan.... kita kena cuba cari buah yang lain pulak... jangan asik2 durian, rambutan, ciku... kesian kat buah2 lain.. macam buah dadu pun kena cuba jugak...