Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 19 Disember 2008

Bush Elak Kasut

BAGHDAD: Pihak keselamatan Amerika dan Iraq hari ini 'memusnahkan' kasut yang dilemparkan wartawan tv Iraq ke arah Presiden George W Bush. Kasut milik Muntazer al-Zeidi itu dimusnahkan bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan letupan, kata hakim yang mengadili kes itu. Al-Zeidi kini ditahan sejak kejadian Ahad lalu ketika Bush mengadakan sidang akhbar sempena lawatan perpisahannya ke Iraq. Beliau dianggap 'hero' di kalangan warga Arab serta mendapat liputan meluas dunia berikutan tindakan beraninya itu. - AFP
Aku memang respect giler kat Al-Zeidi ni kerana keberaniannya... Apapun Islam tidak mengajar umatnya berbuat demikian... walaupun ia merupakan musuh kita... kerana ketika itu Bush merupakan tetamu jadi sebagai tetamu kita perlu layan sebagaimana yang telah dituntut oleh syariat... melemparkan kasut sebenarnya boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak waras... bukan nak membela Bush... tetapi itulah kenyataannya perbuatan membaling kasut memang tidak wajar... kalau boleh ajak Bush masuk Islam ker? bincang baik-baik bawak pergi melawat zoo atau muzium ker? mungkin dari situ dia akan berubah.... hahahaha... kalau nak gaduh kena bagi tau dia awal-awal... kalau kita mati takper... konferem and kondifen mati syahid...

Aku pasti ada yang tak setuju dengan pendapat aku yang menyatakan ketidakwajaran tindakan Al-Zedi tersebut... walaubagaimanapun jika kembali kepada ajaran Islam tentu anda bersetuju dengan apa yang aku perkatakan...

Jadi sebenarnya, kita harus berdoa ke hadrat Allah agar memberi balasan kepada Bush atas perbuatan jahatnya selama ini.... Sebenarnya kalau ramai orang berdoa dengan penuh yakin dan tawakal pada Allah sudah tentu Allah akan memakbulkan doa kita.. dan harus kita ingat hanya Allah sahaja yang mampu membenarkan balasan terhadap Bush... sebab itulah kasut-kasut yang dibaling itu tidak mengenai langsung malahan Bush sempat mengelak... lu pikirlah sendiri...

Kesimpulannya kalau kasut tu kena muka Bush sebenarnya aku rasa seronok jugak mengenangkan perbuatan jahat dia tu... ha..ha..ha

Khamis, 18 Disember 2008

Pandangan Che Det pasal Blog

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan blog untuk memperlekehkan orang lain tetapi perlu bijak dan adil semasa menulis.

Beliau berkata oleh kerana penulisan dalam blog tidak boleh ditapis, jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh menyinggung perasaan orang.

“Blog memberikan anda peluang untuk menyatakan sesuatu dengan menggunakan perkataan anda sendiri dan anda dapat memperbaikinya dari semasa ke semasa apabila anda berulang kali menulis, anda akan lebih mahir.

“Pada pandangan saya, menulis blog dalam Internet adalah satu peluang untuk orang belajar bagaimana untuk menulis,” katanya.

Ini adalah petikan daripada Berita Harian... hari ini... Aku setuju dengan pandangan beliau yang menyatakan bahawa menulis blog merupakan satu peluang untuk belajar bagaimana untuk menulis... memang betul pun... sebenarnya bukan itu sahaja.. banyak lagi... tapi bergantung kepada kreativiti setiap oranglah bagaimana cara dia menyampaikan sesuatu perkara.... ada yang menulis ikhlas dari lubuk hati dan ada yang suka menjadikan blog ni satu tempat untuk menimbulkan kekecohan...

Tapi bagi aku.... kita kena berpegang pada prinsip tidak terus percaya.. walaupun orang itu baik dan rapat dengan kita... kerana manusia ni boleh berubah sekelip mata....

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan disebabkan kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.." (Surah Al-Hujurat(49):6)..

Jadi kepada anda yang menulis blog atau baru nak belajar menulis blog tu pastikanlah apa yang anda tulis tu betul dan kepada pembaca pulak jangan percaya bulat-bulat apa yang dibaca... siasat dulu.. kalau lojik tu bolehlah terima...

