Jumaat 19 Jun 2009
2.30 petangPara peserta perkhemahan berkumpul di dewan blok B untuk sesi pendaftaran, menerima t-shirt, pembahagian kepada 2 kumpulan mengikut bas A dan B dan juga beberapa taklimat sebelum bertolak ke FRIM.
3.30 petangBas mula bertolak dengan bilangan peserta seramai 77 orang daripada 80 orang yang sepatutnya. Perjalanan ke Frim tidak mengambil masa yang lama kerana perjalanan kami melalui lebuhraya DUKE... perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 20 minit.
3.50 petangTiba di Kem Perah FRIM... para peserta menurunkan barang-barang dan beratur. Kemudian para peserta bergerak menuju ke tapak perhimpunan di kem perah untuk menerima beberapa taklimat daripada Cikgu Jailani yang merupakan ketua Komander untuk perkhemahan tersebut. Banyak perkara yang diperjelaskan oleh Cikgu Jailani berkaitan perkhemahan pada hari ini.
4.30 petangUstaz Yusof memulakan slot pertamanya iaitu asas perkhemahan. Para peserta didedahkan cara bagaimana untuk melapor diri pada setiap perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk memastikan semua peserta berada ditempat yang sepatutnya. Pada waktu ini juga para peserta diminta melantik ketua kumpulan dan juga penolong. Setiap kumpulan telah diagihkan samarata bilangan ahlinya iaitu lebih kurang 8 orang setiap kumpulan. Ada juga kumpulan yang mempunyai 7 orang ahli sahaja kerana ketidakhadiran 3 orang peserta ketika sesi pendaftaran.
Penghulu juga telah dilantik iaitu adik Syazwan....
5.30 petangPara peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk taklimat memasang khemah... oleh ustaz yusof dan saya sendiri serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah beberapa orang cikgu.... para peserta hanya diberi taklimat sahaja manakala pemasangan khemah perlu dilakukan dengan kerjasama ahli setiap khemah yang akan diagihkan.
5.45 petangPara peserta diagihkan mengikut kumpulan khemah seramai lebih kurang 6 orang setiap khemah. Selepas pengagihan tersebut para peserta dengan kerjasama setiap ahli kumpulan memasang khemah masing-masing di tapak perkhemahan yang telah disediakan. Sewaktu memasang khemah hujan telah turun renyai-renyai namun kami para peserta tetap meneruskan aktiviti mereka. Alhamdulillah khemah dapat didirikan dengan kemas dengan kerjasama yang kuat antara satu sama lain. Terpancar seribu satu kepuasan pada wajah para peserta kerana berjaya menyiapkan tempat untuk mereka berlindung pada waktu malam nanti...

6.30 petangPara peserta bersiap untuk menunaikan solat asar di dewan Terentang. Ustaz Yusof melatih para peserta bagaimana cara untuk mengimamkan solat. Para peserta juga diberi peluang secara bergilir-gilir untuk melakukan azan dan iqamah.. selesai solat para peserta minum petang dan membersihkan diri.
7.15 malamPara peserta berkumpul di dewan Terentang untuk menunaikan solat maghrib secara berjamaah. Ustaz memberi tazkirah ringkas kepada para peserta.. sementara itu guru-guru menyiapkan makan malam peserta. Selesai tazkirah para peserta menikmati makan malam bersama guru-guru yang bertugas pada malam tersebut.
8.15 malamSelesai makan malam para peserta mengambil wuduk dan berkumpul semula di dewan terentang untuk menunaikan solat berjemaah.. sementara menunggu waktu isya', mereka berzikir beramai-ramai.
