Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Selasa, 2 Disember 2008

Fenomena Aneh Senyuman dari bulan




Bulan tersenyum semalam... huhhh mungkin petanda baik agaknya... memang pun petanda baik.. apa agaknya? rupa-rupanya harga minyak nak turun...

Sebenarnya itulah kekuasaan Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya... kita kenalah sentiasa tersenyum seperti bulan semalam... walaupun ditimpa pelbagai bencana.. semalam Allah telah menghadiahkan senyuman buat kita makhluknya yang sangat kerdil.. jadi tanam dan sematkanlah dalam hati rasa kesyukuran yang amat sangat kepadaNya..

Peristiwa semalam bukan mudah untuk kita lihat... beruntunglah siapa yang dapat tengok senyuman tersebut...

Hari ini bulan tetap tersenyum... tapi tidak seperti semalam... dengan mata sekali kita dapat lihat..

Harga minyak turun lagi... Syukur

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Ini merupakan penurunan kali keenam... baguslah tindakan PM kita menurunkan harga minyak walaupun sekarang ni orang dah mula diam dan tak bercerita lagi pasal minyak ni... walaubagaimanapun langkah tersebut memang wajar memandangkan harga minyak dunia telah turun mendadak... seharusnya harga minyak boleh diturunkan lagi... apapun nantikanlah penurunan kali ketujuh pula yer....

Bukan sahaja harga minyak wajar diturunkan bahkan barang-barang harian yang merupakan keperluan sama ada harian, bulanan, tahunan, dekatan, abadan, milineuman atau sebagainya perlu juga diturunkan.. yelah.. tak guna jugak harga minyak turun kalau harga barang tetap melambung... bukan apa... macam aku ni makan nasi bukan makan minyak... minyak tu sekali-sekala jer guna.... harga barang naik pun disebabkan harga minyak naik kan? jadi wajarlah diturunkan harga barang selari dengan penurunan harga minyak...

Jadi sempena dengan penurunan harga minyak ni.. marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana begitu prihatin tentang permasalahan rakyat....

Ahad, 30 November 2008

Hujan banjir bertenang bersabar berdoa


Sekarang nie boleh dikatakan hari2 hujan.... kadang2 tu buat kita takut tengok.. bukan apa.. kengkadang tu lebat sangat.. bila dah lebat tau tau jelah.. mulalah banjir... dekat kl bukan sekada rhujan lebat, banjir jer tambah lagi satu jalan jem dan kemalangan pasti berlaku... sebab tu lah kalau hujan lebih baik lepak kat rumah jer.. bukan kita nak kemalangan tu berlaku.... tapi ia tetap akan berlaku cuma tak tau mangsanya dan ianya berlaku tak semestinya dengan sengaja... kadang2 atas kesilapan orang lain atau keadaan yang memaksa...

deket kelantan dan terengganu sekarang dah mula merasa banjir... huhhh... mujurlah aku duduk kat rumah yang jauh dari kawasan banjir.. kalau tak jenuh juga nak berpindah... nak berak pun dah tentu susah.. ye tak? apa pun harap sesaper yang duduk kat kawasan banjir tu bertenang dan banyakkan bersabar... biasalah kalau korang tak duduk kawasan banjir tu sapa lagi nak duduk... rasanya sesaper yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir ni sudah pun siap sedia... apapun kita perlu beringat kerana berdasarkan pengalaman2 yang lepas memang ada ajer yang meninggal akibat dibawa arus deras... jadi hati-hatilah yer...

Pada kita yang tak berada di tempat mereka tu... sama-samalah berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin dan semuanya dalam keadaan sihat dan selamat.

Show amal

Pagi tadi kol 11 pagi aku dah menapakkan diri di time square.. macam biasalah show.. hari ni show yang keempat... untuk hari ini show amal jer... tapi bestlah.. enjoy.. patutnya 15 minit ajer tapi atas permintaan ramai kitorang main lagi sampai setengah jam.. huh bleh tahan penat tapi hepilah... show amal ni diadakan sempena meraikan hari aids sedunia... tapat sehelai t-shirt.. lepas show lepak kat dome.. apa lagi makan dan sembang-sembang pasal next show plak..

