Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 9 November 2008

Ekspidisi ke Kampung Baru Sitiawan Perak

Klik disini untuk tengok gambar

AKTIVITI : Memancing Ikan
DESTINASI : Kampung Baru, Setiawan, Perak
TARIKH : 8 November - 9 November 2008
MASA : 11.00 pagi(Sabtu) hingga 7.30 malam (Ahad)
PENGLIBATAN : 14 orang
Cikgu Wan Rosli, Cikgu Noorzeri, Cikgu Shahidin, Cikgu Zulkifli, Cikgu Nazri, Cikgu Zamzami, Cikgu Raisam, Ustaz Kamaruddin, Ustaz Yussof, Ustaz Shauki, Cikgu Ehzam, Cikgu Adam, Cikgu Rosli dan Cikgu Riduan...
OBJEKTIF : Bercuti, mencari ketenangan, mengeratkan ukhwah, membawa pulang hasil tangkapan yang lumayan.

11.00 a.m - 14 orang guru lelaki yang terlibat berkumpul dan menyusun barang2 serta peralatan ke dalam kereta. seterusnya bacaan doa selamat yang diketuai oleh ustaz Yusof. perjalanan dimulakan dengan menaiki 3 buah kereta yang diketuai oleh Alphard dipandu oleh Cikgu Wan Rosli sebagai pemilik yang berdaftar, Chery Alado dipandu bergilir2 oleh pemandu berdaftar dan tidak berdaftar dan kereta yang ketiga Citra juga dipandu bergilir. biasalah bila dah jalan jauh macam biasa berenti kat mana2 tempat... aku pun tak ingat..

2.30 p.m - tiba di destinasi yang pertama iaitu Rumah adik cikgu Noorzeri yang kebetulan mengadakan kenduri arwah.... Syoknya kat sana sebab dapat memakani makanan yang begitu lazat enak... kami di sana dijamu dengan kari kambing batang pisang, kerabu, udang petai, dan macam2 lagi... uhhhh tak terkata kelazatannya... sehingga ada yang terlupa sudah berapa kali tambah... Kat sini kami dapat menikmati pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas. Ustaz Shauki sempat menunjukkan bakat yang terpendam apabila berjaya menunggang scrambler dan gagal menghidupkan enjin. kami juga sempat menjamu biskut dan air kopi sebagai kudapan.. sebelum bergerak ke destinasi yang seterusnya... kami telah secara berjemaah menunaikan solat jamak taqdim... bukan jamak Takyah atau takyah jamak yer..

4.15 p.m - kami memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu kedai alat-alat pancing... kat sini kami mencari umpan dan barang2 yang diperlukan untuk memancing....

6.00 p.m - kami tiba di destinasi utama tempat menginap iaitu chalet kampung baru... dah sampai tu macam biasalah... gi tengok chalet dulu sambil menikmati pemandangan yang indah serta ambil kesempatan berbual dan berbincang sedikit sebanyak tentang aktiviti yang akan dijalankan seterusnya. selepas itu kami pergi ke kedai mencari beberapa lagi peralatan dan sempat singgah di tempat yang akan menjadi tempat kami memancing malam. semangat mula berkobar2...

7.15 p.m - kami menurunkan barang2 dan beg pakaian untuk dibawa ke chalet... kami telah menyewa sebanyak 4 buah chalet yang boleh dimuati oleh 4 orang... kami beruntung kerana Hj. Shukor selaku pemilik chalet tersebut telah memberi satu lagi bilik tambahan untuk kami menginap... kira bestlah jugak... selesa..

7.30 p.m - masa nie setiap orang melakukan aktiviti berlainan.... ada yang mandi... ada yang berehat... ada yang menunaikan solat dan terus menyiapkan peralatan untuk digunakan malam nanti. aku dan beberapa orang lagi tidak mandi dulu... kami menyediakan barang2 untuk BBQ... memula... proses paling asas iaitu menyalakan api pada arang menggunakan fire stater untuk menukarkan arang menjadi bara...

