Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 23 November 2008

Ekspidisi Memancing Udang


Klik di sini untuk tengok gambar

Masa
- sehari semalam tapi tak bermalam
Peserta : En. Noorzeri (tuan rumah), En. wan rosli, En. Rosli, En. Panang, En. Shahidin, Ustaz Shauki, En. Azri (suami cikgu Noraini Misnan), En. Ehzam
Objektif - Mengisi masa lapang, mengeratkan hubungan silaturrahim, cari pengalaman baru, menenangkan fikiran, bergembira, membawa pulang 3kg udang,

7.30 pagi - berkumpul di sekolah dan sarapan di medan selera setiawangsa, makan roti canai dan minum teh tarik. kami berbincang tentang persediaan yang telah dan akan dilakukan selepas ini bagi memastikan ekspidisi kali ini berjaya.

8.00 pagi - kami seramai 8 orang guru lelaki sahaja terlibat dalam aktiviti ini yang mana salah seorangnya iaitu cikgu Noorzeri merupakan tuan rumah telah pun bersiap sedia di kampungnya di perak. kami seramai 7 orang yang masih di KL memulakan perjalanan dengan menaiki kenderaan yang mengujakan iaitu alphard yang dipandu oleh pemiliknya cikgu wan rosli.

10.15 pagi - Cikgu Noorzeri mennggu kedatangan kami dan menjadi pemandu arah untuk membawa kami ke kampung halamannya. beliau menaiki scrambler... sampai di rumah kami di jamu dengan minuman dan membuat sedikit persiapan untuk ke sungai... sementara itu, cikgu noorzeri dan ustaz pergi ke rumah adik cikgu noorzeri untuk mengambil lori.. kami berbual dan sempat bergambar sedikit sebanyak sementara menunggu lori sampai..

11.30 pagi - kami mula manaiki lori untuk ke sungai.. macam tak tau pulak.. lori hanya boleh muat 2 atau 3 orang jer kat depan... so cikgu noorzeri dan cikgu rosli duduk di bahagian depan dan ditugaskan untuk menjadi pemandu secara bergilir2. kami yang lain ni kenalah duduk atau berdiri di bahagian belakang... kalau cikgu rosli bawa lori kita semua dinasihatkan memakai helmet.

11.45 pagi - sampai di sungai turunkan barang2 dan alatan memancing dari lori... kami menanti di abang dan adik kepada cikgu noorzeri yang juga turut serta dalam program ini. kami memulakan perjalanan menaiki 3 buah bot kesemuanya... semangat berkobar-kobar bercampur keseronokan kerana telah berjaya sampai ke sungai tersebut dengan selamat dan turut menanam azam untuk membawa seberapa banyak udang galah....

11.50 pagi - sampai di destinasi tempat memancing.. pertama sekali bot perlu diikat pada dahan, ranting atau batang pokok kemudian sauh akan ditunkan... apabila kedudukan bot sudah seimbang.. apalagi mulalah pasang umpan dan kemudian mulalah memancing... pengalaman memancing pada ekspidisi pertama dulu telah banyak membantu meningkatkan teknik dan kemahiran... di sini banyak lagi teknik baru dan kemahiran baru telah diperolehi.... suasana agak muram apabila kami tidak mendapat seekor udang pun....

12.30 tengah hari - mula dapat udang.... tapi hanya 2 3 orang jer yang dapat... mungkin takde rezeki agaknya... takpalah.... alamak batang pencing cikgu rosli terjatuh ke dalam sungai... cuba pancing batang pancing tersebut namun gagal... takpelah dah bukan rezaki nak buat macam mana... ada hikmahnya tu... yelah kalau tak jatuh dalam sungai tu mungkin bendatu akan patah atau hilang... sama jer... itu sebenarnya Allah nak uji kesabaran cikgu rosli... nampaknya cikgu rosli dapat terima hakikat.... walaupun pada mulanya cuba nak terjun ke dalam sungai tersebut...

1.00 petang - mula berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain... kemudian makan nasi goreng, bihun goreng dan juga biskut di atas bot.... seronok jugak rasanya... memang berbeza dengan aktiviti lain... apabila berhijrah ditempat yang lain tangkapan udang kami mula bertambah... mulalah kami berasa teruja dan perasaan yang mulanya sedikit hampa telah terubat... seekor demi seekor udang telah berjaya dipancing....