Sabtu, 29 November 2008

Al-Fatihah untuk Datuk Razali


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir secara mengejut ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands kira-kira 6.30 petang semalam.

Allahyarham berada di institut tersebut kerana menghadiri Konvensyen Nasional ke-8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Jenazah allahyarham tiba di kediamannya dari Hospital Bentong, Pahang kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di Kuala Terengganu kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Rohnya.. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.. kepada kita yang masih hidup ni sentiasalah juga beringat bahawa setiap yang hidup akan pergi jua akhirnya..

Jumpa Cikgu Matematik

semalam bz sikit... pergi uruskan loan asb kat maybank... tetiba terserempak dengan cikgu lama aku masa sekolah menengah... cikgu matematik... namanya Nor Aliza so sempatlah berbual sekejap.. dulu dia ajar aku matematik sekarang aku pulak jadi cikgu matematik... dia datang dengan anak dia.. tak sangka plak anak cikgu Aliza tu murid aku tahun lepas...
kalau ikutkan lebih daripada 3 orang cikgu yang mengajar aku dulu menyekolahkan anak-anak mereka kat sk setiawangsa... so baguslah... boleh balas budi.. rupa-rupanya kl ni tak sebesar mana pun... mana taknya.. pergi situ jumpa.. pergi sini jumpa...

Rabu, 26 November 2008

Sibuk Pindah

hari ni cikgu2 tahun 5 masih sibuk menyusun fail2 kuning... yang lain dah bercuti.. nampaknya dah siap dah kerja diorang.. esok dah boleh mula bercuti.. aku plak masih lagi belum siap lagi.. slow2 jer pasal aku stay kat kl... so anytime boleh p skolah.. sekolah semakin sunyi sebab cikgu2mula bercuti.... ada juga yang datang sekolah untuk mengemas barang kerana tahun depan guru 3 dan 5 tidak lagi menggunakan bilik guru blok D.. so terpaksa kemas barang pindah ke blok A.. begitu juga sebaliknya guru tahun 1 dan 2 yang akan berpindah dari blok A ke blok D.

Show ekspidisi

minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk... syukur ke hadrat Allah kerana aku telah berjaya dipilih untuk mewakili band diplomat of drums untuk membuat beberapa show sepanjang bulan ini iaitu bermula pada hari ahad di j.w marriott hotel dan selasa di shangri-la hotel....

memang bestlah dapat perform.. satu pengalaman baru juga buat aku tanpa disangka2... yelah mula2 saja nak isi masa lapang.. tapi akhirnya terpilih plak... apapun terima kasihlah kat abang Raj sebab sudi latih aku ni.. memula dengan main talking drum pastu surdo.. lepas ni dia nak aku berlatih main rebana plak... apapun memang bestlah....

tadi dapat mesej daripada cikgu rosli... dia bagitau satu lagi ekspidisi akan diadakan pada hari sabtu ini kat lumut.. so nak kepastian sama ada boleh pergi atau tidak... tapi aku rasa tak dapat pergi kot... sebab ari ahad ni ada show lagi..

Isnin, 24 November 2008

Pancing Kucing Show

semalam banyak perkara berlaku... sibuklah, tak sempat nak buat catatan... apapun hari nie aku ambil kesempatan nak citer sikit pasal semalam... pulang dari memancing udang kol 2.30 pagi sampai rumah tak rasa mengantuk... so aku buat catatan sikit kat blog apa berkaitan aktiviti memancing udang... sampai sekarang aku masih terasa lagi keseronokkan memancing udang, rasa nak p lagi lah...

pukul 3.30 petang.. kucing kesayanganku Amber telah beranak seperti mana telah dikatakan dulu... dia beranak pada tarikh 23 November 2008 bersamaan tempoh 63 hari mengandung. kesemua anaknya adalah 4 ekor... seekor saja yang sama warna iaitu putih... yang lain warna campur2.

malam kol 6.30 petang p rumah cikgu jusvinder sebab malam ni ada show dengan anak dia... abang rav...