Mancing HIV

Arie Sabtu ni ada aktiviti memancing lagi... aku dapat mesej daripada Setiausaha Ekspidisi Pancing di Lumut En. Rosli.... Ehmm.. tak habis pikir lagi nak pergi ke tak?..
Lepas tu tadi aku dapat surat jemputan pada 26 disember 2008 untuk satu sidang media di Pavilion ... Ini bermaksud Diplomats of drum kena buat show malam tu.. Lagipun band ni dah dilantik menjadi wakil STEPS untuk mengajak remaja-remaja ni menjauhkan diri daripada kegiatan yang tak bermoral dan mencegah HIV/AIDS... mujur majlis tu diadakan waktu malam.. kalau tak tak dapat ler aku nak pergi ikut sama... bukan apa... 26.12.2008, ada meeting kat sekolah... yerlah persediaan menghadapi tahun 2009... banyak perkara nak dibincangkan.... Pasal mancing tu plak? jap arh.. nak pikir jap nak pergi ke tak nak... nak pergi ke tak nak... nak pergi ke tak nak... eh tertidur pulak.

Kahwin Meninggal Bahagia

Semalam kecoh pasal Rita Rudaini dengan aidil a.k.a. pemain bola sepak Malaysia... biasalah artis dapat liputan.... kalau orang asli dengan orang kampung parit buntar gi kahwen kat thailand takde plak nak sibuk.... apa pun biasalah dunia artis ni... macam-macam...

Dikesempatan ini, marilah kita sedekahkan pahala bacaan al-fatihah kepada satu-satunya anak kandung seniman agung Allahyarham Tan Sri Dr. P Ramlee, Nasir yang telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 5.10 petang semalam kerana sakit jantung dan buah pinggang.

Apa yang penting... kerjasama... eh.. bukan kerjasama jer apa yang penting kebahagiaan... kita yang masih hidup ni teruskan berdoa agar kita dan mereka hidup bahagia.. semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Rabu, 17 Disember 2008

Minyak dan elektrik

Untuk pengetahuan semua harga pasaran minyak mentah dunia kini berlegar sekitar RM157 setong (US$45). Disebabkan itulah kerajaan telah membuat keputusan untuk menurunkan harga minyak.... turun seposen lagi buat kali ketujuh...

dan untuk pengetahuan anda juga jika nak dibandingkan dengan tahun *2005 pada masa itu harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

*** 2008 = RM157 setong (US$45) = RM 1.80
*** 2005 = RM164 setong (US$47) = RM 1.42

Jadi ada kemungkinan sepatutnya harga minyak diturunkan lagi.... sekurang-kurangnya dua ke tiga puluh sen lagi....

TNB menggunakan 60 % gas dan 40 % arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna. "Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 %. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik.

Kesimpulannya kerajaan mungkin boleh menurunkan sedikit lagi harga minyak dan juga tarif elektrik untuk meringan beban rakyat kerana tarif elektrik ketika ini masih seperti sewaktu harga minyak berada dalam paras harga RM 2.60....

Rumusan Meja Bulat

Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir semalam telah merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

Pilihan itu ialah:

1. Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.

2.Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

3.Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.

4.Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah.

5.Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

6.Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah, dan

7.Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Laporan rumusan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secepat mungkin sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

Semoga kementerian pelajaran kita dapat membuat pilihan yang betul-betul tepat untuk masa depan anak-anak generasi pewaris negara.

Selasa, 16 Disember 2008

Bincang Kat Meja Bulat


Hari ni berlangsung bersidangan meja bulat membincangkan isu hangat sejak 6 tahun lepas iaitu pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris a.k.a P.P.S.M.I... Macam-macam ideologi yang keluar sepanjang persidangan tersebut... apa yang nyata bijak pandai mula sedar bahawa betapa pripentingnya pembelajaran ini dipelajari dalam bahasa ibunda... Namun masing-masing mempunyai ego yang kuat... ada yang nak pertahan dan ada yang membangkang....

Kalau ditanya kepada aku pula... tentulah jawapan aku membangkang pelaksanaan tersebut dan wajar menukarkan semula kepada bahasa ibunda.... dalam pengamatan aku selama pengajaran dan pembelajaran 2 subjek penting dalam bahasa inggeris ini... banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.... yerlah aku nampak kita ni dah jadi macam lebai malang... yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula berciciran....