8.00 p.m - bara telah pun siap dan aktiviti memanggang ayam telah dimulakan... banyak jugaklah ayam yang dipanggang... kat sini ada yang bertugas menjaga api... renjis minyak... sapu kuah percik dll. sudah siap panggang ayam panggang kambing dan akhir sekali daging dan ikan... huhhh haus plak.... nak minum air tak susah sorang makcik kat situ baik sangat... dia telah menyediakan air untuk kami... kopi o.. kami juga diberikan nasi putih dan sayur... huhh cukuplahtu... banyaknya nak makan...

9.00 p.m - beberapa makanan yang dipanggang telah pun masak.. so masa nie secara kitorang melantaklah makanan tersebut... sehingga kenyang tak terkata... ayam dan daging habis dimakan... cuma tinggal ikan dan kambing... mana tak habis... banyak sangat makanannya... masa nie kitorang bukan sahaja makan tapi sesi ice breaking sekali... sembang2.. baguslah macam nie... dapat mengeratkan hubungan silaturrahim...

10.00 p.m - semangat membara semakin berkobar-kobar. tak sabar rasanya nak memancing... bermacam ragam dan gaya dapat dilihat... ada juga yang rasa mengantuk dan tak nak join... tapi terpaksa mengalah... mungkin takut dok sorang2 kat situ... untuk ke destinasi memancing..

10.15 p.m - sampai di jeti kami pun mulalah mamasang umpan di mata kail... huhh rupa-rupanya ramai juga yang tak tau memancing.. rahsia ini terbongkar apa bila tali pancing yang dibaling tersangkut dan kadang kala tidak tahu arah hendak dituju... apapun takpelah sebab kita ada otai pancing..Cikgu Nazri.. dan beberapa orang lagilah... baguslah kami yang tak berapa nak reti memancing nie dapat ler ilmu sikit tentang cara nak pasang umpan dan baling pancing....

11.00 p.m - huhh mana ikan nie? takkan tidur kot... tak makan udang ker? terdengar pelbagai suara keluhan dari pada kaki pancing dan kaki tak pancing yang kurang sabar... ikut hati nak jer balik...memancing mimpi di chalet... huuu weyyy dah dapat.. jerit cikgu raisam.... rupanya betullah dia dapat ikan tapi kecik jer.. takpelah asal dapat.... lepas tu cikgu nazri dapat pari... dan akhir sekali cikgu Wan rosli dapat ikan jengus.. hentah betul ke tidak nama ikan tu... semua ikan2 kecik2....

12.00 p.m - dah mula rasa bosan.. kami memulakan perjalanan pulang dengan hati yang agak kecewa.. sampai di chalet beberapa orang guru meneruskan pula aktiviti memancing di depan chalet yang terletak lebih kurang 100 meter dari muara... ada juga yang sambung makan daging kambing...

2.00 p.m - banyak nyamuklah pulak... kitorang yang sambung memancing kat chalet ni terpaksa berenti.. tak larat nak layan nyamuk... adui gatllah... habis tu simpan pancing... lepak kat chalet no.1 ... cikgu shahidin telah mengajak 5 orang guru yang dikenal pasti berkebolehan untuk bermain permainan misteri... sementara itu... 7 orang guru yang lain telah pun meniduri diri mereka... so permainan misteri nie pun bermula... aku hanya menjadi penonton dan juga menyadiakan sedikit bahan iaitu air yang dicampurkan bedak untuk dijadikan denda kepada mereka yang memungut jumlah mata yang tercorot...

3.30 a.m - kedengaran suara yang agak menyeramkan... rupa-rupanya suara cikgu rosli yang terbetuk... semput dan termuntah2... mungkin terlalu banyak makan daging kambing kot.... dan kurang minum air...

6.00 a.m - solat subuh... cikgu shahidin dan beberapa dan 4 orang pengikutnya pergi mencari roti canai untuk sarapan pagi... ada lagi yang masih tidur... ngantuk sangat kot...

7.00 a.m - sarapan pagi.. makan roti canai.. air kopi dan teh tarik disediakan oleh mak lang.. best gak pekene kopi tu... sepatutnya pagi ni aktiviti mencari kepah.. tapi terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab dan alasan... jadi sembil makan kami berbincang pula berkenaan alternatif lain.... cikgu Rosli takleh join aktiviti pagi ni sebab demam... aktiviti dimulakan oleh ustaz shauki dengan menjala ikan.... tapi ikan kat sini kecik2.. cikgu Zul pun sempat cuba menjala...