Ahad, 23 November 2008

Ekspidisi Memancing Udang


Klik di sini untuk tengok gambar

Masa
- sehari semalam tapi tak bermalam
Peserta : En. Noorzeri (tuan rumah), En. wan rosli, En. Rosli, En. Panang, En. Shahidin, Ustaz Shauki, En. Azri (suami cikgu Noraini Misnan), En. Ehzam
Objektif - Mengisi masa lapang, mengeratkan hubungan silaturrahim, cari pengalaman baru, menenangkan fikiran, bergembira, membawa pulang 3kg udang,

7.30 pagi - berkumpul di sekolah dan sarapan di medan selera setiawangsa, makan roti canai dan minum teh tarik. kami berbincang tentang persediaan yang telah dan akan dilakukan selepas ini bagi memastikan ekspidisi kali ini berjaya.

8.00 pagi - kami seramai 8 orang guru lelaki sahaja terlibat dalam aktiviti ini yang mana salah seorangnya iaitu cikgu Noorzeri merupakan tuan rumah telah pun bersiap sedia di kampungnya di perak. kami seramai 7 orang yang masih di KL memulakan perjalanan dengan menaiki kenderaan yang mengujakan iaitu alphard yang dipandu oleh pemiliknya cikgu wan rosli.

10.15 pagi - Cikgu Noorzeri mennggu kedatangan kami dan menjadi pemandu arah untuk membawa kami ke kampung halamannya. beliau menaiki scrambler... sampai di rumah kami di jamu dengan minuman dan membuat sedikit persiapan untuk ke sungai... sementara itu, cikgu noorzeri dan ustaz pergi ke rumah adik cikgu noorzeri untuk mengambil lori.. kami berbual dan sempat bergambar sedikit sebanyak sementara menunggu lori sampai..

11.30 pagi - kami mula manaiki lori untuk ke sungai.. macam tak tau pulak.. lori hanya boleh muat 2 atau 3 orang jer kat depan... so cikgu noorzeri dan cikgu rosli duduk di bahagian depan dan ditugaskan untuk menjadi pemandu secara bergilir2. kami yang lain ni kenalah duduk atau berdiri di bahagian belakang... kalau cikgu rosli bawa lori kita semua dinasihatkan memakai helmet.

11.45 pagi - sampai di sungai turunkan barang2 dan alatan memancing dari lori... kami menanti di abang dan adik kepada cikgu noorzeri yang juga turut serta dalam program ini. kami memulakan perjalanan menaiki 3 buah bot kesemuanya... semangat berkobar-kobar bercampur keseronokan kerana telah berjaya sampai ke sungai tersebut dengan selamat dan turut menanam azam untuk membawa seberapa banyak udang galah....

11.50 pagi - sampai di destinasi tempat memancing.. pertama sekali bot perlu diikat pada dahan, ranting atau batang pokok kemudian sauh akan ditunkan... apabila kedudukan bot sudah seimbang.. apalagi mulalah pasang umpan dan kemudian mulalah memancing... pengalaman memancing pada ekspidisi pertama dulu telah banyak membantu meningkatkan teknik dan kemahiran... di sini banyak lagi teknik baru dan kemahiran baru telah diperolehi.... suasana agak muram apabila kami tidak mendapat seekor udang pun....

12.30 tengah hari - mula dapat udang.... tapi hanya 2 3 orang jer yang dapat... mungkin takde rezeki agaknya... takpalah.... alamak batang pencing cikgu rosli terjatuh ke dalam sungai... cuba pancing batang pancing tersebut namun gagal... takpelah dah bukan rezaki nak buat macam mana... ada hikmahnya tu... yelah kalau tak jatuh dalam sungai tu mungkin bendatu akan patah atau hilang... sama jer... itu sebenarnya Allah nak uji kesabaran cikgu rosli... nampaknya cikgu rosli dapat terima hakikat.... walaupun pada mulanya cuba nak terjun ke dalam sungai tersebut...

1.00 petang - mula berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain... kemudian makan nasi goreng, bihun goreng dan juga biskut di atas bot.... seronok jugak rasanya... memang berbeza dengan aktiviti lain... apabila berhijrah ditempat yang lain tangkapan udang kami mula bertambah... mulalah kami berasa teruja dan perasaan yang mulanya sedikit hampa telah terubat... seekor demi seekor udang telah berjaya dipancing....

