Meniti laluan ke tahun 2010 suatu yang agak genting bagi golongan dewasa... terutamanya mereka yang berada di dalam golongan yang sederhana, susah, payah dan sebagainya.. sebenarnya kaya atau kayap adalah berpaksi kepada pengurusan kewangan kita... dalam soal wang pengurusan amat penting... bukan mudah untuk mengurus dek kerana kita sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tamak, lagak, gelojoh...Semua orang tahu hidup ini umpama putaran roda yang sentiasa berputar.. kita tidak tahu bila masa kehidupan kita akan berada di bawah di tengah atau di atas.. adakah kekal di atas atau akan jatuh merudum ke bawah???... dek kerana itulah kita perlu merancang satu bajet atau belanjawan sepanjang tahun.. bagi yang berkeluarga eloklah mengadakan satu mesyuarat khas belanjawan keluarga bersama suami, isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat kalau ada.. bagi memastikan perbelanjaan sentiasa berada di atas landasan yang tepat dan tidak tergeser atau terkeluar nanti..
Belanjawan perlu berfokuskan kepada pengeluaran wang dan juga kemasukan wang... kebanyakan masyarakat di dunia ini lebih berfokuskan kepada pengeluaran wang semata-mata... Antara fokus pengeluaran wang termasuklah... sewa rumah, segala bil, segala cukai, segala pinjaman, segala yuran termasuk yuran kelab, perbelanjaan keperluan harian, perbelanjaan kehendak dan macam-macam lagi.. kebanyakannya berbelanja mengikut kehendak berbanding keperluan.. apapun utamakan keperluan terlebih dahulu daripada kehendak... "Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting... kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting" Jika tidak kita sendiri yang pening.. fikirkanlah..
Tahun ini sahaja di kawasan tempat tinggal saya, lebih 20 buah rumah telah dilelong akibat masalah tunggakan daripada peminjam... huhu.. terkilan.. tapi inilah pengajaran yang perlu kita ambil ikhtibar... kita tidak selalunya senang... oleh itu suka saya mengingatkan diri saya sendiri dan anda juga untuk sama-sama merancang perbelanjaan dan menyimpan duit tabungan untuk masa hadapan.. Ini bukan berfokus kepada orang tour atau dewasa sahaja.. tetapi juga remaja dan budak-budak.. menabung dapat meringankan beban kita apabila berada dalam kesusahan nanti... Pengajarannya dalah kita perlu menyimpan untuk kecemasan dan juga untuk masa hadapan..
Ini sajalah coretan saya... yang selebihnya anda renung-renung dan fikirkanlah...
tema belanjawan saya tahun ini.. "menabung harus selalu, belanja jika perlu"
Bahagia dan selesa lebih baik daripada kaya tapi pening kepala...
Maklumat Tambahan: