Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Isnin, 23 November 2009

Gandingan Guru Bawa Kejayaan SK setiawangsa


MURID cemerlang Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bangga menunjukkan slip keputusan peperiksaan UPSR mereka, semalam. - UTUSAN/ Mohd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Gandingan guru berpengalaman menjadi resipi kepada kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa di sini yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Seramai 94 muridnya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut, yang terbanyak dalam satu sekolah di Wilayah Persekutuan.

Guru Penolong Kanan Satu (1) sekolah itu, Siti Rokiah Salleh, 51, berkata, pendekatan itu berjaya memastikan pelajar mereka mendapat bimbingan terbaik sebelum menghadapi UPSR.

"Cara ini ternyata membuahkan hasil kepada kami sejak tahun lepas lagi, yang mana seramai 118 murid mendapat 5A.

"Pencapaian ini bermakna SK Setiawangsa berjaya mengungguli sebagai sekolah paling ramai 5A buat tahun kedua berturut-turut,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tempat kedua dalam kategori itu ialah SK Bukit Damansara dengan 80 murid dan SK Taman Tun Dr. Ismail 1 (76 orang).

Namun, SK Bukit Damansara diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dengan catatan 1.31.

Siti Rokiah berkata, mereka merancang untuk mengekalkan prestasi itu pada tahun hadapan.

"Kami tidak akan leka dengan kejayaan ini kerana bagi saya untuk mencipta kejayaan lebih mudah berbanding mempertahankannya,'' jelasnya.

Sementara itu, murid yang mendapat 5A amat gembira dengan pencapaian mereka.

Bagi Nur Sabrina Madzney, 12, dia pada mulanya tidak yakin mendapat 5A memandangkan sedikit lemah di dalam mata pelajaran Sains.

"Namun galakan ibu bapa memberikan saya semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan saya ini ditujukan kepada mereka,'' katanya.

Aleena Mokhtar Khairun, 12, pula menyifatkan kelas tambahan di sekolah dan tuisyen banyak membantu kejayaannya.

"Saya memang bersungguh-sungguh mahukan keputusan seperti hari ini dan berusaha mencapainya sejak mula lagi," kata nya.

Hasnol Hadi Hakimi, 12, pula berkata, guru dan ibu bapanya yang harus diberikan penghargaan kerana kejayaannya itu.

"Diharapkan ini langkah pertama dalam mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor," katanya.

Utusan Malaysia Online: 20 November 2009

Persembahan Orchestra Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009

Ini adalah video persembahan orchestra SK Setiawangsa pada Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009 tempohari. Video ini adalah ihsan daripada bro kirinto marcello, kredit untuk beliau kerana sudi berkongsi video2 dibawah.. satu lagi persembahan lagu myway... sesiapa ada rakam sudi-sudilah kongsi..

kuda hitam



si paku gelang



isabella

Sabtu, 21 November 2009

PWTC-Majlis Jasamu Dikenang SKS 2009

Pada Jam 12.30 tengah hari tadi telah berlangsung satu Majlis lagi bertempat di PWTC KL. Majlis ini adalah bertemakan "Jasamu Dikenang" yang dikelolakan oleh KKGK yang dipengerusikan oleh Cikgu Rosli Juhari.

Inilah SK Setiawangsa, begitu banyak program yang telah dijalankan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sepanjang tahun ini boleh dikatakan 4 minggu kebelakangan ini merupakan minggu yang paling dan sangat sibuk.. macam-macam perkara berlaku... kalau ikutkan susah nak memastikan program yang dirancang berjalan lancar dengan pelbagai petindihan kerja.. tapi dengan kerjasama yang cukup mantap akhirnya.. hasilnya begitu membanggakan..

3 Majlis besar yang telah berjaya diadakan dengan jayanya termasuklah majlis persaraan, majlis anugerah cemerlang dan majlis jasamu dikenang... sebelum berlangsung majlis yang dimaksudkan sudah pastinya persiapan awal perlu dilakukan.. tetapi pelbagai halangan telah dilalui termasuklah peperiksaan, penyemakkan kertas PKSR, program lawatan sambil belajar, pertandingan ping pong, Intervensi, Semak kertas Intervensi, Pengumpulan markah PKSR 2, penyerahan buku teks, tutup laporan kedatangan, laporan panitia dan macam-macam lagi...

Majlis yang berlangsung tadi memang sesuai diadakan dan dapat melepaskan semua tekanan kerja pada hari-hari sebelumnya. Semua yang hadir dilihat mengukir seribu satu senyuman tanda kepuasan sepanjang menjalankan tugas di SKS.. saya sendiri turut berasa kepuasan.. tahun depan perlu pastikan lebih terbaik dari terbaik yang telah dilakukan.

Bercerita tentang Majlis jasamu dikenang sebenarnya meraikan guru-guru yang telah bersara iaitu Pn. Jusvinder dan. Pn. Khatijah, turut meraikan guru-guru yang bertukar dan menghargai jasa semua guru SK Setiawangsa. Tambah ceria majlis tersebut dengan kehadiran rakan-rakan bekas guru termasuklah cikgu Noor Izam, Cikgu Sheikh dan Ustaz Azam. Manakala wakil PIBG yang turut hadir ialah Dato' Elli selaku YDP bersama timbalan beliau Ir. Hj. Mufid.
Banyak lagi nak diceritakan... ini mukadimah sahaja... bersambung esok pula...

Majlis Anugerah Cemerlang 2009

Malam Majlis Anugerah cemerlang 2009 yang berlangsung semalam memang sangat mengujakan. 4 Bintang setengah daripada saya. Mejlis yang begitu gilang-gemilang berlangsung dalam keadaan yang begitu meriah. Walaubagaimanapun post mortem terhadap majlis tersebut sangat perlu diadakan bagi menambahbaik majlis sebegini pada masa-masa akan datang.

Malam tersebut merupakan malam yang cukup bersejarah memandangkan ianya pertama kali diadakan di dewan besar di centrum setiawangsa dengan 4 persembahan yang begitu hebat termasuklah Orchestra, Teater, Boria dan Tarian.

Bagi saya, banyak perkara baru yang saya dapati pada majlis tersebut untuk dijadikan panduan apabila melaksanakan majlis sebegini pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah termasuklah 94 orang murid yang telah mendapat 5A, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Khas dan Tokoh Murid 2009.. Semoga pada masa akan datang SK Setiawangsa dapat menjayakan majlis sedemikian dengan lebih sempurna. Kepada guru yang akan bertukar dan bersara iaitu Pn. Roshimah, Pn. Ainul, En. Zaidi, Puan Puteri, Pn. Jusvinder dan Pn. Khatijah.. Majlis tersebut adalah hadiah terakhir mereka untuk SK Setiawangsa.. huhh semuanya hebat2 belaka... pemergian mereka memanglah suatu yang agak menyedihkan bagi sekolah atas sumbangan yang telah mereka berikan.

Selesai majlis semalam, GB belanja semua makan di restoran berdekatan.. tapi saya tak dapat hadir.. sebab badan sudah mula berasa letih dan mengantuk... apapun tahniah dan terima kasih kepada GB, Pentadbir dan barisan guru-guru yang cukup komited dalam menjayakan majlis semalam.

Khamis, 19 November 2009

94 5A Raptai Penuh MAC 2009

Hari ini keputusan UPSR telah pun diumumkan. SK Setiawangsa merupakan sekolah yang paling ramai murid mendapat 5A di Wilayah Persekutuan iaitu seramai 94 orang. Mereka seterusnya akan diraikan esok dalam Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009 yang penuh gemilang.

Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Sulaiman Wak berkata seramai 2,725 daripada 24,826 calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Kuala Lumpur memperoleh 5A dan 7A.

"Walaupun peratusan kelulusan pada tahun 2009 telah menurun dari 66.94 peratus kepada 66.89 peratus tetapi peratus lulus semua A telah meningkat kepada 10.98 peratus berbanding tahun 2008 sebanyak 10.90 peratus," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan UPSR bagi Kuala Lumpur.