9.00 a.m - setelah berbincang kami telah memutuskan untuk mengadakan 2 aktiviti mengikut kehendak dan kemahuan masing2.. iaitu memancing dan berkayak.... jadi beberapa orang yang nak pergi memancing bersiap dan menaiki bot yang tidak berenjin... kena kayuh guna dayung... naik bot menuju ke tempat memancing yang terletak hampir di tengah laut.. aku join kayak... huhh penat gak berkayak... mana taknya kena kayuh dayung tu... tapi seronok gak.... kayak yang kami guna pun tak banyak 2 jer... sempat lagi race...

12.00 p.m - semua aktiviti yang dijalankan di laut telah selesai... kami terus bergegas pulang ke chalet untuk mengemas diri untuk pulang ke kuala lumpur. sampai kat chalet... minum lagi.... banyak sangat air yang disediakan... teh tarik... kopi o.. kopi o ais... oren.... huhhh banyaknya.. so gilir2 mandi sebab bilik air kat situ ada satu.. sementara tu sempatlah sembang2 pasal aktiviti nie... kira buat refleksilah... bagus ke tak bagus ke? lepas ni ada gak cadangan nak mencandat sotong plak....

1.30 p.m - kitorang menunaikan solat jamak taqdim....lepas tu kemas barang.... ambil gambar beramai2.... ehm... berakhirlah kehidupan kami di chalet... kami memulakan perjalanan pulang

2.00 p.m - berenti makan kat restaurant al-abadi... kat sini kami makan dan sembang-sembang... cikgu rosli dok kat kereta jer.. sebab tak larat... kesian dia...

3.00 p.m - kami meneruskan perjalanan...

7.30 p.m - kami tiba di sekolah... start motor dan kete dan apa lagi cabut balik umah la...

Rumusan Aktiviti : Ekspidisi yang dianjurkan ni pada aku memang bagus... satu langkah bijak untuk menyatukan kami semua sebagai guru disekolah yang mungkin tidak sempat nak berkenalan dengan lebih jauh lagi kerana terpisah dengan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang.. so pada aku aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim. sepanjang berada di sitiawan ni.. aku nampak semuanya enjoy walaupun tak dapat hasil tangkapan yang banyak.. sebab itu bukan persoalan pokok sebab kami berada di sini... motif utama berehat atau bercuti sambil menikmati keindahan pemandangan kampung dan melapangkan fikiran...
lebih seronok bab makan... memang puas hati la... so aktiviti sebegini memang patut diadakan lagi.. seperti mana yang dicadangkan, selepas ni aktiviti mencandat sotong dan snorkeling di pulau... seperti yang aku katakan.... banyak ilmu yang dapat diperolehi sepanjang bersama dalam program ekspidisi ini... Jauh perjalanan, Luas pemandangan, bertambah pengetahuan, mengeratkan hubungan bersama rakan

Jumaat, 7 November 2008

cuti pendek jalan ke setiawan

Esok aku dengan beberapa cikgu2 laki sekolah sks akan bertolak ke setiawan perak... jalan2 sambil merehatkan diri di sana a.k.a bercuti la... bermacam2 aktiviti telah dirancang.... tapi bukan aku yang rancang... ini semua idea otai2... aku diajak sekali.. so peluang baik ni rugilah kalau tolak... ingat kata pepatah.... jauh perjalanan luas pemandangan.... dan aku tambah sikit lagi bertambah pengetahuan....

esok kitorang akan bertolak kol 11 pagi dari sekolah... aku pun bukan tau sangat pasal benda nie... tapi yang pasti ada beberapa destinasi yang akan dituju sepanjang perjalanan ke sana nanti... so malam ni kenalah bersiap cas bateri kamera... esok nak guna... jangan tertinggal dah la...

balik plak.... mungkin boleh sampai sebelum kol 6 ptg... aku kena sampai sebelum kol 6 ptg sebab ada latihan band kat studio... wajib pergi...

apapun nanti balik dari sana aku ceritakan apa yang telah berlaku sepanjang percutian pendek ini...

dah siap tanda kertas


Huhhh lega rasa... dah siap tanda kertas pekse bebudak nie... esok dah boleh serah kertas kat cikgu berkenaan...