2.30 petang - cikgu wan rosli memaklumkan secara terbuka.... barang siapa tidak mendapat hasil tangkapan.. makan bolehlah balik sendiri tak boleh naik alphard... pada masa ini masih ada yang belum dapat hasil... mungkin udang2 mendengar apa yang diperkatakan oleh cikgu wan rosli... tidak lama kemudian aku dan beberapa orang yang tak dapat hasil lagi tetiba dapat... bukaan sikit... banyak ler jugak... jadi lengkaplah.... semua yang join aktiviti ini telah berjaya membawa pulang hasil tangkapan atas usaha titik peluh sendiri... untuk makluman semua cikgu wan rosli ni nampak jer garang... rupa-rupanya takut cacing... tapi respect lah pasal tetap meneruskan aktiviti memancing ini dan turut mendapat hasilnya... memang puas hatilah..

5.30 petang - kami mula bersiap untuk pulang... seronok tak terhingga apabila melihat hasil tangkapan begitu memuaskan bagi kami yang baru mula nak menjinakkan diri dalam aktiviti sebegini.. syukur rasanya kerana cuaca pada hari ini cantik.. hujan pun renyai2 sahaja... sampai dijeti turunkan barang dari bot dan bergambar dengan hasil tangkapan.. bersihkan bot dan juga mengangkat bot untuk dikembalikan ke tempat asalnya..

6.00 petang - naik lori pulang ke rumah.... sampai dirumah terus bersiap untuk sembahyang jamak... sebelum tu mandi dulu.. lepas solat tu kami makan beramai-ramai...

6.45 petang - huhhhh lega rasanya sebab dapat mengisi perut yang lapar... makan sambil bercerita tentang apa yang berlaku tadi...

7.15 petang - solat jamak maghrib dan isya'... lepas solat kami menyambut hari ulang tahun cikgu wan rosli... kebetulan juga suami kepa cikgu noraini misnan yang turut serta juga lahir pada tarikh yang sama.. 22 november.. bestnya dapat makan kek.. sambil makan tu sempat bersembang bersama ayah dan ibu cikgu noorzeri... tidak nampak sedikit pun riak kekecewaan pada wajah kami semuanya tersenyum lebar cuma nampak sedikit penat aje...

8.30 malam - kalau ikut perancangan.. malam ni juga kami akan pulang ke KL.. so cikgu wan rosli yang akan memandu selepas ni melelapkan matanya... perancangan awal pukul 9 malam nak bertolah ke kedai mee rebus mastam ghani... tapi melihatkan cikgu wan yang baru terlena tadi.. kami mengubah perancangan untuk memulakan perjalanan pada tepat jam 10 malam...

9.45 malam - kami semua mula mengemas barang2 untuk dimaasukkan ke dalam kereta... termasuklah hasil tangkapan tadi... sebelum itu kami mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga cikgu noorzeri yang begitu ikhlas menerima kami semua sebagai tetamu.. dan banyak menyumbangkan ilmu kepada kami sepanjang menjalankan aktiviti di sini..

10.00 malam - menuju ke teluk intan.. cari kedai mee rebus mastam ghani... alamak sesampai di sana..

10.30 malam - destinasi yang ingin dituju tersebut telah ditutup... jadi kami terpaksa mencari tempat lain ler... sementara itu sempatlah singgah di menara condong dan bergambar di sana... selepas itu kami terus mencari kedai makan gulam rasul...

11.15 malam - sampai di gulam rasul kami order apa yang patut sambil menonton perlawanan bola sepak diatara liverpool dengan pasukan fulham....

12.00 tengah malam - bersalam dengan cikgu norzeri dan ucap terima kasih kepada beliau kerana telah sama-sama menjayakan program yang dirancang... kami memulakan perjalanan pulang ke KL...

2.30 pagi - sampai di sekolah setiawangsa.. turunkan barang2 dan sesi pengagihan udang telah dijalankan. selepas bersalaman kami pun pulanglah ke rumah masing2.. sekian terima kasih.

