Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Rabu, 17 Disember 2008

Rumusan Meja Bulat

Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir semalam telah merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

Pilihan itu ialah:

1. Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.

2.Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

3.Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.

4.Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah.

5.Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

6.Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah, dan

7.Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Laporan rumusan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secepat mungkin sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

Semoga kementerian pelajaran kita dapat membuat pilihan yang betul-betul tepat untuk masa depan anak-anak generasi pewaris negara.