9.00 malamAktiviti seterusnya ialah pecah bendungan yang diketuai oleh cikgu Zamzami dan dibantu oleh saya sendiri. Aktiviti ini memerlukan kerjasama setiap kumpulan untuk menunjukkan semangat berpasukan dalam menjalankan tugas yang diberikan. Para peserta diberikan beberapa tugasan bagi setiap kumpulan termasuklah mencabut membina logo dan moto kumpulan, menyediakan sorakan kumpulan, membuat persembahan tugasan yang telah diberikan dan membuat rantai menggunakan kertas A4. Dalam aktiviti ini murid telah diagihkan kepada beberapa kumpulan haiwan termasuklah kambing, kura-kura, harimau, itik, arnab, cicak, angsa, ikan emas, ular dan T-rex.




11.00 malamPara peserta dibenarkan pulang ke khemah untuk menyalin pakaian dan memakai baju yang sesuai untuk aktiviti seterusnya.. Para peserta terus berkumpul melaporkan jumlah ahli ditapak perhimpunan. Selepas dipastikan cukup, mereka semua diminta memasukkan baju ke dalam seluar, seluar ke dalam stokin dan stokin ke dalam kasut.. seterusnya pasukan renjer FRIM memberi taklimat untuk aktiviti berjalan malam atau 'night walk'.
11.30 malamKami memulakan berjalanan dengan pecahan 3 kumpulan.. sepanjang perjalanan para peserta tidak dibenarkan membawa lampu suluh... jadi mereka perlu berjalan dengan menggunakan deria lihat yang ada dengan bantuan cahaya bulan.. wow... kagum betul para peserta dengan keindahan ciptaan tuhan ketika melihat flora dan fauna sepanjang perjalanan pada malam tersebut. Ada juga yang baru nak mengenali sang pacat... aktiviti berjalan malam ni memang bestla... banyak ilmu yang diperolehi oleh peserta daripada penerangan renjer2.
Sabtu 20 Jun 20091.00 pagiPara peserta berkumpul sekali lagi di tapak perhimpunan untuk melaporkan bilangan ahli. Beberapa taklimat disampaikan oleh ketua komander termasuklah tujuan aktiviti berjalan malam dijalankan dan juga mengingatkan peserta untuk aktiviti pada hari esok. Selepas itu para peserta minum malam dan menyantap sedikit kuih.
1.30 pagi Para peserta membersihkan diri sebelum kembali ke khemah untuk tidur. Biasalah, malam pertama pasti mereka susah nak tidur. Seolah-olah mereka tidak reti penat. walaubagaimanapun mereka diberi masa sekurang-kurangnya pukul 2 pagi semua sudah tidur kerana mereka perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk mandi dan menunaikan solat. Walaubagaimanapun selepas tamat tempoh yang diberi, masih ada yang degil. Apalagi saya dibantu cikgu Hazri berjaya menangkap 9 orang murid dan meminta mereka tidur di luar khemah... padan muka sapa suruh tak tidur... apapun selepas beberapa minit mereka dibenarkan pulang semula ke khemah... pukul 2.30 pagi keadaan sunyi, semua orang tidur...
6.00 pagiDisebabkan tidur agak lewat.. dan kelihatan begitu lena tidur... jadi terpaksalah kejut mereka bangun lewat sikit... Selepas bangun mereka terus membersihkan diri dan berkumpul di dewan terentang untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat para peserta dibenarkan pulang ke khemah untuk persiapan aktiviti seterusnya iaitu senaman pagi.
7.00 pagiAktiviti senaman pagi yang diketuai oleh saya sendiri dimulakan. sebelum itu murid menyanyikan lagu negaraku, lagu wilayah dan juga lagu sekolah. para peserta juga dibawa berjoging di kawasan FRIM dengan bantuan cikgu Zulkifli.
7.30 pagiSelesai berjoging para peserta melakukan aktiviti kawad kaki yang diketuai oleh Cikgu Rosli. Kawad kaki yang dilakukan ini juga dinilai untuk pertandingan mengikut kumpulan.. untuk heri ini ianya cuma pendedahan sahaja.. pertandingannya akan berjalan pada esok hari.