Khamis, 6 November 2008

tanda kertas sambil tengok citer seram


huhhh.. sampai sekarang tak siap lagi menanda kertas.... baru satu kelas siap.... sambil menanda kertas... aku sempat tengok citer kekasihku seru kat blog ni... sebenarnya aku tak pernah tekngok pun citer nie... yang aku tau pepaya jer... tapi aku dapat tahu citer kekasihku seru ni paling diminati.. jadi aku pun uploadlah citer nie... dan baru hari nie aku mula menonton citer nie... sekarang baru sampai episod 3 aku tengok... best gaklah... kenkadang tu seram gak... kalau nak lebih seram.. tengok citer 2 orang atau 3 orang... yang 2 orang tu berlakon jadi hantu... pastu yang menonton tu buat takut... barulah seram.. ye tak?

Rabu, 5 November 2008

Upload Citer

sambil aku menanda kertas pekse bebudak nie... aku ambil kesempatan.. oarang kata menyelam sambil minum air... aku uploadkan citer Kekasihku Seru kat koleksi Video... so leh lah ushar tengok kalau minat...

Mathematics tanda kertas pelawat chelsea

hari nie memurid pekse Mathematics... salah satu subjek yang aku ajar kat sekolah... adoiyai... dah selesai pekse aku plak kat umah kena setle menanda... aku kena tanda kertas kelas cikgu Riduan 5H dan 5U.. kertas kelas aku plak.. cikgu khatijah Ibrahim yang akan tanda... harap2 keputusan kali lebih baik daripada yang sebelumnya...

seperti yang aku katakan semalam... ada pelawat dari IAB akan datang... memang diorang datang pun.. tapi untuk sesi awal pagi aku masuk kelas macam biasa... kol sepuluh lebih gi bilik media pasang LCD dan waktu tu pelawat ada dalam bilik media tengah dengar penerangan guru besar... so aku amek kesempatan dengan selamber jer terangkan pasal astro yang dah tak digunakan dan digantikan dengan eduwebtv... alaaa yang aku p kursus 2 hari tu... x sangka dgn konfidennyer aku bercakap...

chelsea kalah pagi tadi 3-1... tapi aku relaks jer... tak risau lah..

Selasa, 4 November 2008

webtv pelawat koleksi video

Tadi aku p kursus eduwebtv... kali ni kena present apa yang telah kitorang buat dalam kumpulan semalam... so sumer ok jerlah hari nie... yang masalahnya nak kena buat kursus dalaman plak pasni.. ayoyo... apapun kursus nie penting untuk diadakan ini berkait rapat dengan pengajaran di masa sekarang yang memerlukan penggunaan internet yang meluas...

hari nie takde apa kerja cuma esok ada pelawat dari Institut Aminuddin Baki datang... so aku cam biasalah kena wat presentation...

sementara dok depan pc ni aku upload kanlah citer apa yang patut... nkorang bolehlah tengok kat koleksi video aku tue... aku update citer pepaya dengan tambah satu lagi link untuk tengok raja lawak plak

Isnin, 3 November 2008

lebih baik p sekolah... tapi...

hari ni aku rasa penat betul... yelah kena p kursus daripada kol 8 sampai kol 4... penat... letih mengantuk.... bukan apa... aku mengantuk sebab semalam penat lom hilang lagi... tak cukup tido plak tu.... esok kena sambung lagi kursus tu... kursus webtv untuk geguru media... penat pun terpaksa pegi.... aku rasa kalau gi sekolah lagi bagus sebab leh balik awal... tambahan pula sekarang ni memurid periksa... apapun aku terpaksa jugak melawan nafsu penat nie... sebab ilmu yang ada kat kursus ni lebih penting... yelah webtv ni adalah kaedah pengajaran terbaru... sangat baru diperkenalkan... so kalau tak belajar rugilah....