Apa yang aku maksudkan di sini adalah dahulunya kita cuba untuk memartabatkan bahasa melayu... dan cuba mempertingkatkan penguasaanya kerana rakyat malaysia ini memang agak kureng dalam bahasa melayu walaupun orang melayu sendiri... jadi belum pun sempat penumpuan diberikan terhadap langkah memperkasakan bahasa ibunda tersebut tetiba pelbagai perkara berlaku menjurus ke arah menjatuhkan martabat bahasa ibunda itu sendiri... termasuklah memansuhkan bahasa baku... yang pada aku bahasa baku itu perlu untuk dipelajari walaupun jarang sekali digunakan dalam percakapan harian.... ini kerana contohnya kita mengeja perkataan saya.... tapi dalam sebutan kita sebut saye.... di sini sahaja sudah menimbulkan kekeliruan... dan bahasa kita kian terhakis kualitinya....

Berbalik kepada persidangan tersebut Ada yang kata baik dan ada yang kata buruk... jalan yang terbaik sebenarnya adalah menyenaraikan baik dan buruknya..... kalau banyak keburukan adalah wajar ia tidak dilaksanakan... jika ia membawa banyak keburukan dan kerana terus dilaksanakan maka sebilangan besar generasi akan rugi... contohnya murid kini hilang minat belajar bagi kedua2 subjek tersebut... ini menyebabkan mereka lebih suka melakukan aktiviti yang melalaikan dan mengikuti gejala2 negatif... dan bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa... bagi sekolah rendah mungkin ok lagi boleh dikawal... tetapi sampai diperinkat menengah... lu pikirlah sendiri...

Sebenarnya aku pernah duduk berbincang dengan guru bahasa inggeris (cikgu Jusvinder) merangkap tutor aku kat sekolah.. katanya ada baiknya kita memperkasakan bahasa inggeris itu sendiri kerana murid sebenarnya lemah dalam bahasa inggeris.. jadi mungkin istilah-istilah sains dan matematik boleh diajar dalam subjek bahasa inggeris... manakala matematik dan sains yang lemah boleh diteruskan dalam bahasa melayu bagi memastikan penguasaannya lebih mantap.... jadi pada pendapat akulah sekiranya ini yang dilakukan kita tidak rugi apa2 tetapi dapat memantapkan lagi setiap subjek yang dipelajari... dan mengembalikan semula minat murid untuk belajar... dan yang penting apa yang kita kejar kita dapat tangkap dan yang kita kendong juga tidak berciciran kerana diletakkan dalam guni yang telah diikat dengan kuat...

Apa yang penting bukan semua orang boleh jadi doktor, bukan semua boleh jadi jurutera dan dll.... maksud aku di sini setiap orang punya kelebihan dan kecenderungan... mungkin dia tidak menguasai bahasa inggeris tetapi bijak matematik dan sebagainya... kalau semua pandai karang sapa nak jadi tukang sapu? jual air? mekanik?..... sedangkan mekanik tidak perlu menggunakan rumus matematik dalam bahasa Inggeris untuk membaiki sebuah kereta yang rosak... begitu juga penjual air, tukang sapu dan sebaliknya....anda ada idea?

Info tambahan... orang Inggeris belajar bahasa melayu dalam bahasa Inggeris... cepat jer diorang pandai... sebab belajar dalam bahasa ibunda diorang atau bahasa yang diorang faham.... itu pun tak berapa fasih jugak.... inikan kita nak belajar bahasa inggeris menggunakan bahasa inggeris.... haru birulah... kalau yang dah reti dan faham bahasa tersebut takpelah.... bagi mereka yang agak hancus.. macam mana?

Akhir sekali nasihat aku kepada nkorang sumer... apapun yang terjadi... sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya martabatkanlah bahasa kita... kerana bahasa jiwa bangsa... dan menguasai bahasa Inggeris kerana ia juga penting sebagai bahasa penghubung masyarakat dunia... tapi kalau tak reti jugak takpe... upah jer juru bahasa.. kalau tak nanti dia takde keje plak.

Isnin, 15 Disember 2008

Layan Pepaya

Baru sebentar tadi layan citer Pepaya Episod 18... ‘Pepaya’ adalah ilham asal Zul Yahya, arahan Emi Sufian, ia menampilkan superhero yang membantu membanteras kejahatan dengan hanya memakan buah betik.