Beliau berkata 94 calon SK Setiawangsa mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, SK Bukit Damansara (80) dan SK Taman Tun Dr Ismail Satu (76).-petikan Harian Metro.

Tadi juga sibuk dengan raptai penuh... Tugasan yang diberi pada saya tidak lagi disiapkan dengan sempurna.. akibat banyak kekangan yang dihadapi.. esok juga ada majlis persaraan... pening kepala ni... malas nak cerita... sibuk sangat ni...

Cuma nak ucap tahniah pada mereka semua yang telah berjaya mendapat keputusan terbaik.. teruskan usaha pada masa-masa yang akan datang..

Rabu, 18 November 2009

Debar Raptai

Jantung berdegup menantikan keputusan esok... bukan sayalah.. saya tak rasa sangat degup tu... degup-degup nak cuti sekolah tu adalah rasa... apapun tak dinafikan ibubapa, guru-guru serta murid-murid tahun 6 ada yang agak gelisah hari ini dan mula berasa risau atau bimbang dengan pengumuman keputusan UPSR yang akan berlangsung esok..

Tak kisahlah apa perasaan anda semua... yang pasti saya pasti begitu sibuk esok untuk menyiapkan power point mereka yang berjaya dapat 5A esok.. selepas itu kena bergerak dengan kadar segera ke centrum setiawangsa untuk sesi raptai penuh... pastinya malam esok tak dapat nak tidur nyenyak.. huuhuh.. memang agak letih..

Apapun keputusannya esok kita perlu terima dengan hati yang terbuka.. bersyukur dengan keputusan yang bakal diterima... ini kerana kita telah pun cuba sedaya upaya yang termampu... yang selebihnya itu hanya DIA yang tahu..

Selasa, 17 November 2009

Raptai Mesyuarat 5A Bergambar

Pagi tadi telah berlangsung raptai penerimaan hadiah bagi tahun 5 dan 6 setelah semalam raptai bagi murid tahun 1... nampaknya berjalan lancar.. semua bakal perima hadiah juga gembira sebab dan berasa beruntung kerana kejayaan mereka bakal diraikan dengan penuh gemilang...

Tadi saya sendiri berkesempatan bersama cikgu riduan pergi menjenguk sekali lagi dewan tersebut(Centrum Setiawangsa) untuk membuat perbincangan terakhir serta mandapatkan kepastian dalam beberapa hal yang berkaitan Majlis itu nanti.. Alhamdulillah, lega rasanya apabila kami bukan sahaja dapat apa yang dikehendaki bahkan lebih daripada itu... boleh dikatakan nak betis tapi dibaginya betis dan peha... huhu.. memang gembiralah sebab melalui keputusan yang kami bincangkan tadi menampakan kami dapat mengurangkan kesibukan pada hari jadi nanti..

Selepas menjenguk dewan tersebut.. saya terus ke dewan untuk melihat sesi raptai.. memang berjalan lancar dan pada keesokannya raptai untuk persembahan pula akan diadakan.

Selepas itu pada jam 1200 guru-guru berkumpul di bilik gerakan untuk bermesyurat.. pelbagai perkara telah dimaklumkan termasuklah persiapan akhir untuk majlis Malam Anugerah Cemerlang nanti.. GB juga memaklumkan bahawa keputusan UPSR akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 1030 pada hari Khamis.. Murid yang mendapat keputusan 5A akan terlibat untuk sesi bergambar individu untuk terlibat sama dalam Majlis Malam Anugerah Cemerlang itu nanti...

Sebelah petangnya pula satu Raptai penuh akan berlangsung bertempat di Centrum Setiawangsa. Harap sesi raptai ini dapat berjalan lancar dan pada hari jadinya pula diharapkan cuaca dalam keadaan baik..

Isnin, 16 November 2009

Minggu Sibuk Lawatan Raptai Umum UPSR Bersara

Minggu ini merupakan minggu yang sangat menyibukkan sebelum menanti minggu hadapan untuk menjauhkan minda ini dari keserabutan kerja. Pelbagai perkara telah, sedang dan akan berlangsung sepanjang minggu ini termasuklah ujian intervensi tahun 5 yang bermula pagi tadi sehingga hari khamis ini. Lawatan sambil belajar juga berlangsung pagi tadi dengan beberapa orang murid dan guru bergerak ke Melaka awal pagi tadi.

Latihan persembahan untuk Malam Anugerah Cemerlang terus giat dilakukan termasuklah orchestra, tarian, boria dan teater.. Bermula esok siri raptai pertama akan dilangsungkan untuk mengesan beberapa kecatatan sebelum ditambahbaikkan pada hari seterusnya. Setakat ini tugas menyediakan power point untuk tayangan nanti baru siap 45%. Hal ini kerana beberapa nama dalam aliran belum saya perolehi. Walaubagaimanapun sesi bergambar yang telah dimulakan sejak minggu lepas telah siap 95%.

Pada hari Khamis ini keputusan UPSR akan diumumkan lebih kurang pada jam 10 pagi. Murid-murid, Ibubapa dan Guru-guru pastinya berdebar dan tidak sabar menanti.. sementara menanti keputusan tersebut diumumkan tugasan perlu terus dijalankan. Pada hari yang sama juga pula akan berlangsung raptai akhir Anugerah Cemerlang dan keesokkan harinya.. Jumaat satu Majlis Persaraan akan berlangsung melibatkan 2 tokoh guru veteren sekolah ini iaitu Pn. Khatijah Mohamad dan Pn. Jusvinder Kaur.

Pelbagai program yang berlangsung minggu ini pastinya memerlukan kerjasama semua pihak. Sebarang tekanan perlu dielakan kerana jika ia boleh menyebab berlakunya sumbang dalam beberapa majlis yang akan dilangsungkan itu nanti. Oleh itu, guru-guru serta murid-murid SK Setiawangsa perlulah beri kerjasama dalam memastikan program yang kita rancang penuh gemilang ini berjalan lancar.

Ahad, 15 November 2009

Makan-makan Di Hulu Langat



(gambar ihsan cikgu zaidi.. kredit untuk beliau)

Semalam satu program makan-makan guru-guru lelaki sk setiawangsa telah diadakan di hulu langat. Rentetan perjanan program :
8.00 malam : berkumpul di sekolah dan berbual-bual sementara menanti rakan-rakan lain yang agak lewat sedikit akibat hujan yang turun begitu lebat di kuala lumpur..

8.30 malam
: bertolak kehulu langat menaiki lebih 3 buah kereta... ada yang bersama rombongan dari sekolah termasuk Tn. Hj. Ruslan (GB) dan En. Sukardi (GPK Koku).. saya bersama rombongan ini menaiki kereta alphard cikgu wan bersama 7 rakan lain.. ada juga yang terus pergi ke destinasi.. sebab nak sediakan apa yang patut... termasuklah order makanan..

9.30 malam
: kami yang memulakan rombongan dari sekolah tiba di destinasi yang tuju.. sementara menanti makanan tiba kami berbual-bual... Bila makanan sampai apa lagi.. makanlah... sedap.. antara makanan yang dijamu semalam termasuklah ikan bakar talapia dan keli.. tomyam.. sotong.. air kopi.. air epal... dan beberapa lagi jenis makanan.. Selepas menjamu selera, beberapa orang guru juga sempat menyumbangkan lagu dengan berkaraoke..
12.00 malam : kami bergerak pulang dengan membawa perut yang sudah kenyang.. tiba di sekolah 10 minit lagi nak pukul 1...

Rumusan : Program ini memang menyeronokkan dapat merapatkan hubungan sesama kami terutama dengan pentadbir.. dapat menikmati juadah yang enak-enak. Walaupun tempat makan tersebut agak jauh tetapi sangat berpuas hati. Paling penting program makan-makan ini berjalan lancar dan semuanya selamat.. Alhamdulillah.

