Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 17 Mei 2009

Pesanan untuk murid... Persiapan Terakhir

Alhamdulillah... sehingga kini Allah masih membenarkan kita meminjam udaraNya untuk kita bernafas meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini... harap-harap esok kita masih diberi pinjaman tersebut yang sudah tentu kita tidak perlu menggantinya semula...

Bersyukur juga kerana ibubapa telah menjaga kita sejak kecil hingga kita membesar kini... pada ibubapa kasih sayang terhadapnya lebih bernilai daripada wang ringgit... sebab itulah dia sanggup berkerja keras untuk dapatkan wang untuk perbelanjaan kita ke sekolah...

Oleh itu, wahai murid-murid yang kukasihi sekalian, janganlah kita sia-siakan pengorbanan mereka itu. Cikgu telah pun memberi peringatan tentang PKSR 1 sejak sebulan yang lalu... lihatlah sendiri... masa begitu pantas berlalu... tidak berapa hari lagi kamu semua akan menghadapi PKSR 1...

Buktikanlah kepada ibubapa bahawa anda juga boleh berkorban seperti mana mereka telah berkorban... Masa yang sudah singkat ini buatlah persiapan terakhir... Penilaian yang akan dibuat untuk PKSR 1 hanyalah separuh daripada topik keseluruhan... kalau tak tahu boleh berjumpa guru-guru dan bertanya.. jangan malu jangan segan.. jangan takut...