Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 19 Julai 2009

Soh Rakan Se Maktab

Wanita yang berbaju putih ni (Soh Sher Wei) kira kawan jugak lah dengan saya. Sebab dia ni satu batch dengan saya ketika menuntut di Maktab Perguruan Batu Pahat..
Memang kenal sangat ler dia ni lagipun 3 tahun duduk kat maktab tu... tambahan pula saya antara yang rapat dengan bebudak Pengajian Cina/Kemahiran Hidup nie... dan satu lagi waktu pendidikan Jasmani kitorang akan berkumpul bersama dengan satu pensyarah yang sama iaitu Pn czarina Law.... best rasanya masa tu... macam nak kembali semula ke sana... lagipun dia exco JPP kat maktab... tu yang familiar sangat tu...

Diorang sumer jenis sempoi dan suka bergurau jugak... tapi tak sangka pulak dia boleh jadi popular sebab kematian bakal suaminya, Teoh Beng Hock iaitu setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru Selangor, yang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaubagaimanapun kes ini dalam siasatan. Tapi Kesian ler dekat Soh. Saya nak cadangkan Copie kawan saya kat maktab dulu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada dia ni... harap copie setuju..

Nukilan Soh

Beng Hock, kau tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesan.

Kau kata, masih banyak yang kita ingin lakukan bersama.

Banyak lagi tempat yang sepatutnya kita kunjungi

Kau kata akan menemaniku sepanjang perjalanan hidup ini

Tapi apa yang harus kulakukan sekarang?

Bagaimana dapat kita bertemu lagi?

Kau sentiasa di ingatanku

Aku selalu mengingatimu... aku mahu dikau kembali, muncul semula di pangkuanku

Dalam beberapa hari ini, aku sentiasa menantimu

Tetapi ia sungguh mengecewakan

Aku hanya ingin tahu sama ada kau selamat, apakah kau menderita?

Jangan biarkan aku terus menunggu? Aku mahu menemuimu sekali lagi. Cukuplah walau sekali.

Bila titisan air mataku tidak dapat menghidupkan dirimu

Aku terpaksa menerima hakikat kau telah pergi buat selama-lamanya

Hari ini, aku masih perlu mengucapkan selamat tinggal

Aku berjanji, aku akan jalani kehidupan seadanya.

Tetapi, kau mesti berjanji sentiasa di sisiku, dan kita bersama-sama membesarkan (bayi ini).

Beng Hock, perjalanan kita berdua dalam hidup ini sudah berakhir.

Tetapi aku berharap, kalaulah ada kehidupan selepas ini, aku amat berharap kita dapat bersama-sama meneruskan perjalanan kita.

Kekasihku, semoga dikau tenang di alam abadi.

Sabtu, 18 Julai 2009

Cadangan Mansuhkan UPSR.. Anda setuju?

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, mencadangkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan kerana sudah tidak relevan dalam sistem pendidikan negara.

UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan pelajar lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh, sekali gus tidak membantu menentukan tahap akademik pelajar.

"UPSR tidak menggalakkan murid mengambil berat untuk mendalami subjek lain yang juga penting seperti Sejarah dan Pendidikan Agama Islam kerana subjek ini tidak menjadi syarat lulus di dalam ujian itu," katanya selepas merasmikan Persidangan Pemuda Umno Bahagian Cheras, hari ini. (Petikan Berita Harian)

Apa pandangan anda? setuju dimansuhkan UPSR atau sebaliknya.....


Pada pandangan saya teruskan sahaja... demi untuk kebaikkan anak-anak generasi masa depan... Sekurang-kurangnya melalui pencapaian UPSR kita dapat mengukur prestasi sepanjang menjalani pendidikan di sekolah rendah.

Sewajarnya ia diteruskan dengan menambah beberapa subjek penting terutama agama Islam dan moral sebagai salah satu subjek yang dinilai. Ini bertujuan bagi memastikan murid-murid dan guru tidak mementingkan 5 subjek teras sahaja bahkan akan memberi tumpuan samarata terhadap semua subjek yang dipelajari.

Dalam situasi sekarang ini saya lihat tidak berkemungkinan pertambahan subjek akan berlaku memandangkan kos pencetakan kertas dan beberapa lagi kos yang terlibat termasuklah elaun ditanggung oleh kerajaan disebabkan yuran percuma. Namun penjimatan ternyata akan berlaku sekiranya UPSR dimansuhkan.