8.00 pagiPara peserta dan guru-guru bersarapan pagi. selepas selesai sarapan, para peserta diberi masa pulang ke khemah dan kembali semula ke tapak perhimpunan untuk melaporkan diri sebelum aktiviti merintis hutan atau 'jungle tracking'.
9.00 pagiKetua setiap kumpulan melaporkan diri kepada kem komander. Para peserta ditaklimatkan oleh renjer berkenaan aktiviti merintis hutan. Selepas taklimat kami bergerak terus dalam satu barisan. Huhh... penat juga sebenarnya merintis hutan ni. Sebabnya banyak rintangan yang dilalui seperti akar pokok, laluan licin, pacat dan macam-macam lagi. Ada yang letih ada juga yang teruja. Bagaimanapun perjalanan kami semua akan melalui sebuag jambatan gantung yang dikenali sebagai Canopy Walk Way.. perjalanan melibatkan banyak pendakian kerana jambatan itu terletak dikawasan yang tinggi. Apa yang saya lihat aktiviti ini memang mencabar. Semua peserta kelihatan bermandi peluh. Masing-masing tidak sabar-sabar nak sampai ke destinasi...... walaupun letih mendaki namun para peserta tetap kuatkan semangat untuk sampai ke jambatan tersebut.
10.45 pagiKami akhirnya tiba di destinasi. Para peserta hanya dibenarkan untuk melalui jambatan tersebut secara perlahan-lahan dan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Secara bergilir-gilir kami semua melalui jambatan gantung tersebut... huhhh gayatnya... tinggi tu.. boleh nampak pemandangan yang cantik termasuklah KLCC... berdebar jugak rasa sewaktu melalui jambatan gantung tu. Selepas semua peserta selamat melalui jambatan gantung, kami semua meneruskan perjalanan menuruni bukit melalui kawasan air terjun.
11.00 pagiGembiranya dapat melalui jambatan gantung tadi dan bersyukur sebab semuanya selamat. kami semua tiba di destinasi kolam air terjun... kolam ini dibina khas untuk pengjung bermandi manda. Para peserta perlu membuat sorakan kumpulan masing-masing sebelum dilepaskan untuk mandi di dalam kolam tersebut... Para peserta dilihat begitu seronok, mereka bermain air seperti melepaskan tekanan dan kepenatan mendaki tadi. Guru-guru pula sentiasa memantau mereka yang bermandi-manda sambil ditemani Cikgu Farzarul yang habis basah kuyup disimbah mereka..
12.30 tengahariPara peserta beratur, membuat laporan kepada ketua komander dan mendengar taklimat dari ketua komander. Selepas itu mereka semua makan tengahari di sekitar kawan kolam tersebut. Nampak berselera betul mereka makan dan nampak jelas kepuasan mereka setelah 2 hari menjalankan aktiviti perkhemahan. Selepas selesai makan kami semua bergerak pulang ke kem kawasan perkhemahan.
1.00 petangSampai di Kem para peserta terlebih dahulu melapor dan kemuadian dibenarkan pulang ke khemah masing-masing untuk mengemas diri dan menunaikan solat zohor.
2.00 petangCikgu Mastura yang mengetuai pertandingan memasak memberi sedikit taklimat kepada para peserta. Pertandingan memasak kali ini melibatkan 3 jenis menu iaitu cekodok, sandwich dan maggi.. murid diminta kerjasama dalam aktiviti tersebut. Para peserta dikehendaki membahagikan kumpulan mereka ke 3 untuk memastikan setiap orang melaksanakan tugasan. Guru-guru membantu para peserta dan sentiasa memantau bagi memastikan perjalanan aktiviti tersebut lancar dan selamat. Nampak jelas mereka kekok dan tidak tahu apa yang nak dilakukan. Namun dengan bantuan guru-guru mereka berjaya juga menyiapkan resepi masing-masing.
