Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 21 November 2009

PWTC-Majlis Jasamu Dikenang SKS 2009

Pada Jam 12.30 tengah hari tadi telah berlangsung satu Majlis lagi bertempat di PWTC KL. Majlis ini adalah bertemakan "Jasamu Dikenang" yang dikelolakan oleh KKGK yang dipengerusikan oleh Cikgu Rosli Juhari.

Inilah SK Setiawangsa, begitu banyak program yang telah dijalankan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sepanjang tahun ini boleh dikatakan 4 minggu kebelakangan ini merupakan minggu yang paling dan sangat sibuk.. macam-macam perkara berlaku... kalau ikutkan susah nak memastikan program yang dirancang berjalan lancar dengan pelbagai petindihan kerja.. tapi dengan kerjasama yang cukup mantap akhirnya.. hasilnya begitu membanggakan..

3 Majlis besar yang telah berjaya diadakan dengan jayanya termasuklah majlis persaraan, majlis anugerah cemerlang dan majlis jasamu dikenang... sebelum berlangsung majlis yang dimaksudkan sudah pastinya persiapan awal perlu dilakukan.. tetapi pelbagai halangan telah dilalui termasuklah peperiksaan, penyemakkan kertas PKSR, program lawatan sambil belajar, pertandingan ping pong, Intervensi, Semak kertas Intervensi, Pengumpulan markah PKSR 2, penyerahan buku teks, tutup laporan kedatangan, laporan panitia dan macam-macam lagi...

Majlis yang berlangsung tadi memang sesuai diadakan dan dapat melepaskan semua tekanan kerja pada hari-hari sebelumnya. Semua yang hadir dilihat mengukir seribu satu senyuman tanda kepuasan sepanjang menjalankan tugas di SKS.. saya sendiri turut berasa kepuasan.. tahun depan perlu pastikan lebih terbaik dari terbaik yang telah dilakukan.

Bercerita tentang Majlis jasamu dikenang sebenarnya meraikan guru-guru yang telah bersara iaitu Pn. Jusvinder dan. Pn. Khatijah, turut meraikan guru-guru yang bertukar dan menghargai jasa semua guru SK Setiawangsa. Tambah ceria majlis tersebut dengan kehadiran rakan-rakan bekas guru termasuklah cikgu Noor Izam, Cikgu Sheikh dan Ustaz Azam. Manakala wakil PIBG yang turut hadir ialah Dato' Elli selaku YDP bersama timbalan beliau Ir. Hj. Mufid.
Banyak lagi nak diceritakan... ini mukadimah sahaja... bersambung esok pula...