Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 16 Mei 2009

Kursus Hari Guru BZ

Hari ini hari yang istimewa buat semua guru-guru di Malaysia... bagi kami guru di sk setiawangsa... hari ini merupakan hari yang begitu bermakna... sungguhpun hari ini sepatutnya kami semua bercuti... namun hari ini telah diadakan kursus demi untuk peningkatan profesionalisme dan kebaikan guru-guru... Kursus atau ceramah tadi telah disampaikan oleh En. Mohd Noh Sairi, bekas guru kepada cikgu Khatijah Mohamad... dan merupakan salah seorang bekas pensyarah ketika saya menuntut di Maktab Perguruan Batu Pahat suatu ketika dulu....

(Sejambak bunga yang digubah khas oleh Cikgu Khatijah buat Gurunya yang tersayang Cikgu Noh Sairi..... Kerana jasanya jua cikgu khatijah menjadi salah seorang pendidik yang cemerlang di SK Setiawangsa)

Nyata ceramah yang diberikan begitu menarik... kalau ikut pandangan guru-guru di sini... ceramah beliau adalah ceramah yang bertaraf 5 bintang.... tidak membosankan langsung... So, terima kasih kepada Tn. Hj. Ruslan Madon yang telah berusaha untuk mendapatkan penceramah yang begitu hebat demi untuk kecemerlangan guru-guru SK Setiawangsa sempena hari guru 2009 ini.


Lepas jer selesai ceramah tadi kami semua bergerak ke kantin untuk jamuan tengah hari dan acara memotong kek sempena hari guru telah dilangsungkan... best betul... kek ini telah di sponsor oleh seorang ibu murid yang saya tak pasti siapa namanya... tapi terima kasihlah... semoga Allah memberi balasan rezeki yang melimpah kepada ibu tersebut..

Hari ini agak bz... banyak perkara yang telah sedang dan akan dilakukan... termasuklah kursus yang dinyatakan tadi... kemudian kami bergerakke surau untuk menunaikan solat zohor dan menyambung kembali perlawanan ping pong yang tertanggung tempoh hari akibat hujan yang sangat lebat dan kehadiran pemain yang tidak mencukupi..

Perlawanan hari ini berlangsung dengan begitu menarik... tetapi melibatkan guru-guru lelaki sahaja... memang enjoylah... kalau ikutkan saya sendiri memang tak berapa nak pandai main ping pong nie... tapi nak jaga hati kawan-kawan kena ler main jugak... lagipun dapat merapatkan ukhuwah antara kami.... bukan aper... ikatan ukhuwah merupakan satu perkara atau aspek yang sangat penting untuk memastikan kami sentiasa berasa seronok menjalankan tugas di sk setiawangsa.... yang bestnyer... En. Sukardi selaku GPK Koku yang sporting turut turun dewan main ping pong.... memang bestler... kitorang respect giler lah....

Bukan ping pong ajer tau... malam nanti main bowling pulak.... memang hari nie nak enjoy puas-puas.... sekurang-kurangnya dapat melepaskan segala tekanan yang berada dalam kepala hotak nie... lepas nie nak ready buat persiapan untuk murid-murid pulak... yerlah nak lihat murid berjaya dalam periksa PKSR nie... kena buat sedikit persiapan...... aper pun citer pasal bowling akan menyusul malam ini.... Dengan tajuk..... Juara Bowling SK Setiawangsa