Susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, jam 2.30 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan, di kementeriannya di Putrajaya... Pengumuman beliau adalah seperti berikut:
*Pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Bermula dengan Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
*Manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing juga bermula pada 2012.
*Pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.
*Pengajaran Dalam Bahasa Inggeris perlu dimantapkan lagi.
Alhamdulillah akhirnya satu keputusan bijak telah berjaya dibuat yang pada pandangan saya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan yang dilihat agak berkecamuk sebelum ini bersabit dengan pelbagai ketidak puas hatian terhadap isu kontroversi ini.
Namun seperti yang Tan Sri Muhyiddin maklumkan bahawa Bahasa Inggeris perlu dimantapkan adalah suatu yang betul dan sangat saya persetujui... Bagi memantapkan Bahasa Inggeris satu perancangan teliti perlu dilakukan tanpa mengganggu matapelajaran lain tetapi boleh melakukan rentasan atau merentasi subjek lain... P
Pelbagai kaedah juga boleh diadakan seperti melaksanakan satu hari dalam seminggu iaitu mungkin hari khamis untuk murid-murid dan guru-guru bertutur dalam bahasa Inggeris seperti mana baju batik dipakai pada hari tersebut... cuma satu hari dalam seminggu... oklah... tak menjejaskan bahasa melayu kita... yang penting bahasa melayu tetap didaulatkan... itu salah satu kaedah jer... banyak lagi kaedah lain yang boleh diguna pakai....
Ini kerana seperti yang saya katakan tidak semestinya seseorang yang pandai dalam bahasa boleh menjawab soalan matematik dengan baik. Begitu juga seseorang yang pandai matematik atau sains belum tentu boleh lulus Bahasa Inggeris...