Alhamdulillah hari ini rombongan tersebut menjadi kenyataan. Rombongan hari ini bukanlah satu program jalan-jalan cari makan tetapi jalan-jalan luaskan pemandangan bagi menambah ilmu pengetahuan seterusnya membuat perbandingan untuk meneruskan visi mencapai kejayaan cemerlang , gemilang dan terbilang 2012.
Wow, kagumnya kami dengan sekolah SK Bandar Baru, Kuala Selangor. Tahniah dan terima kasih yang amat sangat kami ucapkan kepada semua warga di sana kerana telah menyambut kami semua dengan penuh gilang gemilang. Sebenarnya memang kami tak jangkakan semua itu. Setibanya di sana, kami telah disambut dengan paluan kompang, barisan pengawas-pengawas sekolah dan juga turut dipersembahkan dikir barat dalam bahasa arab.
Fokus utama rombongan adalah untuk mengadakan perlawanan persahabatan ping pong dan juga sofbol. Dalam perlawanan tadi EsKayS telah berjaya menang dalam semua perlawanan. Tahniahlah diucapkan kepada murid2 atas kejayaan tadi. Namun bukanlah kemenangan yang merupakan motif utama pada perlawanan ini tetapi pengalaman dan kematangan dalam permainan adalah tumpuan utama bagi mamastikan kejayaan berterusan dapat dicapai pada masa-masa yang akan datang.
Disamping bermain kami juga mengambil kesempatan untuk melawat tempat bersejarah iaitu bukit malawati di sana juga kami semua melihat dan memberi makanan kepada monyet-monyet yang berada di situ. Murid-murid nampak seronok tak terkira. Macam jakun pun ada.
Aktiviti sebegini saya lihat sangat bagus bukan sahaja dapat memberi pengetahuan dan pengalaman bahkan dapat menjadi peransang kepada murid2 untuk berjaya.
Apa yang penting tadi Guru Besar SKBBKS ada memingatkan murid-murid agar sentiasa mementingkan akademik tetapi tidak pula mengetepikan kokurikulum. Kalau ingin berjaya kedua-duanya mesti ada. Kalau aktif dalam kokurikulum sahaja pun tidak boleh juga begitu juga sebaliknya. Oleh itu, murid-murid semua perlulah peka dalam keadaan semasa kini yang begitu banyak persaingan. Bagi mencapai kejayaan pengalaman adalah diutamakan. Oleh itu banyakkanlah aktiviti sebegini untuk menambah pengalaman sedia ada.