Pada pandangan saya murid sewajarnya dinilai dari setiap peringkat bagi memastikan mereka sentiasa bersaing untuk melakukan yang terbaik. Sekiranya penilaian ini tidak dilaksanakan diperingkat sekolah rendah, saya kuatir murid dan ibubapa tidak lagi mengendahkan pelajaran anaknya sehinggalah ke peringkat menengah nanti barulah mereka akan menggelabah. Ini sebenarnya telahpun berlaku, di mana ibubapa dan murid sendiri dilihat lebih bersedia apabila peperiksaan UPSR hampir iaitu ketika murid berada di tahun 6. bayangkanlah kalau tidak ada peperiksaan tersebut.

Apapun itu pandangan jer.... sebenarnya kalau nak mansuh tu boleh saya pun setuju... tapi syaratnya ada penilaian lain yang dibuat sebagai ganti kepada pemansuhan tersebut... supaya murid tahu setakat mana pencapaiannya di peringkat kebangsaan bukan diperingkat sekolah sahaja.

Jumaat, 17 Julai 2009

SK Bombalai Lawat SK Setiawangsa

SK Setiawangsa hari ini didatangi oleh guru-guru dari SK Bombalai, Tawau, Sabah. Lawatan yang bertujuan untuk berkongsi idea dalam menjadikan sekolah masing-masing lebih mantap memandangkan sekolah tersebut juga merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang di sabah di bawah pimpinan guru besarnya EN. Hacho Hj. Darman.

Sambutan bagi pihak SK Setiawangsa adalah sederhana sahaja bagi memastikan PnP berjalan seperti biasa. Cuma ada beberapa orang sahaja yang terlibat.. termasuklah saya sendiri. Sebilangan murid turut bersama membuat persembahan menyambut kedatangan tetamu termasuklah persembahan orchestra, choral speaking dan action song.

Bebudak nie tadi mintak di uploadkan gambar dan video kat blog nie... jadi di bawah ni antara paparan yang dapat saya kongsikan.

Beruang ini terpaksa dikipas-kipas kerana kepanasan seperti berada di dalam ais

Siap sedia untuk buat persembahan... sekarang nie tengah menungu pelawat sampai

Cikgu Jusvinder dan Cikgu Rahmatunnisak bergambar bersama murid-murid choral speaking

Murid yang akan membuat persembahan Action Song

Cikgu Rahimi memberi sedikit penerangan berkaitan orchestra kepada tetamu yang hadir

Khamis, 16 Julai 2009

Jadi Remaja Ulangtahun Ke-26

Sudah masuk hari terakhir program manisnya menjadi remaja dilaksanakan. Pendedahan tentang awal remaja dan bagaimamana menjadi remaja yang baik telah diterangkan oleh kaunselor sk setiawangsa iaitu Pn. Mariam dan En. Zamzami.

Biasalah apabila mencecah usia remaja nanti pasti banyak ranjau yang perlu dilalui. Kehidupan ketika itu sangat berbeza di mana kawan adalah segala-galanya. Ibubapa sudah menjadi orang yang kedua atau terakhir pada seseorang remaja. Walaubagaimanapun itu takkan terjadi sekiranya hidup kita sentiasa berpanduan....

Jadi, sangatlah diharapkan murid-murid yang akan menjadi remaja nanti sentiasa hidup dengan berpandukan ajaran agama supaya tidak sesat kemudian hari..

Setinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t yang Maha Pencipta dan menakhluki sekalian alam ini. Al-Fatihah kutitipkan buat arwah mak (Gayah binti Hassan) yang tersayang. Hari ini genaplah usia saya yang ke-26 tahun. Siapalah saya tanpa mak. Sesungguhnya mak saya sendiri telah menderita sepanjang mengandung dan membesarkan saya. Mana taknya.. nak melayan kerenah saya ketika itu..

Takpelah... nak buat macam mana itu dah tanggungjawab mak... tapi apa pula tanggungjawab saya sebagai anak? sudah tentu saya nak membalas jasa mak dan abah yang pastinya tak terbalas... Mak sudah pergi namun rindu ini tetap bersama.. sampai bila pun saya akan terkenangkan wajah mak.. tidak ada orang yang sehebat mak.. tanpa mak dan tunjuk ajarnya suatu tika dulu... takkan saya berada di sini berpijak dibumi yang nyata ini..

