Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 30 Disember 2010

Cuti Orientasi Kalendar Tanjung Gila

Jumaat 31 Disember 2010, merupakan hari akhir dalam kalender 2010. Disember InsyaAllah berulang namun 2010 pasti meninggalkan kita dengan kita tidak sesekali mampu untuk berpatah balik kebelakang. Semua berbangga dengan kejayaan Malaysia apabila berjaya merangkul kejuaraan dalam PIALA SUZUKI AFF 2010 buat julung kalinya untuk sekurang-kurangnya membuktikan bahawa Malaysia mempunyai pasukan bola sepak yang harus disegani di rantau Asia Tenggara.

Bagi kami yang bertugas di SK Setiawangsa, hari Jumaat ini merupakan Hari Orientasi atau Suai Kenal murid tahun 1 2011. Oleh hal yang demikian, cuti hari Jumaat akan diganti dengan hari lain. Huhh... pastinya esok sekolah akan dipenuhi dengan lebih ramai ibubapa memandangkan cuti umum pada hari esok.


Buat pertama kalinya dengan kerjasama PIBG Setiawangsa satu kalendar 2011 telah berjaya dicetak. Sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan esok di SK Setiawangsa. Kaunter Jualan akan dibuka sepanjang proses orientasi berlangsung. Kalendar ini juga boleh didapati di Kedai Buku SK Setiawangsa. Warga SK Setiawangsa... jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.

Selesai aktiviti orientasi itu nanti satu aktiviti memancing di Tanjung Gila yang melibatkan beberapa orang gila pancing dan beberapa orang yang tak gila pancing tapi saja buat gila akan memulakan perjalanan lebih kurang pukul 2.30 petang dan dijangka akan meneruskan aktiviti tersebut sehungga ke pukul 4 pagi Sabtu. Harap dapat pengetahuan baru yang lebih menarik dan harapnya ikan-ikan yang ada di Tanjung Gila mengambil kesempatan cuti umum esok untuk beramai-ramai keluar makan umpan. Rasanya seluruh haiwan di dasar laut Malaysia juga akan bercuti esok.