kredit untuk cikgu azidah pereka bannerHari Isnin bersamaan 27 Disember 2010 akan bermula mesyuarat guru dan beberapa lagi meyuarat yang berkaitan. Ketika ini guru-guru akan dimaklumkan berkaitan tugasan menjelang 2011. Siapa jadi guru kelas? kelas mana? bangunan mana? dan beberapa maklumat penting akan disampaikan. Di samping itu juga persiapan sempena orientasi menyambut kedatangan junior baru SK Setiawangsa bermula. Semua guru pastinya akan mendapat tugas masing-masing. Hari Orientasi ini merupakan antara hari yang terpenting. Pasti sekolah dalam keadaan padat ketika itu nanti. Mana taknya, ibu bapa dan penjaga bakal memenuhi ruang legar sekolah. Harap segala yang akan dirancang nanti akan terlaksana dengan jayanya. Berdebar jugak menanti tahun 2011 ni. Pasal lama sangat cuti dah rasa cam pekerja baru nak mendaftar tahun depan.... huhhhh entah macam manalah nanti... moga selamat segalanya..

Biasalah kerja dah nak bermula semula dah tentu tekanan pun akan mula berasak-asak menyerabuti kepala. hemmm jadi kenalah lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi sedikit regangan pada fikiran untuk memastikan tahun berikutnya bermula dengan lebih segar. Tahun lepas saya berempat bersama Adam, Raisam dan Azeze pada 29 Disember 2009 memilih bowling sebagai sasaran untuk lepaskan sedikit tekanan..

Huhh ternyata memang seronok dan puas hati. Tahun 2010 ni tak pasti lagi macam mana. Mungkin tahun ni selesai meeting yang terakhir kami akan memilih sukan bowling juga sebagai sasaran tetapi penyertaan lebih ramai dan bermain secara berpasukan. Huhh sudah tentu menyeronokkan. Apapun itu ura-ura sahaja, sejak sebelum bercuti lagi ura-ura nak mengadakan perlawanan bowling berpasukan sempena berakhirnya 2010 akan diadakan... jika ia benar-benar berlaku akan saya bingkiskan di sini nanti... tak sabar nak berbowling bersama rakan-rakan.. bukan nak tentukan siapa hebat cuma nak ??
Link yang berkaitan.. kenangan bowling tahun 2009
Juara Bowling 2009Bowling Di Wangsa Walk