Jumaat, 13 November 2009

Seminggu Sekolah Keputusan UPSR MAC

Tinggal Seminggu sahaja lagi sesi persekolahan 2009 akan ditamatkan... huhhh begitulah berlalunya setahun.. cepat rasa bila sampai masanya.. dulu rasa macam lama jer..

Keputusan UPSR pula kalau tiada aral hari Rabu depan akan diumumkan... huhh tak sabar nak tahu pencapaian tahun ini.. Kalau cemerlang kompem la naik taraf lagi sekolah ni.. daripada Kluster jadi Sekolah Berprestasi Tinggi... huhu.. tengok jerlah nanti...

Kesibukan guru dah mula reda.. 2 hari bercuti perlu digunakan sebaik mungkin untuk berehat kerena bermula hari Isnin tekanan kerja akan mula dirasai semula... Ini kerana beberapa majlis penting akan diraikan termasuklah majlis persaraan dan Malam yang penuh gemilang Malam Majlis Anugerah Cemerlang yang buat julung kalinya dilangsungkan pada waktu malam..

Kalau nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain mereka dapat menyiapkan tugasan seperti kami dengan lebih awal, tetapi berbeza dengan kami di SK Setiawangsa yang mempunyai bilangan murid yang ramai menyebabkan ianya menjadi salah satu kekangan untuk menyiapkannya dengan kadar segera.. namun pada tahun ini perubahan terhadap kerja nampaknya jelas menampakkan perbezaan apabila tugasan yang diberi dapat disiapkan tepat pada masanya memandangkan beberapa inisiatif yang telah diambil oleh pihak sekolah termasuklah membenarkan penggunaan mesin penanda jawapan OMR bagi tahap 2..

Kepenatan dalam melaksanakan tugas selama ini pasti akan dapat dirasai kepuasannya nanti apabila berakhirnya Majlis Anugerah Cemerlang nanti.. harapnya semua berjalan lancar..

Khamis, 12 November 2009

Silap Mata - Mana Makanan Aku?

Ini adalah video persembahan orchestra SK Setiawangsa pada Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009 tempohari. Video ini adalah ihsan daripada bro kirinto marcello, kredit untuk beliau kerana sudi berkongsi video2 dibawah.. satu lagi persembahan lagu myway... sesiapa ada rakam sudi-sudilah kongsi..

kuda hitam



si paku gelang



isabella

Rabu, 11 November 2009

Kedudukan Aliran Gambar 25%

Seperti yang dimaklumkan, hari ini murid-murid telah mengetahui kedudukan dalam kelas dan aliran. Jadi sesi pergambaran lebih mudah dijalankan pagi tadi yang melibatkan semua murid yang telah berjaya mendapat tempat pertaman hingga ketiga di dalam kelas, tempat pertama hingga kesepuluh dalam aliran dan juga terbaik matapelajaran... Hasil kerja sudah meningkat kepada 25%.. banyak lagi perlu dikemaskini...

Saya mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya terutama mereka yang telah meningkat begitu mendadak dalam pelajaran berbanding pada tahun-tahun yang lepas. Bagi yang tak berjaya seperti biasa teruskan usaha.

Selasa, 10 November 2009

Sesi Bergambar Video Kedudukan Aliran

Bermula pagi tadi sesi pergambaran bersama murid yang terlibat dalam penyampaian Anugerah Cemerlang telah pun diadakan bertempat di bengkel kemahiran hidup.. walaubagaimanapun tugas tersebut belum hanya 12% sahaja yang siap, memandangkan beberapa orang murid yang terlibat tidak hadir hari ini dan pergambaran bagi sesi petang masih belum dimulakan.

Di samping itu hari ini sempat juga bersama Riduan bertemubual dengan Pn. Khatijah untuk menyiapkan video sempena persaraan beliau.. huhu.. memang kena bertenang sekarang ini... jika berlaku sebarang tekanan... memang akan bermasalah... bila saya diganggu, saya akan tinggalkan kerja itu begitu saja... sebab saya ni memang ler begitu adanya.. kelemahan yang tak dapat diatasi hingga kini... kalau ada penawar bagilah tahu... kot-kot boleh berubah.