2.30 petang - cikgu wan rosli memaklumkan secara terbuka.... barang siapa tidak mendapat hasil tangkapan.. makan bolehlah balik sendiri tak boleh naik alphard... pada masa ini masih ada yang belum dapat hasil... mungkin udang2 mendengar apa yang diperkatakan oleh cikgu wan rosli... tidak lama kemudian aku dan beberapa orang yang tak dapat hasil lagi tetiba dapat... bukaan sikit... banyak ler jugak... jadi lengkaplah.... semua yang join aktiviti ini telah berjaya membawa pulang hasil tangkapan atas usaha titik peluh sendiri... untuk makluman semua cikgu wan rosli ni nampak jer garang... rupa-rupanya takut cacing... tapi respect lah pasal tetap meneruskan aktiviti memancing ini dan turut mendapat hasilnya... memang puas hatilah..

5.30 petang - kami mula bersiap untuk pulang... seronok tak terhingga apabila melihat hasil tangkapan begitu memuaskan bagi kami yang baru mula nak menjinakkan diri dalam aktiviti sebegini.. syukur rasanya kerana cuaca pada hari ini cantik.. hujan pun renyai2 sahaja... sampai dijeti turunkan barang dari bot dan bergambar dengan hasil tangkapan.. bersihkan bot dan juga mengangkat bot untuk dikembalikan ke tempat asalnya..

6.00 petang - naik lori pulang ke rumah.... sampai dirumah terus bersiap untuk sembahyang jamak... sebelum tu mandi dulu.. lepas solat tu kami makan beramai-ramai...

6.45 petang - huhhhh lega rasanya sebab dapat mengisi perut yang lapar... makan sambil bercerita tentang apa yang berlaku tadi...

7.15 petang - solat jamak maghrib dan isya'... lepas solat kami menyambut hari ulang tahun cikgu wan rosli... kebetulan juga suami kepa cikgu noraini misnan yang turut serta juga lahir pada tarikh yang sama.. 22 november.. bestnya dapat makan kek.. sambil makan tu sempat bersembang bersama ayah dan ibu cikgu noorzeri... tidak nampak sedikit pun riak kekecewaan pada wajah kami semuanya tersenyum lebar cuma nampak sedikit penat aje...

8.30 malam - kalau ikut perancangan.. malam ni juga kami akan pulang ke KL.. so cikgu wan rosli yang akan memandu selepas ni melelapkan matanya... perancangan awal pukul 9 malam nak bertolah ke kedai mee rebus mastam ghani... tapi melihatkan cikgu wan yang baru terlena tadi.. kami mengubah perancangan untuk memulakan perjalanan pada tepat jam 10 malam...

9.45 malam - kami semua mula mengemas barang2 untuk dimaasukkan ke dalam kereta... termasuklah hasil tangkapan tadi... sebelum itu kami mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga cikgu noorzeri yang begitu ikhlas menerima kami semua sebagai tetamu.. dan banyak menyumbangkan ilmu kepada kami sepanjang menjalankan aktiviti di sini..

10.00 malam - menuju ke teluk intan.. cari kedai mee rebus mastam ghani... alamak sesampai di sana..

10.30 malam - destinasi yang ingin dituju tersebut telah ditutup... jadi kami terpaksa mencari tempat lain ler... sementara itu sempatlah singgah di menara condong dan bergambar di sana... selepas itu kami terus mencari kedai makan gulam rasul...

11.15 malam - sampai di gulam rasul kami order apa yang patut sambil menonton perlawanan bola sepak diatara liverpool dengan pasukan fulham....

12.00 tengah malam - bersalam dengan cikgu norzeri dan ucap terima kasih kepada beliau kerana telah sama-sama menjayakan program yang dirancang... kami memulakan perjalanan pulang ke KL...

2.30 pagi - sampai di sekolah setiawangsa.. turunkan barang2 dan sesi pengagihan udang telah dijalankan. selepas bersalaman kami pun pulanglah ke rumah masing2.. sekian terima kasih.

Rumusan - alhamdullilah ekspidisi kami kali ini berjaya dengan sempurna.. mencapai objektif yang dikehendaki. keseronokkan yang tidak terhingga sepanjang berada di sini membuatkan kami berasa ingin mengadakan kembali aktiviti sebegini yang juga menjadi aktiviti susulan selepas ini.. selepas ini aktiviti ini akan dirancang dengan lebih teliti... dan melibatkan program bermalam.. baru syok. kepulangan kami membawa seribusatu kenangan dan pengalaman yang mungkin dapat menarik lebih ramai cikgu2 untuk join aktiviti sebegini.. memang menyeronokkan. bagi aku sendiri yang tak pernah memancing udang memang sangat teruja... pada mulanya pada aku cukuplah seekor udang asalkan dapat... tapi tanpa menyangka lebih sepuluh ekor jugak dapat ditawan... lepas ni rasa boleh dapat lebih lagi... bila sampai rumah... aku berfikir sejenak.. pasal apa abang kepada cikgu norzeri tu asyik dapat jer.. kejap-kejap dapat... sampai kitorang nie jeles... rupa-rupanya dia pasang lebih dari 2 batang pancing... patutlah asyik dapat....