4.00 PetangSelepas selesai aktiviti memasak, makanan tersebut dihidangkan untuk juri membuat pembahagian markah. Para peserta kembali berkumpul dan membuat laporan kepada Cikgu Mastura bagi memastikan semua peserta berada dalam keadaan yang baik. Beberapa patah kata juga disampaikan oleh cikgu mastura kepada para peserta berkenaan aktiviti yang telah dijalankan. Para peserta seterusnya diminta mengambil makanan yang telah berjaya dimasak oleh mereka sendiri untuk makan. Habis licin mereka makan. macam itulah bagus, tak membazir dan menghargai makanan yang dimasak. Selepas selesai makan para peserta bersiap untuk menunaikan solat Asar.
5.00 petangSelesai solat, para peserta berkumpul untuk melaporkan bilangan ahli dan mendengar taklimat seterusnya daripada ketua komander. Ketika ini para peserta dimaklumkan berkenaan malam kebudayaan yang akan dilangsungkan pada malam ini. Oleh itu, mereka diberi masa sehingga pukul 6.30 petang sahaja untuk berbincang tentang persembahan pada malam ini. Persembahan akan diadili oleh juri jemputan. Sewaktu perbincangan ini, mereka kelihatan agak sukar untuk mengeluarkan idea. Jadi, kami guru-guru yang ada ketika itu turut sama membantu memberi tunjuk ajar serta keyakinan kepada mereka.
6.30 petangPara peserta pulang ke khemah dan membersihkan diri serta bersedia untuk solat maghrib. Sementara itu, saya bersama-sama cikgu farzarul, cikgu zaidi, cikgu azeze, cikgu raisam dan ustaz yusof bercadang untuk membuat satu persembahan khas pada malam kebudayaan malam ini. Jadi, kami ambil kesempatan untuk berbincang tentang plot sketsa yang bakal dipersembahkan.
7.30 malamSementara menanti malam kebudayaan, beberapa orang guru sibuk bersiap sedia untuk BBQ... untuk makluman BBQ ini hanya untuk para guru sahaja kerana ianya melibatkan pembayaran dan aktiviti sampingan. Saya turut membantu menyalakan bara api untuk memanggang daging kambing, ayam dan sotong.
8.45 malamSelesai menunaikan solat isya'. Para peserta makan malam bersama guru-guru. Selepas itu, semua peserta berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat sebelum majlis malam kebudayaan. Sebelum itu, setiap kumpulan dikehendaki melaporkan bilangan ahli dan membuat sorakan. Mereka kemudian dibenarkan pulang ke khemah masing-masing untuk membuat persiapan malam kebudayaan.
9.15 malamMalam kebudayaan bermula dan diacarakan oleh cikgu farzarul setiap persembahan pada malam ini diselit beberapa selingan guru secara solo dan berpasangan. persembahan pada malam ini memang menghiburkan. Boleh dikatakan 80% persembahan memberi impak yang menarik sehinggakan para penonton gelak sakan. Acara persembahan malam kebudayaan telah diakhiri dengan persembahan guru iaitu sketsa yang kami bincangkan petang tadi. Persembahan yang sangat komedi dan menghiburkan itu pastinya akan menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan. Malam kebudayaan malam ini diceriakan lagi dengan kehadiran
Tn. Hj. Ruslan bin Madon, Pn. Hjh Siti Rokiah, Pn. Saadiah dan En. Sukardi... 11.30 malamMalam kebudayaan selesai dengan jayanya. Para peserta menikmati minum malam dan seterusnya diberi sedikit taklimat untuk aktiviti esok hari. Para peserta dikehendaki tidur awal untuk memastikan perjalanan program hari esok berjalan lancar dengan tambahan satu program iaitu lawatan kolam ikan Arowana.
Ahad 22 Jun 2009 5.30 pagiPara peserta dikejut bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Kemuadian mereka diminta berkumpul di dewan terentang untuk menunaikan solah suboh. Selesai solat mereka diberi sedikit masa untuk menukar pakaian untuk senaman pagi.
