Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 20 November 2008

Markah Pelawat Pancing Udang

tadi kat sekolah cecikgu yang rajin sibuk menyambung kerja semalam yang masih belum siap... aku pun macam tu jugak... tapi masih tak dapat siapkan lagi... maklumlah lembap sikit... tapi dah dapat semua markah cume lepas ni nak kena hantar markah tu kat cikgu shikin @ s/u peperiksaan.. kalau tak bagi karang susah dia nak buat kerja...

macam selalulah sekolah ni didatangi pula oleh seramai ramai orang pelawat dari SK Bandar Baru Uda JB, Johor. aku ingatkan tak kena bertugas... sebab aku sibuk nak setlekan kelas aku... rerupanyer kena jugak... ala tolong picit mouse jer... bukan susah.. pastu pasang lagu... nampaknyer cecikgu yang datang melawat tue agak terkejut beruk dan beruk juga turut terkejut melihat mereka terkejut.... apa yang diorang terkejut tu? sebenarnya terkejutlah dengan persekitaran sekolah, kejayaan sekolah dan sebagainya... dan yang penting diorang dapat lihat gegeru sekolah setiawangsa nie rajin2 belaka... yelah waktu cuti ni sibuk kat sekolah....

arie sabtu ni beberapa orang cikgu lelaki yang mempunyai masa free atau ingin melapangkan fikiran akan mengadakan satu lagi program bercuti... ala buka lama pun sehari jer... programutamanya adalah memancing udang... uhhh seronoknya... mungkin ada yang dah pernah memancing udang... tapi berbeza kalau kita memancing udang dengan rakan2 sekerja... lebih seronok rasanya... apapun aku belum pasti dan belum buat keputusan lagi nak pergi atau tidak... nak kena cek jadual semula... rugi rasanya kalau tak pergi