Rumusan - alhamdullilah ekspidisi kami kali ini berjaya dengan sempurna.. mencapai objektif yang dikehendaki. keseronokkan yang tidak terhingga sepanjang berada di sini membuatkan kami berasa ingin mengadakan kembali aktiviti sebegini yang juga menjadi aktiviti susulan selepas ini.. selepas ini aktiviti ini akan dirancang dengan lebih teliti... dan melibatkan program bermalam.. baru syok. kepulangan kami membawa seribusatu kenangan dan pengalaman yang mungkin dapat menarik lebih ramai cikgu2 untuk join aktiviti sebegini.. memang menyeronokkan. bagi aku sendiri yang tak pernah memancing udang memang sangat teruja... pada mulanya pada aku cukuplah seekor udang asalkan dapat... tapi tanpa menyangka lebih sepuluh ekor jugak dapat ditawan... lepas ni rasa boleh dapat lebih lagi... bila sampai rumah... aku berfikir sejenak.. pasal apa abang kepada cikgu norzeri tu asyik dapat jer.. kejap-kejap dapat... sampai kitorang nie jeles... rupa-rupanya dia pasang lebih dari 2 batang pancing... patutlah asyik dapat....

Jumaat, 21 November 2008

Selamat bercuti dan hati-hati

esok dah mula cuti bagi cecikgu sekolah setiawangsa dan sesaper jer yang bercuti esok... dengar citer ramai yang nak pulang ke kampung... cam biasa hati-hati diudara pada yang menaiki kapal terbang... hati-hati dilautan bagi yang menaiki bot dan feri... hati-hati di hutan bagi yang menunggang scambler dan berhati-hati dijalan raya pada mereka yang memandu kereta, menunggang motor atau berkuda ketika pulang ke kampung..

masa di kampung tu lapangkanlah fikiran... supaya tahun depan dapat memulakan sesi baru dengan penuh semangat dan dengan azam yang baru.... terutamanya cecikgu tahun 6 yang perlu mempertahankan rekod pencapaian UPSR yang cemerlang buat julung kalinya tahun ini....

Khamis, 20 November 2008

nekad drums ubahsuai

sibuknya rasa... puas aku pikir....pasal nak p mancing udang tu.... aku nekad jugak nak pergi.... mujur balik arie tu jugak. kalau tak tak dapat nak pergi sebab aku ada show bersama kumpulan diplomats of drums hari ahad ni. Abang Rav baru hantar mesej tadi suruh datang esok cam biasa latihan kat studio...
esok p sekolah nak kena kemas barang kat bilik guru... sebab masa cuti nie bilik guru tu akan diubahsuai dan diperbesarkan lagi... so barang2 kat bilik tu kena alihlah....

Markah Pelawat Pancing Udang

tadi kat sekolah cecikgu yang rajin sibuk menyambung kerja semalam yang masih belum siap... aku pun macam tu jugak... tapi masih tak dapat siapkan lagi... maklumlah lembap sikit... tapi dah dapat semua markah cume lepas ni nak kena hantar markah tu kat cikgu shikin @ s/u peperiksaan.. kalau tak bagi karang susah dia nak buat kerja...

macam selalulah sekolah ni didatangi pula oleh seramai ramai orang pelawat dari SK Bandar Baru Uda JB, Johor. aku ingatkan tak kena bertugas... sebab aku sibuk nak setlekan kelas aku... rerupanyer kena jugak... ala tolong picit mouse jer... bukan susah.. pastu pasang lagu... nampaknyer cecikgu yang datang melawat tue agak terkejut beruk dan beruk juga turut terkejut melihat mereka terkejut.... apa yang diorang terkejut tu? sebenarnya terkejutlah dengan persekitaran sekolah, kejayaan sekolah dan sebagainya... dan yang penting diorang dapat lihat gegeru sekolah setiawangsa nie rajin2 belaka... yelah waktu cuti ni sibuk kat sekolah....