Hari ini takde aktiviti penting... jadi petang nanti nak pergi ziarah kubur arwah mak... dah 2 bulan tak ziarah...

Tadi terbaca kat ruangan sembang... ada nama copie... copie tu rakan sekelas waktu menuntut di maktab batu pahat dulu... ingat pulak dia hari jadi saya.... mana taknya dia pun lahir pada bulan sama... tapi saya tak ingat pulak hari jadi dia... kejam betulkan?

Rabu, 15 Julai 2009

Paku Di Dinding

Entah kenapa hari ni takde idea nak buat catatan kat blog ni... tapi takpelah ada cerita pasal paku di dinding... boleh ler nkorang baca...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "

Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Selasa, 14 Julai 2009

Keputusan Terkini PRK Manek Urai 2009

Nampaknya sehingga kini keputusan pilihanraya kecil manek urai masih tidak diketahui....

Keputusan nampaknya akan diperolehi sedikit lewat sekiranya berlaku pengiraan semula undi...

Nak tahu lebih lanjut sila klik link di bawah

Keputusan Terkini PRK Manek Urai

Ping Pong Male ni Harak Rama Date

Tak banyak perkara yang berlaku hari ini... tapi malam nie main ping pong... nak latih betul2 malam nie.... lepas tu nak kalahkan cikgu hanizu yang hebat sangat tue.... malam ni... harap-harap ramai yang datang luangkan masa untuk main pingpong...

Sementara menunggu malam ini.. apa lagi duk depan komputer nie menunggu keputusan PRK Manek Urai... agak-agak siapaler yang menang... setakat ini PRK Manek Urai ni memang ler jadi tumpuan... sebab hari2 keluar paper...

Saya jangka keputusan akan diperolehi sebelum jam 7.30 malam... biasalah cari kat internet jer keputusan tu... kalau menunggu kat tv alamat lambat ler....

Berbalik kepada ping pong pula... Harap-harap malam ni ada peningkatan dari segi teknik... kalau tak sia-sia jer ustaz puaad bagi pinjam bat ping pong dia yang mahal tue...

Isnin, 13 Julai 2009

Kembar Sumbang Pingat Untuk EsKayS

Dari Kiri: Ihsan, Idris dan Imran bergambar bersama Tn. Hj. Ruslan dan En. Sukardi

Tahniah buat kembar yang berjaya mengharumkan nama sekolah pada cuti pertengahan tahun pada bulan lepas...

Kejayaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Acara Memanah Peringkat Kebangsaan 2009 MSSM Bawah 12 Tahun
1. Muhamad Ihsan Shah Shaharudin
Johan Individu 25 Meter
Naib Johan Berpasukan FITA
Keempat Individu 15 Meter

2. Muhammad Idris Shah Shaharudin
Naib Johan Individu 15 Meter
Naib Johan Berpasukan FITA

3. Muhammad Imran Shah Shaharudin
Naib Johan Berpasukan FITA

Dalam acara gimrama juga kita berjaya mendapat Naib Johan.. di mana murid kembar dari tahun 1 telah mewakili sekolah untuk acara tersebut diperingkat negeri...

TAHNIAH DIUCAPKAN... SEMOGA DAPAT MEMBAWA KEjAYAAN YANG LEBIH GEMILANG PADA MASA YANG AKAN DATANG......

Ahad, 12 Julai 2009

Keputusan Futsal Semalam

Tournament futsal yang dianjurkan oleh KL Pendidikan Futsal Team semalam telah berjaya dilangsungkan dan telahpun berakhir dengan jayanya.

Nyatalah bahawa cikgu-cikgu lelaki sk setiawangsa yang menyertai kejohanan tersebut memang tidak berapa hebat. Sungguh pun pelbagai latihan telah dibuat. Apa yang dilihat nampaknya letihan sahaja diperolehi apabila kita hanya menang tetapi menanggung kekalahan..

Keputusan adalah seperti berikut:

Johan

Kalah Tak Po

Naib Johan

PAP FC

Ke-3

SK Seri Suria

Ke-4

SMK Bdr. Baru Sentul

Johan Loser Pool

SMK Seri Sentosa


Alamak... ada member yang terasa ler.... apapun syabas buat nkorang cikgu2 yang mewakili sk setiawangsa kerana telah menyudikan diri untuk mewakili sekolah kita ni..... Team SK Setiawangsa telah melantik Cikgu Shahidin sebagai pengurus...