Syok jugak layan lawak dalam citer nie... pedulilah orang nak kata pepaya ni bodoh ker... meniru citer popeye ke dan apa2 jerlah.... yang penting bagi aku citer ni memberi kesan baik pada masyarakat... dan patut berterima kasih kepada Zul Yahya kerana telah mengilhamkan citer tersebut... sebenarnya citer ni untuk bebudak kecik... tapi bila dah tengok aku nampak banyak nilai moral dalam citer ni... so aku teruslah mengikuti citer ni sampai sekarang...

Kalau nak diikut akal lojik memanglah tak ada superhero yang sedimikian dalam dunia yang nyata ni.. tapi sekadar untuk hiburan ianya tak menjadi masalah sekiranya mendatangkan banyak kebaikan kepada penonton berbanding rancangan tv realiti yang lebih banyak kepada hiburan yang melalaikan dan kurang memberi input yang baik untuk dicontohi para penonton... dan yang paling penting sekali sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita berbangga dengan superhero tempatan....


So kepada bebudak terutamanya dan rakyat Malaysia umumnya... jom kita layan citer ni.. moga-moga kita dapat ambil pengajaran dalam citer tersebut... dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak baik...

Harga minyak turun 10 sen

Seperti yang aku telah perkatakan dulu... akhirnya harga minyak berjaya diturunkan buat kali ketujuh pula... kali ini harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Ini bermaksud, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

Apapun bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan terima kasih yang tak terhingga atas keperihatinan kerajaan terutamanya PM sendiri yang membenarkan penurunan harga minyak diturunkan buat kali ketujuh... Namun seperti yang aku perkatakan dulu, harga barang juga perlulah diturunkan selari dengan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak... Hal ini kerana ramai di antara mereka yang hidup agak tersepit bukan sahaja kerana harga minyak naik tidak lama dulu tetapi bertambah lagi keperitan apabila pelbagai harga barang turut melambung...

Diharapkan usaha yang perihatin tersebut dapat diteruskan bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna rakyat Malaysia dan memastikan keamanan sejagat.... Dan juga berharap kerajaan dapat menurunkan lagi harga minyak sekiranya ia wajar dilakukan buat kali kelapan pula...

Ahad, 14 Disember 2008

Bunyi Bom Masa Sembahyang

Petang semalam Shukri member rapat aku masa kat Maktab dulu kol... dia bagi tau yang dia sekarang berada kat Batu Pahat... nak pergi rumah nenek katanya... nenek tu kira mak angkat kitoranglah... tapi panggil nenek... entah kenapa aku tak berkesempatan lagi nak jumpa nenek... ye lah dah lama aku tak ke batu pahat..... apa pun nanti akan jumpa juga insyaallah... bukan apa sepanjang aku, shukri dan sorang lagi member chopie praktikal kat situ... nenek tulah yang jaga makan minum kami.. dan di rumah dialah kami berteduh... banyak kenangan masa tu yang tak boleh aku lupakan dan takkan lupakan sampai bila-bila... asalnya kitorang menyewa kat umah lain... yang bestnya 3 orang duduk tapi sewa RM 60... macam tak percayakan? tapi inilah kenyataan... kelakar.. rasa nak gelak pun ada... Masa kitorang gi mengajar kat sekolah... rumah tu kena pecah masuk... abis henset aku kena amek... aku plak lupa nak bawak.....

Malaslah nak citer panjang kat sini.. pasal terlalu banyak kenangan yang menyeronokkan sepanjang berada di rumah nenek... yang bestnya nenek ni betul2 ikhlas terima kitorang nie seadanya dah macam anak dia sendiri pun... Apapun tuhan sahajalah yang mampu membalas segala budi dan jasa baik nenek sekeluarga...

Bila terkenangkan balik citer lama nie... aku tergelak sendirian ... bukan apa... nak dijadikan cerita... aku, Shukri dan cucu nenek(amirul) tu sedang menunaikan solat maghrib berjemaah... Shukri jadi Imam... masa tu nenek sengsorang kat dapur tengah prepare lauk untuk makan malam.. biasalah rutin harian nenek... tetiba datanglah seorang jiran... masa ni kitorang baru nak mula dan baru angkat takbir....