arie sabtu ni beberapa orang cikgu lelaki yang mempunyai masa free atau ingin melapangkan fikiran akan mengadakan satu lagi program bercuti... ala buka lama pun sehari jer... programutamanya adalah memancing udang... uhhh seronoknya... mungkin ada yang dah pernah memancing udang... tapi berbeza kalau kita memancing udang dengan rakan2 sekerja... lebih seronok rasanya... apapun aku belum pasti dan belum buat keputusan lagi nak pergi atau tidak... nak kena cek jadual semula... rugi rasanya kalau tak pergi

Rabu, 19 November 2008

Mesyuarat masuk markah

arie nie cam semalam gak kena p sekolah, kol 9 pagi mula mesyuarat. bukan semua cikgu terlibat. yang tak terlibat dengan mesyuarat tersebut sibuklah mengemaskini kerja2 yang masih terbengkalai.. betullah tak rasa macam cikgu hari ni... rasa macam kerani pun ada... aku punya kerja masih tak siap lagi pasal ada satu markah jer lagi tak dimasukkan... bila dah dapat markah tu.. legalah sikit... disebabkan kerja yang masih belum selesai.. aku terpaksa pergi sekolah lagi...

Selasa, 18 November 2008

Sekolah kerja cuti janggal


huhhh masih ada banyak kerja walaupun sekolah dah cuti... tak macam tahun lepas... cuti sekolah dah dapat tenangkan fikiran sikit.... mungkin disebabkan perubahan pada jadual peperiksaan yang ditetapkan oleh kementerian iaitu seminggu sebelum cuti sekolah menyebabkan berlaku kesulitan dan lambakan kerja yang sepatutnya telahpun selesai tetapi kini masih belum sempurna... markah yang kertas peperiksaan ada yang masih belum dapat ditanda habis...
oleh itu ibubapa hanya boleh mengetahui keputusan atau markah peperiksaan PKSR2 tempohari pada 5 Januari 2009... harap2 tahun depan lebih baik daripada tahun ini... apapun yang tak bestnya lagi.... ialah pergi sekolah masa cuti... adoi... rasa janggal pulak.

Kursus kat sekolah citer sofbol

memang tak best tapi kena pergi sekolah.... jiwa mula memberontak... arggghhhh... tak adil... apsal bebudak sumer boleh cuti tapi cikgu2 tak boleh... adoiyai.. hari kena p sekolah pastu kena bagi ceramah pasai eduwebtv... adoi.. mujurlah ok jer tadi... dahlah tak buat persiapan lengkap... bukan apa... ada banyak hal lain.. pastu tak berapa sihat.... apapun oklah cuma masalah internet.... silap aku jugak pasal tak cek port belakang CPU tu... aman bagi tau aku port tu tak cocok betul2....
ceramah tadi 3 jam jer lepas tu cikgu fazarul pulak sambung cerita pasal Pendidikan jasmani kesihatan...

pastu sebelum balik bincang dengan cikgu sukardi pasal softball... tahun depan nak buat klinik softball... nak pastikan sekolah setiawangsa nie boleh juara tahun depan... insyaAllah.. aku yakin sekolah setiawangsa boleh juara kalau sekolah lain dapat dikalahkan.... anda pun rasa begitukan?

Jumaat, 14 November 2008

Hari Akhir sekolah angkat kerusi

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan.. memandangkan esok adalah hari cuti bagi sumer memurid yang bersekolah di Malaysia.. seperti yang sumer tahu sekolah ini telah melakukan beberapa rombakan bagi memulakan sesi klusternya... antaranya termasuklah sesi persekolahan ditambah sebanyak 1 jam, tahun 1 bertukar ke sesi pagi... tahun 2 sesi petang... bukan itu sahaja... beberapa orang guru pagi turut terpaksa berhijrah ke sesi petang dan sebaliknya... Apapun bagi mereka yang memang mempunyai kekangan dan masalah apabila bertukar sesi... harap bersabar dan anggaplah ini satu cabaran dan dugaan... begitu juga aku... tapi aku still lagi sesi pagi...

akibat pertukaran sesi tersebut.. rombakan kelas juga dilakukan... tahun 5 yang sebelum ini melepakkan diri mereka di blok D.. terpaksa berpindah ke blok A dan B....

alamak... malam karanglah sambung... ada hal pulak.. nak p rumah cikgu jusvinder..

tengok gambar kat sini

Khamis, 13 November 2008

Syukur UPSR Cemerlang


Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya murid-murid SK Setiawangsa yg juga merupakan tempat aku mengajar telah berjaya mencapai keputusan yang sangat membanggakan.. keputusan UPSR yang terbaik bagi sekolah ini dengan seramai 118 orang murid telah berjaya mendapat 5A....