Bagi murid tahun 1-5.. esok mereka akan mengetahui kedudukan dalam setiap aliran... sama ada naik, turun atau kekal di kelas yang sama..

Isnin, 9 November 2009

Kedudukan Kelas Dan Aliran Bergambar

Sibuknya guru-guru kelas hari ini... Hari ini mereka semua sibuk memasukkan markah dan kemuadian mencetak keputusan murid untuk mengetahui kedudukan dalam kelas dan aliran.. Nampaknya mereka semakin bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberi. Selewatnya esok atau lusa murid sudah boleh mengetahui kedudukan masing-masing dalam kelas dan juga aliran.

Bagi saya keputusan yang diperolehi dengan cepat pada tahun ini dapat membantu saya menyiapkan segera power point murid yang terlibat dengan anugerah cemerlang berserta gambar masing-masing.. Sekurang-kurangnya apabila mesyuarat khas MAC yang berkemungkinan diadakan pada hari khamis ini menunjukkan perkembangan dalam tugasan yang diberi tersebut.

Jadi, kepada mereka yang berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik 1,2 dan 3 bolehlah bersiap sedia untuk mengambil gambar esok dan lusa...

Ahad, 8 November 2009

Kelantan Kalah Chelsea Menang?

Kecewanya semalam... pasukan kawe kaloh... tapi kawe to kisoh.. pasa dapak masuk faine.. buke sene tu... Naik joro pun doh kiro hebak doh tu...

Tepat jam 12 tengah malam nanti satu lagi pasukan pilihan saya iaitu Chelsea akan berntap bagi menetukan kedudukan turun naik dalam liga perdana Inggeris.. Chelsea kini merupakan pendahulu liga akan bertemu Manchester United yang tercicir di tangga ketiga.

Chelsea nyatanya tidak gusar pada perlawanan kali ini... memandangkan barisan pemain-pemain adalah dalam keadaan terbaik kecuali bosingwa yang masih lagi memerlukan rehat bagi memastikan kecedaraannya segera pulih.

Saya tidak letak harapan yang tinggi kali ini... Seri sudah memadai.. bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri...

Perlawanan malam ini memanglah akan menjadi tumpuan ramai.. Anggaran jaringan malam ini adalah 3-1... huhu boleh ker... Bagi penyokong pasukan lain terutamanya Liverpool pastinya mengharapkan kekalahan Chelsea bagi memastikan masalah keciciran mata antara mereka dan pendahulu liga tidak terlalu jauh.. Apapun tunggu sajalah..

Khamis, 5 November 2009

Hajat Cikgu Zaidi Kesampaian

Hari ini sekolah tetap diteruskan macam biasa walaupun peperiksaan telah tamat... macam biasalah guru-guru sibuk menyemak dan mengumpul data-data untuk dimasukkan kedalam thumb drive sebelum diserahkan kepada penyelaras aliran.. Sejak saya kecil sampai besar... budaya bawa mainan kesekolah hujung-hujung tahun memang masih menjadi ikutan... agaknya memang itu budaya di Malaysia kat mana-mana sekolah pun... yang penting murid dapat lepaskan tekanan mereka selepas 10 bulan belajar..

Tadi kat fb dapat berita bahawa cikgu Zaidi akan bertukar ke Terengganu atas permohonannya sendiri... memang cikgu zaidi nak ke sana sebab dekat dengan keluarga memandangkan isteri beliau di sana..

Huhu... nampaknya hilang lagi cikgu yang hebat-hebat ni... satu persatu... lepas ni camping tapa cikgu zaidi... tak taulah macam manakan? kurang menyengat kot... sebab beliau termasuk antara orang yang kaki camping... camping sambil berbasikal...

Apapun tahniah diucapkan atas kejayaan dapat bertukar ke sana setelah membuat permohonan tak silap saya awal tahun ini... Masa yang ada tak sampai sebulan ni perlulah digunakan untuk bergembira di SK Setiawangsa... cari sebanyak mungkin kenangan lagi yang boleh disimpan dalam ingatan...

