Seperti yang aku telah perkatakan dulu... akhirnya harga minyak berjaya diturunkan buat kali ketujuh pula... kali ini harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Ini bermaksud, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.Penurunan harga minyak ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
Apapun bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan terima kasih yang tak terhingga atas keperihatinan kerajaan terutamanya PM sendiri yang membenarkan penurunan harga minyak diturunkan buat kali ketujuh... Namun seperti yang aku perkatakan dulu, harga barang juga perlulah diturunkan selari dengan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak... Hal ini kerana ramai di antara mereka yang hidup agak tersepit bukan sahaja kerana harga minyak naik tidak lama dulu tetapi bertambah lagi keperitan apabila pelbagai harga barang turut melambung...
Diharapkan usaha yang perihatin tersebut dapat diteruskan bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna rakyat Malaysia dan memastikan keamanan sejagat.... Dan juga berharap kerajaan dapat menurunkan lagi harga minyak sekiranya ia wajar dilakukan buat kali kelapan pula...