Ahad, 2 November 2008

hAdApiLah pEpeRikSaAn DenGan tEnaNg


Kepada memurid ku sumer harap dah sedia untuk hadapi peperiksaan.... jawab soalan tue tanda yang betul jer jangan tanda jawapan yang salah plak...

Hepi Chelsea Menang


huhhhh best giler lah hari nie... rasa hepi jer... masa kat perkhemahan tue aku tak tahu apa keputusan perlawanan Chelsea malam tu... kat berita pun tak kuar... Alangkah terkejutnya apabila mendapat tahu Chelsea menang besar hasil jaringan hatrik Anelka dan kemenangan yang berpihak kepada Chelsea 5-0 menentang pasukan Sunderland... huhh memang puas hati... dan yang menggembirakan lagi apabila Liverpool kalah dengan Tottenham 2-1... so sekarang Chelsea kembali mengunguli tahta EPL... Rabu ni lawan Roma plak

Khemah Bersepadu Tahun 6(El-Azzhar Camp)

Klik sini untuk tengok gambar

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah kerana aku dan geguru serta memurid yang p berkhemah telah selamat sampai ke sekolah lebih kurang jam 4.30 petang.... dah hampir 3 hari aku tak bukak blog nie.... terkejut jugak pasal dah ada 73 pelawat blog nie... timer kasih lah kerana sudi berkunjung di blog nie...

Nak citer cket pasal khemah tue.... huhhh perkhemahan yang melibatkan paling ramai murid kot... yelah sampai 107 orang... ramaikan? kitorang pegi sana bukan jalan kaki.. naik moto pun tak.. tapi naik bas sekolah... best tu.. rasa macam naik bas jer....

bertolak kol 3 sampai lebih kurang kol 5.... memurid sumer berkumpul dengar taklimat daripada fasi... kat situ memurid sumer diselenggara oleh fasi yang berpengalaman... aku dan beberapa orang guru nie kira pantau jer... aku, cikgu Zul dan cikgu Raisam stay kat situ sampai hari penutup... cikgu yang lain tak berkesempatan sebab banyak urusan kut...

lepas dengar taklimat memurid sumer kena pasang khemah... diorang kena tido kat khemah... nama pun perkhemahan... kalau tido kat chalet.. namanya penchaletan lah... pastu macam biasalah lah waktu solat..solatlah... malam baca yassin pastu aktiviti yang agak mengotorkan tetapi berfaedah iaitu meredah lumpur... huhhh habis kotor... padan muka diorang... tulah dok kat bandar diorang nie tak dapat main lumpur.. so malam tu habis berlumpur badan diorang...

macam2 lagilah aktiviti yang dijalankan... yang pentingnya mereka dapat enjoy dan dapat pengalaman yang baru daripada perkhemahan bersepadu tahun 6 ini... yelah buat kali terakhir sebelum meninggalkan sekolah tercinta nie...

waktu sebelum nak balik tadi plak... rasanya memang agak penatlah.... bukan bebudak jer... aku pun turut penat sama... mana tak nya... masa bebudak nie p buat aktiviti pagi tu... aku dan cikgu zul serta cikgu raisam telah menjalankan tugas mengemas khemah... cabut tali, pancang, lipat dll..

dah setle sebelum balik ada majlis penutup.. tapi aku tak sempat pegi sesbab tengah mandi masa tue... lepas setle sumer tue kitorang bergambar beramai-ramai di jeti... huhhh meriah betui...

balik kol 3 lebih... sampai kol 4.30 kat sekolah... tetiba air turun dari langit.. lebat... so cikgu Zul ajak p minum... best gaklah pekene pau ngan teh tarik... best... nanti ada masa aku upload gambar kat sini.... sekarang nie gambar tak banyak...