Rabu, 4 November 2009

Hadiah Kanak-Kanak Menari

Ramainya yang tetiba berkunjung ke blog ini... rasanya sejak saya masukkan video silap mata beberapa hari ini nampaknya dapat sambutanlah... nampaknya cukup sekadar itu sahaja silap matanya... kalau ada pun akan datanglah... jangan pulak rasa kecewa.. lagipun silap mata ni bukan kerja utama... cuma nak bagi hadiah untuk murid-murid sempena hari kanak-kanak.. sebab tak tahu nak bagi apa.. harap kanak-kanak semua seronok...

Bersempena dgn hari kanak-kanak ... di peringkat sekolah SK Setiawangsa sendiri telah turut mengadakan sambutannya yang boleh dikatakan meriahlah.. walaupun ada banyak gangguan teknikal tadi.. yerlah saya pun tak prepare apa.. cuma semalam diberitahu untuk ambil gambar... itu saja... tapi alang-alang dah ada video silap mata tu.. saya mintalah kebenaran barang seketita tadi untuk menayangkannya kepada umum... jadi semua dapat lihat melalui paparan pada layar tadi... nampaknya kanak-kanak ni teruja benar melihat silap mata yang boleh menghaibkan orang dan juga bertukar wajah... huhuh.. seronok bila tengok kanak-kanak ketawa dan terhibur...

Beberapa keping gambar dan video majlis pagi tadi sempat juga diambil... tapi saya tak dapat janji bila boleh dipaparkan disini... kalau tak hari ini esoklah yer.. tadi ada buat rakaman guru besar dipelawa untuk menari... biasalah GB kita ni agak sporting orangnyer...


Selasa, 3 November 2009

Bertukar Wajah Laptop Jadi Syarah

"Bertukar Wajah"

Lokasi : Bengkel Kemahiran Hidup
Penglibatan : Alya Sabrina GBS3, Zulfah Alawiah dan Affan Shahir

Laptop Jadi Syarah Nabila

Lokasi : Bengkel Kemahiran Hidup
Penglibatan : Murid-murid 5 Wawasan

Serah Buku Teks Mesyuarat MAC

Hari ini guru-guru dan murid-murid tahun 5 kelihatan sibuk menguruskan penyerahan buku teks... macam biasalah mesti ada dikalangan mereka yang meminjam cukup memulangkan pula tidak cukup... hilanglah.. tertinggal kat kampunglah... kena curilah.. dan macam-macam lagi.. guru-guru pula masih sibuk dengan menyemak kertas soalan bersama murid.. dan ada juga yang masih sibuk menanda.. maklumlah ada yang menanda lebih dari 600 set soalan.. so.. lamalah sikit masa yang diambil...

Pada pukul 12.30 tengahari tadi pula berlangsung mesyuarat khas Majlis Anugerah Cemerlang yang bakal berlangsung pada penghujung malam hari terakhir persekolahan nanti.. seperti yang dicanang.. memang pihak sekolah akan dengan sedaya upayanya memastikan majlis itu nanti akan dijayakan dengan penuh gilang-gemilang... harapnya semuanya oklah nanti...

Walaubagaimanapun, mesyuarat yang diadakan tadi tepat pada masanya... sekurang-kurangnya guru sentiasa diingatkan dan pelbagai maklumat baru juga diperolehi bagi memastikan aktiviti yang dirancang seterusnya dapat berjalan lancar sebelum beberapa lagi sesi mesyuarat khas diadakan sebagai persiapan akhir majlis itu nanti... setiap guru diberi tugas masing-masing... jadi jalankan tugas nanti dengan sempurna... huhuu...

Isnin, 2 November 2009

Silap Mata "Ghaib&Tukar RM1 Jadi RM10"

"Ghaib"

Lokasi : 5 Wawasan..
Penglibatan : Murid 5 Wawasan

"Tukar RM1 Jadi RM10"

Lokasi : Pondok... Bersebelahan Dewan Blok B
Penglibatan : Murid tahun 5