Biasalah keputusan ini akan memberi sedikit tekanan pada geguru sumer untuk lebih bekerja keras tambahan pula sekolah ini telah diisytiharkan sebagai sekolah kluster.. so tahniah kepada sumer yang mendapat keputusan tidak kiralah cemerlang ke tidak... yang penting anda telah cuba sedaya yang mampu.... masih banyak masa untuk anda buktikan kejayaan anda walaupun munkin mendapat keputusan yang agak mengecewakan sekarang ini...

Rabu, 12 November 2008

Debar UPSR sibuk cuti


tinggal 2 hari lagi nak cuti sekolah... memurid semua memang tak sabar menanti hari tersebut... tapi apa yang penting... saat yang mendebarkan bagi bebudak senior kat sekolah tu.. memurid tahun 6... diorang berdebar menanti detik-detik cemas mendengar keputusan UPSR yang akan dibacakan esok oleh Tn. Hj. Ruslan b. Madon GB SKS...

sudah tentu esok sekolah ini akan dipenuhi ibubapa yang turut ingin mendengar dan melihat keputusan yang berjaya dicapai oleh anak2 masing2... so biasalah sebagai manusia kita hanya merancang tetapi tuhan yang bakal menentukan segalanya.... apa yang di kehendaki tidak semestinya dipenuhi... namun kita perlu terus berdoa dan berharap agar keputusan yang akan diumumkan esok adalah yang membanggakan....

bagi geguru sumer terutamanya guru kelas... memang sibuk sepanjang minggu ni... sabar jelah yer.. mana taknya.. nak isi laporan itu laporan ini... huhhh... dan yang paling tak bestnya apabila mendapat tahu bahawa guru perlu berada di sekolah sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni.. emmhmm.... tak bestnyer... tapi apa kan daya dah tugas terpaksalah... mana yang dah siap buat rancangan tu terpaksalah membatalkan rancangan mereka... haa.. kan dah kata kita hanya merancang tapi tuhan jua yang menentukan...



Smoga Memurid Tahun 6 SKS Sumer Gembira esok.....

Isnin, 10 November 2008

jumpa pindah satu jam kahwin

minggu nie merupakan minggu terakhir persekolahan... pagi tadi ada perhimpunan cam biasa.. lepas perhimpunan ada perjumpaan sekejap dengan guru besar bersama guru2... masa nie guru besar pesan apa yang patut untuk persiapan penutup sesi persekolahan 2008 dan sedikit persediaan sesi 2009..

GB bagi tau siapa yang telah sah dapat pindah... antaranya ialah cikgu kalsom(guru muzik) dan cikgu fazal(guru bahasa inggeris), so sebelum pindah kena wat keje cam biasalah selagi belum keluar berakhir dari tarikh perkhidmatan di sk setiawangsa ni... sepanjang diorang berada di sini banyak dah pengorbanan yang telah dicurahkan... tapi kerana keadaan memaksa diorang terpaksa pindah kerana ikut suami dan ikut ....?

beliau telah memaklumkan pada kami berkenaan sesi persekolahan tahun depan bagi sekolah kluster ditambah lagi satu jam... ini bermakna sesi persekolahan akan berakhir pada pukul 2...

sepanjang 2 minggu cuti yang akan bermula paa 16 november ni... kitorang sebenarnya kena stay kat sekolah untuk sesi kursus dalaman dan pengurusan naik darjah dan beberapa hal berkaitan... so aku terlibat sama kena beri kursus dalaman pada geguru sumer..

last sekali cikgu riduan memaklumkan tarikh perkahwinannya dengan tunangnya yang tersayang.. cikgu Azwana... cikgu satu sekolah... tahniah diucapkan... harp diorang nie bahagia ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah.