Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Isnin, 15 Jun 2009

Mula Sekolah Dapat Markah

Sesi persekolahan bermula seperti biasa hari ini... cikgu-cikgu semua seibuk mengedarkan kertas-kertas jawapan untuk dibincangkan bersama dengan murid... pelbagai reaksi wajah yang dapat dilihat apabila murid mendapat kertas peperiksaan yang telah siap dengan markahnya....

Ada yang seakan tak percaya... ada yang percaya... ada yang kecewa... ada yang ketawa... ada yang sendawa.. ada juga yang mintak izin nak ke tandas... apepun pada keseluruhannya bagi murid saya sendiri dilihat banyak meningkat dari segi pertambahan markah dan juga gred.. Alhamdulillah...

Bagi yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang... tahniah diucapkan... kepada mereka yang masih tidak mencapai tahap tersebut.. perlulah giatkan usaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada peperiksaan akan datang....

Keputusan keseluruhan masih lagi belum diperolehi.. murid-murid pastinya tak sabar-sabar nak mengetahui kedudukan dalam kelas dan aliran... apapun cecikgu kelas semua pastinya akan berusaha gigih untuk mengemaskini markah secepat mungkin....