Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 18 Disember 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum w.b.t buat kalian semua. Alhamdulillah hingga ke hari ini kita dapat lagi menghirup oksigen di bumiNya. Sehingga kini kita masih lagi terus dibenarkan menumpang di bumi yang luas lagi indah ini.

Sesungguhnya hari ini amat bermakna buat kita seluruh umat Islam di muka bumi ini kerana hari ini merupakan ulangtahun maal hijrah yang ke 1431. Tatkala saat meniti saat, minit berganti minit, jam bertukar jam, hari bersilih ganti, bulan melangkau bulan, tahun demi tahun, sedar tidak sedar kita semakin dewasa untuk terus melalui ranjau, onak duri, liku-liku, rintangan, halangan, kekangan dan sebagainya.

HIJRAH... suatu yang bukan mudah bagi semua umat manusia.. sejujurnya bagi saya bukan mudah untu berhijrah... namun dengan kekuatan iman yang ada kita harus cuba untuk terus berhijrah.. walaupun sedikit hijrah yang dilakukan.. yang pentingnya adalah usaha untuk berhijrah perlu dilakukan..

Dalam melaksanakan hijrah kita perlukan fokus. Bagi rakyat Malaysia hijrah yang terbesar yang dapat saya syor dan fokuskan adalah berhenti merokok. Hijrah ini jika dapat dilakukan pastinya memberi 1001 x 21 x 31 x 41 x 2001 x 5001 x 11121 kebaikan.

Ini kerana dengan merokok kita akan...
-memudaratkan diri sendiri dan orang lain... kalau kita marahkan budak bermain mercun.. yang hanya memutuskan jari.. mengapa tidak kita marahkan diri kita yang merokok yang boleh memudaratkan kesihatan kita sendiri dan manusia lain...(*pengalaman-kawan saya telah disahkan sebagai perokok kelas 3... sedangkan dia tidak merokok... puncanya adalah asap yang dihidu)
-membazirkan beribu-ribu hinggit... sedar tak sedar berkotak-kotak rokok dah dibeli... silap-silap harganya boleh mencecah harga sebuah kereta, rumah, atau harga hantaran untuk bini n0.2... kalau tak caya kiralah sendiri.. purata harga rokok sehari x 30 x jumlah tahun anda merokok...

Kalau tak merokok pula...
-tidak memudaratkan orang lain walaupun diri dimudaratkan... Sebagai khalifah di muka bumi Allah ini telah diingatkan kita untuk menikmati kehidupan di sini dengan selesa tanpa memudaratkan orang lain tetapi perlu sentiasa bantu-membantu dan sentiasa perihatin terhadap segala hal termasuklah kesihatan.. jadi jika kita tidak merokok kita memberi keselesaan pada masyarakat sekitar.. namun jika kita dimudaratkan dengan asap rokok yang berbahaya itu bukan salah kita..
-orang yang tidak merokok adalah orang yang hebat.. letakkan hati sentiasa takut pada Allah.. jika rokok itu makruh atau haram.. mengapa kita tidak elakan saja dari melakukan perbuatan makruh itu.. ini kerana perbuatan makruh yang dilakukan berulang-ulang... akan menjadi ....???? apapun orang yang tidak merokok sebenarnya hebat sebab dapat menahan diri dari perbuatan itu walaupun diajak untuk melakukannya..
-jimat wang hinggit... bagi yang tak merokok duit yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebagai tabungan dan sebagainya serta memastikan keberkatan pada setiap duit yang dibelanjakan...

sebenarnya banyak lagi positif dan negatif gejala merokok yang boleh dihuraikan... tapi cukuplah setakat ini.

Syor terbesar yang lain termasuklah berazam untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan, berlajar dengan lebih gigih untuk mencapai yang terbaik, memperbanyakkan ibadah termasuklah bersedekah dan sebagainya..

Apapun marilah sama-sama kita mengingati peristiwa hijrah rasullullah untuk kita jadikan panduan. Semoga kita dapat melaksanakan hijrah yang kita azamkan sebelum tahun hijrah ini berkakhir .... salam maal hijrah buat semua... sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang buruk dan lemah itu adalah daripada saya sendiri sebagai insan lemah lagi hina ini..

Al-Fatihah buat Rasul Junjungan, Para sahabat Baginda, Guru-guru, Ibubapa, rakan-rakan dan semua umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

Pautan-Maal Hijrah 1430