Minggu ini merupakan minggu yang sangat menyibukkan sebelum menanti minggu hadapan untuk menjauhkan minda ini dari keserabutan kerja. Pelbagai perkara telah, sedang dan akan berlangsung sepanjang minggu ini termasuklah ujian intervensi tahun 5 yang bermula pagi tadi sehingga hari khamis ini. Lawatan sambil belajar juga berlangsung pagi tadi dengan beberapa orang murid dan guru bergerak ke Melaka awal pagi tadi.
Latihan persembahan untuk Malam Anugerah Cemerlang terus giat dilakukan termasuklah orchestra, tarian, boria dan teater.. Bermula esok siri raptai pertama akan dilangsungkan untuk mengesan beberapa kecatatan sebelum ditambahbaikkan pada hari seterusnya. Setakat ini tugas menyediakan power point untuk tayangan nanti baru siap 45%. Hal ini kerana beberapa nama dalam aliran belum saya perolehi. Walaubagaimanapun sesi bergambar yang telah dimulakan sejak minggu lepas telah siap 95%.
Pada hari Khamis ini keputusan UPSR akan diumumkan lebih kurang pada jam 10 pagi. Murid-murid, Ibubapa dan Guru-guru pastinya berdebar dan tidak sabar menanti.. sementara menanti keputusan tersebut diumumkan tugasan perlu terus dijalankan. Pada hari yang sama juga pula akan berlangsung raptai akhir Anugerah Cemerlang dan keesokkan harinya.. Jumaat satu Majlis Persaraan akan berlangsung melibatkan 2 tokoh guru veteren sekolah ini iaitu Pn. Khatijah Mohamad dan Pn. Jusvinder Kaur.
Pelbagai program yang berlangsung minggu ini pastinya memerlukan kerjasama semua pihak. Sebarang tekanan perlu dielakan kerana jika ia boleh menyebab berlakunya sumbang dalam beberapa majlis yang akan dilangsungkan itu nanti. Oleh itu, guru-guru serta murid-murid SK Setiawangsa perlulah beri kerjasama dalam memastikan program yang kita rancang penuh gemilang ini berjalan lancar.