Tengah khusyu' sembahyang... tetiba jer jiran yang datang tu melepaskan bunyi bom atau kentut yang sangat kuat.... adoi... apa lagi aku dan amirul tergelak sakan... diikuti seterusnya oleh imamnya Shukri... adoi tak tahan betul... lepas tu nak mula solat balik punyalah payah... kena ambil masa... tarik nafas panjang... huhhhh.... mujurlah kitorang dapat teruskan macam biasa.. tapi lepas solat tu tergelak lagi....

Nenek sempat marah kat jiran tu pasal kentut .... tak sopan... tapi nak buat macam mana dah terlepas kan?

Itulah hidup ni banyak kenangan.. ada sedih, hepi dan sebagainya... apa sekalipun jenis kenangan kita tu.. kita tak boleh lupakan ia sama sekali... dengan mengingati kembali kenangan-kengan lalu dapatlah kita mengenali diri kita yang sebenar dan tidak menjadikan kita lupa diri...

Sabtu, 13 Disember 2008

"Skuad Berani Bogel"

Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni? nak kata cerdik memang cerdik... yelah orang cerdik pun ada nafsu... kalau dah nafsu melebihi batas dan akal tak dapat lagi nak bimbing.. itulah jadinya... Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis)mengugut untuk menganjurkan perang bogel... kerana kerajaan Selangor tidak menunaikan menifesto seperti yang dijanjikan...

Pada mula aku mendengar perkataan bogel jer aku dah terkejut beruk dan berharap beruk tak terkejut tengok aku ketika itu... aku sempat istighfar... apa ni? sampai nak bogel... mana letak kewarasan akal yang Allah dah kurniakan pada kita? dan yang pentingnya ini bukan ajaran Islam... dan ia akan mengelirukan bangsa lain terhadap Agama Islam yang suci...

Apapun seharusnya dalam melakukan sesuatu perkara itu perlulah kita membuat pertimbangan buruk dan baiknya... kalau dah sampai nak perang bogel ini memalukan diri sendiri.. menjatuhkan maruah... sebenarnya banyak lagi cara lain yang boleh dipertimbangkan.... kita seharusnya berasa malu dengan bangsa lain... jangan sampai kita di tertawakan... kalau nak perang jugak mungkin ada cara lain... contohnya memerangkan rambut menggunakan inai... atau lebih dikenali sebagai perang rambut... jadi boleh tubuhkan satu skuad berani perang rambut.... ini dikira oklah... lagipun guna inai...

Harap perkara ni dapat diselesaikan segera dengan cara yang lebih baik dan tidak mendatangkan masalah pada negara kita yang sudah sedia aman dan damai ini.....

Selasa, 9 Disember 2008

Blog Baru..Terima Kasih

Kita sebagai manusia yang lemah perlu sentiasa dinasihat dan diingatkan dalam melakukan sesuatu perkara... kerana sesungguhnya manusia itu tidak bersifat maksum... dan mudah dihasut walaupun seorang yang beriman... jadi aku telah membuka Blog Nasihat dan Peringatan bertujuan untuk mengingatkan aku dan pembaca blog ini..

Pelbagai pesanan dan nasihat akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut kelapangan masa...

Tak lupa juga nak ucapkan Terima kasih kepada pembaca sekalian kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini... semoga apa yang ada di blog ini dapat memberikan kepuasan kepada pembaca dan yang penting manfaat yang boleh dikongsikan bersama...

Ahad, 7 Disember 2008

Ziarah dan bersihkan Pusara Arwah Emak



Esok umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari raya aidiladha... so macam biasalah sehari sebelum raya aku mewajibkan diri ke kubur untuk Menziarahi dan membersihkan pusara emak... tapi hari-hari lain selang 2 atau 3 minggu sekali aku akan pergi ziarah.. lagipun tak jauh dekat taman keramat jer... Masa kat kubur tadi nampak ramai jugalah yang sibuk bergotong royong membersihkan pusara orang yang tersayang... baguslah kan? Sekurang-kurangnya kita tidak lupa pada orang yang kita sayang dan telah meninggalkan kita... bagi kita yang hidup pula kenalah ingat bahawa kita juga akan pergi suatu masa nanti...