Menang kalah sebenarnya adat permainan... yang penting usaha bersungguh... kalau kalah melawan takpelah... tahun depan kita cuba lagi...

Sabtu, 11 Julai 2009

Berita Ngeri

NOTIS PENTING!!!

Pelbagai masalah berlaku kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur kini heboh dengan kejadian mengerikan yang boleh dikatakan hampir tiap hari berlaku. Apa yang berlaku sekarang ini sebenarnya berpunca daripada seorang pengamal ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Dikenalpasti sehingga kini mangsa utama penjahat ini adalah wanita yang tidak kira usia dan paras rupa. Penjahat ini berhasrat untuk memperkosa lebih daripada 1000 wanita agar dapat menyempurnakan ilmunya.

Hingga ke saat ini sudah beratus-ratus mangsa yang berjaya diperkosanya dan kebanyakan terjadi di rumah-rumah kediaman mangsa.

Setakat ini pihak polis tidak dapat memberi bantuan untuk membuat penangkapan. Pelbagai cara yang digunakan setakat ini termasuklah meminta bantuan pakar-pakar ilmu ghaib juga dilihat gagal.

Cara penjenayah tersebut melakukan kegiatan terkutuknya itu bermula dengan menjelmakan diri menjadi seekor Nyamuk Kecil yang kemudianya menyusup masuk ke bilik mangsa yang sedang tidur.

Ilmu penjenayah tersebut yang dianggap begitu kebal amat sukar ditentangi dan tak mampu ditandingi oleh sesiapa setakat ini.

Penjenayah yang dikehendaki ini masih lagi berkeliaran sehinggalah dia berjaya mendapat korban yang ke seribu bagi memenuhi ilmu yang dituntutnya itu.

bagi wanita yang tinggal secara bersendirian tindakan mengunci pintu bilik dilihat membahayakan keselamatan kerana orang lain tidak dapat memberi pertolongan atau bantuan segera....

Seandainya anda ingin mencegah penjenayah ini cara-cara seperti mengupah bodyguard atau jaga tidak memberikan apa-apa makna...

Namun begitu beberapa petua orang tua-tua boleh diguna pakai... Hanya cara ini yang dilihat berkesan untuk menghapuskan kegiatan terkutuk itu... sila klik untuk maklumat lanjut


Alya Lakon Geng Bas Sekolah Musim Ke-3

Saper budak kecik ni... budak nie darjah lima tapi macam budak tadika jerk... pasal badan dia kecil molek... tapi dia nie kecik-kecik cili padi... bijak dan berperwatakan matang.... itu yang bagusnya.... Budak nie budak 5 Cerdas.... paling kecik kat sekolah bagi katogeri murid tahun 5... Namanya yang sebenar Alya Sabrina

Tak lama lagi budak kecik nie bakal popular dan akan dikenali oleh seluruh kanak2 di Malaysia... apa taknyer... sekarang ni dia tengah sibuk dengan shooting citer Geng Bas Sekolah Musim Ketiga...

Tak sabar rasanya nak tengok budak kerdil nie berlakun... kalaulah dia digandingkan dengan zulfah dalam cerita gergasi dan orang kerdil mesti best...

Apapun tahniah untuk alya kerana telah terpilih untuk drama tersebut... Tahniah juga pada ibu dan ayah alya sebab mempunyai anak yang bijak, comel, petah, peramah dan sebagainya...

Cikgu Laki Poyo Main Futsal

Sekarang ni sedang berlangsung perlawanan futsal PSKPP yang melibatkan barisan guru-guru lelaki sk setiawangsa yang perasan hebat... atau poyo...

Latihan telah giat dijalankan sebelum ini seperti menggosok gigi di atas bumbung kereta... baling pundi kacang dalam bakul, panjat pokok kelapa, mencuci tandas sekolah menggunakan bola futsal, makan bubur di atas pokok nangka, bawa bola futsal dalam bakul.... lebih kurang macam bawa bola pingpong dalam sudu... dan latihan paling ngeri adalah makan sambal belacan dengan nasi ayam....

