Tahniah kepada seluruh warga MALAYSIA. Sebagaimana catatan saya sebelum ini berkaitan Final Suzuki AFF pertama ternyata Malaysia tidak begitu mengharapkan kemenangan pada pusingan kedua ini melainkan cuba bertahan bagi memastikan gawang tidak berjaya dibolosi begitu banyak dan cuba menjaringkan sekurang-kurangnya sebiji gol. Ini merupakan percaturan bijak yang dilakukan oleh Rajagopal untuk memastikan matlamat utama memastikan Malaysia kekal mendahului dari segi agregat. Walaupun tewas pada perlawanan kedua di tempat lawan namun kualiti permainan yang ditampilkan tetap memuaskan.Meskipun tewas dengan jaringan 2 berbalas 1, Malaysia tetap pulang membawa Trofi selaku juara apabila menang dengan agregat 4-2.
Sempena kemenangan tersebut seluruh rakyat Malaysia termasuklah penganggur akan mendapat ganjaran cuti umum pada hari Jumaat ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA
Berikut adalah video ulangtayang Indonesia vs Malaysia dalam versi Cina;
-Indonesia vs Malaysia ( Firman gagal penalti)
-Indonesia vs Malaysia 0-1 ( Safee 53′)
-Indonesia vs Malaysia 1-1 ( Nasuha 72′)
-Indonesia 2-1 Malaysia ( Ridwan 88′)
Sokongan dan Pujian melambung dalam masa yang terdekat ni sahaja. Tekanan pasti kembali akan dirasai oleh Rajagopal selepas ni dengan majoriti penyokong Malaysia yang dalam katogeri lalang akan mengharapkan kemenangan yang berterusan. Sebarang kekalahan dalam pertemuan seterusnya pasti akan mendapat caci maki yang berguni seperti mana yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun peminat fanatik Malaysia yang terdiri dari sebilangan kecil sahaja pasti akan terus memberikan sokongan dalam apa jua situasi.