Bagi aku yang telah kehilangan emak ni.. memang rasa hidup ni lainlah banyak... bukan lain sikit... masa kat sekolah dulu aku ada jumpa dengan cikgu kaunseling untuk bertanya tentang cara belajar yang betul.... dia ada beri aku satu kertas dan meminta aku membuat bentuk LOVE pada kertas A4 tersebut... setelah siap dia mintak aku bahagikan kepada 2 bahagian... bahagian sebalah kanan tulis harapan ibubapa dan kiri pula harapan diri sendiri... harapan itu aku simpan sampai sekarang... aku terus belajar bersungguh-sungguh untuk membantu mereka kelak... kerana aku ni bukanlah dari keluarga yang berada... setelah belajar bersungguh memang membuahkan hasil dan aku pun dah bekerja... Sesungguhnya aku cuba mencapai segala harapan yang pernah aku tulis dahulu... tetapi sedikit terkilan apabila arwah emak sudah pergi buat selama-lamanya...

Tiap kali raya biasanya emak akan buat ketupat palas dan abah pula buat ketupat nasi dan lepat. Sejak itu aku tidak lagi makan ketupat palas... so.. saper yang ada ketupat palas lebih bolehlah bagi kat aku...

Dikesempatan ini, ada baiknya kita sebagai umat Islam yang masih lagi bernafas di dunia yang sementara ini menyedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah khas buat rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, Sahabat2 baginda, Ibubapa dan guru2 kita sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia serta buat mereka yang tersayang yang telah meniggalkan kita semoga roh mereka dicucuri rahmat...

Al-Fatihah.....

Sabtu, 6 Disember 2008

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa


Banyak betul bencana yang diturunkan oleh Allah s.w.t.. sekarang nie dalam keadaan negara kita yang sering hujan dan beberapa tempat telah pun dibanjiri air... mereka yang tinggal dikawasan banjir terpaksa menghadapi tekanan atau masalah tersebut dengan tenang.. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil... bencana yang diturunkan bukan sahaja melibatkan orang dikawasan kampung atau yang susah aje... tapi di mana sekali pun kita berada bencana tetap ada sekiranya Allah berkehendakan bencana tersebut diturunkan...

terkini yang menjadi perhatian ialah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kira-kira pukul 4 pagi tadi... Sebelum itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian memberitahu, 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

kawasan ini memang menempatkan orang-orang dikalangan berada atau kaya-kaya lah... mana taknya sampai 14 Banglo tertimbus.. apa pun setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya... kita tidak boleh cepat melatah menyalahkan sesiapa.. yang pertama sekali mesti ingat itu adalah ujian dari Allah...

Jadi, kita hanya mampu berdoa agar semua yang terlibat selamat hendaknya... dan berharap keadaan kembali pulih seperti sediakala.... nak diingatkan juga... bencana yang diturunkan tersebut adalah peringatan dari Allah supaya kita sentiasa beringat... dunia ini bukan milik kita.. pada bila2 masa dan di mana-mana sekalipun kita berada.. jika Allah berkehendakan bencana ke atas kita... nescaya ia akan berlaku sekelip mata...

Jumaat, 5 Disember 2008

Alat Sofbol Beli Buku Awal

kol 9 pagi tadi aku pergi sekolah untuk uruskan alat-alat sofbol yang baru sampai... lepas ni kena usaha lebih gigih lagila.. harap usaha sekolah membeli barang2 baru yang lebih berkualiti ni membuahkan hasil...

Kat sekolah tadi nampak beberapa orang ibubapa telah mengambil peluang untuk membeli buku-buku yang akan digunakan oleh anak mereka untuk tahun depan.... baguslah beli awal-awal.. banyak kelebihannya.. yelah taklah kelam kabut nanti... dan yang paling penting tak beratur panjang... bukan apa, kalau ikut pengalaman aku.. aku tengok waktu dah nak bukak sekolah minggu pertama persekolahan koperasi sekolah memang sibuk....

keadaan sebegini berlaku disebabkan kebanyakan ibubapa terpaksa menunggu gaji bulan 12 ni atau duit dividen ASB... tu yang lambat beli buku tu... apapun masing-masing ada pendapat dan cara sendiri awal ke lambat ke yang penting buku tu dibeli..

Khamis, 4 Disember 2008

Apa tujuan merokok? halal ke?


Aku tertarik apabila terbaca topik selepas yoga, rokok mangsa terbaru... apa yang dimaksudkan di sini ialah pengharaman yoga dan kini rokok pula cuba diharamkan... ehmmmm macam-macam..