Harapan memanglah nak menang... jadi dengan latihan yang telah giat dijalankan itu, saya pasti cikgu2 poyo tadi mampu menang mengejut... menang atau tidak nantikan saja keputusannya nanti

Jumaat, 10 Julai 2009

Murid Buat Blog sendiri

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya membuat blog sendiri... Harap-harap nkorang dapat meneruskan catatan yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain.. jadikan blog sebagai tempat untuk berkongsi dan mendapat ilmu...

Sebenarnya catatan blog ni dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita dan secara langsung juga meningkatkan ilmu terhadap teknologi berkomputer pada zaman ini.

Cikgu amat berbangga dengan murid yang dapat mencipta blog sendiri dan memberi manfaat kepada rakan lain...

Setakat ini antara blog yang telah berjaya dibuat oleh murid termasuklah blog sitiathiffah, zulfahalawiyah, nazranibrahim, mydiaryinaday, Princess Diaries

Saya yakin tidak lama lagi akan lebih ramai lagi yang berminat untuk membuat catatan melalui blog sendiri...

Bayangkanlah sekiranya anda menulis blog hari ini... dan apabila anda membesar nanti blog ini akan sentiasa bersama anda menjadi diari yang membantu anda untuk sentiasa mengimbas kenangan pahit manis bersama rakan2, guru2, ibubapa dan sebagainya.... yang akan mengajar anda agar sentiasa berpijak di bumi yang nyata..

Tambah pula ianya dapat membantu melatih mempercepatkan minda kita dalam memikirkan sesuatu idea... mungkin hari ini catatan agak lambat atau ringkas... tetapi apabila selalu mencatat nanti pastinya menjadikan anda lebih mahir dalam melahirkan idea-idea baru untuk membuat catatan...

Hari Terbuka SK Setiawangsa 2009

Terbuka.... apa yang terbuka.... hari yang terbuka... hari nie sk setiawangsa mengadakan hari terbuka di mana ibubapa berkesempatan hadir untuk sama-sama berbincang dengan guru berkaitan prestasi semasa anak mereka.

Suasana hari terbuka hari ini aman tanpa sebarang rusuhan... Ibubapa dilihat menunjukkan pelbagai reaksi.... ada yang begitu gembira... ada yang berduka cita... ada yang kehilangan kunci kereta... ada yang nak ketawa tapi macam nak sendawa pun ada.... dan macam2 lagi.

Apapun reaksinya pastinya ibubapa mahukan anak-anak mereka berjaya sebenarnya... jadi anak-anak pula kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mensia-siakan pengorbanan ibubapa kita...

Ada juga ibubapa yang tidak berkesempatan hadir hari ni... nak buat macam mana mungkin sibuk atau cbuk atau bz dan sebagainya....

YDP PIBG turut sama hadir menyambut kedatangan ibubapa di pintu masuk utama sekolah... beliau juga berkesempatan berbual dengan mereka....

Dato' Elli sedang bertanya sesuatu kepada murid.


Sempat juga beliau berbual dan menyambut kedatangan ibubapa murid


Sibuk mencatat blog dan bergambar dgn ustaz Azam..


Murid dibelasah oleh bapa dengan penyapu akibat dapat keputusan yang baik

Harapnya pencapaian murid kali ini akan dijadikan sebagai kayu ukur untuk memastikan pencapaian terus meningkat pada masa-masa akan datang....

Khamis, 9 Julai 2009

Hari Yang Malang Membosankan

Bosan dan malangnya saya hari ni... bukan saya saja.. pasti ada lagi yang lain menerima nasib yang sama.... Biasalah hidup ni ada jer yang tak kena... bukan sentiasa bernasib baik.. kengkadang ada juga nasib malang yang menimpa.. itu semua ujian tuhan terhadap setiap manusia ciptaanNya di muka bumi ini...

Sedangkan para nabi dan rasul termasuklah Rasullullah juga diuji Allah dengan pelbagai dugaan... Rasullulah juga pernah diejek, dilempar dengan najis, diludah dan sebagainya sepanjang proses berdakwah... itulah dia nak berdakwah dan mendidik ni bukannya senang... ada sahaja dugaannya...

Apaun yang terjadi kalau saja berlaku bencana tapi hati kita tetap pada Allah insyaallah kita sentiasa berada dilandasan yang benar... sesungguhnya apa sahaja berlaku pasti ada hikmahnya...

