Masalah kemalangan jalanraya dilihat semakin menjadi-jadi... pelbagai sebab yang mengakibatkan ianya berlaku... sungguhpun tali pinggang belakang dikuatkuasakan untuk dipakai nyata tidak memberi kesan.
Siapa yang haru dipersalahkan dalam hal ini... adakah pakcik kantin... polis trafik yang sudah berpencen... peniaga ayam yang menaikkan harga sesuka hati mereka... atau pelumba formula one yang gagal memungut sebarang mata... sebenarnya kesalahan pada pemandu itu sendiri kerana cuai....
kecuaian ini sebenarnya boleh berlaku pada bila-bila masa... Yang paling kerap berlaku tidak menikut peraturan lampu isyarat... meneruskan perjalanan sewaktu lampu merah sedang menyala.... atau dalam bahasa peliknya melanggar lampu isyarat.. walaupun relitinya tak langgar...
Mungkin anda telah melakukan perkara seperti yang dinyatakan tanpa disedari... apapun insaflah...
Apapun anda perlu menyemak saman anda dengan mengelik link semak saman.. mana tau anda telah disaman.. kalau nak bayar kat saya boleh jumpa kat sekolah.. oklah itu ajer.. kalau nak bayar kat saya boleh jumpa kat sekolah
Ahad, 17 Mei 2009
Pesanan untuk murid... Persiapan Terakhir
Alhamdulillah... sehingga kini Allah masih membenarkan kita meminjam udaraNya untuk kita bernafas meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini... harap-harap esok kita masih diberi pinjaman tersebut yang sudah tentu kita tidak perlu menggantinya semula...
Bersyukur juga kerana ibubapa telah menjaga kita sejak kecil hingga kita membesar kini... pada ibubapa kasih sayang terhadapnya lebih bernilai daripada wang ringgit... sebab itulah dia sanggup berkerja keras untuk dapatkan wang untuk perbelanjaan kita ke sekolah...
Oleh itu, wahai murid-murid yang kukasihi sekalian, janganlah kita sia-siakan pengorbanan mereka itu. Cikgu telah pun memberi peringatan tentang PKSR 1 sejak sebulan yang lalu... lihatlah sendiri... masa begitu pantas berlalu... tidak berapa hari lagi kamu semua akan menghadapi PKSR 1...
Buktikanlah kepada ibubapa bahawa anda juga boleh berkorban seperti mana mereka telah berkorban... Masa yang sudah singkat ini buatlah persiapan terakhir... Penilaian yang akan dibuat untuk PKSR 1 hanyalah separuh daripada topik keseluruhan... kalau tak tahu boleh berjumpa guru-guru dan bertanya.. jangan malu jangan segan.. jangan takut...

Juara Bowling Sk Setiawangsa 2009
Seronoknya dapat enjoy semalam main bowling dengan guru-guru yang memang sporting giler... untuk pengetehuan semasa menuntut di Maktab Perguruan dulu pasti hampir setiap bulan setiap kali dapat elaun pasti saya dan rakan sekelas tak kan melapaskan peluang untuk bermain bowling... memang seronok...
Dah masuk tahun kelima berada di sekolah SK Setiawangsa nie.. ini kali pertama saya kembali bermain... mana taknya dulu tarikh perlawanan bowling bertindih dengan aktiviti saya yang lain... cikgu-cikgu ada yang datang dengan suami dan isteri... yerlah takut diorang tak cayer pulak kan?
Perlawanan telah bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam... semua cikgu kelihatan berpuashati... acara yang dipertandingkan malam semalam hanyalah acara individu... teringatkan masa saya kat masa kat maktab dulu... kalau main bowling kitorang main berpasukan.... walaupun tak dapat hadiah... tapi kengkawan saling membantu beri semangat untuk kita... itu sebanarnya lagi menyeronokkan.... so... pada pendapat saya perlawanan bowling berpasukan lebih menyeronokkan.... lagipun kalau hadiah tempat pertama dapat dikongsi oleh 4 atau 5 orang... barulah rasa seronok....
Oklah... nak diceritakan pasal keputusan semalam.... Cikgu Farzarul telah menyandang juara.... Tempat kedua cikgu Zamzami... dan ketiga Ustaz Kamarudin... untuk selanjutnya sila lihat di bawah
Gambar kenang-kenangan :
Sabtu, 16 Mei 2009
Kursus Hari Guru BZ
Hari ini hari yang istimewa buat semua guru-guru di Malaysia... bagi kami guru di sk setiawangsa... hari ini merupakan hari yang begitu bermakna... sungguhpun hari ini sepatutnya kami semua bercuti... namun hari ini telah diadakan kursus demi untuk peningkatan profesionalisme dan kebaikan guru-guru... Kursus atau ceramah tadi telah disampaikan oleh En. Mohd Noh Sairi, bekas guru kepada cikgu Khatijah Mohamad... dan merupakan salah seorang bekas pensyarah ketika saya menuntut di Maktab Perguruan Batu Pahat suatu ketika dulu....