Aku dulu sekolah kat Sekolah Menengah Padang Tembak... Aku ada belajar tasawur Islam... Ustazah cakap rokok haram... hmmmm aku renung sejenak ... ustazah kata setiap apa yang kita lakukan mesti bersebab atau bertujuan.. seperti kita makan untuk hidup, bekerja untuk dapat duit, merokok pula untuk apa? dan apa yang paling penting sekali sebagai makhluk Allah di dunia ini telah di maklumkan bahawa setelah kewafatan Rasullullah s.a.w kita perlu merujuk kepada Quran dan Sunnah... jadi di dalam al-quran mempunyai pelbagai dalil untuk dirujuk.. antaranya yang berkaitan ialah "sesuatu yang jika diminum atau diambil secara banyak boleh memabukkan atau mendatangkan kemudaratan maka walau sedikit adalah haram".. disebabkan dalil tersebutklah aku tidak merokok... kerana dalil itu datangnya dari Allah semata-mata...

Secara lojiknya memang tak patut pun kita merokok.. ini merupakan budaya ciptaan manusia.. kajilah asal usul rokok... siapa yang menciptanya? adakah orang Islam? apa ujuannya? adakah untuk kebaikkan seperti perubatan? Jadi kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara dan mengetahui tujuannya dan pastikan tujuannya adalah untuk kebaikkan dan bukan untuk keburukan..

Sebagai manusia juga kita tidak boleh menidakkan yang haram dan mengharamkan yang halal.. sebab di alam dewasa ini kita dapat melihat pelbagai jenis sikap manusia (tak baik + baik) yang mana ada yang minum arak tetapi sembahyang tetap dilakukan, ada yang puasa tetapi minum arak, rokok pula macam mana? biar aku buat formula.... (tak baik + baik = tak baik-baik) inilahlah formulanya... kalau benda baik kita buat dan kita imbangkan pula dengan benda tak baik sampai bila pun kita akan berpenyakit dan tak baik-baik..

sebagai makhluk yang dikurniakan akal untuk berfikir ada baiknya kita gunakan secara baik untuk membezakan yang baik dan yang buruk.. kerana orang yang merokok akan tetap mengatakan ianya tidak salah.. apa pun lu pikirlah sendiri...

sesungguhnya kita ini hamba Allah.... kita juga diciptakan oleh Allah untuk beribadah atau ruku' kepadaNya... rokok pula dicipta oleh manusia untuk membazir dan mendatangkan penyakit... pilihlah... rokok atau ruku' atau kedua-duanya... dah bagi pilih satu nak pilih dua... itulah manusia

Kesimpulan : aiskrim ada, puting kosong ada apa pasai benda tu juga jadi pilihan

Soalan : Siapakah tokoh Islam pertama yang merokok?

Aidiladha


Tinggal lebih kurang 4 hari lagi seluruh umat Islam di dunia ini akan meraikan hari raya Aidiladha... sudah tentu takbir raya memuji kebesaran Allah akan bergema lagi... seperti raya puasa yang lepas aidiladha yang juga dikenali sebagai raya korban juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri...

Huraian:
i) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.
ii) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk “menghampiri Allah S.W.T” yang juga disebut sebagai menyahut panggilan “Baitullah” atau menjadi “tetamu Allah” di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.
iii) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh dan mendapat haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.
iv) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:
a) Bertawaf di sekeliling Kaabah- sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajarul Aswad .
b) Wukuf di Padang Arafah- sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan raksasa di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.
v) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah itu kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.

Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji juga merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan menziarahi tanah perkuburan. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Rabu, 3 Disember 2008

Nenek Maimun Nak Bertanding Lagi

Seperti yang kita sedia maklum. tidak lama lagi akan diadakan pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu berikutan pemergian Allahyarham Datuk Razali Ismail Jumaat lalu. Untuk ingatan atau imbas kembali... Di kuala terengganu ini telah mencatatkan sejarah yang mana mungkin boleh kita katakan sebagai aneh, misteri, dan sebagainya.... apa taknya buat pertama kalinya Nenek Maimun telah layak bertanding untuk mewakili parti bebas/parti kunci... Untuk pengetahuan umum nenek tersebut telah membelanjakan lebih kurang RM30 000 untuk berkempen dan telah pun hilang wang tebusan apabila mendapat undi yang sangat sedikit iaitu 685 sahaja...