Khamis, 30 Oktober 2008

Khemah sumbat dalam beg

Esok aku kena p perkhemahan dekat banting bersama beberapa orang guru lain untuk aktiviti tahun 6... tapi bukan sumer murid pergi...cuma 106 orang jer...so malam ni kenalah kemas barang2 yang nak dibawa.. sumbat dalam beg.... aku bawak barang sikit jer.... tengoklah bebudak nanti... ada yang macam nak pindah rumah pun ada.... apa pun berkhemah esok dapatlah menjauhkan diri daripada kuala lumpur nie dan lehlah cari ketenangan sikit dan lupakan masalah yang mungkin takde

Rabu, 29 Oktober 2008

Penat cop demam rehat upload lagu


Huhh tadi agak bz jugak lah... penatnyer rasa.... sebab asal harie rabu jer memang jadual aku padat... sampai lupa nak cop kertas lukisan... so esok kena cop kertas lukisan... saper leh tolong ingatkan aku...? lupa plak tadi... hari tu masa hujan baru wat separuh.... harap esok dapat cop... pasal Isnin dah exam.. mujurlah Pn. khatijah ibrahim ingatkan aku..... aku plak tak dok kat blok D.. so payah lah cikgu tahun 5 nak jumpa.... tue lah masalah aku... mengajar tahun 5 dan 6... so terpaksa ke hulu dan ke hilir... aku malah nak ke hilir.. so aku stay kat hulu... aku suruh bebudak aku waktu kelas math jer dari kelas diorang ket hilir tu datang kat bengkel kh kat hulu.... senang sikit kerja.... tapi arie nie rasa penat jer... demam lagi.. tapi leh tahan lagi... benda nie kena lawan sebenarnya... kalau ikut hati nak jer cuti... tapi nak wat aper kan? cuti dah nak dekat... masa tue rehat ler puas2.
arie nie aku upload lagu kat mp3 blog nie.. so leh dengar banyak sikit lagu...

Selasa, 28 Oktober 2008

Siapkan Adab Belajar ulangkaji


Arie nie tak tau nak buat aper... so dah upload citer pepaya sampai episod 11. So arie nie isi buku adab Belajar...

huhhhh minggu nie dan minggu depan minggu ulangkaji untuk memurid sumer dan minggu sibuk buat cikgu2 untuk mengisi segala benda yang boleh disi...
So nkorang sebagai memurid dan anak kepada bapak dan mak.. tolonglah wat ulangkaji supaya dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akan datang... tak dapat nombor satu pun takpe .. yang penting nkorang dapat keputusan lebih baik daripada sebelum nie... sekurang-kurangnya mak bapak akan rasa hepi sikit.... tak lah sesia pengorbanan dia belanja kan korang p sekolah harie2....
nkorang study sekarang lepas pekse leh lah releks.... jangan banyak main sangat.... tak puas2 lagi ker main... dari kecik sampai besar main jer... takde keje lain ker... nanti dah kerja pun memain... hiiihhh apa nak jadi.... Semoga berjaya!!!

Isnin, 27 Oktober 2008

chelsea kalah upload pepaya


Kecewa sikit pasal semalam Chelsea kalah.. mujur kalah tipis.. apapun takpelah.. masih awal lagi.... lagi pu nie kan liga.... so ada 29 perlawanan lagi.

Harie nie aku upload citer Pepaya jer sebab tak tau nak wat apa... lagi pun dah lama tak update citer tue....

Ahad, 26 Oktober 2008

Chelsea vs Liverpool

Sat lagi chelsea akan memulakan perlawanan yang dijangka senget dan sengit apabila bertemu dgn pasukan Liverpool di tempat sendiri...

keputusan perlawanan tersebut akan paparkan di sini dari semasa ke semasa. Perlawanan akan bermula pada pukul 9.30 p.m

keputusan terkini Chelsea 0 - 1 Liverpool

(Xabi Alonso-10') liverpool menang

Sabtu, 25 Oktober 2008

Latihan band Kemas Khemah Chelsea

Semalam aku pergi latihan kat studio bersama abang Rav.. sebelum tue pi makan kat kedai mamak dulu... makan roti bakar... wahh.. bestlah rasanya latihan band semalam lagi best dari arie tue sebab ramai yang datang.... sampai umah kol 12 malam.... penat gaklah....

pagi nie aku p sekolah untuk kemas khemah... aku bantu cikgu Zul bersama cikgu Raisam untuk mengemas khemah bagi persiapan untuk memurid tahun 6 yang akan bercamping minggu depan...

malam esok perlawanan yang dinanti-nantikan... Chelsea vs Liverpool.... huhhh cam biasa aku harap chelsea dapat menang kat tempat sendiri.. paling kurang pun seri.. jangan kalah dahlah.....