(Sejambak bunga yang digubah khas oleh Cikgu Khatijah buat Gurunya yang tersayang Cikgu Noh Sairi..... Kerana jasanya jua cikgu khatijah menjadi salah seorang pendidik yang cemerlang di SK Setiawangsa)
Nyata ceramah yang diberikan begitu menarik... kalau ikut pandangan guru-guru di sini... ceramah beliau adalah ceramah yang bertaraf 5 bintang.... tidak membosankan langsung... So, terima kasih kepada Tn. Hj. Ruslan Madon yang telah berusaha untuk mendapatkan penceramah yang begitu hebat demi untuk kecemerlangan guru-guru SK Setiawangsa sempena hari guru 2009 ini.

Lepas jer selesai ceramah tadi kami semua bergerak ke kantin untuk jamuan tengah hari dan acara memotong kek sempena hari guru telah dilangsungkan... best betul... kek ini telah di sponsor oleh seorang ibu murid yang saya tak pasti siapa namanya... tapi terima kasihlah... semoga Allah memberi balasan rezeki yang melimpah kepada ibu tersebut..

Hari ini agak bz... banyak perkara yang telah sedang dan akan dilakukan... termasuklah kursus yang dinyatakan tadi... kemudian kami bergerakke surau untuk menunaikan solat zohor dan menyambung kembali perlawanan ping pong yang tertanggung tempoh hari akibat hujan yang sangat lebat dan kehadiran pemain yang tidak mencukupi..
Perlawanan hari ini berlangsung dengan begitu menarik... tetapi melibatkan guru-guru lelaki sahaja... memang enjoylah... kalau ikutkan saya sendiri memang tak berapa nak pandai main ping pong nie... tapi nak jaga hati kawan-kawan kena ler main jugak... lagipun dapat merapatkan ukhuwah antara kami.... bukan aper... ikatan ukhuwah merupakan satu perkara atau aspek yang sangat penting untuk memastikan kami sentiasa berasa seronok menjalankan tugas di sk setiawangsa.... yang bestnyer... En. Sukardi selaku GPK Koku yang sporting turut turun dewan main ping pong.... memang bestler... kitorang respect giler lah....

Bukan ping pong ajer tau... malam nanti main bowling pulak.... memang hari nie nak enjoy puas-puas.... sekurang-kurangnya dapat melepaskan segala tekanan yang berada dalam kepala hotak nie... lepas nie nak ready buat persiapan untuk murid-murid pulak... yerlah nak lihat murid berjaya dalam periksa PKSR nie... kena buat sedikit persiapan...... aper pun citer pasal bowling akan menyusul malam ini.... Dengan tajuk..... Juara Bowling SK Setiawangsa

Jumaat, 15 Mei 2009
Selamat Hari Guru 2009

Terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
Terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
Terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
Terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
Terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
Terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri
Terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
Terima kasih guru muqaddam
Terima kasih guru tadika
Terima kasih cikgu sekolah
Terima kasih pensyarah
Terima kasih guru sejati
Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini
Sedikit cerita pasal saya dan cikgu

Sekarang nie sudah 4 tahun 5 bulan saya bergelar sebagai seorang cikgu a.k.a guru... kalau nak diceritakan pengalaman memang ada yang pahit dan manis.... tapi bila ada semua tu rasa best pulak... Macam minum kopi... kopi pahit + gula manis = kopi o cowwww punya.
Kalau nak diceritakan kenangan pahit..... termasuklah kena fitnah dengan budak kecik, kena tengking dengan ibu murid, motor rosak kat sekolah,
Bebudak pulak lagi satu hal... macam-macam ler... tak siap kerja sekolah sebab malas, pastu banyak kerenah... ada yang macam superman... batman.. spiderman... hollowman... hillman.. kluangman... macam usop sontorian pun ada jugak... ada yang macam tok bilal... ada yang macam penyiasat FBI... ada yang macam John Cena... Stone Cold... ada yang suka berlari sana... berlari sini... bila dah jatuh cikgu jugak yang susah... tapi sebenarnya memang susahler nak jadi cikgu nie... sebab nak jaga bukan sorang dua... bukan sepuluh orang... tapiiiiii.... kalau satu kelas ada 45 orang..... kalau 5 kelas... 6 kelas... 10 kelas... berapa tu... tak ke ramai giler... perangai semua lain-lain...

