BAGHDAD: Pihak keselamatan Amerika dan Iraq hari ini 'memusnahkan' kasut yang dilemparkan wartawan tv Iraq ke arah Presiden George W Bush. Kasut milik Muntazer al-Zeidi itu dimusnahkan bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan letupan, kata hakim yang mengadili kes itu. Al-Zeidi kini ditahan sejak kejadian Ahad lalu ketika Bush mengadakan sidang akhbar sempena lawatan perpisahannya ke Iraq. Beliau dianggap 'hero' di kalangan warga Arab serta mendapat liputan meluas dunia berikutan tindakan beraninya itu. - AFPAku memang respect giler kat Al-Zeidi ni kerana keberaniannya... Apapun Islam tidak mengajar umatnya berbuat demikian... walaupun ia merupakan musuh kita... kerana ketika itu Bush merupakan tetamu jadi sebagai tetamu kita perlu layan sebagaimana yang telah dituntut oleh syariat... melemparkan kasut sebenarnya boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak waras... bukan nak membela Bush... tetapi itulah kenyataannya perbuatan membaling kasut memang tidak wajar... kalau boleh ajak Bush masuk Islam ker? bincang baik-baik bawak pergi melawat zoo atau muzium ker? mungkin dari situ dia akan berubah.... hahahaha... kalau nak gaduh kena bagi tau dia awal-awal... kalau kita mati takper... konferem and kondifen mati syahid...
Aku pasti ada yang tak setuju dengan pendapat aku yang menyatakan ketidakwajaran tindakan Al-Zedi tersebut... walaubagaimanapun jika kembali kepada ajaran Islam tentu anda bersetuju dengan apa yang aku perkatakan...
Jadi sebenarnya, kita harus berdoa ke hadrat Allah agar memberi balasan kepada Bush atas perbuatan jahatnya selama ini.... Sebenarnya kalau ramai orang berdoa dengan penuh yakin dan tawakal pada Allah sudah tentu Allah akan memakbulkan doa kita.. dan harus kita ingat hanya Allah sahaja yang mampu membenarkan balasan terhadap Bush... sebab itulah kasut-kasut yang dibaling itu tidak mengenai langsung malahan Bush sempat mengelak... lu pikirlah sendiri...
Kesimpulannya kalau kasut tu kena muka Bush sebenarnya aku rasa seronok jugak mengenangkan perbuatan jahat dia tu... ha..ha..ha