Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya membuat blog sendiri... Harap-harap nkorang dapat meneruskan catatan yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain.. jadikan blog sebagai tempat untuk berkongsi dan mendapat ilmu...Sebenarnya catatan blog ni dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita dan secara langsung juga meningkatkan ilmu terhadap teknologi berkomputer pada zaman ini.
Cikgu amat berbangga dengan murid yang dapat mencipta blog sendiri dan memberi manfaat kepada rakan lain...
Setakat ini antara blog yang telah berjaya dibuat oleh murid termasuklah blog sitiathiffah, zulfahalawiyah, nazranibrahim, mydiaryinaday, Princess Diaries
Saya yakin tidak lama lagi akan lebih ramai lagi yang berminat untuk membuat catatan melalui blog sendiri...
Bayangkanlah sekiranya anda menulis blog hari ini... dan apabila anda membesar nanti blog ini akan sentiasa bersama anda menjadi diari yang membantu anda untuk sentiasa mengimbas kenangan pahit manis bersama rakan2, guru2, ibubapa dan sebagainya.... yang akan mengajar anda agar sentiasa berpijak di bumi yang nyata..
Tambah pula ianya dapat membantu melatih mempercepatkan minda kita dalam memikirkan sesuatu idea... mungkin hari ini catatan agak lambat atau ringkas... tetapi apabila selalu mencatat nanti pastinya menjadikan anda lebih mahir dalam melahirkan idea-idea baru untuk membuat catatan...