yang agak merumitkan bila nak menanda buku latihan.... bayangkanlah 3 buku x 45 pastu x 3 kelas = lebih kurang 405 buah buku.... itu buku latihan sahaja... buku lain... kertas pekse... mata pelajaran lain.... yang tadi tu math jer... huhhhh susah jugak cikgu saya dulu rupanya... kesian cikgu.... mintak maaflah cikgu... sekarang baru saya tau susahnya jadi cikgu.... tapi apa pun jua... saya perlu menjalankan tanggungjawab dengan hati yang tulus ikhlas supaya ianya tak ler terasa susah sangat...
Menjadi seorang guru bukanlah minat saya sejak kecil tetapi mula dipupuk sejak saya berada di tingkatan 5... itu pun selepas saya menjalani ujian kerjaya bersama kaunselor di SMK Padang Tembak suatu masa dulu... dan juga pengaruh yang dibawa oleh guru-guru saya suatu ketika dulu...
Teringat dulu ketika belajar memang banyak kenangan pahit manis bersama guru... baruku tahu susahnya menjadi seorang guru... apapun teringatkan pesan cikgu-cikgu saya dulu....
"saya mengajar kamu bukan mengharapkan hadiah atau apa-apa balasan daripada kamu... dan itu tidak cukup mengembirakan hati cikgu... tetapi cikgu akan berasa gembira kalau kamu berjaya dalam hidup apabila dewasa nanti... ingat pesan cikgu jangan mudah terpengaruh... jangan mudah hanyut dengan kehidupan yang penuh pancaroba..."
Terdengar kata-kata cikgu itu saya berasa sungguh sayu sangat... segala kata-kata cikgu masih saya sematkan dalam hati saya ini, sehinggalah kini saya masih tidak lupa akan jasa baik guru-guru saya dulu termasuklah guru-guru tadika saya...
Apapun saya berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan guru-guru saya terutamanya ketika berkursus, pertandingan sofbol dan juga anak-anak cikgu saya rupanya ramai di sekolah SK Setiawangsa termasuklah beberapa orang murid yang kini sudah pun berada di tingkatan 1, 2 dan 3. Lagipun cikgu-cikgu saya pun merupakan sebahagian daripada pembaca blog ini. So, memang betulah hidup ini umpama roda...
Kepada pembaca blog ini... marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah buat guru-guru kita yang masih hidup mahupun telah menghembuskan nafas terakhir meninggalkan kita semua..
Kes Influenza Pertama Di Malaysia
Nampaknya wabak influenza A (H1N1) telah mula melanda Malaysia. Virus ini telah dibawa oleh seorang pelajar, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mengambil tindakan berjaga-jaga.. jangan memandang remeh dengan virus ini..
kementerian Kesihata Malaysia meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian.
Maklumat tambahan...... Peningkatan dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).
Merujuk kepada maklumat di atas Amerika Syarikat memintas mexico untuk berada di carta pertama mempunyai bilangan peningkatan pesakit H1N1 teramai di dunia...
Apapun, kita teruskan berdoa agar penyakit ini dapat dihapus dan dihindarkan segera.. dan buat masa ini... sesiapa yang telah merancang untuk keluar negara perlulah berhati-hati dan mengambil langkah bijak untuk memastikan anda tidak terjebak dengan influenza A ini...
Khamis, 14 Mei 2009
5 Cerdas Juara, 5 Amanah Kedua Syarahan....
Pagi tadi telah berlangsungnya satu pertandingan syarahan peringkat sekolah SK Setiawangsa.. pertandingan hanya melibatkan murid-murid tahun 5 sahaja... dalam pertandingan tersebut hanya 10 peserta bertanding diperingkat akhir....

