Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 14 Jun 2009

Melaka Kahwin Pancing Kucing

Sudah seminggu tak kemaskini blog nie... mana taknya.. saya tak dok kL... lepak kat Melaka... kat sana tak der internet.. so tak dapat ler nak kemaskini...

Banyak benda yang berlaku sepanjang cuti ni... pertamanya pergi kenduri kahwin kakak sedara... Azimah dan Haizam yg selamat diijab kabulkan sabtu lepas... kendurinya hari ahad... kakak sedara nie pun cikgu jugak.... bapak dia pun sama bekas guru besar... tapi sekarang PPD Kulai...

Saya nie tergolong dalam keturunan keluarga yang ramai... sebelah lelaki... mana taknya.. adik beradik abah saya jer dah 20 orang.. satu mak tu... saya sendiri 12 beradik... ramai kan? memang ramai... bagusnya kalau balik kampung.. ada kenduri memang meriah... tapi masalahnya ramai sangat sampai tak kenal pun ada... sedara beratus-ratus orang... sebab pakcik sedara pun anak ramai sampai belasan jugak.... itu namanya rezeki..... dalam ramai-ramai tu lebih dari sepuluh orang berkhidmat sebagai seorang guru... tapi yang lain tu cam biasa ler ada yang keja bisnesman, jurutera, pelakon, penyanyi, yang keje dengan kerabat diraja pun ada jadi bodyguard tengku mahkota.... jeles pulak rasanya...

berbalik kepada cerita di Melaka... lepak di sana sambil menjalankan aktiviti memancing... tapi rasanya aktiviti memancing pantai puteri dan tanjung bidara lebih dilihat sebagai sedekah amal jariah... sebabnya... umpan habis tapi sekor ikan pun tarak.... apapun tetap enjoy dengan udara nyaman ditepi pantai... pergh.. memang nyaman giler... sejuk jer... memang hebat ciptaan Allah... yang menciptakan laut yang sebegitu luas dan melimpah dengan rezeki...

pergi melaka bukan keseorangan.. tapi diikuti oleh konvoi adik beradik... semua pergi... sorang jer tak dapat ikut sebab berlatih bola tampar untuk inter kolej katanya...

Pada hari Isnin bersamaan 8 Jun 2009 merupakan hari terakhir saya membela si Amber yang sangat saya sayang.... sekarang telah pun menjadi milik orang lain... yang tinggal pada saya hanya 2 ekor lagi iaitu si pusar dan si putih... sedihnya

percutian yang boleh dianggapkan penuh bermakna ini akan disambung lagi pada masa-masa yang free akan datang....