Apa yang memeranjatkan lagi apabila nenek ini berhasrat untuk bertanding lagi mewakili bebas dan jika tidak dia berharap orang lain dapat mewakilinya untuk bertanding tetapi menggunakan lambang bulan dan bintang... adoi apa ni? aku pun tak fahamlah....

Secara logiknya sistem pilihanraya kita sekarang ni sedang dipermainkan.. yelah macam siapa yang menyokong nenek tu ? 685 orang? ramai jugak tu... sebenarnya diorang ni saja nak memain...

Aku harap SPR bertegas sikit kali ni... agak-agak tak logik tu janganlah diterima orang tu untuk bertanding... memanglah negara kita negara demokrasi tapi kalau dah orang tua macam tu hilang wang tebusan... demokrasi apa macam tu? so pada pendapat aku, ada baiknya calon perempuan yang hendak bertanding mestilah berumur kurang dari 70 tahun... kalau dah lebih tu sesuai untuk berehat pulak... Jangan sampai nenek tu atau orang lain yang lebih kurang sama masuk bertanding sekali lagi... bukan apa takut-takut nanti boleh mendatangkan fitnah... yelah kan? mana dapat duit? kenapa dah berumur baru nak bertanding? apa kelayakan yang dia ada? boleh ke dia memimpin orang lain sedang dia pun berkeadaan susah? jadi persoalan ini akan bermain di benak fikiran rakyat Malaysia....

Untuk kebaikkan rakyat negeri terengganu khususnya dan rakyat Malaysia serta dunia umumnya ada baiknya kali ini SPR menerima calon yang betul-betul berkelayakan dari segi pendidikan dan kesihatan bukan dari segi kewangan semata-mata...

Faktanya negara kita sudah popular di mata dunia apabila nenek tersebut menjadi calon... dan sempat mentertawakan kita... Aku harap kali ni perjalanan pilihanraya berjalan lancar hendaknya... dan calon yang bertanding lebih berkelayakan tidak kiralah dari mana-mana parti sekalipun yang penting boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat yang telah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi beliau..

Sumber : Malaysiakini

Selasa, 2 Disember 2008

Fenomena Aneh Senyuman dari bulan




Bulan tersenyum semalam... huhhh mungkin petanda baik agaknya... memang pun petanda baik.. apa agaknya? rupa-rupanya harga minyak nak turun...

Sebenarnya itulah kekuasaan Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya... kita kenalah sentiasa tersenyum seperti bulan semalam... walaupun ditimpa pelbagai bencana.. semalam Allah telah menghadiahkan senyuman buat kita makhluknya yang sangat kerdil.. jadi tanam dan sematkanlah dalam hati rasa kesyukuran yang amat sangat kepadaNya..

Peristiwa semalam bukan mudah untuk kita lihat... beruntunglah siapa yang dapat tengok senyuman tersebut...

Hari ini bulan tetap tersenyum... tapi tidak seperti semalam... dengan mata sekali kita dapat lihat..

Harga minyak turun lagi... Syukur

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Ini merupakan penurunan kali keenam... baguslah tindakan PM kita menurunkan harga minyak walaupun sekarang ni orang dah mula diam dan tak bercerita lagi pasal minyak ni... walaubagaimanapun langkah tersebut memang wajar memandangkan harga minyak dunia telah turun mendadak... seharusnya harga minyak boleh diturunkan lagi... apapun nantikanlah penurunan kali ketujuh pula yer....

Bukan sahaja harga minyak wajar diturunkan bahkan barang-barang harian yang merupakan keperluan sama ada harian, bulanan, tahunan, dekatan, abadan, milineuman atau sebagainya perlu juga diturunkan.. yelah.. tak guna jugak harga minyak turun kalau harga barang tetap melambung... bukan apa... macam aku ni makan nasi bukan makan minyak... minyak tu sekali-sekala jer guna.... harga barang naik pun disebabkan harga minyak naik kan? jadi wajarlah diturunkan harga barang selari dengan penurunan harga minyak...

Jadi sempena dengan penurunan harga minyak ni.. marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana begitu prihatin tentang permasalahan rakyat....