Hari ini sekolah tetap diteruskan macam biasa walaupun peperiksaan telah tamat... macam biasalah guru-guru sibuk menyemak dan mengumpul data-data untuk dimasukkan kedalam thumb drive sebelum diserahkan kepada penyelaras aliran.. Sejak saya kecil sampai besar... budaya bawa mainan kesekolah hujung-hujung tahun memang masih menjadi ikutan... agaknya memang itu budaya di Malaysia kat mana-mana sekolah pun... yang penting murid dapat lepaskan tekanan mereka selepas 10 bulan belajar..Tadi kat fb dapat berita bahawa cikgu Zaidi akan bertukar ke Terengganu atas permohonannya sendiri... memang cikgu zaidi nak ke sana sebab dekat dengan keluarga memandangkan isteri beliau di sana..
Huhu... nampaknya hilang lagi cikgu yang hebat-hebat ni... satu persatu... lepas ni camping tapa cikgu zaidi... tak taulah macam manakan? kurang menyengat kot... sebab beliau termasuk antara orang yang kaki camping... camping sambil berbasikal...
Apapun tahniah diucapkan atas kejayaan dapat bertukar ke sana setelah membuat permohonan tak silap saya awal tahun ini... Masa yang ada tak sampai sebulan ni perlulah digunakan untuk bergembira di SK Setiawangsa... cari sebanyak mungkin kenangan lagi yang boleh disimpan dalam ingatan...