Sawan babi... gila babi... rasanya ok lagi sebab tak berjangkit... demam babi belum ada lagi... tapi tanda-tanda nak demam dah ada.. iaitu selsema babi... semua orang dah tahu pasal penyakit nie.... memang bahaya dan boleh bawa maut...
Apapun segala penyakit yang ada di muka bumi ini adalah ciptaan Allah semata-mata di mana penawarnya juga ada padaNya.. setiap penyakit yang diturunkan itu pasti ada sebabnya... jadi faham-faham ler...
Untuk pengetahuan semua.. kini penyakit selsema babi ini sudah semakin hampir dengan kawasan kita yang berada disekitar setiawangsa dan keramat kuala lumpur... baru tadi seorang murid dari sk setapak indah terkena akan virus berbahaya ini ... yang pastinya antara 291 kes setakat ini bukanlah semuanya berjangkit di luar negara bahkan ada juga menerima jangkitan di dalam negara ini...
Di brunei iaitu negara jiran kita telah mencatat satu kematian semalam yang melibat kan pelajar berusia 12 tahun selepas 16 hari menginap di klinik kerajaan semenjak 14 Jun lalu selepas mengalami hepatitis auto-immune, kerosakan hati peringkat akhir dan pneumonia.
Oleh itu, kita perlu banyakkan berdoa dan tawakal kepada Allah... harap-harap kita sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera hendaknya..