Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 18 Jun 2009

Perkhemahan pertama 2009

Esok bersamaan hari Jumaat 19 Jun akan bermulanya perkhemahan yang pertama untuk tahun 2009... perkhemahan bersepadu yang bakal dijalankan nanti memang satu aktiviti yang dinanti-nantikan... bukan sahaja murid-murid yang terlibat, bahkan guru-guru juga termasuk saya sendiri...

Aktiviti perkhemahan pastinya akan memberikan pengalaman yang amat berharga buat mereka yang mengikutinya kerana pelbagai perkara baru juga semangat bekerjasama akan dipupuk melalui aktiviti tersebut... pelbagai pertandingan juga turut akan diadakan..

Apapun laporan aktiviti tersebut akan saya catatkan serta gampar akan saya paparkan kemudian nanti..

Kepada mereka yang terlibat tahniah diucapkan... kerana telah berjaya terpilih... walaubagaimanapun kepada yang tidak dapat pergi cuba lagi tahun depan.. kerana penyertaan murid adalah mengikut had yang telah ditetapkan...

Barang2 untuk dibawa esok pastikan sudah tersedia... bawa barang mengikut keperluan sahaja.. jangan ikut kehendak... sepanjang pergi berkhemah esok.. pastinya blog ini tidak akan dikemaskini sehinggalah saya pulang semula ke rumah nanti...