6.30 pagiPara peserta melapor diri di tapak perhimpunan dan membuat sorakan kumpulan.. hari ini ada 2 orang murid yang kurang sihat dibenarkan rehat. selebihnya meneruskan aktiviti senaman pagi yang dikendali bersama oleh saya dan Cikgu Azeze. Sekitar hampir pukul 7 pagi kami dapat melihat aksi monyet memanjat dan melompat dari pokok ke pokok untuk mencari makan. selepas menyaksikan telatah monyet itu kami meneruskan aktiviti senaman pagi dan menyanyi beberapa buah lagu bersama-sama.
7.00 pagiAktiviti kawad kaki telah dijalankan yang diketuai oleh cikgu rosli dan dibantu oleh saya sendiri. Aktiviti kawad ini sepatutnya dilaksanakan selama 2 jam tetapi terpaksa dipendekkan masanya menjadi satu jam. Hal ini kerana kerjasama murid yang amat baik sepanjang program membuatkan kami guru-guru bersetuju untuk membawa mereka melawat kolam Ikan Arowana.
8.00 pagiKami memulakan perjalanan ke Kolam Ikan Arowana. Para peserta tidak sabar nak melihat ikan tersebut. Kami meneruskan perjalanan lebih kurang 2 km. Sampai saja di sana ustaz yusof mencari kedai untuk membeli roti untuk makan pada ikan tersebut. Para peserta pula terus menuju ke kolam dan mencari ikan Arowana yang dimaksudkan... perghh besarnya.. ada 4 ekor kesemuanya. Ikan ini dapat dilihat dengan lebih jelah lagi apabila ia makan roti yang dicampakkan ke dalam kolam tersebut oleh ustaz yusof. Para peserta begitu gembira ketika berada disini. Kami juga turut dapat menghirup udara segar dan melakukan refleksi di tapak refleksi... sempat juga buat take cover kat sini... bebudak nie kena meniarap atas rumput.






9.15 pagikami memulakan perjalanan pulang ke kem untuk makan pagi... sampai di sana para peserta terus bersarapan pagi. Selesai sarapan mereka kembali ke kawasan tapak perkhemahan untuk mengemaskan barang-barang mereka dan membersihkan khemah. Kemudian mereka diberikan masa untuk mandi dan menukar pakaian. Selepas itu, Khemah diruntuhkan dan dijemur sehingga kering. Aktiviti meruntuhkan dan membersihkan kawasan khemah mengambil masa yang agak lama...


11.00 pagiCikgu Ahmad memulakan slotnya iaitu bantuan kecemasan... para peserta diajar cara mengikat kain anduh dan sebagainya.. banyak juga ilmu yang mereka perolehi. Ketika para peserta sibuk menjalankan aktiviti. Beberapa orang guru melipat dan menggulungkan khemah yang telah digunakan. Mereka juga turut memantau sekitar kawasan untuk memastikan semua barang murid telah dikemaskan dan tidak tertinggal.. Walaubagaimanapun barang tertinggal tetap ada dan banyak pulak tu... Selesai aktiviti bantuan kecemasan, para peserta berkumpul melaporkan diri di tapak perhimpunan untuk mendengar beberapa lagi taklimat akhir daripada kem komander sebelum berangkat pulang..
12.30 tengahariAcara penutup Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2009 dirasmikan oleh GPK Kokurikulum dengan serba sederhana dan ringkas dengan terlebih dahulu beliau menyampaikan ucapan ringkas diikuti penyampaian hadiah... Seterusnya kami mengadakan sesi bergambar beramai-ramai dan akhir sekali makan tengahari.. selesai makan para peserta mengambil barang-barang mereka yang tertinggal dan bawa semua barang ke dalam bas...
1.10 petang Kami memulakan perjalanan pulang dan tiba di sekolah lebih kurang pukul 1.30 petang.. kepulangan kami adalah lebih awal daripada jangkaan iaitu pukul 3 petang.. ini semua kerana kelancaran program dengan kerjasama yang mantap daripada para peserta..