Kalau sebelumnya 5 Cerdas telah berjaya memenangi choral speaking... satu lagi kemenangan untuk kelas tersebut apabila Athiffah diumumkan juara syarahan oleh ketua juri iaitu En. Zamzami....
Nadhirah pula berjaya merangkul tempat kedua untuk kelas 5 Amanah setelah semalam berjaya menjadi naib juara bagi acara choral speaking dan seorang lagi wakil dari kelas 5 Cerdas iaitu Farra Natasya telah berjaya mendapat tempat ketiga..
Tahniah diucapkan kepada semua yang bertanding... diharapkan murid-murid lain juga dapat menyertai pertandingan sedemikian yang dianjurkan diperingkat sekolah pada masa akan datang.. demi untuk menambahkan pengalaman dan mengurangkan tekanan sewaktu beraksi dipentas...
Kepada mereka yang berjaya diucapkan tahniah manakala yang tak berjaya pula tahniah diucapkan kerana keberanian anda semua telah berjaya mewakili kelas masing-masing...

Barisan 4 orang juri yang arif yang bukan bijak situ atau sini tetapi bijaksana...

Para penonton dari kalangan murid-murid tahun 5

Para peserta sedang menghafal skrip

Barisan guru-guru Bahasa Melayu tahun 5 dan peserta-peserta yang bertanding

Barisan guru-guru tahun 5

Rabu, 13 Mei 2009
Ping Pong & Sofbol Friendly bulan 6
Mengikut makluman yang saya terima daripada En. Sukardi petang tadi, pada 26 Jun 2009 nanti... Sk Setiawangsa bersama rombongan 40 orang murid kluster pingpong dan 40 orang orang pemain sofbol akan berlepas ke Kuala Selangor untuk pertandingan persahabatan di sana...
Bagi pemain sofbol... beberapa pemain baru akan dikenal pasti semula untuk layak mengikuti rombongan ke sana... murid yang dipilih mestilah mempunyai kebolehan bermain dan sentiasa berdisiplin termasuklah menyiapkan kerja sekolah yang diberi.... bagi mereka yang pernah mewakili sekolah atau ingin mewakili sekolah tetapi mengabaikan pelajaran... secara automatiknya akan di tolak....
Jadi kepada mereka yang ingin mewakili sekolah diharapkan anda bersedia... sebagai seorang guru saya akan cuba membantu murid-murid yang betul-betul berminat untuk memajukan diri sendiri dan menaikkan nama sekolah.. kalau setakat nak main jer.. kerja sekolah pun tak nak buat... dalam bahasa kasarnya boleh blah lah... ngabihkan boreh jer... Oleh itu satu pemilihan semula akan dibuat untuk memastikan mereka yang terpilih adalah betul-betul mempunyai ciri2 yang dimaksudkan....

Aktiviti Kokurikulum Motor EX5
Setiap hari Rabu kena balik lambat... pukul 2.45 petang... huhhh letihnya.... biasalah aktiviti koku... tapi nak wat macam mana kan? Dah itu tanggungjawab, kenalah pikul dengan hati yang ikhlas dan terbuka... Untuk hari ini Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Setiawangsa telah mengadakan aktiviti kawad yang sudah berkurun lamanya ditinggalkan....
Nampaknya murid-murid sudah mula lupa dan tak tahu berkawad... so agak lambat pergerakan yang dilakukan tadi... yang tak bestnya pulak... kawasan sekolah yang padat... tak ada tempat nak kawad.... terpaksa kawad kat kantin... pulak tu hujan turun dengan lebatnya... so tak dapat meneruskan aktiviti tersebut... tapi murid sempat ler belajar beberapa arahan kawad dan pergerakannya...
Lepas aktiviti koku... apa lagi... bergegas pulang ler... tapi masalah pulak dengan honda ex5 saya tu.... tetiba xleh idup... sorang-sorang datang membantu... memula abang adi kantin... pastu En. Sukardi.. pastu Cikgu Rahimi... tapi semua gagal , Pastu Ustaz Razi plak datang membantu..... Cikgu Nazri bagi pinjam motor dia, so kitorang p kedai motor.... akhirnya berjaya.... motor ex5 itu berjaya idup.... so dikesempatan ini nak ucapkanlah timer kaseh kepada semua yang membantu dan banyak membuang masa tadi.... gilerlah..