Jumaat, 24 Oktober 2008

Buah Delima

Malu nak kongsi cerita nie... sebanarnya aku mencari buah delima selepas mendapat tahu buah itu elok dimakan dan boleh dijadikan sebagai ubat atau penawar penyakit yang melibatkan darah... cerita pasal khasiat buah ini memang terdapat dalam Al-Quran.... tapi aku tak pernah makan dan tak pernah tengok pun buah tue... yang teruknya internet depan mata pun aku tak terpikir nak guna untuk cari gambar buah nie....

Buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

apapun aku dah cipta sejarah tersendiri apabila merasmikan makan buah delima tepat jam 2.20 petang... huh macam nie rupanya.. sedap gak la... harap-harap ia dapat membantu temanku tue yang sedang menghidap luekimia.... sebagai manusia kita nie sepatutnya cuba makan apa saja jenis buah selagi ia halal dimakan.... kita kena cuba cari buah yang lain pulak... jangan asik2 durian, rambutan, ciku... kesian kat buah2 lain.. macam buah dadu pun kena cuba jugak...

Kementerian Pendikan Bangladesh terkejut jamuan perpisahan


arie nie pelawat dari Kementerian Pendidikan Bangladesh yang datang semalam datang lagi harie nie..... aku kena bertugas untuk bahagian ICT... so aku plan kol 8.40 pagi aku nak siap sedia la.... jadi sementara tunggu kol 8.40 pagi... macam biasa aku bawak bebudak 5 Setia buat revision/ulangkaji kat bengkel kemahiran hidup... bukan apa kat situ mudah sikit nak letakkan bebudak dalam kumpulan.... sebab aku dah bahagikan bebudak tu kepada 5 kumpulan.... senang nak bagi latihan... mana yang power tue aku bagi soalan susah2...

terkejut beruk aku... beruk pun terkejut tengok aku... aku rasalah..... mana taknya tetiba jer pelawat nak masuk bengkel tue.... so wat tak tau jelah... cikgu jusvinder yang terangkan semuanya... aku mengajar macam biasalah.... yang peliknya bebudak nie pun terkaku seperti air yang membeku di dalam peti ais rumah jiran tetanggaku...

so... semuanya ok... aku dapat makan free lagi harie nie.. makan roti jala lagi... huuhhhh sedappp...

selesai jer.... aku lepak kat bilek media.... tak lama kemudia aku dapat tahu ada jamuan tahun 5... alamak aku tak tau pun.. so tak pegilah.... jamuan perpisahan cikgu huda... alamak dia ngajar kelas aku plak tue.... tak sempat nak cakap apa2... apa pun kalau cikgu huda terbaca blog nie... aku amek kesempatan untuk ucapkan terima kasih sebab dah ajar bebudak kelas aku tue.... semoga berjaya kemana saja ekau berada.. yalah dengarnya nak berlepas ke Sarawak... jadi cikgu kat sana pulak....

Khamis, 23 Oktober 2008

Chelsea menang lagi


Lupalah nak catat pasal chelsea vs roma pagi tadi.... perghhh memang dijangka chelsea akan menang dalam pertemuan tersebut.... pagi tadi John Terry selaku kapten pasukan Chelsea telah berjaya menjaringkan sebutir gol berharga rm..... untuk memastikan kemenangan Chelsea dan kekal berkedudukan juara dalam kumpulan.... tahniah kepada semua penyokong Chelsea termasuk aku sendiri dan juga buat kawan sebelah suami jiran aku dulu yang juga berkawan dengan bekas laki mak tiri kepada adik angkat jiran sebelah rumah saudara pakcik Hussein yang pernah menuntut diUniversiti di Brazil dan merupakan sahabat baik kepada kawan baiknya iaitu Filipe Scolari