Apapun seeloknya dicatat dulu apa saja keperluan yang diperlukan untuk dibeli.. supaya tidak tertinggal barang yang sepatutnya dibeli.. biasalah.. pensil 2B, pembaris, pemadam, warna air, warna pensil, warna crayon, kotak pensil dan sebagainya...Dalam keghairahan menyiapkan barang-barang keperluan untuk kegunaan persekolahan tahun hadapan.. apa yang dianggap sangat penting untuk dilakukan sekarang adalah merangka jadual persendirian... tidak kiralah murid yang akan menghadapi UPSR atau tidak... seharusnya semua mempunyai jadual persendirian.. iaitu jadual belajar dirumah yang mana perlu kita tetapkan dan berazam untuk mengikuti sepenuhnya jadual yang telah dirangka... dalam jadual tersebut kita perlu merangka bila waktu untuk kita menyiapkan kerja sekolah, bila waktu untuk kita mengulangkaji mata pelajaran dan sebagainya...
Apapun selamat membuat persiapan untuk tahun hadapan dan semoga kita semua akan lebih berjaya serta mencapai segala azam yang kita tanamkan pada tahun hadapan.. walaupun Ustaz Azam sudah bertukar ke felda..