Choral Skipping Speaking
Sempena Bulan Bahasa Inggeris, SK Setiawangsa telah mengadakan pertandingan choral speaking yang dibahagikan kepada 2 kumpulan yang dipecahkan daripada 10 kelas yang bertanding.... Pertandingan tersebut telah berjaya dilangsungkan sebentar tadi pada jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi...
Bagi kumpulan A Juara berjaya disandang oleh 5 Cerdas

manakala Naib Juara 5 Amanah

5 Usaha pula membuat kejutan apabila berjaya menjadi juara kumpulan B..

Naib Juara pula disandang oleh 5 Wawasan...

Pertandingan yang diadakan ini dapat memberi murid-murid pendedahan ketika beraksi di pentas... tambahan pula ia melibatkan sekurang-kurangnya 35 orang murid untuk satu kelas... mereka yang telah membuat persembahan pastinya menerima pengalaman yang sangat berharga.... walaupun ada yang kalah... itu perkara biasa dan sudah menjadi adat pertandingan... kalau tak ada yang kalah... lebih baik tak payah bertanding...

Apapun selepas semua murid mempersembahkan choral speaking tadi... ketua bagi pihak juri iaitu Pn. Hjh. Aziah telah berkesempatan untuk menegur dan memberi nasihat kepada murid berkaitan persembahan mereka sebentar tadi... ini semua pastinya dapat dijadikan panduan kepada mereka apabila beraksi dalam pertandingan tersebut di masa yang akan datang...
Kepada semua pemenang.. diucapkan tahniah dan kepada mereka yang terpilih untuk mewakili sekolah pada 1 julai 2009 nanti diharapkan dapat melakukan yang terbaik dari yang terbaik pernah dilakukan sebelum ini.. Kepada mereka yang tewas pula jangan kecewa... akan datang cuba lagi...

Selasa, 12 Mei 2009
Ping Pong Erat Hubungan
Malam ini di SK Setiawangsa akan berlangsung perlawanan ping pong yang tertangguh tempoh hari... kali ini acara bergu pula... perlawanan akan berlangsung lewat sedikit memandangkan beberapa orang guru terlibat dalam kelas malam PIBG... so.. lepas habis kelas tue boleh lah mulakan perlawanan...
Saya mesti datang malam nie untuk tidak mengecewakan rakan-rakan sumer walaupun saya tahu saya akan kalah malam nie... yerlah kalau saya tak datang.. dah kurang sorang.. sebenarnya apa jua acara yang dirancang perlu kerjasama semua pihak... dijangka hampir semua guru-guru lelaki akan berada di sekolah malam nie termasuklah GPK Kokurikulum...
Motif utama perlawanan malam ni bukan untuk cari pemenang sahaja... tapi nak mengeratkan hubungan sesama rakan guru.. Untuk kurangkan tekanan kerja.. juga sebagai kesinambungan aktiviti sosial yang positif yang telah pun dilaksanakan sebelum ini. Pada saya aktiviti yang telah dijalankan oleh kami semua seperti bermain badminton, futsal, bola tampar, ping pong, bowling, memancing, melancong dan lain-lain lagi memang memberi kesan yang sangat positif agar dapat memastikan guru-guru sentiasa berasa seronok untuk terus berada di sini...
So malam nie kepada geguru sk setiawangsa semua jangan lepaskan peluang untuk kita sama-sama bersatu merapatkan hubungan sesama kita dan melakukan yangterbalik terbaik untuk sk setiawangsa
Saya mesti datang malam nie untuk tidak mengecewakan rakan-rakan sumer walaupun saya tahu saya akan kalah malam nie... yerlah kalau saya tak datang.. dah kurang sorang.. sebenarnya apa jua acara yang dirancang perlu kerjasama semua pihak... dijangka hampir semua guru-guru lelaki akan berada di sekolah malam nie termasuklah GPK Kokurikulum...
Motif utama perlawanan malam ni bukan untuk cari pemenang sahaja... tapi nak mengeratkan hubungan sesama rakan guru.. Untuk kurangkan tekanan kerja.. juga sebagai kesinambungan aktiviti sosial yang positif yang telah pun dilaksanakan sebelum ini. Pada saya aktiviti yang telah dijalankan oleh kami semua seperti bermain badminton, futsal, bola tampar, ping pong, bowling, memancing, melancong dan lain-lain lagi memang memberi kesan yang sangat positif agar dapat memastikan guru-guru sentiasa berasa seronok untuk terus berada di sini...
So malam nie kepada geguru sk setiawangsa semua jangan lepaskan peluang untuk kita sama-sama bersatu merapatkan hubungan sesama kita dan melakukan yang
Isnin, 11 Mei 2009
APC Hafal Lagu
Tadi Tn. Hj. Ruslan Madon GB SK Setiawangsa, telah memaklumkan kepada murid bahawa sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada 18 Mei 2009... Hari tersebut memberi peluang kita meraikan guru-guru kita yang telah banyak berkorban jasa demi untuk melihat anak bangsanya berjaya. Yerlah... kalau anak muridnya berjaya dia akan tersenyum gembira..
GB ada maklumkan tadi ada 10 orang yang layak menerima APC atau Anugerah perkhidmatan Cemerlang... nanti saya senaraikan nama kat sini... saya pun tak berapa ingat.. tapi GB pun turut terima anugerah tersebut.. apa pun tahniah diucapkan kepada semua yang bakal menerima APC itu nanti... itu semua berkat usaha cikgu-cikgu selama ini mendidik murid dengan pernuh ikhlas dan tabah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan....
GB juga suruh cikgu hafal lagu kat bawah ni... so kepada geguru SK Setiawangsa dan sesaper jerlah geguru yang membaca blog ni... bolehlah sama-sama hafal dan hayati lirik lagu di bawah ni.... sebelum tu kena klik play dulu k...

