Telur 3 biji riuh satu kampung dek kemenangan Malaysia semalam membelasah Indonesia 3 berbalas 0. Walaubagaimanapun ia bukanlah bermakna Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki AFF sehinggalah sepak mula di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini dimulakan dan perlu menanti sehingga wisel penamat ditiup pada perlawanan akhir kedua itu nanti untuk menentukan secara rasmi juara sebenar sama ada Malaysia atau Indonesia.Sekiranya Malaysia mampu menepis asakan dengan sekurang-kuranya kalah tipis di tempat lawan maka Malaysia akan bergelar Juara Suzuki AFF buat kali pertama. Dibimbangi pasukan Malaysia terbuai-buai dengan kemenangan semalam hingga boleh hilang fokus pada final kedua nanti. Apapun harap ianya tidak berlaku sedemikian.
Berikut adalah video jaringan gol pertama, kedua dan ketiga yang telah membuatkan Stadium Bukit Jalil Riuh seperti kucing kehilangan telur;
Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-59
Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-67
Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-71
Tahniah kepada seluruh warganegara Malaysia tanah airku yang menjadi penyokong setia sejak dulu hingga kini walau kalah tidak dimaki tidak dibenci bila menang suka hati tapi tak lah sampai terlebih puji... Semoga pasukan Malaysia dapat menampilkan kualiti permainan yang terbaik pada perlawanan akhir kedua nanti dengan berbekalkan sokongan seluruh rakyat Malaysia.