Rabu, 8 Julai 2009

Lega Keputusan terhadap PPSMI

Susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, jam 2.30 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan, di kementeriannya di Putrajaya... Pengumuman beliau adalah seperti berikut:

*Pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Bermula dengan Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

*Manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing juga bermula pada 2012.

*Pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

*Pengajaran Dalam Bahasa Inggeris perlu dimantapkan lagi.

Alhamdulillah akhirnya satu keputusan bijak telah berjaya dibuat yang pada pandangan saya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan yang dilihat agak berkecamuk sebelum ini bersabit dengan pelbagai ketidak puas hatian terhadap isu kontroversi ini.

Namun seperti yang Tan Sri Muhyiddin maklumkan bahawa Bahasa Inggeris perlu dimantapkan adalah suatu yang betul dan sangat saya persetujui... Bagi memantapkan Bahasa Inggeris satu perancangan teliti perlu dilakukan tanpa mengganggu matapelajaran lain tetapi boleh melakukan rentasan atau merentasi subjek lain... P

Pelbagai kaedah juga boleh diadakan seperti melaksanakan satu hari dalam seminggu iaitu mungkin hari khamis untuk murid-murid dan guru-guru bertutur dalam bahasa Inggeris seperti mana baju batik dipakai pada hari tersebut... cuma satu hari dalam seminggu... oklah... tak menjejaskan bahasa melayu kita... yang penting bahasa melayu tetap didaulatkan... itu salah satu kaedah jer... banyak lagi kaedah lain yang boleh diguna pakai....

Ini kerana seperti yang saya katakan tidak semestinya seseorang yang pandai dalam bahasa boleh menjawab soalan matematik dengan baik. Begitu juga seseorang yang pandai matematik atau sains belum tentu boleh lulus Bahasa Inggeris...

PPSMI? BM atau BI? atau Bahasa Lain... Tungggguuuuuu

Hari ini keputusan PPSMI akan diketahui... apapun keputusan kenalah terima... menurut kata Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri iaitu tingkatkan pengajaran bahasa melayu tanpa ketepi bahasa inggeris....

saya amat setuju sekali kerana sudah tentu bahasa melayu adalah amat penting dalam kita menjulang dan mendaulatkan bahasa kita... kerana bahasa jiwa bangsa... kalau kita ketepikan bahasa melayu bermakna kita tidak berjiwa melayu...

Manakala bahasa inggeris pula tidak harus diketepikan sama sekali kerana ianya adalah bahasa penghubung utama dunia....

Pada pendapat saya apa pun... istilah-istilah matematik dalam bahasa inggeris perlu diajar walaupun pengajaran bertukar kepada bahasa melayu... kerana pada pendapat saya ianya memang sangat membantu pelajar kita untuk membiasakan diri dengan istilah tersebut apabila belajar di peringkat yang lebih tinggi nanti....

Namun begitu sekiranya pengajaran matematik dalam bahasa inggeris ingin diteruskan..... pada pandangan saya istilah-istilah matematik dalam bahasa melayu sebaliknya perlu diajar kepada murid sekadar untuk memastikan supaya istilah seperti gandaan, perpuluhan, berat, tinggi, lebar, panjang, masa, waktu, ukuran,anggaran, wang, syiling, pengiraan, purata, penolakan, penambahan, pembudaran, pendaraban, pembahagian, persegi, isipadu, luas, campur, pecahan dan pelbagai lagi istilah yang sebenarnya perlu dipertahankan agar istilah dalam bahasa ibunda kita ini tidak hilang begitu sahaja...

Kalau dilihat kini... secara jujurnya murid-murid tidak tahu menggunakan istilah matematik dalam bahasa melayu... sedangkan bahasa melayu juga sewajarnya merentasi matematik... begitu juga matematik perlu merentasi bahasa melayu dan bahasa inggeris....

Bagi pelajaran matematik seseorang itu terlebih dahulu perlu faham akan konsep matematik yang dipelajari... ini kerana sepandai mana murid itu dalam bahasa inggeris belum tentu boleh menjawab soalan matematik dengan baik.... seperti mana pelajar-pelajar dari negara yang berbahasa Inggeris juga turut mempunyai murid yang gagal matematik kerana kefahaman yang lemah terhadap konsep matematik itu sendiri...

