Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah kerana aku dan geguru serta memurid yang p berkhemah telah selamat sampai ke sekolah lebih kurang jam 4.30 petang.... dah hampir 3 hari aku tak bukak blog nie.... terkejut jugak pasal dah ada 73 pelawat blog nie... timer kasih lah kerana sudi berkunjung di blog nie...
Nak citer cket pasal khemah tue.... huhhh perkhemahan yang melibatkan paling ramai murid kot... yelah sampai 107 orang... ramaikan? kitorang pegi sana bukan jalan kaki.. naik moto pun tak.. tapi naik bas sekolah... best tu.. rasa macam naik bas jer....
bertolak kol 3 sampai lebih kurang kol 5.... memurid sumer berkumpul dengar taklimat daripada fasi... kat situ memurid sumer diselenggara oleh fasi yang berpengalaman... aku dan beberapa orang guru nie kira pantau jer... aku, cikgu Zul dan cikgu Raisam stay kat situ sampai hari penutup... cikgu yang lain tak berkesempatan sebab banyak urusan kut...
lepas dengar taklimat memurid sumer kena pasang khemah... diorang kena tido kat khemah... nama pun perkhemahan... kalau tido kat chalet.. namanya penchaletan lah... pastu macam biasalah lah waktu solat..solatlah... malam baca yassin pastu aktiviti yang agak mengotorkan tetapi berfaedah iaitu meredah lumpur... huhhh habis kotor... padan muka diorang... tulah dok kat bandar diorang nie tak dapat main lumpur.. so malam tu habis berlumpur badan diorang...
macam2 lagilah aktiviti yang dijalankan... yang pentingnya mereka dapat enjoy dan dapat pengalaman yang baru daripada perkhemahan bersepadu tahun 6 ini... yelah buat kali terakhir sebelum meninggalkan sekolah tercinta nie...
waktu sebelum nak balik tadi plak... rasanya memang agak penatlah.... bukan bebudak jer... aku pun turut penat sama... mana tak nya... masa bebudak nie p buat aktiviti pagi tu... aku dan cikgu zul serta cikgu raisam telah menjalankan tugas mengemas khemah... cabut tali, pancang, lipat dll..
dah setle sebelum balik ada majlis penutup.. tapi aku tak sempat pegi sesbab tengah mandi masa tue... lepas setle sumer tue kitorang bergambar beramai-ramai di jeti... huhhh meriah betui...
balik kol 3 lebih... sampai kol 4.30 kat sekolah... tetiba air turun dari langit.. lebat... so cikgu Zul ajak p minum... best gaklah pekene pau ngan teh tarik... best... nanti ada masa aku upload gambar kat sini.... sekarang nie gambar tak banyak...