Ahad, 10 Mei 2009
Selamat Hari Ibu

Siapalah kita tanpa ibu.. seharusnya ucapan terima kasih kita hulurkan kepadanya..
dia telah mengandungkan kita... menyusukan kita... mendodoikan kita... membelai kita... mendidik kita... membimbing kita... menatang kita bagai minyak yang penuh...
sesungguhnya jasa ibu sangat besar dan tak terhingga... tidak mampu dibalas dengan harta benda... hanya boleh dibalas dengan budi pekerti kita dan doa kita sebagai anak yang soleh dan solehah.. Ibu yang mengandungkan kita hanyalah satu... tiada dua dan tiada yang lebih dari itu...
Ada juga ibu angkat, ibu tiri, ibu roti, ibu jari dan sebagainya... tapi sungguh tidak dapat menyamai ibu kandung kita sendiri kerana jasa dia melahirkan kita itu sangat besar kerana mempertaruhkan nyawanya sendiri....
Namun sebagai seorang anak... tidak kiralah ibu tiri atau ibu angkat... selagi dia memelihara kita dan menjaga kita sehingga kita dapat menikmati kehidupan yang bahagia... sesungguhnya ia juga merupakan jasa yang tak ternilai....
Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia ini... dikesempatan ini marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan al-fatihah kepada ibu-ibu yang sudah tiada lagi di dunia ini... kepada yang hampir menjadi ibu juga diucapkan selamat hari pra ibu..
Kepada kucing saya sendiri amber diucapkan Meoooooooooowwww#$%<<>%owwemeeow... yang bermaksud selamat hari ibu......
>>>>>>>Kasih Ibu
Sabtu, 9 Mei 2009
Bola tampar dan ping pong
Program Hari Guru hari ini telah berlangsung dengan meriahnya... acara yang dilangsungkan adalah bola tampar dan juga pingpong... acara telah berlangsung bermula pukul 8.30 pagi dengan acara bola tampar manakala ping pong memulakan perlawanan 10.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang....
Keputusan Bola Tampar masih tergantung kerana perlawanan masih tergantung.... perlawanan yang sepatutnya 5 set tapi tetiba dihentikan pada set ketiga...
keputusan set pertama dan kedua dimenangi oleh pasukan guru-guru petang... manakala set ketiga berjaya dimenangi oleh guru-guru pagi....

Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang telah bertungkus lumus menganjurkan perlawanan ini dan juga terima kasih kepada pihak kantin iaitu abang adi yang telah menyeponsorkan air dan air batu untuk kami minum....
Berikut adalah keputusan Perlawanan Ping pong mengikut kumpulan :

Berikut adalah keputusan Perlawanan Ping pong "Loosers pool" :

Juara Loosers pool berjaya disandang oleh Cikgu Farzarul(kanan) dan Naib Juaranya ialah Cikgu Shekh(kiri)

Berikut adalah keputusan Perlawanan Ping pong :

Juara Ping Pong telah disandang oleh Ustaz Kamarudin(kanan) dan Naib juara pula disandang oleh Cikgu Zulkifli(kiri)

Berikut adalah gambar yg diambil ketika perlawanan bola tampar dan ping pong sedang dilangsungkan :

Langgan:
Catatan (Atom)