Begitu juga sebaliknya suatu masa dahulu matematik diajar dalam bahasa melayu namun sepandai mana pun murid itu dalam bahasa melayu belum tentu dia boleh menjawab soalan matematik dengan baik... ini kerana penguasaan konsep matematik memerlukan kekuatan otak kiri berbeza dengan bahasa yang menggunakan otak kanan... kalau nak kuatkan otak kiri kenalah banyakkan latihan... mungkin hantukkan kepala kedinding atau sebagainya.

Apa jua keputusan nanti saya sebagai guru terpaksa akur dengan keputusan... begitu juga dengan rakan-rakan guru se Malaysia yang lain... Cuma saya berharap ianya tidak di ajar dalam bahasa arab.... Harap-harap keputusan yang akan diumumkan nanti dapat memberi kepuasan kepada semua dalam membina generasi yang lebih berkualiti dalam memimpin negara pada masa yang akan datang.

GB Ronda Kelas Pantau Persiapan Hari Terbuka

Sehingga ke hari ini guru-guru masih lagi sibuk membuat persiapan untuk hari terbuka jumaat nanti... saya lihat Tn. Hj Ruslan Madon GB kita tue... dah buat rondaan pagi tadi sekitar kelas dengan sehelai kertas di tangan beliau..... agak-agak apa yang nak dibuatnya tu... Saya rasa dia nak buat pemantauan setiap kelas berkaitan persiapan untuk hari terbuka nanti... muka serius jer tadi... macam ada yang tak kena jer...

Harap semua guru dan murid dapat memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan kemas sentiasa... kalau tak nanti kena sound padan muka..... kih..kih sebenarnya persekitaran kelas dah ok... cuma nak kena bagi ceria sikit lagi... Guru kelas kena luangkan sedikit masa untuk bergotong-royong membersihkan kelas masing-masing... selain kelas persekitaran sekolah juga perlu bersih... so, guru bertugas pula perlu mengambil sedikit masa untuk mengajak murid-murid bergotong-royong untuk sedikit masa... 15 minit pun dah cukup...

Harap-harap semua guru sudah pun siap sedia untuk hari tersebut... semoga apa yang dirancang berjalan lancar...

Isnin, 6 Julai 2009

Choral Speaking 3 Hari Terbuka 16

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan choral speaking tempohari di mana sk setiawangsa telah berjaya mendapat tempat ketiga... pada 16 Julai nanti satu lagi pertandingan bakal disertai oleh eskays iaitu public speaking.. so, harap-harap berjayalah...

Pada hari Jumaat ni, sk setiawangsa akan mengadakan hari terbuka. Pada hari tersebut ibubapa dapat mengambil buku adab belajar anak-anak dan dapat menemui guru kelas anak masing-masing... Ibubapa boleh berbincang berkaitan permasalahan anak-anak dengan guru-guru yang terlibat nanti...

Biasalah mesti banyak perkara yang nak dibincangkan bukan sekadar ambil markah sahaja... Dari segi tingkahlaku murid ni pun ibubapa kena tahu... sebab bebudak ni bukan boleh percaya... dekat rumah baik jer... tapi kat sekolah belum tentu.... tapi ada jugak yang sebaliknya...

Apapun ibubapa sangat dialu-alukan datang dan meluangkan masa pada hari tersebut.. Diharapkan hari tersebut nanti berjalan lancar tanpa sebarang isu yang tidak diingini... seperti jatuh tangga, gigi palsu tercabut dan sebagainya..

Ahad, 5 Julai 2009

Kentut Pun Boleh Membahagiakan

Hari ini agak membosankan tak tau sebab apa... nak kongsi dengan nkorang sumer tentang kentut... ada yang kata kentut itu busuk... ada yang kata ianya membahagiakan...

Apapun saya nak teruskan cerita pasal kentut nie......

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila keluar dengan teman lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai muka biru semata-mata tak mau kentut depan
teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuanterkentut. Adat la tuh dah nak terkentut.

Paling kurang pun lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busukdan kuat sangat nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akanmenjadikan hubungan mereka semakinceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Jujur tue.. Dan teman wanita secara spontan akan berkata "Tak senonoh la…" sambil mengejek manja teman lelakinya itu...... lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengoklah…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. So... hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Oleh itu, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kentut itu membahagiakan… . adakah anda setuju??? setuju jerlah.. sekurang-kurangnya anda dapat mengambil hati saya nie yang tengah bosan menggila-gila nie..